Tanggal 13 Mei menjadi detik bermakna buat seluruh waris mangsa nahas kapal terbang MH17, Tambi Jiee dan Ariza Ghazalee apabila hasrat untuk membina sebuah masjid hasil daripada wang pampasan insiden itu terlaksana dan dibuka untuk orang awam.
Kos pembinaan Masjid Al Ghazali dengan reka bentuk serba moden berwarna kelabu yang terletak di Jalan Depo, Petra Jaya di sini bernilai RM3.5 juta dengan sebahagian besarnya adalah daripada wang pampasan kesemua enam mangsa yang maut dalam tragedi pesawat yang ditembak jatuh dekat sempadan Ukraine-Rusia, Julai 2014.
Selain Tambi dan isteri, Ariza, ia turut mengorbankan empat orang anak mereka Muhammad Afif, Muhammad Afzal, Marsha Azmeena dan Muhammad Afruz.
Bercerita kepada Bernama dalam temu bual eksklusif mengenai perancangan awal bagaimana tercetus idea untuk membina sebuah masjid, Pengerusi masjid itu, Sumardi Ghazalee yang juga adik bongsu Ariza, berkata, semuanya bermula daripada ibu mereka yang ingin melihat wang yang diterima itu disalurkan kepada perkara yang memberi manfaat kepada kesemua arwah.
“Idea asal untuk membina masjid ini datangnya dari ibu kami yang ingin memanfaatkan wang pampasan berkenaan dan pada peringkat awal selepas berbincang bersama keluarga, tercetus idea untuk membina surau tetapi lokasinya belum diputuskan.
“Namun, pada masa itu saya sudah mengetahui bahawa terdapat satu tapak yang telah diluluskan untuk mendirikan surau di kawasan ini tetapi belum ada perancangan untuk mendirikannya dan dari situ kami berhubung terus dengan pihak Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS),” katanya yang mengikuti rapat perkembangan di kawasan itu sebagai seorang arkitek di Kuching.
Ads
Lebih menarik, penampilan rekaan masjid yang serba moden itu adalah hasil reka bentuk daripada Sumardi sendiri yang mencurahkan segala idea dan keringat untuk melaksanakan hasrat seluruh keluarganya itu.
“Kami memang sedih semasa menerima berita kematian kesemua Allahyarham, tapi dengan adanya wang pampasan itu kami sebagai keluarga mangsa berharap usaha ini dapat membantu mereka di alam sana.
“Jadi kami adik beradik semua sepakat dan sebulat suara untuk mendirikan masjid ini dan berharap agar ia dapat dimanfaatkan oleh penduduk di sekitar ini di samping memberi pahala yang berterusan untuk arwah,” katanya.
Beliau berkata, pembinaan masjid itu sebahagian besarnya adalah wang pampasan yang diterima dan sebahagian lagi daripada orang awam yang berinfak dan mewakafkan serta terdapat juga sumbangan daripada pihak Kerajaan Negeri Sarawak.
“Perancangan awalnya pada 2015 iaitu mesyuarat jawatankuasa pembinaan yang pertama manakala pembinaannya bermula pada 2017, jadi keseluruhannya ia mengambil masa empat tahun untuk disiapkan,” katanya yang berkongsi pelbagai program sudah direncana bagi mengimarahkan masjid itu.
Ads
Sumardi berkata, banyak program yang telah dirancang antaranya kelas fardu ain, kelas mengaji untuk semua lapisan masyarakat bahkan mereka juga akan bekerjasama dengan Madrasah Darul Ulum Islamiyah Kuching untuk terlibat secara langsung bersama pihak masjid.
Sementara itu, beliau berkata, buat masa ini tiada lagi lantikan imam dan bilal secara tetap kerana masjid ini belum mendapat kebenaran untuk mendirikan solat Jumaat daripada JAIS.
“Jadi kami belum mempunyai peruntukan untuk itu dan kesemua imam, bilal dan lain-lain adalah secara sukarela yang adalah ustaz-ustaz yang berada di dalam qariah ini.
“Kami masih dalam proses untuk mendapatkan kebenaran untuk mendirikan solat Jumaat, namun terdapat beberapa kriteria yang diperlu dipenuhi antaranya kelulusan hanya diberikan apabila masjid-masjid di sekitar kawasan ini sudah tidak mampu lagi memuatkan jemaah ketika bersolat Jumaat,” katanya.
Ads
Dalam pada itu, beliau berkata, dari segi penyelenggaraan masjid pula, pihak pengurusan sememangnya mengharapkan derma daripada qariah di sini selain daripada sumbangan pihak pengurusan sendiri.
“Kita mengambil barkah pada bulan mulia ini untuk membuka masjid ini supaya orang ramai yang hadir berterawih di sini akan berterusan datang pada bulan yang lain selepas Ramadan,” katanya.
Masjid itu mampu memuatkan sehingga 1,000 jemaah pada satu-satu masa manakala dewan solat utama mampu mengisi 300 orang.
Antara kemudahan di masjid ini ialah bilik pengurusan jenazah dan kediaman bagi imam yang bakal dilantik kelak.
Pihak pengurusan juga dalam perancangan untuk melakukan perasmian masjid itu dengan menjemput Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan kemungkinan diadakan dalam bulan Syawal nanti.
Sumber kredit:
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Mati itu sudah pasti, cuma kita tidak tahu bila dan di mana. Urusan rezeki, ajal dan maut ini terletak di tangan Allah. Hanya Dia yang Maha Mengetahui. Dan sangat beruntung jika seseorang itu meninggal dunia pada hari Jumaat nan mulia.
Tidak kiralah seseorang itu masih kanak-kanak, dewasa atau orang tua. Sangat beruntungnya dijemput Illahi pada Jumaat mulia dan juga penghulu segala hari.
Seperti perkongsian di laman sosial SR Islam Al-Irsyad Balok memberitahu bahawa hari ini adik Ahmad Daniel Muhammad Ahmad Suhairi telah bertemu Illahi pada jam 4 pagi tadi.
Adik Ahmad Daniel sebelum ini telah di sahkan menghidap kanser otak jenis Diffuse Diffuse Intrinsic Pontine Glioma (DIPG) tahap empat pada Mac yang lalu.
Malah kisahnya juga menjadi viral kerana hasrat untuk mengenakan pakaian seragam anggota bomba lengkap dengan tanda nama tercapai.
Pada awal Oktober lalu, hasrat arwah telah ditunaikan apabila berpeluang menyarung baju uniform itu dan turut menaiki jentera bomba.
Menurut bapanya, arwah Danial memang sangat berhajat untuk menjadi angota bomba. Malah setiap kali melihat jentera atau aksi anggota bomba, dia akan teruja dan beritahu bomba adalah wira penyelamat yang hebat.
Innalillahi Wainna Ilaihi Raajiun
اِنَّالِلَه وَاِنَّااِلَيْهِ رَاجِعُوْن
Pagi Jumaat yang hening. Pihak @SR Islam Al Irsyad Balok mendapat perkhabaran duka perginya anak didik kami yang tercinta, Adik Muhammad Daniel b Muhammad Suhairi bertemu Ilahi lebih kurang pukul 4 pagi tadi.
Allah menjemputnya pulang di hari Jumaat yang mulia. Almarhum Ahmad Daniel disahkan menghidap DIPG iaitu sejenis kanser otak pada Mac yang lalu.
Semoga keluarga almarhum Ahmad Daniel tabah dan sabar menghadapi ujian ini.
Jenazah akan dibawa pulang ke rumah neneknya di Beserah untuk disemadikan di sana.
Tenanglah kamu di sana wahai anak syurga.. 02022012-25102019
KASHOORGA: Semoga Adik Daniel tenang dan berehatlah di sana. Dan kepada ahli keluarga bersabarlah dalam menghadapi dugaan ini. Ternyata Tuhan lebih menyayangi arwah dan semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Aku jawab, “Allah masih nak rahsiakan jodoh saya.”
“Umur dah meningkat tu…”
Aku jawab, “Allah masih rahsiakan jodoh saya.”
“Bila boleh makan nasi minyak ni?”
“Hanya Allah yang tahu…”
Tatkala sering kali ditanya dengan pertanyaan jodoh seringkali bungkam dengan jawapan yang ingin diberikan. Pertanyaan demi pertanyaan ditanya oleh orang sekeliling. Pertanyaan oleh keluarga sendiri. Pertanyaan oleh jiran. Pertanyaan oleh sahabat-sahabat zaman sekolah dan juga rakan sekerja.
Terasa rimas dengan pertanyaan itu. Mungkin mereka sangat prihatin. Terima kasih atas keprihatinan itu tetapi tentang jodoh itu adalah rahsia Allah.
Selagi kun fayakun DIA tidak menyapa, aku hanya mampu usaha dan berdoa kepada-Nya seterusnya tawakal…
Allah ada sebut dalam Surah Ar Rum (30): 21
“Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah Dia Menciptakan pasangan-pasangan untukmu daripada jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir.”
Ada yang bercinta bertahun-tahun, selalu keluar bersama tetapi akhirnya berpisah. Ada pula yang baru kenal sebulan dua, bersua muka sekali dua bersama mahramnya dan akhirnya bersama.
Aturan hidup kita, tiada siapa yang berani kata pasti kerana hanya Allah sebaik-baik perancang kepada hamba-Nya.
Boleh jadi yang digenggam kemas-kemas saat ini, itu yang akan dilepas selama-lamanya nanti. Ada juga yang berpisah setelah lama bercinta kerana baru sedar cara mereka ‘salah’.
Masing-masing mencari diri dengan bertaubat pada-Nya dan akhirnya Allah pertemukan mereka kembali. Rahsia jodoh itu unik kerana DIA tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Mempunyai anak istimewa bukanlah semudah yang disangka. Banyak cabaran dan dugaan yang perlu dilalui. Begitulah realiti yang terpaksa dilalui oleh pelakon Zarina Zainuddin. Dengan dua orang anak austisme, ibu cekal ini tabah meneruskan kehidupan demi masa depan dua anak lelakinya iaitu Azal dan Azil.
Sebaknya ya Allah..dengarlah beginilah hati seorang ibu walau diberi lagi 100 tahun..sejuta tahun..mereka ingin bersama anak mereka..mereka fikir tentang anak mereka..inilah sifat Ar Rahman Ar Rahim Allah beri rasa cinta seorang ibu buat anaknya..ingat masa tu semua menangis dalam dewan tak tahan rasa sedih..semoga Allah panjangkan umur dan berkati rezeki @zarinazainuddin_ sekeluarga dan semua ibu di luar sana yang sangat kuat dan tabah yang diuji Allah.
Dalam sedutan temubual oleh Ustaz Ebit Lew dalam rancangan EbitWithEbit, Ustaz Ebit Lew ada bertanyakan apakah amanat terakhir yang ingin diucapkan oleh Zarina kepada anak-anaknya.
“Saya mahu pergi bersama-sama dengan mereka (anak-anak). Biarlah kita pergi bersama-sama. Saya tak sanggup nak tinggalkan mereka di dunia ini. Kalau boleh, Allah cabutlah nyawa saya dengan anak-anak saya sekali.” Luahan yang terpacul dari mulut Zarina benar-benar menjentik jiwa. Begitu tulus dan kasihnya seorang ibu kepada anak-anaknya.
Moga Zarina terus tabah menjaga kedua-dua anak-anak syurganya.
Ramai dalam kalangan lelaki yang memilih untuk berambut panjang. Tiada masalah tentang hal ini namun perlu diingat ketika solat rambut tersebut sebaiknya dilepaskan dan...