Jika sebelum ini bertahun-tahun hidup dengan daya pengihatan yang rabun. Hidupnya selama ini hanya bergantung pada pertolongan kaca mata dan juga kanta lekap sejak di zaman sekolah rendah lagi.

Dan apabila sudah mampu melihat sepenuhnya tanpa menggunakan pertolongan alatan berkenaan, nikmatnya hanya Allah yang tahu.

Itulah situasi dialami oleh pelakon dan pengacara Lisa Surihani yang tidak dapat menahan sebak apabila selesai menjalani rawatan bagi memulihkan penglihatan yang rabun.

Berkongsi pengalaman itu di laman sosial Instagram, Lisa berkongsi momen-momen sewaktu menjalani pembedahan di pusat rawatan tokoh ilmuan dan pakar
bedah mata, Datuk Prof Dr Muhaya Mohammad.

“Secara jujurnya saya tidak sangka prosedur itu hanya memgambil masa kurang lima minit. Memang saya gementar tetapi ditemani zikir-zikir dan kata-kata positif Prof yang sangat sangat menenangkan.

“Tak sakit dan amat selesa. Saya tak boleh lupa bila selesai pembedahan, buka sahaja mata, ia agak berkabus selama beberapa jam tetapi lepas tu saya boleh melihat. Alhamdulillah, nikmat penglihatan yang selama ini saya impikan, Allah pinjamkan lagi buat kali kedua selepas hampir 29 tahun,” ujar Lisa menerusi video yang dimuat naik.

Ads

Dia yang turut memberitahu mula memakai cermin mata dan kanta lekap semenjak kecil, Lisa ditemani ibunya dilihat menangis memeluk Prof Muhaya apabila selesai melakukan prosedur.

“Saya memangis. Di bilik rawatan Prof Muhaya ada surah Al-Fatihah yang dilekatkan pada dinding. Sebelum buat rawatan, Prof minta saya buka kaca mata dan bila buka saya sudah tidak nampak akan surah terpapar. Surah tersebut turut disertakan dengan terjemahan dalam bahasa Melayu.

Artikel Berkaitan: Inilah Rahsia Cantik Lisa Surihani

Ads

“Bayangkan bila selesai prosedur, saya buka mata dan terpandang surah Al-Fatihah di posisi sama saya berada sebelum prosedur. Lalu saya ternampak dan menangis terus.

“Saya nampak dan boleh baca. Allah pinjamkan semula nikmatNya. Saya memang rasa sebak ketika itu, ujarnya yang berkata pengunaan kanta lekap selama ini telah memberikan kesan pada bahagian kornea matanya.

Ditanya kenapa mengambil masa lama untuk melakukan prosedur itu, Lisa yang juga merupakan juri Maharaja Lawak Mega 2019 mengakui ia ada kaitan dengan masalah ‘anxiety’ dan ‘seriau’.

Tambah Lisa juga, dia menggunakan kanta lekap bukan atas sebab kosmetik tetapi masalah rabun yang dialami sebelum ini.

Cara pemakaiannya dulu yang perlu lakukan penjagaan lebih baik, mislanya kanta lekap tidak boleh lebih dari 11 jam.

“Namun ada ketikanya saya pkai lebih dari 11 jam dan kadang kala bawa sehingga tidur. Jadi saya nak ingatkan, jika pakai kanta lekao, tolonglah jaga perihal mata anda,” tambahnya lagi yang turut mengingatkan agar lakukan pemeriksaan mata setahun sekali.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI