
Rasanya ramai yang belum ‘move on’ dengan kemeriahan majlis perkahwinan Bintang Paling Popular, Mira Filzah dan pasangannya Wan Emir Astar minggu lalu.
Tidak dinafikan ramai terpegun melihat kejelitaan Mira di majlis pernikahannyya. Dengan mengenakan persalinan kurung Pahang rekaan Rizman Ruzaini, sentuhan mekap artis popular Yna Sakinah menyerikan lagi wajah manis Mira.
Bukan saja tetamu yang hadir, tetapi juga warganet turut memuji kejelitaan Mira Filzah di majlis pernikahannya itu.
Dalam video BTS oleh jurusolek yang bertanggungjawab menata rias wajah Mira ini, Yna Sakinah memberitahu persiapan yang dilakukan sebelum itu.
Artikel Berkaitan: Pasangan Pengantin Paling Manis & Santun, Mira Filzah Sah Bergelar Isteri Emir Hanya Dengan Sekali Lafaz!
Yna membertahu dia yang dipertanggungjawabkan untuk menata rias wajah Mira dengan tema Natural Glow untuk majlis pernikahannya berlangsung malam Jumaat lalu di sebuah pusat konvensyen di ibu kota.
Walaupun gementar, Yna Sakinah berjaya menyempurnakan amanah yang diberi. menurutnya dia hanya biasa menyolek Mira sebelum ini membaca ‘Bismillah’ sebelum memulakan tugasan berkenaan.
Ternyata kuasa ‘Bismillah’ ini menjadikan wajah Mira sangat cantik, anggun dan tak puas mata memandang.
“Alhamdulillah.. Selesai Majlis Akad Nikah Mira & Emir 3 Sept 2020 . Kina edit share sikit moment bts persiapan sebelum Nikah khas utk peminat Mira (Kina xlupa permintaan korg request Mira kenyit mata & flying kiss). Bts makeup, Interview with media dgn Kina sekali kena interview. Xkelakar k. Gagap Kina kat situ.
“Few times tukar date akhirnya selamat Ijab Kabul semalam. Rasanya besar tanggungjawab semua team untuk siapkan hari paling bersejarah buat Mira.
“Almost 5 years Kina jadi MUA untuk tatarias apa saja jenis makeup untuk Mira tapi semalam mmg Kina paling nervous so makeup natural glow utk nikah. Sebab ramai suka Mira dgn Natural beauty so makeup ni “Not to more, Not to less”.

“Of course seri bertambah naik bila dikenakan dgn busana RizmanRuzaini dan Kina baca2 sikit (hahaha baca bismillah la)
“Both of you are lucky to have each other. MasyaAllah. Semoga berbahagia hingga ke jannah, mendapat anak yg soleh & solehah. Aminnn
Kecantikan wajah Mira turut mendapat komen warganet yang memuji hasil kerja jurusolek yang terkenal dalam kalangan selebriti dan instafamous ini.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Bacalah ‘Tahu Tak?’, Perkongsian Ringkas Menjentik Tauhid

Kisah para nabi, rasul dan Islam yang diajar di sekolah dahulu merupakan permulaan perjalanan yang menguatkan tauhid kita. Hanya Allah tempat kita bermula dan berakhir.
Sebenarnya kalau disenaraikan semula memang banyak dan ada yang kita tak tahu dan tak ingat pun. Kepala ini terlalu sarat dengan hal-hal dunia yang meyesakkan.
Artikel berkaitan: Kematian Indah, Ulama Meninggal Dunia Setelah Ucap “Lailahaillallah” Semasa Berceramah
Artikel berkaitan: Jangan Cepat-Cepat Bangun Bila Sujud Terakhir, Mintaklah PadaNya 3 Perkara Ini Sebelum Terlambat
Tetapi apabila dibaca semula catatan ringkas imbasan semula oleh Mohd Ibrahim bertajuk tahu Tak? ini, kita seakan kembali mengingati kisah yang disampaikan secara ringkas dan berbekas di hati.
Tahu Tak?
Pemuda al-Kahfi yang ada 7 org tertidur selama 309 tahun.
Bersama mereka ada seekor anjing.
Surah Al-kahf ayat 17.
Tahu tak?
Allah membolak balikan badan mereka untuk tidak berkulat, Allah hentikan segala macam bulu di tubuh mereka, Allah kukuhkan pakaian mereka supaya tidak reput.
Tahu tak?
Nabi Uzair tidur 100 tahun, bersama beliau ada seekor keldai. Keldai yang tulangnya pun sudah hancur menjadi debu. Selepas 100 tahun, Maha suci Allah, Allah tunjuk debu jadi tulang di balut daging bulu. Kemudian Bercantum semula jadi keldai.
Tahu tak?
Amalan yang dilakukan oleh Bilal bin Rabah sehingga kedengaran tapak kaki beliau di dalam syurga adalah solat sunat wuduk.
Tahu tak?
Malam sebelum Isra’ Mikraj dada Rasulullah SAW dibelah untuk kali kedua. Kali pertama ketika berusia 5 tahun. Kemudian hati baginda SAW dibasuh dgn air zam zam.
Tahu tak?
Perihal burraq ialah berwarna putih lebih kecil dari kuda dan lebih besar dari keldai. Kelajuan sejauh mata memandang.

Tahu tak?
Bila sampai di masjid Aqsa, Rasulullah SAW solat 2 rakaat dan Baginda SAW menjadi imam kepada para-para nabi. Sesuai dengan pangkat beliau iaitu penghulu segala nabi dan rasul.
Tahu tak?
Selesai solat Rasulullah didatangi dua bekas. Sebekas berisi susu dan sebekas berisi arak. Rasulullah memilih susu.
Tahu tak?
Rasulullah SAW dan Jibril a.s menaiki langit yang padanya belum ada manusia selain nabi pernah sampai. Jibril memberi salam lalu dijawab malaikat penjaga langit dan bertanya siapa dia. Kemudian Jibril menjawab,”Aku jibril”. Kemudian ditanya lagi “Siapa bersama engkau dan adakah dia telah diutuskan?” Jibril menjawab, “Dia Muhammad dan dia telah diutuskan (berlaku pada setiap pintu langit)
Tahu tak?
Di langit pertama ada nabi adam as
Di langit kedua ada nabi isa as dan nabi yahya as
Di langit ketiga ada nabi yusuf as
Di langit keempat ada nabi idris as
Di langit kelima ada nabi harun as
Di langit keenam ada nabi musa as
Di langit ketujuh ada nabi ibrahim as dan juga baitul makmur
Di atas langit ketujuh syurga dan sidratul muntaha
Di atas syurga ada air
Di atas air ada arasyh
Di atas arasyh ada kursi
Di kanan arasyh ada Luh Mahfuz
Semua nabi mengucapkan salam
Selamat datang nabi yang soleh dan rasul yang soleh
Kecuali nabi Adam mengucapkan anak yang soleh dan rasul yang soleh
Tahu tak?
Ketika Rasulullah saw sampai di langit ke 7
Beliau mendapati lelaki yang mukanya sama seperti baginda sedang duduk bersandar manakala malaikat yang lain sedang sibuk bertawaf.
Rupa-rupanya amalan ibadah ini ketika hidup di alam dunia sahaja. Yang memakan masa 50- 60- 70 tahun bergantung kepada usia masing2. Kemudian tak ada dah.
Tahu tak?
Rasulullah pergi ke syurga dan dia dapati kebanyakan ahli syurga itu adalah di kalangan mereka yang miskin.
Tahu tak?
Rasulullah saw melihat kebanyakan penghuni neraka adalah di kalangan wanita.
Tahu tak?
Neraka ada 7 tingkat manakala syurga ada 8 tingkat
Tahu tak?
Selepas semua itu Rasulullah naik ke sidratul muntaha dan Jibril menunjukan rupa sebenar beliau untuk sekali lagi.
Surah an-Najm ayat 13.
Dan bila Rasulullah ingin mengambil perintah solat.
Berpisah lah dia dengan Jibril. Jibril yang semulia-mulia makhluk pun tak dapat maju ke depan kerana takut kebinasaan. Hanya Rasulullah keseorangan ketika itu.
Tahu tak?
Umat Islam semakin tidak mempercayai Rasulullah SAW selepas peristiwa Isra’ mikraj. Tetapi Abu Bakar r.a tetap membenarkan kata-kata Rasulullah SAW.
Tahu tak?
Ayat pertama surat nabi Sulaiman kepada balqis ialah Bismillah’irahmannilrahim
Surah al-naml ayat 30.
Buatlah apa pun, Bismillah. Ambil kunci, bismillah. Tekan alarm, bismillah. Buka pintu, bismillah. Masuk kan kunci, bismillah. Duduk bismillah. Start enjin, bismillah. Masuk gear, bismillah. Akan rasa kemanisan Basmallah tadi, Percayalah.
Tahu tak?
Masa nak pindahkan istana Balqis, Ifrit boleh bawa istana itu sebelum nabi Sulaiman bangun dari tempat duduk.
Surah al-naml ayat 39.
Tahu tak?
Mulianya manusia ini, ada yang boleh angkat istana itu dalam sekelip mata.
Surah al-naml ayat 40.
Mulia lagi kita ini daripada jin.
Tahu tak?
Air dicincang tidak akan putus. Ketika laut merah di belah oleh nabi Musa,
Ketinggian benteng laut itu setinggi gunung.
Tahu tak?
Abu Jahal adalah manusia yang minta Rasulullah SAW membelah bulan. Apabila bulan terbelah kemudian bercantum, dia herdik Rasulullah SAW adalah bapak segala ilmu sihir. MasyaAllah.
Makna kata ketika peristiwa itu ada musafir datang untuk berjumpa Abu Jahal, konon mereka akan jadi saksi. Esoknya apabila mereka sampai mereka bercerita. Itu yang dia herdik Rasulullah kononnya Rasulullah bukan saja boleh sihir dekat-dekat jauh pun boleh.
Tahu tak?
Antara perkara yang paling menggembirakan Rasulullah SAW ialah apabila seseorg itu ingin memeluk Islam.
Tahu tak?
Abu Lahab adalah pakcik Rasulullah. Allah abadikan surah khas untuk dia iaitu surah al-Lahab.
Tahu tak?
Surah al-Lahab tadi turun 6 bulan sebelum Abu Lahab mati. Makna kata confirm masuk neraka.

Tahu tak?
Antara pakcik kesayangan Rasulullah ialah Abu Talib. Walaupun tak beriman dengan Rasulullah SAW, dia tetap sokong dakwah Rasulullah SAW.
Tahu tak?
Abu Talib ini beriman dengan Allah, percaya neraka itu benar. Tetapi dia tolak Muhammad SAW sebagai utusan. Ni nak kata hidayah milik Allah.
Tahu tak?
Abu Talib mati dalam keadaan tidak beriman kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW bernekad akan terus mendoakan pakciknya. Kemudian turun ayat.
“Sesungguhnya kamu (hai Muhammad) tidak akan dapat memberi hidayah (petunjuk) kepada orang yang kamu cintai, tetapi Allah lah yang memberi petunjuk kepada siapa saja yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk.”
QS Al Qashash: 56
Tahu tak antara nikmat-nikmat besar Allah bagi? Islam!
Islam adalah nikmat besar.
Sehingga orang terakhir yang keluar dari neraka itu org Islam yang dalam hatinya ada “Tiada Tuhan selain Allah”
Tahu tak imam Mahdi?
Imam Mahdi atau nama sebenar beliau Muhammad bin Abdullah.
Keturunan Rasulullah SAW, lelaki fasih berbahasa arab, tampan, akhlak baik macam Rasulullah SAW.
Tahu tak pasal imam Mahdi ni?
Rasulullah SAW pesan, apabila kamu mendengar imam Mahdi sedang di lantik, pergi dapat kan bai’ah daripada beliau. Walau terpaksa merangkak dalam salji.
Tahu tak kenapa ramai mengaku imam Mahdi?
Dia orang tak mampu nak tiru Nabi Isa as sebab ketika nabi Isa turun, dia masih memegang sayap malaikat di tangan kiri dan kanan beliau.
Tahu tak nabi Isa?
Antara manusia yang tidak dijadikan daripada air mani. Termasuk Nabi Adam dan Siti Hawa.
Tahu tak Nabi Isa akan hidup 40 tahun berlandaskan syariat nabi Muhammad saw. Beruntung anak cucu yang dapat jumpa nabi.

SubahanaAllah!
Tapi! Sebelum turun the last man standing ini
Dunia kena hadapi fitnah dajjal ini selama 40 hari.
1 hari bersamaan 1 tahun.
1 hari bersamaan 1 bulan.
1 hari bersamaan 1 minggu.
Hari ke empat macam biasa.
Apa pun jangan lupa solat!
Sebab solat adalah satu-satunya jambatan mendapat rahmat dan redha Allah.
Solat tak turun wahyu, Rasulullah pergi amil di atas langit sana.
Ingat ya solat! Baru hidup berkat.
Sekadar renungan buat diri sendiri
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Sempat Raikan Birthday Kali Terakhir, Esoknya Allah Jemput Pulang

Hidup mati sudah ditentukan sejak di luh mahfuz. Ia takdir yang tidak dapat dielak oleh setiap makhluk bernyawa. Dalam pada itu, ujian pemergian orang tersayang adalah ujian yang amat perit untuk dilalui pada peringkat awal. Namun ia mengambil masa untuk pulih menerima takdirnya.
Satu perkongsian dari isteri yang baru kehilangan suami sehari selepas menyambut ulangtahun kelahiran suami pada 31 Mei lalu cukup syahdu kerana dengan sifat baik arwah, semua urusan ketika pengkebumiannya terurus dengan baik. Bahkan kebaikan arwah semasa hayat membuatkan ramai yang sayang dan bercerita kebaikan dilakukan arwah terhadap mereka. Tidak cukup itu, arwah juga sangat mementingkan keluarga semasa hayat.
Berikut perkongsian dari Nurul Husna yang berkongsi kebaikan dilakukan suaminya sepanjang usia perkahwinan mereka.
Our last family portrait bersama arwah.
29 Mei 2022, 28 Syawal 1443H (Ahad)
Kami sambut 2 hari awal birthday arwah disebabkan ada kekangan masa. Masa ni, arwah tak tunjuk langsung tanda yang pelik.
Dia tetap sama macam selalu. Happy go lucky, makan lalu, tak merungut sakit, tak dak perkataan atau ayat yang luar biasa pon yang akan membuatkan kita rasa ada sesuatu yang tak kena.
31 Mei 2022, 30 Syawal 1443H (Selasa)
‘Happy Birthday Papa’.
Kebetulan arwah perlu selesaikan urusan kerja di Johor. Aku bila ada hari-hari penting macam ni yang memerlukan perjalanan yang jauh, aku mula tak sedap hati. Tapi memikirkan demi sesuap nasi kami anak beranak, aku izinkan.
Arwah sampai dari Johor dalam pukul 10.00 malam. Dia pegi lepak makan dulu dan balik rumah dalam pukul 11.15 malam. Aku dan anak-anak dah standby kek belakang pintu, nak surprise kononnnya.
Zieya ada ada tanya,
“Mama, kenape kite nak potong kek papa lagi, kan kita dah potong kek hari tu? “
Lancar ja mulut aku menjawab,
“Antara mama dengan papa, kita tak tau sapa yang akan meninggal dulu. Selagi ada masa, kita ambik peluang untuk raikan hari-hari istimewa macam ni”. Dan malam tu berlalu dengan penuh gelak ketawa kami anak beranak.
1 Jun 2022, 1 Zulkaedah 1443H (Rabu)
Arwah uruskan anak² yang bersekolah macam biasa. Aku pulak pegi pejabat, last jumpa arwah pagi tu ja, aku salam dan bergegas sebab dah lambat.
Pukul 1.41.petang, aku masih berwhatsapp dengan arwah. Pukul 3.30 petang aku whatsapp tapi tak da respond. Masa ni langsung tak rasa apa sebab aku andaikan arwah mungkin sibuk uruskan anak kecil kami, Hafiya.
Pukul 5.20 petang, aku sampai rumah. Dari luar dengar suara Hafiya nangis, bukak pintu tapi berkunci. Dah rasa pelik kenapa pintu berkunci. Selalu petang macam ni pintu tak kan berkunci sebab arwah dah keluar ambik anak² balik kafa.
Buka ja pintu rumah, ada sesusuk tubuh yang sangat aku kenali dah terbaring kaku, di hujungnya ada anak kecil yang menangis, entah untuk berapa lama aku tak pasti.
Allahuakbar.
Aku berlari dapatkan arwah. Aku pegang tangan, aku pegang leher, aku bukak mata arwah. Sejuk, tiada respond dan tanpa sebarang nadi. Hati aku kuat mengatakan yang arwah dah tak ada.
REDHA.
Pelan-pelan aku capai anak kecil, aku call 999. Pihak berkenaan nak guide cara cpr tapi aku menolak, sebab hati aku kuat mengatakan arwah dah tak ada masa tu. Dengan anak yang tengah menangis mana mungkin aku ada kekuatan untuk buat cpr. Cuma aku mintak ambulance datang dengan segera.
Aku call anak buah arwah, family dan beberapa kenalan untuk datang rumah. Aku whatsapp dan call family untuk maklumkan keadaan arwah.
Pihak ambulance sampai, depa mintak izin untuk buat cpr. Aku jugak mintak izin untuk uruskan Hafiya dan solat asar. Selesai solat, selesai jugak cpr, pihak paramedik maklumkan yang arwah dah tak ada.
Innalillahiwainnailaihirajiun.
REDHA, aku redha dengan ujianMu ya Allah.
Aku tanyakan apa langkah seterusnya sebab aku tak dak pengalaman uruskan kes macam nie. Jiran² sebelah mula datang menjenguk, dan mula membantu mana yang patut.
Dari urusan dengan pihak polis, surau, perbadanan Putrajaya, semua selesai dengan mudahnya, alhamdulillah Ya Allah. Jiran-jiran tolong, komuniti Presint 11 tolong, family dan kawan² jugak tidak terkecuali.
Bermula maghrib, ramai kenalan arwah, kenalan aku sendiri, jiran-jiran, family, yang jauh yang dekat memenuhi ruang rumah. Sungguh aku tak sangka terlalu ramai yang sayangkan arwah.
Bagi yang bertanyakan apa sakit arwah, cukup aku simpulkan arwah meninggal disebabkan jantung.
Dan malam berlalu dengan terlalu perlahan bagi aku. Mungkin untuk aku habiskan masa² akhir aku bersama arwah dengan sebaiknya.
Sambil membaca yassin, baca al-quran, aku usap perlahan muka arwah, tangan arwah, badan arwah. Ya, ini kali terakhir aku berpeluang untuk berkhidmat untuk insan yang paling aku sayang.
Tenangnya arwah, bersih mukanya. Lagi buatkan aku redha. Aku tau, arwah orang yang sangat baik. Dia dah jalankan tanggungjawab sebagai hamba, sebagai suami, sebagai papa, sebagai kawan, sebagai jiran, sebagai anak, abang ipar dan adik dengan sebaiknya.
2 Jun 2022, 2 Zulkaedah 1443H (Khamis).
Arwah dibawa ke Surau Al-Furqan, Presint 11 untuk dimandikan, dikapankan dan solat.
Masha Allah bang, ramainya orang. Ramai yang sayangkan abang. Abang baik, semua orang cakap benda yang sama. Abang suka belanja makan dalam diam, abang mudahkan urusan orang, abang baik dengan semua. Subhanallah.
Urusan disurau selesai dengan mudahnya. Pihak surau dan team pengurusan jenazah sangat membantu. Alhamdulillah.

Perjalananan diteruskan ke Tanah Perkuburan Islam, Presint 20, Putrajaya.
Sekali lagi, ramainya orang sayangkan abang. Masha Allah. Urusan pengkebumian berjalan dengan lancar, pihak perbadanan sangat menyantuni keluarga arwah dan menjalankan khidmat dengan sebaik mungkin.
Talkin dibacakan, untuk iktibar dan peringatan untuk kita yang masih hidup di dunia.
Abang, selamat jalan ke negeri abadi. Ayang redha. Abang seorang yang sangat pentingkan keluarga, family man. Nak lepak makan dengan kawan² pon abang pastikan kami anak bini abang makan dulu.
Abang sangat baik untuk ayang dan anak². Abang cuba penuhi setiap masa bersama dan keinginan kami tanpa rasa jemu.
Allah jemput abang sehari selepas abang dah gembira menyambut birthday dengan ayang dan anak². Allah bagi pinjaman tak ternilai nie selama 12 tahun untuk kita bersama.
Sayangnya Allah dekat kita kan bang. Dan yang pasti, Allah lebih sayangkan abang.
Walaupun ayang tak tau macam mana saat² akhir pengakhiran abang, ayang tak tau pukul berapa abang pergi, ayang tak tau sebab apa abang boleh rebah.
Tapi ayang pasti, abang hanya nak mudahkan urusan ayang dengan menguruskan jenazah abang. Semua tu tetap menjadi rahsia Dia, Maha Pencipta dan disaksikan anak kecil, Hafiya yang masih tak mengerti apa.
Allahuakbar.
6 Jun 2022, 6 Zulkaedah 1443H (Isnin)
Hari ni genap 6 hari hidup kami tanpa kehadiran abang disisi. Ayang tau abang ‘ada’. Anak² semua okei, main dengan sepupu² bagi hilangkan rasa rindu kat abang.
Cuma Hafiya, badan dah dedar. Rindu papa barangkali, tapi tak reti nak luah.
Abang, doakan ayang kuat nak galas tanggungjawab sebagai mama dan papa. Doakan ayang berjaya pimpin anak² hingga ke syurga. Abang tunggu kami kat sana, ya.
—————————————————————————-
Buat kenalan arwah, kawan² sekolah, kawan² politeknik, kawan² UiTM, kawan² bola, kawan² futsal, kawan² grab, kawan² proton, kawan² banker, kawan² lepak makan, kawan² rumah sewa dan semua yang mengenali, sekiranya arwah ada buat salah silap, saya bagi pihak arwah mohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Dan sekiranya arwah ada berhutang, mohon sangat² maklumkan kepada saya ya.
Buat keluarga tercinta samada keluarga sendiri dan keluarga mertua, jiran², kawan² yang mengenali husna dan yang sangat husna sayang, kawan sekolah rendah, kawan sekolah menengah, kawan rumah sewa, kawan poli, kawan uitm, kawan KSM, kawan KDN dan terutamanya kawan² JPK, terima kasih atas sokongan dan kasih sayang semua.
Terima kasih atas keprihatinan dan kebajikan, terima kasih untuk doa² dan ucapan kekuatan. Terbukti husna tak keseorangan.
Doakan husna terus kuat, demi anak² dan perjalanan masa depan. Mohon juga doakan arwah ya.
Big hugs.
Assalamualaikum dan Al-Fatihah.
via Nurul Husna
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Nak Kahwin Tahun Depan Tapi Tak Cukup Duit, Baca Perkongsian Lelaki Ini

Nak kahwin tapi duit tak cukup lagi. Alahai. Susah juga ya. Tidak dapat dinafikan antara halangan utama untuk mendirikan rumah tangga ialah masalah kewangan.
Oleh itu jika merancang untuk mendirikan rumah tangga, adalah lebih baik jika tabungan dimulakan seawal mungkin.
Ia bagi memudahkan anda untuk merancang majlis perkahwinan serta menyusun kehidupan selepas berumah tangga.
Berikut perkongsian daripada Harith Faisal ini.
Assalamualaikum En. Harith Faisal. Maaf mengganggu dengan mesej saya ni. Kalau ada masa bolehlah reply. Saya sekarang tengah buntu. Sebenarnya saya dan pasangan bakal berkahwin. InshaAllah tahun depan.
Pasangan sekarang tengah kumpul duit untuk majlis dan hantaran. Masalahnya kitorang tak rasa duit simpnan boleh cukup sampai tarikh majlis nanti. So, dia ada cakap nak buat pinjaman bank untuk persediaan nanti.
Kami memang kurang ilmu nak buat pinjaman peribadi ni. Pendapat Encik HF macam mana? Maksudnya boleh ke kalau kami teruskn rancangan ni atau kami cuba alternatif lain. Sebab memang dah dekat sangat ni dengan majlisnya iaitu bulan Februari tahun depan.
Kami perlukan RM20,000 untuk majlis nanti. Sekarang kami hanya ada RM5,000. Saya boleh saving RM500 sebulan. Bakal suami saya ada juga saving setiap bulan. Tapi sikitlah. Sebab komitmen dia tinggi.
Kami pun silap juga sebab tak rancang kewangan awal-awal lagi. Itu sahaja soalan saya. Just minta pendapat En HF. Terima kasih banyak. Semoga Allah merahmati En HF sekeluarga. – Cik NH
NAK KAHWIN TAHUN DEPAN. TAPI TAK CUKUP DUIT LAGI? JOM BACA NI. LELAKI PALING SUKA POIN NOMBOR 3.
1. Buatlah tabung kahwin walaupun belum ada calonnya. Dengan harapan, bila muncul saja putera idaman atau puteri kayangan, boleh terus kahwin selepas berkenalan.
2. Terlalu ramai yang menyesal sebab tak buat tabung kahwin awal-awal. Ambil iktibar, jangan ulangi kesilapan mereka. Pelik sungguh kalau couple sampai 10 tahun, tapi tabung kahwin RM5,000 pun tak pernah wujud. Contoh.
3. Lelaki atau perempuan, dua-dua kena mulakannya sekarang. Kalau majlis yang anda rancang perlukan RM20,000, setiap seorang kena sediakan RM10,000. Berani? Ajak pasangan baca posting ni sama-sama. Lagi seronok, ajak mertua sekali.
4. Barulah adil, saksama dan sekufu. Dua-dua bijak merancang kewangan. Yang lelaki kumpul duit kahwin untuk membuktikan yang dia mampu dan kuat berusaha. Lepas kahwin nak jadi ketua keluarga kan.
5. Yang perempuan, untuk buktikan yang dia sudi susah senang bersama lelaki tu. Ini kalau sebelum kahwin pun sanggup tengok lelaki bergolok gadai seorang diri, macam mana pula selepas kahwin nanti.
6. Kalau kita terpaksa ambil pembiayaan peribadi untuk beli sesuatu, sebenarnya kita belum mampu memilikinya. Apatah lagi tujuannya untuk berkahwin. Berkahwinlah guna mana-mana duit yang ada saja.
7. Sebelum kahwin kita dah kata yang komitmen kita tinggi, dan tak mampu buat simpanan. Jangan ingat lepas kahwin hidup akan jadi lebih mudah. Baru sebulan kahwin, isteri dah start morning sickness. Faham-fahamlah.
8. Jika sebelum kahwin tak mampu menyimpan RM500 sebulan, jangan pula ambil pembiayaan peribadi dengan ansuran bulanan RM500. Senak nak bayar nanti. Lupakanlah pembiayaan peribadi tu.

9. Jenis yang lepas kahwin baru sedar nak beli rumah, jenuhlah nak kumpul deposit. Hutang kahwin tak habis-habis, bayangan rumah sendiri langsung tak kelihatan. Jauh dan semakin menjauh.
10. Orang kahwin, murah rezekinya insyaAllah. Tapi kita tetap perlu merancang dengan baik. Sama ada yang kita rancang tu menjadi atau tidak, itu rahsia Allah. Kita merancang, Allah jua sebaik-baik perancang.
11. Jom bantu Cik NH. Lagi 7 bulan nak kahwin, tapi belum cukup duit. Cadangan saya, nak tak nak, buatlah simpanan RM1,000 setiap bulan bersama pasangan. Atau kurangkan kos lain yang tak wajib dan tak perlu.
12. Jangan bergantung kepada satu pendapatan yang sedia ada. Buat jualan online yang memerlukan modal kecil atau yang tanpa modal, dropship, affiliate, Uber, Grabcar dan lain lain.
13. Pelamin DIY, kurangkan jenis lauk, tapis jemputan, fotografer tak perlu sampai 3 orang, kalau tak mampu buat 2 majlis asing, buat 1 majlis sekali pun boleh, jimat 50% belanja. Bridesmaid tak payah wujud langsung kalau kita yang kena tanggung.
14. Ada cadangan lain? Saya juga sudah buntu. Saya bukanlah pakar sangat bab kahwin ni. Kalau ikut pengalaman sendiri, baru sekali saja pernah kahwin. Haha. – HF
Sumber Kredit: Harith Faisal
VIDEO:
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI