Kisah penceraian seorang pendakwah selebriti yang tular di laman sosial mendapat banyak respon netizen. Pendakwah PU Abu Sufyan dikhabarkan telah menceraikan isterinya yang kini sedang hamil tujuh bulan.
Ramai yang menzahirkan rasa simpati dengan bekas isteri pendakwah tersebut. Tak kurang juga yang memberi kecaman terhadap tindakan PU Abu yang tidak bertimbang rasa apabila menceraikan isterinya demi seorang janda.
Berkisar tentang kisah Pu Abu, Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan terpanggil untuk mencoretkan pendapat di laman Facebooknya.
Masalah besar bukan pada talak semasa mengandung haram atau mubah. Masalah besar pada bahaya mudarat talak itu kepada bekas isteri, kos bersalinnya, kos kesihatan anak, nafkahnya, mut’ah bekas isteri dan sistem sokongan keluarga yang diperlukan oleh bekas isteri dan anak.
KENA FAHAM HUKUM SYARIAH
Tak cukup difahami dalam kerangka teknikal fiqh. Ia perlu difahami secara sistemik kerana Syariah itu suatu sistem. Solat jika difahami dalam kerangka fiqh, hanya terbatas apabila sampai salam, atau zikir-zikir pasca salam. Bagaimana dengan pengaruhnya kepada taqwa? Kepada tarbiah? al-Quran sebut tapi bukan dalam batasan teknikaliti sahaja.
Maka masyarakat kemudian kerajaan perlu bela, respon, dan nasihat, terhadap apa-apa bentuk penindasan sosial yang boleh dikesan dengan manusiawi yang sihat dan tidak korup.
PU Abu
1) Saya tidak boleh menjadi saksi atau pembela tentang peribadi beliau kerana kami tidak rapat dan tidak pernah bermusafir atau bergerak kerja bersama.
Ads
2) Bolehkah bercerai walaupun isterinya sedang sarat mengandung ? berdasarkan hadith Ibnu Umar RA – Sahih Muslim (1471) –
Maksudnya: Dari Ibnu Umar RA bahwa dia pernah menceraikan isterinya dalam keadaan haid. Kemudian Umar bin Khatthab RA menceritakan kejadian tersebut kepada Nabi. Lantas beliau pun berkata kepada Umar bin Khatthab RA, ‘Perintahkanlah kepada dia (Ibnu Umar RA) supaya dia kembali kepada isterinya, kemudian talaklah dia dalam keadaan dia suci atau hamil.
Hadith ini menjelaskan dua hukum, iaitu HARAM talak sewaktu isteri sedang haid, dan harusnya ( BOLEH) talak sewaktu isteri sedang mengandung.
Hadith ini menjadi dalil keharusan talak sewaktu isteri sedang hamil yang jelas kehamilannya ( Imam Nawawi )
3) PU Abu atau sesiapa yang ingin berpoligami atau bercerai perlulah mengambil kira segala aspek seperti kondisi kesihatan isteri, perasaan, kewangan dan lain-lain. Sang isteri sedang mengandungkan anak daripada benih suami dan sedang menanggung kesakitan dan kelemahan. Berlaku Ihsan dan lemah lembutlah pada sang isteri.
4) Sewajarnya Hal Rumah tangga tidak perlu dijadikan bahan media sosial dan diuruskan secara berhemah melalui Perundangan. Jika Bekas isteri PU Abu perlukan bantuan Guaman. Saya boleh bantu seadanya.
Ads
5) Saya mendoakan yang terbaik buat kedua pasangan ini . Saya mengharapkan PU Abu, bekas isteri dan isteri baru boleh duduk berbincang.
Seperti mana pesanan Netizen
“Benda boleh bincang buat apa gaduh”
6) Netizen juga perlu belajar bertenang dan tidak perlu menjadi batu api kerana setiap daripada kita mempunyai ujian yang berbeza. Jika menerima berita buruk maka berdoalah agar berita buruk itu tidak terjadi pada Diri kita dan keturunan kita.
7) Sejak ada kes PU dan ditambah lagi ada watak jahat Ustaz Syed Hamadi. Saya lihat kecaman terhadap para ustaz semakin tinggi. Beringatlah pepatah melayu
Ads
“ kerana nila setitik rosak susu belanga “
Dan
Marahkan Nyamuk , kelambu dibakar.
Jangan kerana ada beberapa ustaz maka kita maki “ustaz” secara melata.
8 ) semua pihak semoga menjadi lebih baik selepas ujian ini . Saya doakan Abu menjadi lebih soleh dan isteri Abu menjadi lebih solehah.
Perkahwinan itu adalah detik terindah dalam hidup. Kalau boleh mahu majlis yang diraikan akan dikenang sampai bila-bila. Dan sebagai raja sehari pasti kita mahukan perjalanan majlis itu bermula dengan lancar hinggalah berakhirnya majlis berkenaan.
Namun kita hanya merancang dan Tuhan juga yang menentukan. Siapa sangka majlis resepsi usahawan kosmetik Datuk Alha Alfa yang diadakan di Dewan Mindef mencetuskan satu memori indah yang cukup manis untuk dikenang.
Kek perkahwinan berbentuk menara yang dihias seakan-akan cermin tinggi tumbang ketika pengantin sedang merakamkan gambar kenangan.
Walaupun kejadian itu tidak disengajakan, tetapi berkali-kali pihak yang meletakkan kek tersebut di tenga pentas meminta maaf pada Datuk Alha.
Namun beliau sedikitpun tidak marah atau melenting malah memberitahu ia menjadi satu memori yang cukup indah untuk diingati dirinya dan isteri kelak. Baginya apa yang penting tidak ada yang cedera atau berada di belakang kek berkenaan.
Berkongsi status di laman Instagramnya, Datuk Alha memberitau rezeki (makan kek) hanya setakat itu sahaja dan meminta maaf kepada tetamu yang tidak dapat merasa kek berkenaan.
Tambahnya lagi dia juga turut berterima kasih kepada team Nas Great Idea Wedding yang bertanggungjawan merealisasikan impiannya menyediakan kek kaca kerana sebelum itu ramai yang menolak kerana tidak mahu mengambil risiko jika berlaku apa-apa.
Datuk Alha dan isteri, Datin Noor Azlin yang selamat melangsungkan akad nikah di Taiping 28 September lalu turut memohon maaf daripada tetamu jika ada kekurangan daripada pihak mereka sepanjang majlis berlangsung.
Sebaik muat naik posting berkenaan, ramai yang memberitahu majlis semalam seperti wedding of the year walaupun berlaku kejadian kek tumbang.
Rata-rata memberikan komen positif dan menyifatkan Datuk Alfa seorang yang positif, humble dan berhati mulia apabila tidak marah atau melenting disebabkan kejadian berkenaan. Malah mereka turut mendoakan rezeki beliau lebih murah lagi di tempat lain kelak.
_einasaad_ Allah..takde rezeki..semoga sy pun jd sepositif dato..semoga rumahtgga dato kekal bahagia hingga kesyurga…aamiin
iamshekin xpe dato..yg penting majlis lancar..kek rebah dpt cvr dgn majlis yg meriah gtu..smg bahagia hgg hjg nyawa..suka tgk dato n datin..part story dpd awl smp kawen tu plg inspired!
Moga rezeki terus mencurah-curah selepas ini
narabeauty_hq Allahh akan datangkan yang lagi baik untuk Dato n Datin nanti. Berlapang dada dan tidak salahkan mana2 pihak lebih melegakan. Mmg nampak berat giler kek tu. Semoga rezeki Dato @alhaalfa lebih mencurah2 selepas ni
nettyzjoey Semoga rezeki dato lagi & lagi & lagi & lagik murahhh lps ni… btol, kek mmg bole cari..stay positive n humbleee !
wawadhiya_ Sebenar Allah nak tunjuk nilai jati diri dato lebih bernilai dari kek tu .. setinggi2 kek .. tinggi lagi budi bahasa dato 🖒 jatuh kek tu ..tapi kesabaran dato tak ikut jatuh sekali …
Allah SWT menciptakan makhluk-Nya di atas muka bumi ini dan mengurniakan setiap makhluk rezeki daripada pelbagai bentuk. Allah SWT tidak sekali-kali membiarkan makhluk-Nya hidup tanpa kurniaan rezeki.
Bersabarlah dalam memohon rezeki daripada-Nya yang dikenali dengan Ar-Razzaq. Allah SWT mengurniakan rezeki kepada sesiapa saja yang dikehendaki-Nya. Asalkan hamba itu berusaha mendapatkan rezeki yang dihajati.
“…Barangsiapa bertakwa kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusan yang (dikehendaki)NYA. Sesungguhnya ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”(Surah Ath-Thalaq : 2-3)
Namun ada sebab mengapa rezeki ‘menjauh.’
Berikut tujuh sebab mengapa ‘hilangnya’ rezeki.
1. SERING BERGADUH
Usahlah bergaduh sesama suami isteri, lagi-lagi perihal duit. Berbincang dan cari persefahaman. Bila pasangan tidak redha antara satu sama lain, di situlah rezeki akan disekat…
2. MERUNGUT DAN MERASA ANAK-ANAK SEBAGAI BEBAN
Berikanlah kasih sayang kepada anak-anak kerana setiap anak adalah rezeki ALLAH Ta’ala. Namun ibu dan bapa juga perlu mengusahakan rezeki untuk anak-anak tanpa merungut dan rasa terbeban.
3. SELALU MENGELUH SESAMA SUAMI ISTERI DENGAN APA YANG TIDAK DIMILIKI
Kurangkan mengeluh dan banyakkan bersyukur dengan apa yang dimiliki tidak kira banyak atau sedikit kerana syukur itu adalah kunci kepada rezeki yang melimpah ruah…
4. LOKEK DENGAN PASANGAN DAN ANAK-ANAK
Jangan terlalu berkira-kira untuk mempermudahkan hal yang baik sekeluarga. Perlu ada tolak ansur dan dan faham sesama pasangan kerana rezeki yang ALLAH Ta’ala beri adalah untuk dikongsi bersama.
5. GAGAL MENGAWAL EMOSI DAN AMARAH
Jangan meninggikan suara dan gunakan kata-kata yang baik sahaja bersama suami, isteri dan juga anak-anak. Buangkan cara menakut-nakutkan ahli keluarga dan tanamkan layanan yang penuh mesra.
6. KURANG SABAR
Bersabarlah dalam menangani karenah suami, isteri dan anak-anak. Adakalanya sesuatu itu kita tidak suka. Tetapi, tetap perlu bersabar dan fahami keadaan pasangan dan anak. Nasihat dan cari penyelesaian secara baik. Banyakkan bersabar kerana sabar itu duit…
7. KURANG BERDOA DAN KURANGNYA BERTAKWA PADA ALLAH
Sentiasalah mendoakan yang baik-baik untuk suami, isteri dan anak-anak. Sentiasa ingatkan mereka dalam doa dan juga sepanjang hari kerana kuasa doa itu adalah luar biasa. Bertakwa dan bertawakal lah pada ALLAH.
Sumber kredit: rahsiaperkahwinan
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sering terjadi pertelingkahan di antara suami isteri disebabkan tidak memahami perasaan, kehendak dan keperluan pasangan. Walaupun ada yang sudah berkahwin puluhan tahun, pergaduhan kecil sering berlaku.
Ada yang mengatakan suami tidak memahami perasaan isteri, isteri pula mengatakan sebaliknya. Bergaduh macam mana sekali pun, tidak perlulah sampai bercerai berai.
Tak semestinya gaduh je nak kena cerai. Gaduh manja biasalah. Tapi kalau gaduh sampai naik kaki tangan, itu memang kena berpisah la ikut cara mahkamah.
Setakat gaduh hal hal kecik ni, boleh nego lagi. Islam agama yang mengajak ummat untuk hidup bekeluarga. Carilah jalan penyelesaian dengan SOLAT dan SABAR.
Dalam perhubungan perlu ada tolak ansur dan saling memahami agar jalinan kebahagiaan kekal sehingga hujung nyawa. Antara panduan yang boleh diikuti terutama suami isteri bekerja adalah:
1. Ubah sikap
Perkara paling penting adalah setiap pasangan perlu mengubah sikap masing-masing menjadi seorang yang prihatin terhadap masalah orang lain. Dengan cara ini saja dapat mengikis sikap mementingkan diri sendiri. Bagi suami, mereka seharusnya membuang sikap dan ego agar pergaduhan tidak berpanjangan.
2. Memahami perasaan pasangan
Banyak masalah dalam rumah tangga berpunca daripada masalah di tempat kerja, kesihatan, kewangan, isu keluarga kedua pihak dan anak. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Apa yang penting saling berkongsi pendapat serta memahami perasaan pasangan.
3. Untuk suami isteri bekerja
Bagi suami isteri bekerja, tiada istilah siapa suri rumah sebenarnya. Sekiranya pasangan berkemampuan, bolehlah mengambil pembantu untuk meringankan beban kerja di rumah. Tetapi sekiranya tidak mampu, suami isteri perlu bekerjasama di dalam menguruskan rumah tangga.
Biasanya isteri yang lebih banyak melakukan kerja rumah berbanding suami walaupun kedua-duanya berkerja. Saling memahami dalam hubungan suami isteri sangat membantu dalam mewujudkan sebuah keluarga bahagia.
4. Amalkan makan bersama setiap hari
Berbual mesra dan nasihat-menasihati ketika makan. Amalan ini akan menarik hidayah Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
Cara buat rayuan haji! Baru-baru ini Tabung Haji telahpun mengeluarkan surat haji kepada mereka yang terpilih untuk mengerjakan haji pada tahun 2025. Begitu pun...