‘Mengucap dua kalimah syahadah, momen terindah dalam hidup.’ Marine El Himer, model, influencer dan bintang TV Perancis peluk Islam.
Sebagai salah satu makhluk ciptaan Allah SWT, tentu manusia sangat bergantung kepada penciptanya. Segala apa yang diupayakan oleh manusia namun apabila Allah tak berkehendak, maka hal tersebut juga tidak akan terlaksana atau terjadi.
Begitu juga sebaliknya meskipun manusia tidak menginginkan sesuatu akan tetapi jika Allah SWT telah menghendaki maka tidak ada daya bagi manusia untuk menolaknya, dan mereka hanya bisa berpasrah menerimanya.
Begitulah dengan hidayah Allah. Siapa sangka seorang model terkenal yang selalu dipuji kecantikannya memilih untuk bergelar seorang muslimah di puncak kemahsyurannya dan dalam usia yang masih muda.
Model yang juga bintang televisyen Perancis, Marine El Himer, telah membuat pengumuman yang dirinya kita telah memeluk Islam dan bergelar seorang muslim.
Bagi Marine, detik dia mengucapkan dua kalimah syahadah adalah momen terindah dan menjadi “hari paling bahagia” dalam hidupnya.
Ads
Momen Terindah Dalam Hidup
Marine telah memeluk Islam sejak beberapa bulan lalu tetapi dia tidak menguar-uarkan sehinggalah 2 November lalu dia menceritakan hal yang mengejutkan ini.
Tidak terhenti di situ, dua hari kemudian, sekali lagi Marine El Himer memuat foto di akaun Instagram miliknya dengan penampilan baru iaitu berpakaian jubah yang sangat sopan dan mengenakan hijab sedondon dalam rona hitam.
Gambar tersebut dirakam di sekitar Masjidil Haram. Dalam posting yang sama, model ini berkongsi videonya mengucapkan dua kalimah di sebuah masjid di sana. Masyallah indah sungguh perjalanannya.
Marine El Himer, Model
Jelas Marine El Himer, dia memilih Islam dan menjadi mualaf adalah semata-mata mengikut pilihannya sendiri selain menurut kata hati dan jiwanya.
Ads
Sekadar info, Marine El Himer, lahir pada Julai 1993, di Bordeaux, Prancis Selatan, berketurunan Maroko-Mesir dan dia jua memiliki saudara kembar bernama Oceane El Himer.
Sebelum ini, Marine El Himer tampil di program realiti televisyen iaitu, Les Princes et les Princess de l’Amour (Putera dan Puteri Cinta) di Perancis.
Tidak ketinggalan, model Perancis dan dalam masa yang sama seorang influencer terkenal amat berterima kasih kepada pengikutnya atas sokongan dan kebaikan mereka kepadanya selama ini.
Media Perancis melaporkan bahawa Himer selama ini dibesarkan bersama ayah tirinya. Biarpun begitu, dia menhabiskan banyak masa dalam usaha mencari ayah kandungnya dan menjejaki asal-usulnya.
Siapa sangka, selama pencarian ini, Himer berkenalan dengan Islam dan akhirnya kini dia memeluk Islam.
Kashoorga: Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Alhamdulillah, Arab Saudi telah memasukkan Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi kemasukan ke sana.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri dalam perkongsian di fbnya memaklumkan hal yang menggembirakan hati umat islam yang sebelum ini tertanya-tanya apakah nasib mereka yang sudah menerima dua dos vaksin jenis Sinovac.
Kata Datuk Dr Zulkifli, berita gembira ini boleh disampaikan kepada ahli keluarga yang telah menerima vaksin Sinovac dan berniat untuk tunaikan haji dan umrah akan datang.
Sama-sama kita doakan urusan jemaah haji Malaysia yang diluluskan untuk menunaikan haji pada tahun ini, dipermudahkan Allah SWT.
Tidak ada lagi kerisauan kepada ahli keluarga kita yang khuatir tidak dapat tunaikan haji dan umrah kerana diberi vaksin Sinovac. Fokus kita adalah membantu KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA dan JKJAV utk pastikan lebih ramai mendaftar dan hadir untuk vaksinasi.
Bagaimana pun semalam juga Harian Metro melaporkan bahawa penerima vaksin Sonivac perlu mendapatkan dos tambahan ketiga memetik dari laporan dikeluarkan oleh Saudi Gazatte.
Dammam: Individu yang sudah menerima dua dos vaksin Sinovac dan Sinopharm perlu mengambil dos tambahan yang diiktiraf kerajaan Arab Saudi sebagai syarat untuk masuk ke negara itu.
Syarat terbaharu itu terkandung dalam peraturan terkini yang dikeluarkan pihak berkuasa kesihatan Arab Saudi, demikian diumumkan Pihak Berkuasa Tambak King Fahd (KFCA), Ahad.
Berdasar peraturan kesihatan yang sudah dikemaskini, individu yang sudah menerima dua dos vaksin Sinovac dan Sinopharm perlu mengambil dos tambahan yang diiktiraf sama ada Pfizer, AstraZeneca, Johnson & Johnson dan Moderna.
Saudigazette melaporkan, satu lagi syarat yang perlu dipatuhi adalah membuat ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) dalam tempoh 72 jam selepas tiba ke negara itu.
Pendekatan baharu itu diambil susulan kebimbangan bahawa vaksin Covid-19 yang digunakan sebilangan besar negara membangun tidak mampu menghalang penularan varian Delta.
Ia mendorong beberapa negara untuk menawarkan dos ketiga untuk meningkatkan imuniti terhadap strain virus berkenaan.
Menurut laporan, pihak berkuasa kesihatan negara seperti Emiriah Arab Bersatu dan Bahrain memutuskan untuk memberi dos tambahan kepada individu yang sudah menerima vaksin dari China, iaitu Sinovac Biotech dan Sinopharm.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Siapa tidak mengenali bekas jaguh badminton kerana sumbangan dan jasanya yang sangat dikagumi oleh seluruh traktat Maaysia, Datuk Lee Chong Wei.
Sejak bersara dari sukan ini, Datuk Lee Chong Wei juga dilihat aktif di media sosial dan turut melakukan banyak amal kebajikan.
Terbaru nama agenda badminton ini menjadi bualan di media sosial terutama bagi umat Islam apabila dilaporkan menghulurkan sumbangan buat Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala (MAHSP, Kuala Lumpur.
Walaupun berlainan bangsa dan agama, tetapi tidak menghalang beliau untuk memberi sumbangan peribadinya.
Ini dimaklumkan terus melalui laman sosial MAHSP beserta beberapa keping foto Datuk Lee Chong Wei sedang menghulurkan sumbangan kepada wakil masjjd.
Malah status ini juga turut dikongsi d akaun Facebook rasmi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Ternyata Perkongsian ini mendapat respon daripada warganet. Masing-masing mengucapkan terima kasih kepada beliau dan turut mendoakan agar Datuk Lee Chong Wei dimurahkan rezeki dan diberikan hidayah untuk mengenali Islam lebih mendalam.
Negara diuji dengan musibah banjir. Boleh dikatakan kerugian dialami mencecah hingga billion ringgit berikutan kemusnahan besar dialami.
Jika di Selangor kecoh dengan isu kawasan tadahan banjir yang ditukar kepada projek perumahan, di belah Pantai Timur khususnya di negeri Pahang pula kecoh dengan isu pembalakan tidak terkawal.
Namun kenyataan dikeluarkan oleh pihak berkuasa tiada penerokaan dilakukan di kawasan Hutan Simpan negeri terbabit walau jelas sisa-sisa balak elok terpotong rapi.
Apa kebenarannya, biarlah ia dijawap di hadapan Allah azzawajalla di akhirat kelak. Di dunia kita mungkin boleh berbicara apa saja tapi di akhirat, mulut kita akan dikunci dan anggota tubuh lain yang akan menjawab di hadapan Allah kelak.
Sisa balak yang bukan sedikit sebaliknya umpama lautan hingga memusnahkan banyak rumah penduduk bukanlah satu isu terpencil hingga ia mendapat perhatian dari Mufti Negeri Perlis iaitu Prof Madya Dato Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin yang menulis di entrinya bahawa pekerjaan pembalak dilaknat dan direndam dalam api neraka.
Baca penjelasan dari Mufti ini.
1. Dalam hadis, Nabi s.a.w memberikan amaran kepada sesiapa yang menebang pokok bidara yang menjadi teduhan orangramai. Baginda memberitahu bahawa sesiapa yang melakukan hal itu maka Allah akan merendahkan atau merendam kepalanya ke dalam neraka. Daripada ‘Aishah r.ha, sabda baginda s.a.w:
“Sesiapa yang memotong pokok bidara maka Allah merendahkan (menekan) kepalanya dalam neraka” (Riwayat Abu Daud, al-Nasai dalam al-Kubra, al-Baihaqi dll. Hadis sahih).
2.Al-Imam Abu Daud al-Sijistani (meninggal 275H) empunya Sunan Abi Daud, ketika ditanya tentang maksud hadis ini, beliau berkata:
(Hadis ini diriwayatkan secara ringkas, ia bermaksud sesiapa dengan sia-sia (tiada alasan yang sah) dan zalim tanpa alasan yang benar memotong pokok bidara di tanah lapang yang mana pengembara dan binatang selalu berteduh di bawahnya, maka Allah merendahkan (menekan) kepalanya ke dalam neraka. (Abu Daud, Sunan Abi Daud, Bab Fi Qat’i al-Sidr).
3. Ertinya, hadis memberikan amaran sesiapa yang merosakkan tumbuh-tumbuhan yang dapat menjadi teduhan orangramai ataupun haiwan maka Allah akan merendahkan atau menekan atau merendamkan kepalanya dalam neraka. Hadis-hadis yang memberikan amaran yang dahsyat sebegini menunjuk perbuatan yang dilarang tersebut termasuk al-Kabair iaitu dosa-dosa besar.
4. Para ulama dahulu berbincang tentang maksud hadis ini. Ada yang kehairanan mengapa pula diharamkan memotong pokok bidara? Ada yang berpendapat ia khas untuk Mekah. Ada yang berpendapat hukum ini telah dimansuhkan. Namun, jawapan al-Imam Abu Daud itu memberikan makna yang dapat difahami tentang maksud hadis ini. Ia berkaitan mereka yang memusnah tempat berehat atau berteduh para musafir atau haiwan. Keadaan panas mendesak manusia dan haiwan mencari perlindungan. Pokok dan pohon yang rendang memayungi manusia dan haiwan dari kepanasan.
5. Pokok bidara dapat tumbuh di padang pasir. Ia mampu menghadapi cuaca kering dan panas. Maka di bawah pohonnya manusia berteduh. Buahnya pula boleh dimakan apabila memerlukan. Memelihara pohon bidara yang berfungsi dengan fungsi tersebut adalah menjaga keseimbangan dan peranan antara ciptaan Allah. Merosakkannya merosakkan anasir penting dalam keselamatan hidup manusia. (sila lihat: al-Qaradawi, Al-Sunnah masdaran li al-Ma’rifah wa al-Hadarah, 142. Kaherah: Dar al-Syuruq 1998).
6. Maka, sesiapa yang memusnahkan tempat perlindungan panas manusia dan haiwan ketika sangat memerlukan tanpa alasan yang benar pastilah termasuk dalam kalangan mereka yang sangat jahat. Tidak hairan jika kepalanya direndam ke dalam neraka.
7. Jika memusnah pokok tempat berteduh semasa manusia kepanasan ketika berada dalam perjalananan atau luar rumah, direndam atau direndahkan kepala dalam neraka, bagaimanakah bagi yang menebang pokok-pokok secara rakus sehingga berlaku bencana yang menyebabkan manusia kehilangan dan kemusnahan rumah dan tempat tinggal?!
Ia bukan sekadar manusia hilang tempat berteduh di luar rumah, ini menyebabkan manusia hilang rumah tempat menetap diri dan keluarga, sekolah, tempat kerja, masjid, rumah ibadah dan pelbagai. Bukan sekadar musafir yang melakukan perjalanan, bahkan manusia yang tinggal tetap di situ sejak sekian lama kehilangan segalanya. Apakah lagi kedajalan dan kejahatan yang lebih besar daripada itu?!
8. Jika memotong pokok bidara disembamkan kepala ke dalam neraka, bayangkan jika memotong balak sehingga ribuan manusia menderita dan berlaku kematian!! Potong pokok bidara yang menyebabkan musafir kehilangan tempat berteduh yang bukan milik peribadi sudah dihukum demikian rupa di akhirat. Apatahlagi jika menebang hutan dengan cara yang rakus yang menghilangkan harta peribadi manusia, bahkan membunuh nyawa dan kehidupan insan.
9. Golongan yang memotong pokok sehingga manusia musnah tempat tinggal layak menerima laknat manusia dan kelaknatan itu akan menimpa mereka. Ini seperti yang Nabi s.a.w sabda:
“Takutlah kamu kepada dua perkara yang menyebabkan dilaknat”. Sahabat bertanya: “Apakah dia dua perkara tersebut?”. Sabda baginda: “Orang yang membuang air besar di laluan orang ramai dan di tempat teduh mereka”. (Riwayat Muslim).
Hadis ini menyebut tentang kelaknatan yang bakal menimpa seseorang disebabkan tindakannya sehingga mengganggu laluan manusia atau mengotorkan tempat teduhan orangramai. Menebang hutan secara tidak bertanggungjawab jauh lebih buruk kesannya daripada itu.
“Sesiapa yang menyakiti kaum muslimin pada jalan-jalan mereka dia pasti mendapat laknat mereka” (Riwayat al-Tabarani dengan sanad yang hasan). Al-Imam al-Son’ani menyatakan bahawa hadis-hadis di atas menunjukkan bahawa pelaku perbuatan tersebut layak menerima laknat. (lihat: al-Son’ani, Subul al-Salam, 1/108. Beirut: Dar al-Hadith).
11. Jika membuang najis di laluan atau tempat teduh orangramai akan menyebabkan terkena laknat manusia, apatahlagi mereka yang melakukan perbuatan sehingga segala rumah, pejabat, tempat rehat, tempat permainan, sekolah, masjid, surau dan lain-lain dimasuki bukan sekadar najis manusia bahkan pelbagai kotoran yang lain. Mereka itu lebih layak menerima laknat.
Firman Allah:
وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُبِينًا (maksudnya) “dan mereka yang menyakiti perasaan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman tanpa kesalahan yang mereka lakukan, maka sesungguhnya mereka (yang menyakiti itu) telah memikul kesalahan secara dusta, dan berbuat dosa ang amat nyata”. (Surah al-Ahzab: 58).
13. Maka, perbuatan menebang hutan sehingga membinasakan kehidupan rakyat merupakan jenayah dunia dan akhirat. Tanpa mengira siapa pun pelakunya, samada golongan bawahan atau bangsawan, ahli politik atau ahli peniagaan, ke atas mereka laknat rakyat. Amaran Nabi s.a.w bahawa laknat itu akan menimpa mereka nanti. Mereka akan menemui padah itu dalam kehidupan dunia dan akhirat.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Anak yang selalu beri duit dimanja dan disayangi, tapi anak yang jarang hulur duit kerana hidup susah dilayan kasar dan dimarah-marah. Bukan hanya dalam...