Nelydia mohon maaf, akui masih baru berhijrah. “Doakan saya agar diberikan iman yang kuat untuk kekal berhijab.’ Itulah luahan hati Nelydia Senrose yang mengakui dirinya yang masih baru dalam penghijrahan seterusnya memohon maaf atas segala kekhilafan yang berlaku.
Benarlah hati manusia berubah-rubah, begitu juga dengan figura ini. Dirinya juga tak lari daripada melakukan kesilapan dalam hidupnya seperti orang lain. Manusia mana yang sempurna, begitu juga dia.
Doakan Saya, Agar Diberikan Iman Yang Kuat Untuk Kekal Berhijab
“Sebagai manusia adakalanya iman kita ada turun dan naik. Ia bukan satu perkara yang mudah bagi seseorang yang baru berhijab untuk kekal istiqamah.
“Saya percaya apa yang dilakukan (berhijab) ini adalah yang terbaik. Cuma saya perlu teguh dengan pendirian ini. Insya-Allah dan doakan saya menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari,” ungkapnya.
‘Semoga roh arwah dicucuri rahmat.’ Mulianya hati penderma, tiga pesakit pulih penglihatan selepas dapat sumbangan organ. Benarlah orang yang baik, kebaikannya akan disebut-sebut biarpun telah pergi.
Malah pemergiannya memberi sinar baru buat pesakit yang memiliki masalah penglihatan. Bayangkan tanpa sebarang pertalian darah, namun dengan keluhuran hatinya telah mendermakan kornea mata kepada yang memerlukan.
Seramai tiga pesakit mata pulih penglihatan selepas mendapat sumbangan organ daripada seorang lelaki yang meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) akibat masalah perubatan.
Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Datuk Dr Rose Nani Mudin, proses pemindahan kornea Finno Joitol, 54, telah dipersetujui oleh pihak keluarga selepas dimaklumkan mengenai pilihan untuk menderma organ.
Mulianya Hati Penderma
Proses transplan kornea yang didermakan itu juga katanya, berjaya memulihkan penglihatan tiga pesakit yang masing-masing menghadapi masalah kornea kiri dan kanan.
“Kornea yang didermakan juga berjaya ditransplan dan memulihkan penglihatan tiga pesakit iaitu kornea kanan kepada seorang penerima, dan kornea kiri dibahagikan kepada dua orang penerima.
“Pihak keluarga turut berbesar hati supaya kisah pendermaan ini boleh menjadi dorongan kepada orang ramai khususnya masyarakat di Sabah supaya tampil menjadi penderma organ,” ujar Rose Nani dalam satu kenyatan media.
3 Pesakit Pulih Penglihatan
Pada masa sama, Rose Nani turut mengucapkan takziah kepada keluarga Finno atas pemergian beliau serta merakamkan penghargaan terhadap kemuliaan penderma dan seluruh ahli keluarga atas sumbangan terhadap pesakit yang memerlukan.
Beliau turut mengingatkan orang awam yang ingin menderma organ agar mendaftar diri sebagai pengikrar penderma organ melalui aplikasi MySejahtera.
Selepas Dapat Sumbangan Organ
“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan pihak keluarga diberi kekuatan menghadapi kehilangan ini. JKNS menyeru orang ramai agar menjadikan kemuliaan para penderma organ dan keluarga mereka sebagai teladan.
“Pendaftaran sebagai pengikrar penderma organ juga boleh dilakukan melalui aplikasi MySejahtera”, Rose Nani menambah.
Pendakwah Ustazah Asma’ Harun ada mengingatkan agar wanita menutup aurat dengan sempurna khususnya bagi yang memakai tudung.
Dalam satu perkongsiannya, dirinya menegur tindakan wanita tidak menutup aurat dengan sempurna.
“Tudung kini menjadi alat perhiasan menyerlahkan wanita, menampakkan subang telinga, mendedahkan sebahagian leher dan dada. Pereka, penjual, pembeli, semua ada bahagian.Ikhlaskanlah hati mentaati Allah yang begitu sayangkan kita…
Perkongsiannya menarik minat wanita yang menyatakannya ramai wanita suka kelihatan bergaya hingga terlupa tentang syariat dan perintah Allah.
Dalam satu pendapat pembaca, “pernah seseorang berkata pada saya, tudung sebegitu lebih nampak bergaya. Sukar untuk dia istiqomah. Marilah kita sama-sama doakan mereka sebab ada antara mereka yang nak berubah tapi berperang dengan kehendak diri.
Dalam pada itu, pendakwah ini bersetuju dengan pendapat diberikan.
Katanya, betul puan. Fitrah wanita pula sukakan kecantikan. Memang tidak mudah untuk kuatkan hati tinggalkan yang salah, demi taati perintah Allah.InsyaAllah, sama-sama kita doakan mereka dan diri kita supaya diberikan kekuatan iman untuk berubah dan istiqomah dalam ketaatan.
Tahukah, di dalam Al Quran surah An Nur ayat 31 ada disebutkan perintah menutup aurat bagi wanita:
Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.
Jika terlupa, batas menutup aurat bagi orang perempuan ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan telapak tangan. Fesyen up to date atau tidak, itu adalah nafsu manusia mata-mata kerana ingin kelihatan cantik di mata manusia lain, bukan pada pandangan Allah. Bersama-samalah kita istiqomah dengan pemakaian tudung mengikut syariat.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Ramai yang memberi respon apabila selebriti dan usahawan popular, Neelofa yang berhijrah dengan menukar penampilan ke arah lebih baik iaitu memilih untuk berniqab.
Pelbagai pujian diberikan dan ada juga yang turut menerangkan apa perbezaan antara purdah, niqab dan burqa.
Terbaru pelakon yang kini sudan kembali pada jalan berlandaskan agama, Azuan Mazlan turut memberitahu perbezaan antara pemakaian ketiga-tiga hijab ini.
Dalam entri terbarunya di laman sosial Facebook, dia mengakui isterinya juga sudah lama berniqab apabila mereka memilih jalan ke arah yang lebih diredai Allah.
Azuan Mazlan juga turut memohon doa agar dirinya dan isteri Ahlia istiqamah dengen jalan yang dipilih. Malah turut mendoakan lebih ramai yang memilih untuk mengamalkan sunnah yang sempurna dalam kehidupan ini.
Ayuh ikuti perkongsiannya agar kita tidak tersalah faham maksud perbezaannya.
“Ramai pm saya Niqab & Purdah ni sama ke? Burqa tu apa pula? Btw, gambar2 ni nak tunjuk perbezaan antara PURDAH, NIQAB & BURQA’. Kalau tengok kat gambar ni pun dah boleh nampak perbezaannya kan? Bezanya dari segi design & cara pakai jer. Konsep tetap sama. Tutup muka.
“Persoalannya, wajib ke tutup muka? Tak! Sunnah & Sunat jer. Rasa nak pakai, silakan. Taknak pun takpe. Asalkan tutup aurat yg WAJIB ditutup oleh wanita iaitu seluruh anggota badan kecuali muka & tapak tangan.
“Kalau hal dunia kita berlumba-lumba nak jadi yg terbaik & nak paling rare kan? Hal akhirat mestilah lebih lagi kena buat yang paling rare untuk buktikan pada Allah yg kita betul2 nakkan syurga yang paling tinggi berjiran bersama Rasulullah saw.
“Dalam Sunnah pasti ada banyak Kejayaan.. Banyak bantuan Allah swt bersama kami semenjak ahlia pakai Niqab.. WaAllahi, Seri pada wajah ahlia sy pun berlipat kali ganda, makin bertambah sayang bila lihat wajahnya hati sy sentiasa rasa sejuk jer… Allahuakbar..
“PURDAH : Tutup separuh muka dari hidung sampai ke bawah. Mata & dahi terdedah. Biasanya di pakai macam ni bila nak cepat sebab senang. Ada jenis guna getah (sarung je) atau tali halus (ikat simpul je) dah boleh keluar rumah. Tak leceh sangat. Agak kecik & ringan. Biasanya dipakai belah dalam tudung.
“NIQAB : Jenis tutup dahi sekali, hanya mata sahaja yg kelihatan. Ahlia (isteri) sy suka pakai jenis macam ni sebab lagi kemas & senang diselak bila nak makan. Sebab ikat dekat belah luar tudung.
“BURQA’ : Semua bahagian tertutup termasuk mata. Ahlia (isteri) sy pakai macam ni bila Khuruj Masturat dengan suami dia iaitu saya la.. siapa lagi? Hehe.. Waktu Khuruj Masturat (Keluar di jalan Allah swt) 3 hari, 10 hari, 40 hari & 2 bulan kena pakai macam ni. Selalunya memang dipimpin tangan oleh suami.
“Boleh nampak ke? Ya! Boleh… Tapi tak berapa jelas lah sebab lapisan yang tutup mata tu agak jarang sikit dari lapisan bahagian lain so boleh je nak berjalan cuma tak clear sangat. Saya nak jelaskan kenapa waktu Khuruj Masturat kena pakai full-set burqa’ hitam macam ni sampai mata pun perlu ditutup? Nak cerita kat sini, tak muat caption. Huhuu…
“Apa-apa pun, tak kesah lah pakai macam mana asalkan tutup aurat dgn sempurna. Semoga istiqomah, doakan saya & ahlia saya juga
“kedua ibubapa saya, adik beradik sy serta seluruh ummat Nabi Muhammad saw dapat mengamalkan Sunnah yang sempurna dalam kehidupan ini.
Anak yang selalu beri duit dimanja dan disayangi, tapi anak yang jarang hulur duit kerana hidup susah dilayan kasar dan dimarah-marah. Bukan hanya dalam...