Cara saya nak dapat pahala mudah sahaja. Bagilah masa kepada isteri untuk rebut amalan di bulan Ramadan ini.
Isteri saya kata dia nak khatam Al Quran sebelum akhir Ramadan. Maka antara perkara yang perlu saya fikirkan supaya tidak sibukkan isteri dengan rutin harian dia seperti bulan bulan lain.
Saya perlu rancang supaya bulan ini tidak terlalu lama ‘outstation’ . Jika saya outstation isteri perlu uruskan urusan rumah dan perniagaan saya. Jika sibuk dengan urusan urusan begini,makanya target untuk habiskan 30 juzuk lebih awal mungkin tipis.
Ads
BAGI MASA PADA ISTERI DEKATKAN DIRI PADA ALLAH
Pendapat saya. Lubuk suami untuk dapat pahala, berilah masa@ ‘me time’ kepada isteri Untuk dia lebihkan masa mengabdikan kepada الله atau apa yang kita rasakan isteri perlu masa untuk diri dia sendiri.
Ya tugasan di rumah,jaga anak itu juga pahala. Namun bagaimana dengan amalan amalan seperti Al Quran,zikir,solat dan aktiviti aktiviti yang mereka suka. Terutama keperluan emosi dan fizikal isteri.
Ads
Bila ada makcik makcik datang jumpa saya. Mereka katakan waktu tua inilah baru ada masa untuk sibukkan diri dengan amal. Itu pun ‘merangkak’ baca Al Quran, solat kadang kadang tak boleh nak berdiri lama dah. Dulu terlalu sibuk dengan urusan rumahtangga sehingga terabai amalan amalan dengan Tuhan.
JANGAN BIAR ISTERI TERTEKAN
Dari perkongsian beginilah saya rasakan,saya tak boleh beri tekanan kepada isteri hanya dia semata uruskan rutin dalam rumah. Takkanlah pinggan yang kita guna pun isteri perlu basuh juga. Itu belum urusan anak anak dari mandikan anak,saiz pampers sehinggalah baju tidur anak pun ada diantara suami tak ambil tahu.
Jika isteri hamil dalam masa yang sama perlu jaga anak demam,anak kurang upaya,anak masalah jantung,anak kanser lagilah emosi dan fizikal mereka terbaban.
Ads
Sebab itulah kenapa saya suka masuk dapur,kemaskan rumah dan tidak mengharapkan isteri urusankan segalanya tentang keperluan saya. Kerana saya nampak kesannya. Isteri lebih tenang,mudah menerima teguran dan cukup memahami tanggungjawab sebagai seorang isteri.
Amat jarang berjumpa pasangan pengantin yang benar-benar menjaga adab perhubungan.
Viral di twitter perkongsian dari pengguna @tolibul_ilm yang berkongsi kisah perkahwinan dengan pasangan hidupnya. Uniknya sepanjang 5 tahun pertunangan, mereka berdua tidak pernah sekali pun mereka bertemu atau keluar dating. Malah melihat wajah pun tidak pernah kerana pasangannya memakai niqab. Malah mereka sangat menjaga batas iktilad atau dalam bahasa mudahnya pergaulan antara perempuan dan lelaki bukan anjabi (bukan muhrim).
Malah dia hanya melihat wajah pasangannya tiga hari sebelum bernikah itu pun bukan berhadapan sebaliknya melalui kad pengenalan kerana mereka perlu menguruskan borang pernikahan. Dari maklum balas netizen yang rata-rata memuji pasangan ini menjaga adab perhubungan, pengantin lelaki ini dikenali sebagai Ustaz A.S.R manakala nama pasangannya tidak dimaklumkan. Dari loghat dipercayai pasangan ini berasal dari Utara.
Ikuti kisah unik pasangan pengantin baru ini. Amat wajar dijadikan contoh kerana adakala tidak menjaga batas pergaulan, hidup boleh bebas laku.
Tiba2 rasa nak up gambar ni .
Respect dekat orang sebelah ceq. Sepanjang 5 tahun pertunangan, tak pernah mintak nak tengok muka walaupun benda tu dibolehkan dan memang kena tengok pun kalau ikutkan hukum dalam islam. Tapi beliau dah rasa cukup dengan wakilkan Umi dan Nabilah untuk tengok muka ceq. pic.twitter.com/8qGpAWFCdj
Seminggu lg nak nikah, ceq kena hantaq gambaq ic ceq untuk urusan pendaftaran nikah kat dia. Memang gambaq ic buquk gila2. Lepas kawen, ceq sembang dengan dia pasai gambaq ic tu, ceq kata tak tau nak habaq segan lagu mana hantaq gmbq buquk tu. Pahtu dia balas, memang buquk, ada jugak terdetik dalam hati macam x jadi…
Tp, dia sambung lagi. Memandangkan dah janji dah. Takkan nak putus janji. Biar laa buruk pun, asalkan janji tetap wajib ditepati. Terima kasih sebab dah tepati janji. Ingat sat ka 5 tahun tu, lama cekk. Dah laa 5 tahun tu tanpa berhubungan langsung antara kami dua. Mesej2 sikit pun dak.
Dan salah satu yang ceq paling ceq respect kat dia ni jugak sebab jaga sangat sangat ikhtilat. Takpenah langsung nak sembang ka apa, tanya kabaq memang lagi dak la. Respect sangat sangat kat umi abah boleh besarkan anak2 depa jadi baguih macam ni . Terima kasih umi abah terima ceq jadi menantu.
Ramai mengucapkan tahniah atas perkahwinan pasangan ini. Namun saat ditanya mengapa ambil masa lama iaitu lima tahun bertunang, ini jawapan Ustaz A.S.R
Maaf tanya & it’s none of my business pun, but mind to tell kenapa lama sangat tunang? Impressed sangat boleh ikat lama2 dan masih setia anyway selamat pengantin baru. Semoga bercinta sampai syurga, amin
5tahun tu tempoh untuk dia menguasai bidang pengajian yang dia minat.Walopun sebelum tunang memang dia dah hebat, tp dia rasa mcm xcukup lagi ilmu tu.Dia kata dekat ppa ceq,bg dia tempoh 5 tahun, dia x kan mungkir janji. Kalau x tunang, nampak macam x serius, sebab macam xde apa2 janji.Syukran doanya
Seperti yang kita ketahui, bulan Ramadan adalah bulan yang sangat ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam.
Bukan sahaja melakukan ibadah puasa, tetapi sangat digalakkan untuk melakukan amalan lain seperti sedekah, solat sunat dan juga sentiasa muhasabah diri kepada Allah SWT.
Malah ganjaran yang sangat berganda diberikan oleh mereka yang melakukan pelbagai amalan kebaikan sepanjang bulan mulia ini.
Dan paling kita nantikan adalah detik 10 malam terakhir yang kita panggil malam Lailatul Qadar.
Menurut Pendakwah Selebriti,PU Riz malam Lailatul Qadar adalah malam yang dikurniakan kepada manusia pada bulan Ramadan yang lebih lebih dari seribu bulan.
“Jadi jika kita mahu mencari malam Lailatul Qadar ini perlu bersungguh-sungguh buat amalan soleh sepanjang ramadan.
“Dan semoga kita akan bertemu nanti dengan malam Lailatul Qadar, pada 10 malam terakhir Ramadan. Insya-Allah,” katanya dalam Eksklusif Tazkirah Ramadan di Kashoorga.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Bagi ibu dan ayah, tiada perkara lain paling berharga daripada keselamatan anak. Kita sanggup lakukan apa sahaja asalkan mereka sihat dan terhindar daripada perkara buruk.
Dalam, dunia moden hari ini, mendidik dan menjaga anak adalah antara perkara yang sangat mencabar dilaksanakan. Ia adalah satu tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dijalankan dengan redha Allah.
Dengan ibu ayah bekerja, masa bersama anak-anak amat terhad. Kebijaksanaan, kesungguhan, tawakal dan istikomah sahaja yang mampu membantu memastikan anak-anak terdidik dan terpelihara akhlaknya dari kecil hingga dewasa.
Kita tak mahu menjadi ibu ayah yang hanya bertindak selepas ada perkara buruk berlaku. Langkah pencegahan harus dari awal.
Sebagai seorang muslim, perkara utama perlu kita lakukan ialah sentiasa mendekati Allah memohon kepadaNya agar memelihara keselamatan sekeluarga sepanjang masa. Dunia teknologi hari ini telah mempercepatkan pengaruh negatif merosak minda anak-anak jika ia tidak dikawal.
Dalam kekalutan dunia sekarang, kita jangan putus asa. Ada jalan ditunjukkan Allah. Kita ikuti perkongsian menarik ustaz Khaili Razak yang telah admin sunting tentang nasihat seorang maulana kepadanya bagaimana menjaga kesejahteraan diri, suami, isteri dan anak-anak.
Amalan Untuk Hindar Anak Terlibat Perkara Buruk
Teringat saya pernah dapat nasihat darpada seorang maulana. Bagus untuk ibu dan ayah (parenting). Namanya Maulana Jamal.
Masa itu first time saya berjumpa dengan beliau iaitu di majlis perkahwinan Ustaz Khann Da’ie. Saya tahu beliau ini adalah guru kepada isteri saya semasa di madrasah.
Semasa hari pertama perkahwinan kami, isteri saya ada membuat satu permintaan, “Boleh saya minta sesuatu dengan awak?”
Saya terdetik dalam hati “Aik, baharu sahaja kahwin dah nak buat permintaan?” Maklumlah kami tak pernah kenal.
Saya kata apa dia? “Saya minta awak buat hubungan baik dengan semua ustaz saya sebab saya sayang ustaz-ustaz yang pernah ajar saya tentanga gama sampai jadi alimah” Allahu. Saya ingat nak minta apa tadi.
Saya kata insyaAllah. MasyaAllah dalam hati saya, kalaulah semua pelajar Malaysia ada sifat dengan guru macam ini. Buat hubungan dengan cikgu-cikgu yang pernah ajar kita dulu. Berkatnya hidup.
Berbalik kepada perbualan saya dengan maulana Jamal. Saya sapa beliau. “Assalamualaikum Ustaz. Ustaz Jamal kan?
Saya suami kepada anak Hj Aris Bangi. Boleh saya duduk makan sekali dengan ustaz? Ustaz membalas, “Oh, masyaAllah silakan-silakan. Anta motivator pelajar ya?”
Saya terperanjat bagaimana maulana ini boleh tahu. Saya balas sambil berkata “Sikit-sikit la ustaz belajar-belajar cakap depan pelajar. Doakan saya ustaz.”
Ustaz Jamal terus memberitahu saya, “Kalau anta bagi ceramah dengan mak ayah, bolehkah anta beritahu mereka perkara penting ini? Sangat penting!” Saya kata “MasyaAllah ustaz boleh. Apa perkara penting itu ustaz?”
Ujar ustaz Jamal,” Beritahu semua bapa, buat amalan ini. Setiap kali keluar rumah tolong bagi sedekah, di masjid atau madrasah secara sembunyi. Masa masukkan duit dalam tabung RM1 atu RM10, niatkan dalam hati doa ini;
“Ya Allah, pecahkanlah batil-batil (kejahatan) dalam diri aku, isteri aku dan dalam diri anak aku. Ya Allah pecahkanlah batil-batil yang ada di keliling aku, keliling isteri aku, dan keliling anak aku”
Sebab apa? Sebab begitu banyak batil-batil kejahatan-kejahatan yang ada dan susah nak kawal zaman ini. Hanya Allah boleh bantu.
Mengapa lafaz doa ini dibuat semasa bersedekah? Sebab masa bersedekah secara sembunyi dalam hadis ada sebut bahawa masa itu dapat memadamkan kemurkaan Allah. Masa itu jika kita niat insyaAllah niat kita dimakbulkan
Saya tak terfikir apabila ustaz Jamal cakap macam itu, baharu terlintas begitu banyak sekarang ini batil-batil yang berlaku di keliling kita. Anak-anak terdedah dengan website-website yang tak tidak dan sebagainya.
Suami pulak terdedah dengan perkara-perkara yang menjadi sebab maksiat. Boleh bergalak ketawa dengan isteri orang. Isteri hari ini berapa ramai yang dikelilingi kebatilan. Bermesra dengan suami orang. Bergelak ketawa di office. Benda-benda ni semua kita tak boleh nak kawal.
Susah nak kawal. Hanya dengan amalan sahaja minta Allah pecahkan. Ya Allah ampuni dosa kami.
Ustaz Jamal beritahu lagi, “Amalan ibu pula. Setiap lepas solat fardhu, doa perkara yang sama juga. Doa ibu ini sangat makbul dan doa pula lepas solat fardhu. Hadis nabi sebut doa sangat makbul lepas solat fardhu”
Ya Allah…saya rasa nasihat ni sangat penting dan berguna untuk saya dan isteri saya dan semua orang. Lepas makan saya terus ambil buku nota dan terus salin apa yang ustaz Jamal beritahu saya.
Setiap kali saya ceramah parenting di sekolah-sekolah, saya tak pernah lupa untuk beritahu perkara ini kepada ibu bapa.
Ya Allah…jagalah anak-anak kami untuk kami. Jauhkanlah anak-anak kami, isteri suami kami daripada maksiat dan dosa. Kami tak mampu ya Allah. Kami lemah dan dhoif. Ampunilah kami. Aamin.
Bila melihat seseorang dengan tanda hitam pada dahi ada kalangan kita menganggap individu tersebut rajin beribadah, selalu bersujud. Anggapan itu boleh jadi betul atau...