Kebiasaannya setiap pengantin lelaki yang berkahwin akan menghadiahkan sesuatu yang bernilai sebagai hadiah mas kahwin untuk isteri tercinta.
Ini adalah sebagai hadiah kepada wanita ini kerana bersedia untuk menerima dirinya sebagai suami dan melayari hidup berumah tangga bersama-sama.
Namun lain pula ceritanya yang berlaku di tanah seberang, Indonesia. Ternyata rasa cinta itu lebih besar nilainya daripada pemberian lain.
Menurut Harian Metro, di Lombok, melaporkan seorang wanita, Helmi, 20 tahun yang juga seorang model Muslimah meminta Selipar Jepun dan segelas air saja sebagai pemberian mas kahwin kepada dirinya.
Dikatakan wanita ini berbuat demikian kerana tidak mahu membebankan suaminya, Yudi Anggata, 24 tahun. Keduanya sah diijab kabulkan sebagai pasangan suami isteri kelmarin.
Ads
Kisah pasangan itu mendapat perhatian ramai selepas video perkahwinan mereka tular di laman sosial.
Rakaman video itu menunjukkan Yudi memakai kemeja putih dengan kain sarung berwarna merah.
Dia dilihat beberapa kali melafazkan akad nikah sebelum disahkan sebagai suami isteri. Helmi duduk di sebelah kiri lelaki itu sambil tersenyum melihat pasangannya itu.
Ads
Selesai akad nikah, Helmi dilihat meminum air di dalam gelas berwarna coklat. Menurut Helmi, selipar Jepun dan segelas air itu adalah permintaannya sendiri.
“Saya memilihnya (selipar Jepun dan segelas air) sebagai mas kahwin kerana tidak mahu membebankan suami dan keluarganya.
“Tiada alasan lain dan saya minta selipar jepun itu diletakkan di dalam bekas.
Ads
“Sekurang-kurangnya pemberian suami itu akan menjadi kenangan yang boleh diceritakan kepada anak kami nanti,” katanya.
Bercerita tentang cara perkenalan mereka, mereka mula berkenalan di media sosial semasa Helmi bekerja di Arab Saudi, dan mereka memutuskan untuk bernikah selepas berjumpa di tanah air.
Jelas Helmi, dia tidak mahu menyusahkan suaminya dalam menyediakan mahar yang membebankan. Yudi sebelum ini pernah bernikah tiga kali sebelum bertemu dengan Helmi.
Perempuan selalu dikatakan agak complicated. Sering beri arahan tapi tak sama seperti keinginan hatinya mahukan. Bila lelaki lakukan apa dimahunya ternyata salah pula di matanya. Bahkan ada beberapa arahan dikatakan salah dan perlu dilakukan kembali.
Sebab itulah walau bertahun-tahun hidup berumahtangga, kebanyakan lelaki (bukan semua) jarang memahami apa keinginan sebenar isteri. Dan adakalanya menjadi punca pergaduhan yang awalnya mungkin kecil tetapi lama kelamaan menjadi besar.
Dalam satu perkongsian Tik Tok dari negara seberang, Fifi Katili @salesheadmaentiktok yang juga ibu kepada tiga anak berkongsi satu video dia mengajak suaminya yang sedang leka mengadap telefon melakukan gaya emoji love.
Tapi tanpa memberi apa-apa arahan agar gaya itu dilakukan, dirinya terus mengangkat tangan kirinya dan mengharapkan suaminya membentuk emoji love itu dengan mengangkat tangan kanannya.
Tapi apa yang agak melucukan, suaminya yang tidak tahu apa-apa terus memberikan tanda “peace” seolah bersedia untuk bergambar tanpa menyedari ia dalam bentuk rakaman video. Tapi dia dilihat menyenggol tubuh suaminya sebelum suaminya mengubah mengikut gerakan tangannya.
Dan seterusnya walau sudah memaklumkan dia mahu lakukan gaya emoji luv itu, suaminya masih tidak dapat menangkap maksud sebenar keinginan dirinya. Dan terus membentuk emoji itu tanpa menyedari maksud sebenar isterinya mahukan.
Dari rata-rata komen khususnya dari Malaysia ramai menyifatkan video ini agak lucu termasuk ada berasa sakit hati (kerana suami tak faham-faham apa dimahukan isterinya). Ada juga berkata, suaminya terlalu lurus bendul dan ternyata ada isteri yang bersetuju kerana suami mereka juga begitu. Malah ada yang mengakui agak tergelak tak berhenti say menonton video ini.
Katanya “kalau maca mini, komunikasi satu hala saja sebab maklumat tak sampai”
Bahkan komen dari seorang pengguna lelaki memaklumkan “very hard for a man to understand” dan diakui oleh lelaki lain mengakui “kita sama bro, alaa cakap la nak buat camner.
Ternyata rumah tangga ini punya 1001 aneka cerita. Ada manis, pahit, tawar, bahagia dan berbagai-bagai lagi tapi itulah kenangan yang tercipta dalam rumahtangga.
Setiap orang akan melalui ujian kehidupan dan ia pastinya berbeza-beza. Namun ia satu cara Allah mempertingkatkan keimanan kita.
Menerima ujian ahli keluarga sakit dan hanya menunggu masa kembali ke pangkuan Allah, pastinya amat berat.
Namun sebentar tadi di fbnya, pendakwah yang disayangi ramai Ustaz Ebit Lew berkongsi keadaan terkini kesihatan ayahnya yang sebelum ini dimasukkan ke hospital kerana keuzuran. Memohon doa dari ramai, Ustaz Ebit Lew memaklumkan ayahnya disahkan mengidap kanser perut perut peringkat akhir dan hanya menunggu masa dijemput Illahi. Dilihat lengkap dalam sut PPE kerana dirinya masih menjalani kuarantin 14 hari kerana baru balik dari Gaza, Palestin dan sudah pun menjalani ujian Covid-19 dan didapati negetif, dirinya dilihat menziarahi ayahnya buat kali pertama dan terahir di hospital.
Ya Allah, moga diberi kekuatan buat Ustaz menghadapi ujian ini.
Tulis Ustaz Ebit:-
“Pohon doakan buat ayah saya ya. Dr kata kanser perut last stage. Menanti hari. Kanser dah merebak semua. Semoga Allah mudahkan buat ayah saya. Dapat izin tengok sekali je dan sekejap tapi full ppe dan test covid negatif. Terima kasih KKM. Lama lagi kuarantin. Maafkan Ebit ye bapak. Ebit tak dapat jaga di saat begini. Terima kasih adik beradik semua yang menjaga. Terima kasih semua yang mendoakan.
Hari tu masa sedar ayah saya cakap. Teruskan kerja sempurnakan misi membantu. Ya Allah angkatkanlah sakit dari ayah saya. Berilah yang terbaik buatnya. Ebit sayang mak. Ebit sayang bapak sampai bila-bila. Mak dah pergi dulu. Rindu mak. Rindu bapak. Terima kasih bapak atas segalanya. Ya Allah jika ada pahala atas sedikit kebaikan yang kulakukan. Aku hadiahkan semuanya buat bapak. Hilangkanlah sakitnya. Janganlah bapak rasa sakit tu. Terima kasih ya Allah.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj menegaskan kalimah Allah dalam kitab Bible (terjemahan bahasa Melayu) atau percetakan apa-apa buku dan tulisan agama Kristian di dalam apa-apa bentuk yang mengandungi kalimah Allah dilarang penggunaannya di Selangor.
Baginda mengulangi pendirian bahawa kalimah Allah ialah suatu kalimah suci umat Islam dan hanya boleh digunakan untuk merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa yang mempunyai sifat kesempurnaan.
Titah baginda, kalimah Allah sama sekali tidak boleh diletakkan di tempat yang salah atau digunakan selain daripada maksud Tuhan Yang Maha Esa yang menjadi asas pegangan akidah umat Islam.
Dalam satu kenyataan disiarkan semalam, merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di dalam kes Jill Ireland binti Lawrence Bill melawan Menteri Bagi Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia dan setelah membaca penghakiman penuh oleh Hakim Mahkamah Tinggi bertarikh 17 Mac 2021 di dalam kes tersebut, Beta menegaskan bahawa penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible (terjemahan Bahasa Melayu) atau percetakan apa-apa buku-buku dan tulisan-tulisan agama Kristian di dalam apa-apa bentuk sekalipun yang mengandungi kalimah Allah tetap dilarang samasekali penggunaannya di Negeri Selangor.
“Beta mengulangi pendirian Beta bahawa kalimah Allah ialah suatu kalimah suci umat Islam dan hanya boleh digunakan untuk merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa yang mempunyai sifat-sifat kesempurnaan.
“Kalimah Allah sama sekali tidak boleh diletakkan di tempat yang salah atau digunakan selain daripada maksud Tuhan Yang Maha Esa yang menjadi asas pegangan akidah umat Islam. Namun demikian sekiranya perkataan “Tuhan” digunakan sebagai terjemahan kepada perkataan “God”, Beta tiada halangan atas penggunaan perkataan “Tuhan” tersebut.
Penegasan Beta ini juga adalah selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur melawan Menteri Dalam Negeri pada tahun 2014 dan fatwa yang diwartakan di Negeri Selangor pada 18 Februari 2010 yang menyatakan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan atau disamakan dengan tuhan bagi agama-agama bukan Islam yang lain.
“ Adalah menjadi kewajipan bagi orang Islam untuk menyekat penggunaan kalimah Allah jika terdapat unsur-unsur penyalahgunaan atau penghinaan terhadap kalimah Allah tersebut. Beta menegaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab semua umat Islam terutamanya umat Islam di Negeri Selangor untuk menjaga kesucian kalimah Allah pada setiap masa dan di dalam apa jua keadaan sekalipun.
“Beta juga menitahkan agar rakyat Beta yang bukan beragama Islam di Negeri Selangor sentiasa akur dan mematuhi larangan penggunaan kalimah Allah seperti mana yang diperuntukkan di bawah Enakmen Ugama Bukan Islam (Pengawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam, 1988) yang telah diwartakan pada 7 Julai 1988. Ini termasuklah larangan penggunaan beberapa perkataan lain yang termaktub di bawah Enakmen Ugama Bukan Islam ini bagi tujuan komersial dan bagi tujuan menamakan tempat-tempat perniagaan atau bangunan.
Sebagai Ketua Agama Islam Selangor, Beta tetap akan mempertahankan kesucian kalimah Allah ini kerana memelihara kesucian kalimah Allah ini adalah menjadi tuntutan agama dan tanggungjawab Beta seperti mana Firman Alah S.W.T di dalam ayat 65 surah at-Taubah yang melarang daripada mempermainkan dan mempersendakan kalimah Allah : Yang bermaksud:
“Katakanlah, patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?”
Apa gunanya Beta menjadi ketua Agama Islam Selangor jika Beta gagal untuk menjamin kemuliaan kalimah Allah dan kesucian Agama Islam dari dicemari oleh pihak yang mempunyai agenda tersendiri.
Beta sentiasa menekankan agar rakyat Beta dapat menghormati kepercayaan agama masing-masing dan tidak cuba untuk menyentuh sensitiviti agama masing-masing yang boleh merosakkan perpaduan kaum di Negeri Selangor ini.
Jika umat Islam boleh menghormati penganut agama lain dengan tidak mencampuri urusan berkaitan agama mereka maka Beta juga menggesa agar penganut agama selain dari Islam untuk menghormati penganut agama Islam khususnya dalam penggunaan kalimah Allah yang menjadi pegangan utama umat Islam.
Beta juga berkesempatan untuk membaca titah yang dizahirkan oleh D.Y.M.M. Sultan Johor dan menyokong penuh titah Sultan Johor yang meminta kerajaan Persekutuan untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.
Beta juga menitahkan agar Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk memohon kepada mahkamah sebagai pihak pencelah dalam rayuan tersebut dan turut menyeru agar perkara yang sama dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Negeri lain (MAIN) bagi memelihara kemuliaan kalimah Allah dan kesucian agama Islam. Sumber gambar peguam: Harian Metro
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Solat jamak dan qasar adalah kemudahan yang dikurniakan untuk mereka yang bermusafir menunaikan solat. Namun jarak perjalanan tersebut hendaklah melebihi dua marhalah atau 81...