Besar tanggunghjawab seorang lelaki yang bergelar ketua keluarga.
Menerusi catatannya di Instagram, Ashraf Muslim menyatakan bahawa betapa besarnya tanggungjawab seorang lelaki kepada wanita-wanita di bawah ‘jagaannya.’ Moga perkongsian ini memberi manfaat kepada golongan lelaki yang bergelar ayah, abang, adik lelaki, dan juga suami.
Lelaki mesti menjaga keluarganya, kerana dia takkan masuk syurga seorang diri. Rasulullah SAW mengatakan; “Barang siapa yang diberikan tiga orang anak perempuan oleh Allah SWT dan dididiknya dengan baik sehingga baligh, maka anak perempuan itu akan menjadi pendinding daripada api neraka .
Seorang ibu bertanya; “Kalau dua orang bagaimana?” Jawab Rasulullah SAW, “Pun sama.” Dalam riwayat lain disebutkan kalau dua anak perempuan dididik dengan betul akan menjadi sebab ibu bapanya untuk masuk syurga. Dalam riwayat lain pula disebutkan kalau seseorang ada dua anak perempuan dan dididik dengan betul akan macam ni dengan aku, sambil menujukkan kedudukan jari manis dan jari kelingking, yakni bermaksud duduk sangat dengan Nabi Muhammad SAW.
Oleh itu, lelaki perlu bertanggungjawab kepada isteri, anak perempuan, adik-beradik perempuan supaya orang perempuan dapat apa yang sepatutnya diperolehi daripada orang lelaki. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat, kepada Allah SWT, dan suaminya, dan yang memelihara kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara, ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolongan-Nya.
Perempuan yang yang dimaksudkan secara khusus ialah isteri atau perempuan di bawah jagaan lelaki, hendaklah menjadi solehah sifatnya, taat, dan menjaga kerhormatannya. Dalam hadis Rasulullah SAW bersabda; “Sebaik-baik perempuan ialah kalau kamu lihat kepadanya akan menggembirakan kamu, kalau kamu perintah padanya, dia taat, dan kalau kamu tidak ada bersamanya, perempuan itu menjaga kamu pada harta, diri dan maruahnya .
Yakni maksudnya, bukan ketiadaan suami, bapa, abang, adik membolehkan perempuan keluar ke mana saja seperti keluar dari penjara, dan berbuat apa saja yang dia nak. Perempuan yang dihantar bapanya untuk belajar di universiti, duduk di asrama, dia mesti menjaga kehormatannya untuk tidak duduk berdua-duaan dengan lelaki. Jika tidak, dia tidak menjaga hak bapanya. Tidak boleh keluar melancong dengan lelaki lain, agar tidak khianat amanah bapanya.
Wallahu’alam dari @habibalizaenalalhamid.
https://www.instagram.com/p/Bj7WfsZAwSO/?utm_source=ig_web_copy_link
Sumber kredit: @ashrafmuslim
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI