
Umum sudah mengetahui pelakon yang terkenal dengan imej seksi Kilafairy sudah berhijab sepenuhnya minggu lalu.
Ternyata perubahan itu sangat menggembirakan kedua ibu bapanya. Malah keduanya juga selama ini tak henti berdoa agar anak kesayangan mereka ini akan berubah.
Artikel Berkaitan: Berkat Doa Ibu Bapa Tak Pernah Putus, Kilafairy Kini Tampil Manis Berhijab. Ramai Doakan Kekal Istiqamah!
Sebaik sudah berhijab sepenuhnya, Kilafairy mengambil keputusan untuk memadam semua fotonya yang tidak bertudung di Instagram.
Dia yang memiliki hampir sejuta pengikut di medium sosial ini hanya memuat naik foto terkini dirinya serta foto lama memaparkan gambar kucing peliharaan serta aktiviti seni terdahulu.
Ramai yang memuji perubahan dilakukan Kilafairy dan mendoakan agar dia terus kekal istiqamah. Dalam artikel di Berita Harian, Kilafairy memberitahu keputusannya untuk bertudung hadir dengan sendirinya dan bukan paksaan sesiapa.
Pemilik nama lengkap Syakila Nisha Jangir Khan ini turut berkongsi antara kisah menarik apabila sudah bertudung di saluran Youtube miliknya.

Paling menggembirakan dirinya apabila ayah kesayangan terkejut dan mengucap syukur Alhamdulillah apabila melihat dirinya sudah berhijab.
Jag
Jangan risau kalau berhijab sebab rambutnya tak rosak. Untuk memastikan rambut kekal terjaga walaupun berhijab, boleh terus click di sini
Kredit Foto: Instagram Kilafairy
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Dah Banyak Buat Amal Tapi Semuanya Sia-sia Kerana Sebab Ini

Kita selalu fikir, apabila kita lakukan amal kebaikan, pastinya Allah akan balas dengan pahala atau kebaikan juga.
Namun begitu tidak semestinya kita banyak beramal, maka kita akan dapat mengumpul pahala sama banyak dengan amal yang kita sudah lakukan. Tak mustahil pahala yang dikumpul itu terus berkurang hingga hilang kesemuanya kerana apa yang kita sendiri lakukan.
1. Beramal Namun Murtad (Keluar Dari Agama Islam)
Barangsiapa yang keluar dari Islam atau murtad dalam Islam, maka semua pahala amalan yang dia kerjakan sebelumnya terhapus dan tak bernilai apa-apa di hadapan Allah SWT. Di akhirat dia akan dimasukkan dalam neraka selama-lamanya.
Dalam firman-Nya dalam surah al-Baqarah: 217
“Barangsiapa di antara kalian yang murtad dari agamanya kemudian mati dalam keadaan kafir maka mereka itulah orang-orang yang terhapus amalannya di dunia dan akhirat. Dan mereka itulah penghuni neraka. Mereka kekal berada di dalamnya.”
2. Beramal Namun Syirik Besar
Kesyirikan besar dengan berbagai jenisnya merupakan bentuk kezaliman besar dan penghinaan terhadap Allah SWT, syirik dalam Islam adalah menyamakan antara darjat Allah dan makhlukNya, oleh itu balasan yang setimpal dengannya adalah terhapusnya semua pahala amalan kebaikan, serta tak akan diampuni olehNya apabila mati dalam keadaan berbuat syirik dan belum bertaubat darinya.
Sebagaimana dalam ayat al-An’am:88
”Seandainya mereka menyekutukan Allah, nescaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan.”
3. Beramal Namun Riak (Beramal Agar Dipuji) Dan Sum’ah (Menceritakan Amalan Baiknya Agar Dipuji).
Riak atau Sum’ah akan menghapus amalan yang kita lakukan atau diceritakan kepada orang lain dengan tujuan agar dipuji dan disanjung oleh orang yang melihat atau mendengarnya.
Dalam hadis qudsi Allah Ta’ala berfirman :
“Aku paling tidak suka pada sekutu-sekutu, barangsiapa yang beramal sebuah amal kemudian dia menyekutukanKu di dalamnya maka Aku tinggalkan dia dan syiriknya” (HR. Muslim no.2985 )
4. Beramal Bukan Kerana Allah
Imam Nawawi rahimahullah berkata, ‘Maknanya adalah Aku tidak suka pada persekutuan dan yang lainnya, barangsiapa beramal sesuatu untuk Ku dan untuk selain Aku maka Aku tidak menerimanya, bahkan Aku meninggalkanya untuk yang lainnya itu. Maksudnya iaitu amal orang yang melakukan riak adalah batil dan tidak ada pahala di dalamnya, serta dia berdosa’. (Syarh Shohih Muslim 9/370)
5. Beramal Dengan Al-Mann (Mengungkit-ngungkit Sedekah), Dan Al-Adzaa (Menyakiti Perasaan Penerima) Tatkala Bersedekah, Maka Pahala Sedekahnya Terhapus.
Mengungkit-ngungkit sedekah dan pemberian yang diserahkan kepada penerima misalnya dengan menyatakan bahwa “Aku telah memberimu sedekah, maka berbuat baiklah padaku” Ini merupakan satu dosa dan boleh menghapuskan pahala amalan sedekah tersebut.
Ini juga sama halnya dengan memberikan sedekah tapi dengan cara yang membuat si penerima disakiti dan terhina, seperti bersedekah dengan penuh sombong, sambil mengejek, ataupun menceritakan perihal sedekah ini pada orang yang membuat si penerima malu dan sakit hati.
Dalam ayat: al-Baqarah:264
Hai orang-orang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima)
6. Beramal Dengan Bersumpah Atas Nama Allah, Bahawa Seseorang Tak Akan Diampuni.
Ini merupakan salah satu bentuk ucapan tanpa ilmu, sebab pengampunan Allah adalah perkara ghaib. Tiada seorang pun berhak ke atas pengampunan selain Allah SWT. Walaupun dari segi zahir seseorang banyak dosa dan maksiat, namun tidak boleh diberitahu secara langsung bahawa dia tidak akan diampuni oleh Allah SWT.
Sia-sia amalan kita selama ini jika terkeluar kenyataan tentang pengampunan seperti ini.
Sebab boleh jadi, suatu saat orang tersebut bertaubat atau Allah benar-benar mengampuniNya.
Dalam hadis Jundub r.a bahawasanya Rasulullah SAW mengisahkan ada seseorang berkata:
“Demi Allah, Allah pasti tidak akan mengampuni si fulan. Maka Allah ta’ala berfirman:
“Siapakah yang bersumpah atas namaKu, bahwa Aku tidak akan mengampuni Si Fulan, sesungguhnya Aku telah mengampuni Si Fulan, dan Aku menggugurkan amalmu”. (HR Muslim, no. 2621)
7. Beramal Demi Untuk Mendapatkan Ganjaran Dunia Semata
Allah Tberfirman,
“Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan.” (Huud: 15-16)
8. Melakukan Amalan Haram Tatkala Bersendirian
Ketika berada di hadapan orang ramai, dia menampakkan amalan-amalan soleh. Namun tatkala bersendirian, maka dia pun melakukan hal-hal yang diharamkan.
Dalam hadis:
“Sungguh saya telah mengetahui bahawa ada suatu kaum dari ummatku yang datang pada hari kiamat dengan membawa kebaikan sebesar gunung Tihamah yang putih, lantas Allah menjadikannya sia-sia.”
Tsauban berkata; “Wahai Rasulullah, sebutkanlah ciri-ciri mereka kepada kami, dan jelaskanlah tentang mereka kepada kami, supaya kami tidak menjadi seperti mereka sementara kami tidak mengetahuinya.”
Beliau bersabda:
“Sesungguhnya mereka adalah saudara-saudara kalian dan dari golongan kalian, mereka sollat malam sebagaimana kalian mengerjakannya, tetapi mereka adalah kaum yang jika bersendirian (tidak ada orang lain yang melihatnya) dengan apa-apa yang di haramkan Allah, maka mereka terus (segera) melanggarnya.” (HR Ibnu Majah 4245, shahih)

9. Bangga Membunuh Seorang Muslim, Apalagi Soleh.
Dalam hadis sahih: “Barangsiapa yang membunuh seorang mukmin, lantas bergembira dengan pembunuhan itu, maka Allah tidak akan menerima taubat dan tebusannya hari kiamat kelak” (HR Abu Daud : 4270)
10. Melakukan Amalan Bid’ah, Maka Bid’ahnya Tertolak.
Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang beramal tanpa ada perintah dari kami, maka tertolak.” (HR Muslim: 1718).
Barangsiapa yang beribadah kepada Allah dengan bid’ah atau amalan yang Dia tidak syariatkan maka amalan tersebut tidak akan ada pahalanya, bahkan pelakunya akan mendapatkan dosa.
11. Memelihara Anjing Untuk Tujuan Selain Anjing Penjaga Gembalaan, Kebun, dan Buruan.
Dalam hadis:
“Barangsiapa memelihara anjing, maka amalan solehnya akan berkurang setiap harinya sebesar satu qiroth (satu qiroth adalah sebesar gunung uhud), selain anjing untuk menjaga tanaman atau hewan ternak.” (HR Bukhari: 2322 dan Muslim: 1575)
12. Tidak Ikhlas
Beramal tetapi tidak dari hati namun kerana menginginkan balasan maka amalannya sia sia, misalnya melakukan sedekah kerana berharap menjadi kaya raya, tidak semata kerana Allah dan ingin membantu orang lain, maka walaupun doanya untuk kaya dikabulkan Allah, kemungkinan besar amalan yang dilakukan tidak ada nilainya.
13. Dengan Merungut Dan Makan Harta Haram
Barang siapa yang makan harta haram seperti mencuri maka amalan baiknya tidak bermakna, kebaikan yang dilakukan sia sia, begitu pula jika beramal sambil merungut yang menandakan tidak ikhlas dalam menjalaninya.
14. Tidak berbakti pada kedua orang tua
Sia-sia sahaja berbuat baik atau beramal baik pada semua orang namun tidak baik pada orang tua, maka amalannya tetap tidak bermakna.
Kashoorga: Audit semula selama ini apa yang telah kita lakukan tatkala sedang beramal. Banyak beramal tetapi ada salah satu ciri-ciri di atas pun tidak berguna. Jagalah urusan kita dengan Allah sebaik-baiknya.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Enam Jenis Muslimah Makruh Dikahwini

Tiada manusia di dunia yang cukup sifatnya tidak mahu dikahwini dan mengahwini. Atas usaha, doa dan tawakal dalam mencari pasangan hidup, InsyaAllah dikurniakan pasangan sesuai.
Bagi seorang lelaki, perlu memperlengkapkan diri rohani dan jasmani menjadi suami yang soleh; membimbing keluarga sakinah. Begitu juga Muslimah, agar dapat menjadi isteri mithali. Bagi bakal pengantin lelaki, bagi memastikan pilihan itu tepat ada empat kriteria asas perlu diperhatikan sebelum bercita-cita untuk berumahtangga.
Nabi Muhammad SAW ada bersabda;
“Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya, maka pilihlah wanita yang taat beragama, nescaya engkau beruntung,” (HR Bukhari)
Artikel berkaitan: “Di mana Jodohku”, Jangan Tergesa Buat Keputusan Sebab Takut Tak Kahwin
Artikel berkaitan: Netizen Otai Balas Pertanyaan Gadis Tip Pasangan Lebih 5 Tahun Kahwin Kekal Bahagia
Ketaatan wanita kepada agama adalah faktor paling penting. Wanita yang taat pada agama, tahu menjaga dan membawa diri nya berlandaskan ajaran agama Islam. Tidak taat kepada agama, mana mungkin dia mampu menjadi isteri solehah.
Ada sesetengah wanita MAKRUH dikahwini berikutan beberapa kriteria yang dijelaskan oleh Imam Al-Ghazali dalam kitabnya iaitu Ihya’ Ulumuddin. Kitab ini ada menjelaskan enam jenis wanita yang makruh dikahwini. Apakah kriteria enam wanita itu?
1.Suka Merungut Dan Tidak bersyukur (Annanah)
Wanita yang suka merungut, mengeluh dan mengadu pelbagai perkara menunjukkan dia tidak tahu bersyukur. Bersyukur amat penting dalam menjaga kerukunan rumah tangga. Isteri yang tidak tahu bersyukur tidak akan tahu menghargai apa pun pemberian yang diberikan suami. Sering berasa tidak cukup.
Apabila kehidupan rumahtnagga tidak sebagaimana yang dia mahukan, maka isteri akan berkeluh kesah dan tidak mustahil mengucapkan rasa penyesalan berkahwin hingga mengeluarkan kata-kata yang mengguris hati suami.
Lebih parah lagi wanita jenis ini suka mengadu akan hal ini kepada orang luar sehingga membuka aib suami. Jika bakal isteri anda ada sifat ini, maka hukumnya MAKRUH dikahwini. Bagi wanita pula, jika anda ada sifat ini, hentikan segera kerana bimbang semua lelaki akan menjauhkan diri.
2. Suka mengungkit (Mananah)
Ini adalah jenis wanita yang suka mengungkit kebaikan yang pernah dilakukannya. Menikahi wanita yang suka mengungkit ini akan menghambat peranan suami sebagai pemimpin keluarga.
Apabila mengungkit kebaikan yang sudah dilakukannya terhadap suami, ini jelas membuktikan bahawa dia tidak ikhlas dalam hubungan suami isteri. Dengan mengungkit juga akan menyebabkan suami rasa terhina.
3. Tidak Mahu Terima Hakikat (Hananah)
Wanita Hananah adalah wanita yang tidak dapat terima hakikat yang dia memiliki suami yang tidak setanding dengan orang atau perkara yang terdahulu. Lebih mudah difahami sebagai wanita yang tidak move on.
Apabila tidak move on, tidak mustahil dia akan membuat perbandingan. Tatkala perbandingan dibuat, wanita ini telah memperkecilkan suami. Ada ke suami yang tak sakit hati kalau diperkecilkan?
4. Pemboros (Haddaqah)

Ramai juga wanita yang begini. Kalau bahasa kasarnya seperti pisau cukur, boros menghabiskan wang suami dengan membeli barang atau perkara tidak berfaedah. Memboros akan membawa kepada pembaziran.
Islam tidak suka manusia yang sukakan pembaziran kerana ia adalah sifat syaitan. Wanita seperti ini MAKRUH dikahwini.

5. Wanita Yang Bersolek Berlebihan dan Suka Bersendirian (Barraqah)
Imam al-Ghazali menjelaskan bahawa barraqah ini terbahagi kepada dua:
- Wanita yang suka berhias sepanjang hari, walaupun dia berhias supaya tampil cantik di hadapan suaminya dengan solekan berlebih-lebihan hingga boleh mengalahkan solekan model.
- Wanita yang tidak mahu makan dan suka mengurung diri sendirian. Dengan kata lain, dia jenis yang penyedih dan seperti hidup di dunianya sendiri.
6. Cerewet, Membebel dan Mencela (Syaddaqah)
Wanita seperti ini jika diberi peluang bercakap, segala yang keluar dari mulutnya adalah bebelen yang tidak penting. Kadangkala memang menyakitkan hati. Dia juga seorang yang cerewet tidak bertempat. Segalanya mahukan kesempurnaan.
Apa sahaja yang terlihat olehnya, ada sahaja yang dia tidak puas hati dan membebel tanpa henti. Jika banyak bercakap dan membebel, sudah tentu akan keluar perkataan-perkataan mencela yang kurang enak didengar. Takut-takut jatuh fitnah. Ini sangat bahaya untuk kesejahteraan rumahtangga. Wanita seperti ini, adalah MAKRUH dikahwini.
Kashoorga : Kita sudah tahu enam jenis wanita yang MAKRUH dikahwini. Oleh itu, jika ada sifat ini, maka berubah lah segera dan jangan ulangi.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Masih Single? Jangan Sesekali Rasa Rendah Diri, Ini Caranya Tampil Yakin Tanpa Jodoh Di Sisi

Ramai individu yang belum bertemu dengan jodohnya merasa rendah diri. Ini ekoran sikap negatif yang memenuhi minda. Menganggap diri 'tidak laku' kerana tiada yang berminat untuk mengenali diri lebih dekat lantas bernikah. Janganlah sesekali ada perasaan sedemikian.
Jangan sesekali memburukkan diri sendiri. Lebih baik anda tingkatkan keyakinan diri supaya aura positif lebih banyak masuk ke dalam minda. Sekurang-kurangnya anda memupuk semangat untuk menampilkan diri yang lebih baik.

Berfikiran positif boleh mendekatkan jodoh. Tak percaya? Cuba buat dulu. Nah, Bercinta Selepas Nikah berikan 5 cara untuk tingkatkan keyakinan diri.
1) KUKUHKAN IMEJ
Anda kena bijak cari kelebihan diri sendiri. Imej bukanlah semata-mata penampilan diri melalui pakaian. Namun imej ini ialah kebolehan yang anda ada. Misalnya anda pandai menulis. Cubalah asah kemahiran itu dengan menulis cerpen ataupun novel. Buat sesuatu sehingga nama anda dikenali sebagai penulis walaupun hanya di laman sosial.
Selain itu, jika anda minat membuat bisnes online, cubalah asah bakat itu. Biarkan orang kenal anda sebagai usahawan bisnes online. Dari situ imej diri anda akan lebih dikenali dan menjadi insan hebat. Sekali gus keyakinan diri anda akan meningkat.
2) BUAT APA YANG ANDA SUKA
Ketika hidup masih bujang inilah anda boleh buat apa yang anda suka. Misalnya melancong. Kalau sudah berkahwin dan ada anak nanti langkah anda terhad. Jadi, pergilah melancong ke negara yang anda suka dengan kawan-kawan. Ceritakan keseronokan itu di laman sosial, blog atau buku. Pasti keyakinan diri anda meningkat kerana anda akan berasa seronok dapat melawat negara orang.

3) PUPUK SIKAP POSITIF SETIAP HARI
Setiap pagi, pandang cermin dan katakan hal positif kepada diri anda. Misalnya cakap ayat berikut. Saya cantik, saya bijak, saya sihat, saya positif, saya hebat! Luahkan dengan semangat dan senyuman. Cara anda melayan diri sendiri memberi impak besar kepada pencapaian.
4) AKTIF SETIAP HARI
Hidup kena aktif. Aktif bukanlah bermaksud anda kena bersenam atau pergi gimnasium setiap hari. Aktif bermaksud cara anda melakukan sesuatu. Kalau bangun pagi pun tak semangat, macam manalah rezeki nak masuk. Macam manalah jodoh nak dekat. Jadi anda kena aktif dan bersemangat dari bangun pagi sampailah anda hendak melelapkan mata. Jangan murung.

5) BERSYUKUR
Syukuri segala nikmat Allah SWT dan ingatkan diri sendiri tentang semua yang anda ada pada hari ini. Apabila anda fokus pada rahmat-Nya, anda akan kurang mengeluh tentang situasi anda. Ini akan membantu anda rasa lebih positif tentang hidup anda.
Akhir sekali, ingat bahawa status solo anda adalah takdir anda pada masa ini. Terima dengan hati yang terbuka dan sentiasa fikir positif.
VIDEO KASHOORGA:
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI