Bertuah sungguh Norman Hakim dan Abby Abadi kerana memiliki anak lelaki dan anak perempuan yang berjaya menghafaz Al-Quran. Satu perkara yang turut dipuji mengenai keluarga ini ialah meskipun Norman Hakim dan Abby Abadi telah pun berpisah namun hubungan mereka tetap baik demi anak-anak mereka.
Memang sejuk perut Abby Abadi yang mengandungkan Mohamed Danish Hakim dan Marissa Dania. Menerusi gambar yang dikongsi melalui Instagram Abby dan juga Norman, mereka ternyata begitu gembira meraikan kejayaan Mohamed Danish Hakim dan Marissa Dania yang berjaya menghafaz Al-Quran.
Cara didikan keluarga Norman Hakim dan Abby Abadi harus dicontohi kerana menitikberatkan didikan agama kepada anak-anak mereka sejak dari kecil lagi. Perpisahan antara Norman dan Abby tidak menjadi penghalang untuk mereka memberikan kasih sayang secukupnya. Hubungan yang akrab antara kedua-dua buah keluarga ini menjadikan kehidupan keluarga ‘besar’ Norman dan Abby lebih harmoni.
Ads
Daripada apa yang dilihat dapat disimpulkan bahawa sama ada Norman mahupun Abby masing-masing mengamalkan:
Hubungan keluarga yang akrab.
Menitikberatkan pendidikan agama.
Manjakan anak-anak tetapi dalam masa yang sama sedikit tegas.
Menjadikan hubungan dengan anak-anak seperti rakan rapat.
Sentiasa meraikan kejayaan anak-anak sebagai tanda sokongan agar anak-anak sentiasa rasa dihargai.
Semoga terus kekal istiqamah dengan Al-Quran dan berakhlak dengannya.
Rancangan Famili Firdaus mengetengahkan selebriti yang mendidik anak-anak mereka ke arah didikan Islam yang sejati. Minggu ini Famili Firdaus menampilkan Norman Hakim dan Abby Abadi bagi berkongsi tip dan juga didikan kepada anak-anak mereka yang amat menitikberatkan soal pendidikan agama.
Madinah atau nama penuhnya Madinah al-Munawwarah ialah salah sebuah kota yang terdapat di wilayah Hijaz, Arab Saudi. Madinah pada asalnya bernama Yathrib tetapi selepas peristiwa hijrah, namanya diubah kepada Madinat Al-Nabi (Kota Nabi) ataupun Al Madinah Al Munawwarah (Kota yang bercahaya) sementara perkataan Madinah bermaksud “bandar/kota”.
Madinah ialah kota paling suci yang kedua bagi umat Islam. Hal ini adalah kerana di Madinah terletaknya Masjid an-Nabawi yang mana terdapat makam Nabi Muhammad SAW. Ramai yang mengidamkan untuk dapat tinggal di Madinah.
“Ustaz, ada cara tak tinggal di Madinah? Jadi cleaner masjid pun tak mengapa.” tanya jemaah.
Saya senyum. Siapapun yang menjejakkan kaki di sini, pasti mahu terus tinggal disini. Madinah tidak sama dengan Makkah. Tenang dan damai di Madinah lain macam. Tak tergambar dengan kata.
Sebenarnya boleh tinggal di Madinah. Betul.
Tetapi bukan sebagai cleaner. Orang Malaysia tidak boleh kerja cleaner. Kalau indonesia boleh. Visa kerja untuk orang Malaysia hanya kerja-kerja profesional.
Contohnya pensyarah, nurse, doktor atau businessman. Ada prosedure-prosedure lain melibatkan penjamin dan lain-lain.
Ada cara tak perlu visa kalau nak tinggal disini.
Jemaah terlopong. Teruja nak tahu.
Tinggal sebagai jenazah! Ya… Jenazah terpilih yang disemadikan di perkuburan Baqie. Dekat dengan baginda Nabi Sallallahualaihi Wasallam.
Ia tidak mustahil. Banyakkan berdoa. Sudah ramai orang Malaysia yang mendapatkan kediaman mereka di perkuburan mulia ini.
Tanggal 13 Mei menjadi detik bermakna buat seluruh waris mangsa nahas kapal terbang MH17, Tambi Jiee dan Ariza Ghazalee apabila hasrat untuk membina sebuah masjid hasil daripada wang pampasan insiden itu terlaksana dan dibuka untuk orang awam.
Kos pembinaan Masjid Al Ghazali dengan reka bentuk serba moden berwarna kelabu yang terletak di Jalan Depo, Petra Jaya di sini bernilai RM3.5 juta dengan sebahagian besarnya adalah daripada wang pampasan kesemua enam mangsa yang maut dalam tragedi pesawat yang ditembak jatuh dekat sempadan Ukraine-Rusia, Julai 2014.
Selain Tambi dan isteri, Ariza, ia turut mengorbankan empat orang anak mereka Muhammad Afif, Muhammad Afzal, Marsha Azmeena dan Muhammad Afruz.
Bercerita kepada Bernama dalam temu bual eksklusif mengenai perancangan awal bagaimana tercetus idea untuk membina sebuah masjid, Pengerusi masjid itu, Sumardi Ghazalee yang juga adik bongsu Ariza, berkata, semuanya bermula daripada ibu mereka yang ingin melihat wang yang diterima itu disalurkan kepada perkara yang memberi manfaat kepada kesemua arwah.
“Idea asal untuk membina masjid ini datangnya dari ibu kami yang ingin memanfaatkan wang pampasan berkenaan dan pada peringkat awal selepas berbincang bersama keluarga, tercetus idea untuk membina surau tetapi lokasinya belum diputuskan.
“Namun, pada masa itu saya sudah mengetahui bahawa terdapat satu tapak yang telah diluluskan untuk mendirikan surau di kawasan ini tetapi belum ada perancangan untuk mendirikannya dan dari situ kami berhubung terus dengan pihak Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS),” katanya yang mengikuti rapat perkembangan di kawasan itu sebagai seorang arkitek di Kuching.
Lebih menarik, penampilan rekaan masjid yang serba moden itu adalah hasil reka bentuk daripada Sumardi sendiri yang mencurahkan segala idea dan keringat untuk melaksanakan hasrat seluruh keluarganya itu.
“Kami memang sedih semasa menerima berita kematian kesemua Allahyarham, tapi dengan adanya wang pampasan itu kami sebagai keluarga mangsa berharap usaha ini dapat membantu mereka di alam sana.
“Jadi kami adik beradik semua sepakat dan sebulat suara untuk mendirikan masjid ini dan berharap agar ia dapat dimanfaatkan oleh penduduk di sekitar ini di samping memberi pahala yang berterusan untuk arwah,” katanya.
Beliau berkata, pembinaan masjid itu sebahagian besarnya adalah wang pampasan yang diterima dan sebahagian lagi daripada orang awam yang berinfak dan mewakafkan serta terdapat juga sumbangan daripada pihak Kerajaan Negeri Sarawak.
“Perancangan awalnya pada 2015 iaitu mesyuarat jawatankuasa pembinaan yang pertama manakala pembinaannya bermula pada 2017, jadi keseluruhannya ia mengambil masa empat tahun untuk disiapkan,” katanya yang berkongsi pelbagai program sudah direncana bagi mengimarahkan masjid itu.
Sumardi berkata, banyak program yang telah dirancang antaranya kelas fardu ain, kelas mengaji untuk semua lapisan masyarakat bahkan mereka juga akan bekerjasama dengan Madrasah Darul Ulum Islamiyah Kuching untuk terlibat secara langsung bersama pihak masjid.
Sementara itu, beliau berkata, buat masa ini tiada lagi lantikan imam dan bilal secara tetap kerana masjid ini belum mendapat kebenaran untuk mendirikan solat Jumaat daripada JAIS.
“Jadi kami belum mempunyai peruntukan untuk itu dan kesemua imam, bilal dan lain-lain adalah secara sukarela yang adalah ustaz-ustaz yang berada di dalam qariah ini.
“Kami masih dalam proses untuk mendapatkan kebenaran untuk mendirikan solat Jumaat, namun terdapat beberapa kriteria yang diperlu dipenuhi antaranya kelulusan hanya diberikan apabila masjid-masjid di sekitar kawasan ini sudah tidak mampu lagi memuatkan jemaah ketika bersolat Jumaat,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, dari segi penyelenggaraan masjid pula, pihak pengurusan sememangnya mengharapkan derma daripada qariah di sini selain daripada sumbangan pihak pengurusan sendiri.
“Kita mengambil barkah pada bulan mulia ini untuk membuka masjid ini supaya orang ramai yang hadir berterawih di sini akan berterusan datang pada bulan yang lain selepas Ramadan,” katanya.
Masjid itu mampu memuatkan sehingga 1,000 jemaah pada satu-satu masa manakala dewan solat utama mampu mengisi 300 orang.
Antara kemudahan di masjid ini ialah bilik pengurusan jenazah dan kediaman bagi imam yang bakal dilantik kelak.
Pihak pengurusan juga dalam perancangan untuk melakukan perasmian masjid itu dengan menjemput Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan kemungkinan diadakan dalam bulan Syawal nanti.
Sumber kredit:
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sebenarnya ada banyak cara yang boleh diamalkan untuk murahkan rezeki suami. Antaranya dengan menggembirakan hati para isteri. Jika selama ini hanya membaca secara teori, cuba suami isteri praktikkan pula di dalam kehidupan rumahtangga.
Semasa pergi ke hospital semalam, datang seorang lelaki yang baik mengajak saya duduk berbual kerana dia ada masalah. Dia bercerita yang kehidupan keluarganya sangat sempit dan tidak tenteram. Asyik bergaduh saja dan rasa sakit jiwa.
“Saya dah usaha macam-macam cara dah. Tak tahu nak buat macam mana dah,” katanya.
“Abang makan, ada suapkan makanan dalam mulut isteri tak?” saya tanya.
“Tak pernah ustaz,” jawabnya.
“Abang pernah suapkan makanan dalam mulut anak-anak tak?” soalan saya kemudian dijawab dengan jawapan yang sama.
BEREBUT MAKAN BERSUAP
“Orang dulu-dulu tak adalah kaya sangat tetapi kehidupan keluarga penuh dengan kasih sayang, rezeki pun cukup saja, rasa tenang dan berkat. Sebab janji Allah dengan menghargai keluarga, rezeki bertambah. Sekarang? Dah banyak keluarga yang tak makan sekali. Ada yang masih makan bersama tetapi sambil makan, tangan sibuk melayan handphone, mata sibuk melayan tv. Ya Allah.
“Bila isteri makan dari tangan kita, terasa bahagia sangat. Bila kita buat kerana cinta, kerana Allah walaupun cuma beberapa suap, terasa nikmatnya. Buat pula tergigit jari sikit. Hehe! Sunnah berjemaah. Juga makan satu bekas yang sama. Sekarang satu dulang rumah saya, kami makan berlima. Kadang-kadang anak pula berebut nak suap mak dan ayahnya sekali sekala.
“Cuba abang amalkan. Orang yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. Kasihilah keluarga, lihatlah bagaimana rezeki datang mencurah-curah,” jelas saya padanya.
“Baiklah ustaz. Saya nampak itulah jalan yang saya tidak pernah fikir. Rezeki datang bila kita berkasih sayang dan menghargai keluarga,” katanya.
Bila isteri suapkan saya, terasa best sangat nikmat. Ya Allah, inilah nikmat dunia ini. Ya Allah, berilah kami terus dapat menikmatinya dan bersama dalam syurga.