Maal Hijrah atau Awal Muharram adalah salah satu daripada hari yang bermakna bagi umat islam kerana ia menandakan peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Ia sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 masihi dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.
Awal muharram termasuk dalam kategori al-asyhur al-hurum (bulan-bulan yang dimuliakan oleh Allah) kerana di dalamnya terdapat larangan berperang serta kemuliaan lain seperti pahala dan amal ibadah dilipat gandakan jika melakukan puasa pada hari Asyura.
Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa. ( QS At-Taubah [9] : 36) .
Kitab Nuzhatul Majalis wa Muntakhobun Nafais karya Abdurrahman bin Abdissalam as-Shafuri menyebut banyak peristiwa agung para nabi yang dikisahkan Al-Qur’an berkaitan dengan bulan ini.
Pertama, Hari Diterimanya Taubat Adam AS
Disebut di dalam kitab Al-Durr Al-Manthur karya Al-Imam Al-Suyuthi sebuah riwayat dari Abdul Wahhab Al-Khaffaf, dari Sa’id, dari Qatadah beliau berkata :
Hari yang Allah menerima taubat Adam padanya adalah pada hari ‘Asyura. Dan Adam diturunkan ke dunia juga adalah pada hari ‘Asyura.[Al-Durr Al-Manthur. Dar al-Fikr, 1/146]
Ads
Kedua, berlabuhnya bahtera Nuh
Allah SWT berfirman dalam surat Hud [11] : 44 dengan terjemahan ayat seperti berikut “Dan dikatakan: “Hai bumi, telanlah airmu, dan hai langit, (hujan) berhentilah” dan airpun disurutkan, perintah itu diselesaikan dan bahtera tersebut berlabuh di atas bukit Judiy dan dikatakan, “Binasalah orang-orang yang zalim.” Terumbang-ambing 6 bulan di lautan, akhirnya orang-orang beriman terselamat dalam bencana besar ini.
Ketiga, Nabi Ibrahim terselamatkan dari dibakar Raja Namrud “Engkau akan dibakar, wahai Ibrahim. Kalau engkau benar-benar mempunyai Tuhan lain dari tuhan-tuhan kami, mohonlah kepadaNya. Kami ingin melihat setakat mana kebenaranmu,” ujar pengikut-pengikut Raja Namrud kepada Nabi Ibrahim.
Nabi Ibrahim tetap tenang, kerana dadanya telah dipenuhi dengan iman. Mereka lantas melemparkan Nabi Ibrahim AS ke dalam tumpukan kayu bakar yang tinggi, kemudian diserukanlah (oleh Allah SWT dengan firman-Nya):
Maksudnya: “Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!” Surah al-Anbiya’ (69)
Keempat, bebasnya Nabi Yusuf dari penjara
Kisah tentang perjalanan hidup Nabi Yusuf ini diceritakan secara panjang lebar dalam surat Yusuf. Bertahun di penjara akhirnya Allah membebaskan Nabi Yusuf dan meletakkanya di kedudukan tinggi, “Dan raja berkata, “bawalah Yusuf padaku sebagai orang yang rapat kepadaku.” Maka tatkala raja telah bercakap-cakap dengannya, ia berkata, “sesungguhnya kamu (mulai) hari ini menjadi seorang yang berkedudukan tinggi lagi dipercayai di sisi kami.” ( QS Yusuf [12] : 54)
Kelima, Nabi Yunus berjaya keluar dari perut ikan
Allah berfirman, “Maka kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkan dari pada kedukaan. Dan demikianlah kami selamatkan orang-orang yang beriman.” (QS Al-Anbiya’ [21]: 88) Saat berada dalam kegelapam malam, lautan, dan perut ikan, Nabi Yunus berdoa seraya menyesali perbuatannya yakni pergi dari kaumnya tanpa izin dalam keadaan marah. Lalu Allah menunjukkan kekuasaannya dengan memasukkannya ke perut ikan.
Ads
Keenam, sembuhnya Nabi Ayub dari penyakit
Allah memberi cubaan pada Nabi Ayub ditimpa penyakit kulit yang teruk hingga ditinggalkan keluarga sendiri. Dirinya redha dengan ujian dan Allah mengabulkan doanya hingga sembuh.
Kisah ini juga tertuang dalam surat al-Anbiya’ yang berbunyi: “Maka Kamipun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami melenyapkan penyakit yang ada padanya dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya, dan kami lipat gandakan mereka sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Allah.”
Dan terakhir, hari Nabi Musa AS Diselamatkan Manakala Firaun dan Pengikutnya Ditenggelamkan
Di dalam al-Sahihain dari Ibn Abbas R.Anhuma beliau berkata:
Maksudnya : Rasulullah SAW tiba ke Madinah dan baginda dapati golongan Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Kata mereka : Ini adalah hari yang mulia yang mana Allah selamatkan Musa dan kaumnya pada hari ini. Hari ini juga Allah menenggelamkan firaun dan kaumnya. Lalu Musa berpuasa pada hari ini sebagai tanda kesyukuran. Kata Rasulullah SAW : Aku lebih utama ke atas Musa berbanding mereka. Maka baginda pun berpuasa dan memerintahkan untuk berpuasa pada hari tersebut. Riwayat Al-Bukhari (3397), Muslim (3/149-150). Sumber : Kalam Sindownews/ Mufti Wilayah
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Selepas empat dekad, Datuk Hussamuddin umum bersara sebagai Pengerusi, Penerbit Karangkraf. Bagi Hussamuddin inilah detik waktu paling sesuai untuk dia mengumumkan persaraannya.
Selepas empat dekad menerajui syarikat, pengasas Kumpulan Karangkraf (Karangkraf), Datuk Hussamuddin Yaacub mengumumkan persaraan sebagai Pengerusi dan Penerbit berkuat kuasa 1 November ini.
Dalam masa yang sama, turut mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa pada tarikh yang sama ialah Timbalan Pengerusi, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.
Kredit Foto : Sinar Harian
Selepas Empat Dekad
Susulan daripada peletakan jawatan tersebut, Hussamuddin dan Muhammad Nasir masing-masing akan berperanan sebagai Penasihat dan Penasihat Bersama syarikat.
Kredit Foto: Khairul Fahmi Ramli
Kedua-duanya juga akan melepaskan jawatan dalam Lembaga Pengarah dan syarikat akan melantik lima Ahli Lembaga yang baharu.
Datuk Hussamuddin Umum Bersara
Mereka adalah Firdaus Hussamuddin, Akmal Eirfan Mohamed Fauzi, Farah Hussamuddin, Azizi Fikry dan Izzat Izhar Muhammad Nasir.
Kekosongan yang ditinggalkan Hussamuddin akan diisi oleh Firdaus yang akan menggantikan beliau sebagai Pengerusi Kumpulan yang baharu.
Sebelum ini, Firdaus adalah Ketua Pegawai Eksekutif untuk Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd.
Sebagai Pengerusi, Penerbit Karangkraf
Menurut Hussamuddin, sejak empat dekad lalu, Karangkraf telah berkembang dengan kukuh.
“Syarikat telah berjaya bertahan dalam gelombang digital yang melanda dunia sejak 2013 yang menggoncangkan banyak industri media terutama media cetak.
“Kini, saya rasa sudah tiba masanya untuk kami berundur dan menyerahkan baton kepada generasi yang lebih muda kerana generasi mereka boleh membawa syarikat ke tahap yang lebih tinggi,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Sehubungan dengan penyerahan itu, Kumpulan Karangkraf mengumumkan beberapa perubahan struktur dalam syarikat yang juga akan berkuat kuasa pada 1 November 2022.
Datuk Muhammad Nasir Hamzah.
Di peringkat kumpulan, Akmal Eirfan yang sebelum ini menggalas jawatan Ketua Pegawai Eksekutif untuk Ultimate Print Sdn Bhd akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan (Korporat, Kewangan dan Pengurusan Risiko).
Bagi tiga bahagian perniagaan utama kumpulan, Farah akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/Penerbit/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Divisi Media yang merangkumi Sinar Harian, Sinar Daily dan semua aset media milik Karangkraf.
Beliau sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Karangkraf Sdn Bhd.
Azizi yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pegawai Operasi Ultimate Print Sdn Bhd pula akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/CEO Bahagian Percetakan dan Pembuatan, yang merangkumi Ultimate Print Sdn Bhd dan Karangkraf Medicare Sdn Bhd.
Sementara itu, Firdaus juga akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/CEO/Penerbit Kumpulan Buku dan Penerbitan Al-Quran yang membabitkan Karya Bestari, Grup Buku Karangkraf dan anak syarikatnya.
Beliau akan dibantu oleh Izzat Izhar yang akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Operasi (COO) bahagian.
Karangkraf bermula pada tahun 1978, sebagai sebuah perniagaan penerbitan kecil di lot kedai dengan mencetak terbitan pertamanya iaitu Mingguan Kanak Kanak. Hari ini, syarikat tersebut telah berkembang menjadi salah satu penerbitan, percetakan dan gergasi media di negara ini.
STRUKTUR ORGANISASI KUMPULAN KARANGKRAF
Pengerusi Kumpulan
Firdaus Hussamuddin (43 tahun)
Pengarah Eksekutif Kumpulan (Korporat, Kewangan, Pengurusan Risiko)
Akmal Eirfan Mohamed Fauzi (50 tahun)
GRUP MEDIA KARANGKRAF
Pengarah Eksekutif/Penerbit/CEO
Farah Hussamuddin (39 tahun)
ULTIMATE PRINT SDN BHD
Pengarah Eksekutif/CEO
Azizi Fikry (43 tahun)
GRUP BUKU KARANGKRAF
Pengarah Eksekutif/CEO/Penerbit
Firdaus Hussamuddin (43 tahun)
Pengarah Eksekutif/COO
Izzat Izhar Muhammad Nasir (34 tahun )
Baik dalam hidup senang atau susah, tiada siapa yang terlepas daripada merasa bimbang, resah gelisah, sedih dan stress. Doa penenang hati adalah sebaik-baik cara untuk menangani kebimbangan.
Hidup ketika ini memang sangat mencabar sehingga kebimbangan itu terbawa-bawa ke dalam mimpi. Keadaan ini tidak baik untuk kesihatan.
Sebagai hamba Allah, kita memang sepatutnya merujuk kepada Allah untuk mendapatkan pertolongan dan rahmatNya.
Berdoalah selagi mampu jangan pernah jemu sesungguhnya doa itu adalah masa kita berbicara dengan Allah dari hati ke hati. Sesungguhnya Allah amat suka mendengar doa-doa kita.
Bagi mengatasi semua perasaan yang menekan ini, berdoalah kepada Allah agar semuanya hilang segera. Untuk yang sedang mencari doa penenang hati, bacalah doa ini;
Allahumma inni a’uuzubika min jahdil bala’. Wa darkish shaqa’. Wa suu il qadhaa’. Wa shamaamatil a’daa’
Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari menemui penderitaan, dari takdir yang buruk dan dari keberhasilan musuh (Sahih Bukhari)
Doa Penenang Hati 2
يَاحَيُّيَاقَيُّوْمُبِرَحْمَتِكَأَسْتَغِيْث
Yaa hayyu yaa qayyuumm. Bi rahmatika astaghiiths
Maksudnya: Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan ( Hadis Riwayat Tirmidzi)
Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla wa anta taj’alul hazna iza syi’ta sahla
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya.” (Sahih Ibnu Hibban)
Allahumma inni a’uuzubika minal hammi wal hazan. wa a’udzubika minal ajzi wal kasali, wa a’udzubika minal jubni wal bukhli, wa a’udzubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal
Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang. (Sahih Bukhari)
Laa ilaaha illa anta subhaanaka inni kuntu minaz zholimin
Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari pada orang-orang yang menganiaya diri sendiri (Surah Al-Anbiya’ Ayat 87)
Maksudnya: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku (Surah Taha Ayat 25-28)
Doa Penenang Hati 7
حَسْبُنَااللَّهُوَنِعْمَالْوَكِيلُ
Hasbunallah wanikmal wakil
Maksudnya: Cukuplah Allah sebagai Pelindung kami (Surah Al-Imran Ayat 173)
Bacaan Surah Yasin bukan saja elok dibaca ketika menziarah orag sakit atau disedekahkan kepada orang yang meninggal dunia, tetapi juga banyak fadhilat lain yang terkandung di dalamnya.
Salah satunya ayat 58 dari Surah Yasin yang boleh dijadikan penyembuh untuk penyakit berjangkit.
Sangat bermanfaat untuk kita amalkan jika mengalami masalah batuk, selesema atau antobodi lemah.
Hanya sepotong ayat pendek tetapi ada cara untuk membacanya. Digalakkan untuk membacanya 40 kali selepas solat dan insya-Allah segala penyakit dihadapi akan mendapat kesembuhan dari Allah SWT.
Inilah Kelebihan Ayat 58 Surah Yasin Penyembuh Penyakit Berjangkit
Terasa tak sihat bila kerap adakan aktiviti di luar. Pedoman oleh Ustaz Mohamad Yacob ayat penawar untuk kita amalkan. Ayat untuk sakit batuk, selesema dan antibodi badan lemah, surah YASIN (ayat 58). Amalkan dan banyakkan berdoa kepada Allah.
Fadilat kepada yang mengamalkan ayat ini : سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬ SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM’
Cara-caranya 1. Baca 40 kali setiap kali lepas solat 2. Jika selsema baca 40 kali pada air dan minum
Kita sering mengikuti majlis bacaan yaasin samada di masjid atau surau. Ia sangat berbeza jika dibandingkan dengan sewaktu kita membaca sendiri di rumah kerana ada ayat yang dibaca berulang kali sedangkan di rumah kita hanya baca sekali. Mungkin disebabkan kita sendiri tidak mengetahui tentang rahsia ayat 58 dalam surah yasin.
Kepada sesiapa yang membaca YASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat yang baik. Insyaa-Allah dengan izinnya Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua atau sebahagian hajat kita akan dikabulkan.
Baca dan bunyinya begini:
سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬ SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM’ (kepada mereka dikatakan): “Salam”, sebagai ucapan selamat daripada Tuhan Yang Maha Penyayang.
Anda bolehlah niatkan seperti berikut: 1. YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku, dosa saudara-maraku dan dosa kaum muslimin yang lain. BACA: Surat Untuk Oppa, Bukan Tulisan Anak Muda Harapan Agama 2. YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan kepadaku isteri atau suami serta anak-anak yang soleh / solehah dan mencintai agamaMu Ya Allah. 3. YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan kepadaku rezeki yang berkat, pekerjaan yang baik serta kejayaan didunia dan akhirat. 4. YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan segala hajatku dan juga pemberi maklumat yang aku perlehi ini. 5. YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat hasad dengki, khianat dan munafiq. 6. YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat islam yang beriman dengan kesihatan zahir dan batin. 7. YA-ALLAH YA-ZALJALAA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.
Kongsikan post ini agar ia dapat memberi manfaat pada orang lain. Boleh muat turun aplikasi Yasin, Tahlil & Doa Lengkap >> https://tinyurl.com/yasinlengkap
Solat fardu banyak ditinggal belum qada tapi rajin pergi tunaikan solat sunat tarawih di bulan puasa.Ada pendapat mengatakan selagi solat fardu belum selesai diganti...