Hidayah itu milik Allah. Tiada kira bagaimana permulaan hidup kita tapi paling penting adalah pengakhirannya.

Sebenarnya sangat beruntung orang yang menerima hidayah dari Allah. Hidayah ialah cetusan halus yang dicampakkan Allah s.w.t dan menyerap masuk ke lubuk hati seseorang sehingga memiliki kekuatan dan mampu untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan diri demi kepentingan hidup di akhirat.

Dalam surah Al-Fatihah ayat 6 :

اهدِنَا الصِّرٰطَ المُستَقيمَ

Bermaksud : Tunjukilah kami jalan yang lurus

Perkongsian dari penyanyi kumpulan rock Amuk, Bandi yang sering mengenakan topeng dalam setiap persembahannnya mampu menjadi inspirasi buat kita semua. Dalam erti kata lain, tidak terlewat untuk kita terus belajar Al-Quran pada usia yang mungkin sudah senja. Kata orang asal ada kemahuan, di situ Allah berikan jalannya. Kalau sudah lama tak membacanya, belajarlah membacanya kembali walau secara merangkak-rangkak. Tak lancar tak mengapa, asalkan Allah tahu.

Dalam satu perkongsian di Harian Metro, Bandi Amuk, 57 tahun mengakui selepas tiga tahun belajar mengaji al-Quran dari peringkat asas, dirinya bersyukur bersyukur apabila berjaya khatam, baru-baru ini.

Ads

Bandi atau nama sebenarnya Nasabandi Jumat berkata, dia mula mengikuti pengajian sejak pertengahan 2017 dengan seorang ustaz.

"Saya cakap dengan ustaz itu untuk khatam dan dia alu-alukan. Alhamdulillah saya berjaya melakukannya. Selama tiga tahun belajar, dugaannya memang banyak. Walaupun boleh membaca al-Quran, saya pilih bermula dengan Iqra kerana nak betulkan tajwid dan mahraj. Itu yang buat jadi lama tapi tak kisahlah asalkan saya belajar.
"Sekarang, jika membaca surah Yassin saya boleh tahu mana harakat, mahraj dan sebagainya. Saya jadi seronok membaca surah Yassin kerana tahu mana nak berhenti," katanya lagi.

“Niat Dalam Hati Semoga Al-Quran Ada Dalam Hati & Diri Kita”, Bandi Amuk Khatam Selepas 3 Tahun Belajar

Peluklah Al-Quran, cium dan junjung sebelum baca

Bandi yang kini menetap di Johor Bahru berkata, jika ada persembahan di Sabah dan Sarawak, dia sanggup mengambil penerbangan awal supaya sempat belajar mengaji. Ada ketika saya sampai rumah jam 7 malam dan terus mandi serta bersiap-siap kerana kelas bermula jam 8.30 malam.

Ads

"Rasa sayang nak tinggal kerana kalau sudah mengaji memang terasa seronok. Saya nak pesan kepada sesiapa yang nak mengaji al-Quran, kalau boleh peluk dulu al-Quran, cium dan junjung atas kepala.

"Niat dalam hati semoga al-Quran ada dalam hati dan diri kita. Perasannya sangat seronok. Bukan tak boleh khatam sendiri di rumah tapi khatam di depan guru yang mengajar kita lain rasanya. Ia buat saya berhati-hati dan tak buat silap depannya," katanya.

Bandi berkata, dia juga tidak mahu apa yang dilakukannya dianggap seperti menunjuk-nunjuk kepada peminat.

"Rakan saya ustaz Radin meminta izin untuk keluarkan di Facebook. Saya fikir kalau ini salah satu pemangkin untuk orang belajar baguslah. Tiada niat untuk saya riak.

Ads

"Saya akan sambung lagi belajar lepas berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Saya terlambat khatam kerana biasanya ada persembahan pada Jumaat, Sabtu dan Ahad sedangkan Ahad ada kelas. Itu buat ia jadi tertangguh. Saya biasanya pulang ke Johor Bahru pada hari Isnin dan esoknya Selasa ada lagi kelas. Kadang-kadang badan terasa letih," katanya.

Bandi mengakui dia pernah membaca al-Quran dalam keadaan mata tertutup kerana terlalu penat.

"Ustaz kasihan melihat saya dan kata tak payah datang kalau letih. Namun, saya tetap datang kerana sayang nak tinggal kelas. Lagipun saya tengok orang yang belajar kemudian sudah nak mendahului saya.

"Saya menyeru kalau boleh rakan-rakan dan masyarakat Islam yang lain belajar mengaji al-Quran kerana kita sebenarnya dah nak sampai penamat. Sekurang-kurangnya kita ada bekalan nanti," katanya.

Dalam situasi pandemik Covid-19, Bandi kini membantu memasarkan perniagaan karipap sejuk beku hasil air tangan isterinya. Sumber : Harian Metro

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI