La ilaha illallah wahdahu la syariikalah, lahul mulku walahul hamdu, wahua ‘ala kulli syai’in qodiir (dibaca 100 kali setiap mahu tidur)
“Tidak ada Tuhan selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya lah kerajaan (kekuasaan) dan pujian, dan Dia Maha Kuasa atas segala-galanya.”
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Memuatnaik gambar tidak menutup aurat sempena #10yearschallenge seakan menjadi ikutan ramai. Isu yang penting untuk diperhatikan adalah sama ada gambar dahulu tersebut adalah ketika mumayyiz ataupun belum mumayyiz. Sekiranya belum mumayyiz, kami cenderung untuk menyatakan hukumnya adalah harus selagimana tidak membawa fitnah.
Bagi yang sudah mumayyiz, hukumnya adalah haram. Ini kerana memuatnaik gambar yang tidak menutup aurat sempena fenomena cabaran #10yearschallenge yang tular kini, bukanlah satu keperluan yang penting dan hanya sekadar suka-suka sahaja.
Sikap berhati-hati hendaklah diutamakan. Potensi untuk gambar dahulu yang tidak menutup aurat (walaupun sekarang menutup aurat) untuk menjadi fitnah adalah amat tinggi. Maka di sinilah asas pengharamannya berdasarkan kaedah sadd al-zari’ah iaitu mencegah perkara-perkara harus yang boleh membawa kepada yang haram.
Ini juga juga berdasarkan kaedah fiqh lain yang berbunyi:
ما أدى إلى الحرام فهو حرام
Maksudnya: Apa sahaja yang membawa kepada yang haram, maka ia haram.
Ini juga berdasarkan satu kaedah:
اتَّقُوا مَواضِعِ التُّهَمِ
Maksudnya: Berhati-hatilah kalian dengan ruang-ruang tohmahan.
Kaedah ini diambil daripada kata-kata Saidina Umar r.a:
مَنْ سَلَكَ مَسَالِكَ التُّهَمِ اتُّهِمَ
Maksudnya: Barangsiapa yang menempuhi laluan-laluan tohmahan, akan ditohmah.
Apa jua perkara yang berisiko menimbulkan fitnah, hendaklah sedaya upaya dielakkan kerana ia akan memberi kesan yang buruk baik untuk jangka masa pendek mahupun panjang.
Pun begitu, sebarang bentuk gambar yang boleh dimanipulasi untuk tujuan yang tidak baik, hendaklah dipertimbangkan sebaik-baiknya sebelum dimuatnaik. Apatah lagi dalam suasana zaman sekarang yang terdedah kepada bahaya, termasuk isu-isu melibatkan child predator dan pedofil.
Sumber kredit: Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Apabila kita sudah memberi sepenuh hati kepada insan tersayang dan bersetuju menjadi isterinya sepenuh masa, bererti cinta kita memang untuk si dia.
Sebagai pasangan yang baru mendirikan rumahtangga, pastinya kita mahu perkahwinan yang dibina ini akan kekal hingga ke jannah. Namun kita hanya merancang tetapi Tuhan jua yang menentukan.
Dan jika sudah tiada kesefahaman, jalan terbaik adalah dengan berpisah. Memang berat untuk mengucapkan kata perpisahan, namun siapalah kita untuk menghalang takdirNya.
Namun begitu, perceraian bukanlah penamat segala-galanya. Mungkin dengan perpisahan ini akan membuatkan kita menjadi lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan.
Seperti perkongsian wanita ini Sara Amelia di laman sosial twitter memberitahu pengajaran yang diperoleh selepas berpisah dengan bekas suaminya.
Menurutnya, tidak ramai yang mengetahui tentang apa yang terjadi pada dirinya terutama rakan-rakan baru.
Memang katanya tidak ada yang mahu masuk ke alam perkahwinan untuk bercerai. Namun dia tidak bernasib baik dan terpaksa berpisah dengan bekas suami.
Dia juga turut berkongi tentang pengajaran yang telah diambil sepanjang usia perkahwinan sebelum itu.
Banyak pelajaran yang dipelajari dari perkahwinan yang singkat ini.
1. Luangkan masa KUALITI bersama, masa di mana anda boleh bercakap tentang apa-apa dan segala-galanya tanpa sebarang gangguan. Tiada telefon, tiada permainan, dsb.
2. Apabila anda berhujah walaupun mengenai perkara-perkara kecil, cubalah untuk berkomunikasi. Ia mungkin kelihatan kecil pada mulanya, tetapi apabila ianya terkumpul – salah seorang daripada anda akan meletup. Dalam kes saya, saya yang meletup.
3. Ya, kerja adalah penting. Sekali lagi, habiskan masa apabila anda boleh. Kami berdua bekerja berlainan shif. Dan ketika bersama di rumah, kami lebih banyak meluangkan masa bersendiri.
Walau apa yang terjadi, dia tidak sesekali menyalahkan bekas suami apa yang terjadi. Semuanya berlaku disebabkan kurangnya komunikasi antara mereka.
Dia akan bermain DOTA, dan saya akan menonton Netflix di bilik tidur. Jadi anda lihat, saya tidak menyalahkan dia sepenuhnya. Itu adalah kerana kekurangan komunikasi kami.
Sebab itu kena sentiasa berkomunikasi. Berkongsi cerita, berkongsi ketakutan, perkara kecil. Semuanya. Dengar apabila pasangan anda bercakap. Ia mungkin kelihatan mudah, tetapi percayalah, ia lebih sukar daripada yang kita harapkan. Apabila cinta anda menjadi tanggungjawab, ia menjadi beban. Jadi, carilah kegembiraan dalam berkomunikasi.
Tambahnya lagi mereka sudah saling mengenali sejak tahun 2010 dan lima tahun menjalin hubungan cinta sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.
Majlid perkahwinan yang sangat meriah dan dihadiri teman-teman disukai. Tetapi takdir menentukan mereka terpaksa berpisah dua tahun selepas itu dan secara rasmi pada tahun 2019 lalu.
Saya telah bersama orang yang sama sejak tahun 2010, ketika kami pertama kali menjalinkan hubungan selama 5 tahun. Telah berkahwin pada tahun 2015 pada majlis perkahwinan yang indah yang dihadiri oleh orang-orang yang saya sukai. Tetapi sayangnya, kami berpisah pada 2017, dan secara rasminya pada 2019. Jadi itu cerita saya.
Dia juga beruntung kepada keluarga terutama ayah tahu mengenai keputusan yang dibuat. Walaupun tidak mudah untuk mereka menerima apa keputusan yang dilakukannya selepas itu.
Dan saya tahu ia lebih baik apabila ayah saya mengetahui tentang keputusan saya. Saya tahu ia tidak mudah untuk keluarga saya, saya teringat bagaimana ibu saya menjerit kepada saya apabila saya memberitahu dia saya ingin mendapatkan perceraian. Akhirnya, dia tahu ia adalah lebih baik.
Tidak lupa kepada orang-orang yang sentiasa ada dengan saya. Adik-beradik terutamanya, tiada siapa terfikir bahawa tragedi itu menjadikan ikatan kami jauh lebih kuat daripada sebelumnya. Kami benar-benar terbuka untuk berkongsi apa-apa sekarang.
Mungkin anda juga boleh belajar sesuatu dari kesilapan saya. Sekiranya saya diberikan peluang kedua, saya akan berusaha sebaik mungkin untuk berada bersama suami saya. Masak dan semuanya, bukan kerana saya isteri. Tetapi kerana saya mahu memberi yang terbaik.
Komitmen untuk perkahwinan bukan main-main. Seperti apa yang selalu saya katakan kepada kawan-kawan saya, “Yang haram tu lagi best dari halal” Contoh: Kau rasa sweet nak basuhkan baju boyfriend, cuba bila kau kena buat hari2.
Jika segalanya tidak selesai selepas menghadapi pelbagai ujian, jangan bimbang. Percayalah, anda akan baik-baik saja. Anda akan dapat bergerak sendiri. Ya, saya telah kehilangan suami tetapi saya masih mempunyai kawan dan keluarga.
Walau bagaimanapun apa yang penting cuba untuk melepaskan sesuatu dengan hati yang reda.
Posting yang dimuat naik di media sosial ini telah mendapat perhatian warganet. Masing-masing memberikan sokongan tidak berbelah bagi padanya. Malah ada yang mendoakan supaya dia akan mendapat jodoh terbaik satu hari nanti.
Dalam setiap hubungan, komunikasi adalah kunci utama
Ayah adalah yang terbaik
Sepanjang itu banyak yang dilalui, dia boleh dianggap sebagai seorang pejuang
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Jodoh itu ‘semahalnya’ rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT. Tidak perlu terlalu bimbang jika jodoh belum hadir dalam kehidupan anda. Usah bermuram durja jika sampai saat ini, jodoh belum mewarnai hidup anda yang makin sepi.
Tak usah galau jika dia yang diidamkan, belum juga hadir dan bersanding di pelaminan yang diimpikan. Sebab jodoh, sampai bila-bila pun adalah sebagian daripada rezeki.
Jodoh adalah rezeki. Rezeki adalah kurniaan Allah SWT. Allah memberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menahannya bagi siapa yang dikehendakiNya. Dia Maha Mengetahui keperluan seluruh hambaNya. Maka jodoh akan diberikan tatkala seseorang memerlukannya.
REZEKI DAN MISTERI
Jodoh ialah rezeki. Maka ia misteri. Ada rahsia agung di dalamnya yang mustahil diketahui detail oleh hambaNya yang bernama manusia. Oleh kerana jodoh itu satu misteri maka jodoh tidak boleh ditebak dengan siapa, bila bersanding dengannya, bagaimana ceritanya, menjadi yang keberapa atau bagaimana kesudahannya.
SIAPA JODOH KITA
Yang paling pasti, dia adalah sosok terbaik menurut takdir Allah SAW. Dia tidak mungkin menzalimi hamba-hambaNya. Hakikatnya tidak siapa yang tahu tentang bilakah seseorang itu akan bertemu jodohnya dan siapa jodohnya. Namun jodoh itu perlu diusahakan kerana jodoh tidak datang menggolek. Selain doa, untuk mencari jodoh, seseorang itu perlu bijak membawa diri.
Tidak ada jawapan “May be Yes, May be No”. Ini kerana apa yang tertulis dalam Lauhul Mahfuzh yang terjaga rahsianya adalah pasti. Jodoh menjadi penting ketika usia seseorang sudah masuk angka ‘genting’ dalam hitungan manusia. Saat genting boleh dinilai daripada segi kesihatan, kemungkinan hidup kerana mengidap penyakit, soal zuriat, dan tuntutan orang tua.
Semua ini wajar difikirkan. Hal ini kerana perkahwinan itu merupakan terminal hidup selepas lahir dan sebelum mati. Allah telah menentukan jodoh masing-masing jika tidak di dunia, di syurga nanti. Yakinlah dengan perancangan Allah.
VIDEO:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Anak kecil menangis waktu malam terutamanya jika berpanjangan memang meresahkan ibu bapa. Boleh jadi kerana tidak selesa, sakit atau tak mustahil adanya gangguan syaitan.Dalam...