Tidak dinafikan ramai yang mengkagumi keperibadian pelakon serta pengacara popular, Mira Filzah yang trending dengan drama Sweet Dreams. Ramai mahu menjadikan dirinya sebagai idola dek kerana personalitinya yang jarang dilanda gosip panas.

Malah Mira juga sangat aktif berkongsi apa jua maklumat atau info berguna di media sosial sama ada twitter atau Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on


Baru-baru ini ada warga net yang tweet padanya bagaimana untuk mengatasi masalah depresi. Mira yang mempunyai follower di twitter hampir 200K memberitahu cara terbaik dan cadangan untuk mengatasi masalah depresi atau kemurungan ini.

Walaupun bukan kepakarannya untuk bercakap mengenai soal itu (depresi), tetapi pelakon cantik ini memberi cadangan apa yang boleh dilakukan. Mira mencadangkan seseorag itu mengatasinya dengan mengambil wuduk dan kemudian bersolat.

Ads

Bercakap pada Allah apa masalah yang menganggu. Apa yang membuatkan diri seseorang itu sedih minta padaNya untuk memaaafkan diri dan minta diberikan kekuatan.

Mira Filzah Beri Cadangan Pada Follower Yang Alami Kemurungan Supaya Ingat Allah & Tak Tinggal Solat

Ads

Mira turut menyuruh mengerjakan solat sunat banyak-banyak dan juga melakukan solat tabut serta hajat.

Menurutnya lagi seseorang yang melakukan amalan ini insa-Allah akan merasa lega berdepan masalah berkenaan. Cadangan dari Mira ini turut mendapat reaksi positif dari netizen.

Ads

Mira Filzah Beri Cadangan Pada Follower Yang Alami Kemurungan Supaya Ingat Allah & Tak Tinggal Solat

SUMBER & KREDIT FOTO: TWITTER & IG MIRA FILZAH 

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI