norhisham

Seperti yang kita tahu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilihat begitu cemerlang dalam membendung wabak pandemik COVID-19 hingga diiktiraf dunia luar.

Ternyata KKM dibawah kendalian Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah merangka pelbagai langkah bagi memastikan wabak merbahaya ini dapat diatasi.

Patut Diiktiraf Doktor Terbaik Dunia, Cara Dr Noor Hisham & KKM Tangani COVID-19 Selari Dengan Kaedah Ibnu Sina

Malah usaha dilakukan begitu terkawal dan Dr Noor Hisham juga turut diiktiraf sebagai doktor terbaik dunia dalam menangani masalah ini.

Artikel Berkaitan: Patut Diiktiraf Doktor Terbaik Dunia, Cara Dr Noor Hisham & KKM Tangani COVID-19 Selari Dengan Kaedah Ibnu Sina

Biarpun penularan COVID-19 menunjukkan sedikit perkembangan positif kembali meningkat, namun usaha yang dilakukan KKM sebelum ini berjaya mengawal
penularan wabak ini dengan lebih cepat mengikut saranan dinyatakan.

Patut Diiktiraf Doktor Terbaik Dunia, Cara Dr Noor Hisham & KKM Tangani COVID-19 Selari Dengan Kaedah Ibnu Sina

Justeru melalui satu perkongsian yang dibuat Dr Noor Hisham di akaun rasmi Facebooknya memaklumkan bahawa kaedah yang digunakan KKM adalah sama dengan dilakukan bapa perubatan terkenal dunia, Ibnu Sina.

Menurutnya walaupun berada pada zaman yang berbeza, namun prinsip asas kesihatan awam kekal dan tidak berubah.

Ads

Dalam posting berkenaan, Dr Noor Hisham turut muat naik sekali satu perkongsian video sedutan daripada sebuah filem yang dibuat merujuk kepada langkah yang sama dilakukan oleh Ibun Sina dalam menangani wabak pandemik.

Patut Diiktiraf Doktor Terbaik Dunia, Cara Dr Noor Hisham & KKM Tangani COVID-19 Selari Dengan Kaedah Ibnu Sina

Filem berdurasi tiga minit enam saat itu memaparkan kejadian pada 10 abad yang lalu, ketika mana Ibnu Sina mendedahkan sifat wabak.

Beliau turut membincangkan perkara tersebut dalam buku tulisannya yang bertajuk The Canon of Medicine (Kanun Perubatan).

Artikel Berkaitan: “Rajin Baca Al-Quran & Menjaga Solatnya” – Keperibadian Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Yang Sangat ‘Humble’

Ads

Dalam video tersebut, Ibnu Sina yang dilahirkan di Bukhara, Asia Tengah meminta supaya penduduk pada zaman tersebut membasuh tangan menggunakan cuka dan menukar kepada pakaian yang bersih.

Beliau juga hanya menyapa individu lain tanpa bersentuhan dan menegaskan langkah itu perlu dilakukan bagi mengelakkan penyakit berjangkit yang boleh mengakibatkan kematian.

Patut Diiktiraf Doktor Terbaik Dunia, Cara Dr Noor Hisham & KKM Tangani COVID-19 Selari Dengan Kaedah Ibnu Sina

Sebaik di muat naik di laman sosial Facebooknya, warganet turut memuji langkah diambil beliau dalam menjadikan Ibnu Sina sebagai rujukan dalam menghadapi pandemik ini.

Rata-rata warganet menzahirkan ucapan terima kasih kepada KKPM dan mendoakan agar masalah ini selesai dan negara kita tidak mengalami gelombang kedua.

Ads

Roz Haroun Alhamdulillah… Saintis dan pakar perubatan Islam mmg hebat. Mendahului zaman mereka.

Rozita Othman Jazakumullahu khairan kathira Datuk Noor Hisham Abdullah and Team MKN

Anizah Omar Hebat para Ilmuan Islam dahulu.. Mereka sangat bertaqwa, kaya ilmu dunia dan akhirat

urhaslina Zainol Abidin Thank you for the knowledgeable information. Keep on sharing positive and wonderful knowledge for us Malaysian Dr. We are hunger for new normal, new mental, new emotion and new attitude especially me. Noor Hisham Abdullah

Rohanee Ismal Really respect dato…Malaysians are so lucky to have a person like dato. Alhamdulillah..

Kashoorga: Cari keperluan face mask dan hand sanitizer untuk lindungi diri di sini 

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI