
Pengacara, pelakon dan usahawan, Neelofa terkejut doa yang dikongsikan menerusi program Naura Shares hingga menjadi tular di laman sosial.
Neelofa berkata, dia berasa terharu dan berharap agar perkongsiannya itu dapat menjadi manfaat serta dimasukkan sebagai sebahagian rutin doa harian dalam kalangan peminatnya.
“Sejujurnya, saya tidak sangka apa yang saya kongsikan tempoh hari menjadi viral di laman sosial.
“Apa pun, saya berharap agar perkongsian doa tersebut dapat digunakan oleh orang ramai pada hari yang mendatang,” katanya.
Terdahulu, rakaman perkongsian doa yang dilafazkan oleh Neelofa viral di Twitter.
Tweet tersebut mendapat maklum balas positif dan telah diulang siar sebanyak hampir 50,000 kali.
Dalam perkembangan lain, Neelofa turut mengumumkan bulan ini merupakan yang terakhir dia akan mengacarakan program MELETOP setelah lapan tahun mengendalikannya dengan pasangan pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad.
Lofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 30, berkata, keputusan itu sangat sukar untuk dibuat memandangkan dia sudah lama dan serasi dengan program berkenaan, tapi dia terpaksa kerana akan terbabit dengan program baru yang dirancang pihak Astro.

Kita doakan semoga Neelofa terus berjaya dalam bidang diminati dan kejayaan figura ini dlam bidang keusahawanan sememangnya menjadi inspirasi buat wanita di luar rumah.
VIDEO KASHOORGA:
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Bagi “Gula-Gula” Mereka Akan Bersyahadah Kembali”, Ustaz Kongsi Kisah Masyarakat Bajau Laut Sabah

Bagi yang pernah ke Sabah khususnya di kawasan Semporna, pasti mengenali masyarakat Bajau Laut. Keunikan memilih tinggal di atas laut dengan keadaan rumah yang dindingnya agak uzur pasti mencetuskan rasa simpati dan timbul keinginan membantu mereka.
Kanak-kanak yang majoritinya tidak pergi ke sekolah selain timbulnya isu tidak memiliki kewarganegaraan mengakibatkan masyarakat di sini agak terpinggir selain mereka mengamalkan budaya hidup nomad. Malah isu mengenai kewarganegaraan masyarakat ini bukan isu baru sebaliknya sudah bertahun-tahun.
Sesuai dengan perkongsian Ustaz Ebit Lew yang membantu mensyahadahkan penduduk empat buat kampung membuatkan masyarakat menzahirkan rasa syukur kerana semakin ramai saudara seislam kita.
Namun satu perkongsian dari Ustaz Abu Muhammad Al Izz memaklumkan bahawa “ kehidupan masyarakat” Bajau Laut ini majoritinya sudah beragama Islam haslil usaha Ngo, gerakan dakwah yang menyebarkan agama namun biasanya mereka akan kembali mengucap dua kalimah syahadah jika menerima sesuatu. Apa pun kita mengharapkan ucapan syahadah yang diucapkan benar-benar meresap di hati selain mendapat bimbingan berterusan menerusi usaha dakwah bagi masyarakat ini.
Bacalah perkongsian dari Ustaz Abu Muhammad Al Izz di fbnya.
Bila dengar Ustaz Ebit Liew dan team datang ke Sabah terutamanya ke Semporna dan "mengislamkan sekampung" group wassap kami rasa gembira. Kerana hasil sumbangan dana dari masyarakat beliau terus dan tetap agihkan kembali kepada masyarakat yang memerlukan. Kredit kepada para penyumbang dana dalam dakwah amal ini.
Kami sebenarnya tidak terkejut.
Ramai yang mungkin tidak tahu tentang pola kehidupan Bajau Laut (Palaoh) di Semporna ini. Orang Sabah terutamanya di Pantai Timur Sabah terutamanya di kawasan Kunak, Semporna, Lahad Datu tahu sangat tentang kehidupan Palaoh ini.
Sebelum kedatangan Ust. Ebit Liew dan team, sudah banyak NGO, individu yang datang ke Semporna dalam misi dakwah. Sehinggakan didirikan surau, dihantar guru agama sebagai tenaga pengajar untuk masyarakat sana. Semenjak PKP, kerja dakwah tergendala di kawasan tersebut.
Tentang pengislaman satu kampung tu, sebenarnya majoriti mereka semua memang beragama Islam. Cumanya mereka masih kurang memperaktikkan hidup beragama. Antara sebabnya mereka ini hidup di atas laut. Tidak suka di darat.
Mereka jenis mencari rezeki dari sumber laut kemudian jual kepada orang di darat dan juga ihsan dari para pelancong yang datang ke Semporna. Siapa yang pernah pergi melancong di Semporna pasti akan merasa "dikerumuni bot" mereka oleh Palaoh ini untuk diberikan ihsan makanan.
Kembali pasal pengislaman. Masyarakat palaoh ini jenis suka guna taktik dan kaedah yang sama untuk meraih simpati dari orang ramai supaya diberikan "gula²". Kedatangan UEL ni bagi masyarakat Palaoh sama sahaja dengan pendakwah yang lain datang.
Kamu bagi mereka "gula²", mereka akan bersyahadah kembali. Begitu saja berulang dan berulang.
Kerajaan bukan tidak membantu mereka dari segi pendidikan, perubatan dan kebajikan, tapi masyarakat Palaoh sendiri yang memilih cara hidup seperti yang kita lihat hari ini. Hari ini mereka sudah ramai berkeliaran di jalan raya di bandar besar Sabah mengemis meminta duit di trafic light. Dengan cara menggendong anak kecil untuk simpati. Bukan hanya kanak-kanak malah orang dewasa juga terlibat sama.

Apapun, kredit kita berikan kepada UEL dan team dan juga badan² NGO, individu atas usaha dakwah yang mereka lakukan di Sabah ini. Teruskan buat kerja amal.
Allah SWT,
إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمۡۗ
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."
-سورة الرعد، آية ١١
~~~
Sedikit gambar masyarakat Palaoh. Ihsan dari sahabat².
Sumber / gambar : FB Abu Muhammad Al Izz
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Ragu Sah Atau Tak Solat Jika Imam Ulang Baca Surah Sama

Sama ada solat fardhu atau sunat, selepas membaca ummul kitab al-Fatihah kita akan susuli dengan bacaan surah pendek. Namun adakala juga kita ulang baca surah yang sama berturut dalam rakaat berikutnya.
Ada juga imam yang membaca surah yang sama pada rakaat pertama dan kedua berturut. Adakah batal solat? Kita ikuti penjelasan Mufti dari pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Soalan
Assalamualaikum SS Dato’ Seri Mufti. Apa hukum membaca surah yang sama selepas al-Fatihah di kedua-dua rakaat yang awal dalam solat?
Jawapan
Pada asasnya, membaca surah selepas bacaan al-Fatihah adalah sunat walaupun pendek. Disunatkan membaca surah pada dua rakaat yang awal. Sama ada solat secara jahriyyah atau sirriyah.
Adapun makmum tidak disunatkan membaca surah bahkan digalakkan untuk mendengar bacaan surah yang dibaca oleh imam.
Menjawab persoalan di atas, dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Mu’az bin Abdillah al-Juhaniy, bahawa seorang lelaki dari Juhainah mengkhabarkan kepadanya:
أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : يَقْرَأُ فِي الصُّبْحِ ( إِذَا زُلْزِلَتْ الْأَرْضُ ) فِي الرَّكْعَتَيْنِ كِلْتَيْهِمَا ، فَلَا أَدْرِي أَنَسِيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمْ قَرَأَ ذَلِكَ عَمْدًا
Maksudnya:Bahawa dia mendengar Nabi SAW membaca di dalam solat Subuh ‘Iza Zulzilat Ardh’ pada kedua-dua rakaat. Aku tidak tahu sama ada Nabi terlupa ataupun sengaja membacanya di dalam kedua-dua rakaat.
Riwayat Abu Daud (816)
Sheikh Syamsul Haq Al-‘Azim al-Abadi menjelaskan: “Sahabat ragu berkenaan pengulangan Nabi SAW terhadap surah, adakah kerana lupa kerana kebiasaan dari bacaan Baginda SAW adalah membaca (surah) pada rakaat kedua dengan bacaan (surah) yang selain pada rakaat pertama.
(Jika demikian), maka tidak disyariatkan kepada umatnya. Atau perbuatan Baginda sengaja untuk menjelaskan akan dibolehkan (hal itu)? Maka, kejadian pengulangan tersebut menimbulkan keraguan, sama ada perkara itu disyariatkan ataupun tidak.
Apabila sesuatu perkara berkisar antara disyariatkan atau tidak disyariatkan, maka perbuatan Baginda SAW lebih utama difahami sebagai sesuatu yang disyariatkan.
Kerana asal dari perbuatan Baginda SAW adalah untuk pensyariatan, manakala lupa adalah keluar dari perkara asal.
Ibn Qudamah menyatakan: Sekiranya seseorang membaca pada rakaat (pertama) sesuatu surah, kemudian mengulanginya pada rakaat kedua, maka tidak mengapa.
Ini berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Abu Daud dengan sanadnya daripada lelaki dari Juhainah, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW membaca dalam Solat Subuh dengan surah “إذا زلزلت” (Surah al-Zalzalah) pada kedua-dua rakaat.
Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a, katanya:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- بَعَثَ رَجُلاً عَلَى سَرِيَّةٍ ، وَكَانَ يَقْرَأُ لأَصْحَابِهِ فِى صَلاَتِهِمْ فَيَخْتِمُ بِ (قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ) فَلَمَّا رَجَعُوا ذُكِرَ ذَلِكَ لِرَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فَقَالَ « سَلُوهُ لأَىِّ شَىْءٍ يَصْنَعُ ذَلِكَ ». فَسَأَلُوهُ فَقَالَ لأَنَّهَا صِفَةُ الرَّحْمَنِ فَأَنَا أُحِبُّ أَنْ أَقْرَأَ بِهَا. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم : أَخْبِرُوهُ أَنَّ اللَّهَ يُحِبُّهُ
“Bahawa Rasulullah SAW telah mengutuskan seorang lelaki sebagai pemimpin kepada satu pasukan tentera. Dalam mengerjakan solat berjemaah, beliau (menjadi imam dan) selalu membacakan al-Quran lalu mengakhirinya dengan bacaan surah al-Ikhlas. Apabila mereka kembali, perkara tersebut telah dilaporkan kepada Rasulullah SAW.

Lalu Baginda SAW bersabda: “Mintalah penjelasan daripadanya kenapa beliau berbuat demikian?” Mereka pun bertanya kepada sahabat berkenaan lalu beliau menjawab: “Kerana surah tersebut (mengandungi penjelasan berkenaan) sifat Allah, sebab itulah saya suka untuk sentiasa membacanya.” Lantas Rasulullah SAW pun bersabda: “Beritahukanlah kepada beliau bahawa Allah mengasihinya.”
Riwayat al-Bukhari (7375) dan Muslim (1926)
Ibn al-‘Arabi berkata: “Hal ini menjadi dalil bahawa dibolehkan mengulangi surah pada setiap rakaat.”
Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah dinyatakan: Jumhur ulama’ dari kalangan Hanafiyyah, Syafi’iyyah dan Hanabilah berpendapat bahawa tidak mengapa bagi seseorang yang solat untuk mengulangi surah daripada surah-surah dalam al-Quran yang dibacanya pada rakaat yang pertama.
Artikel berkaitan: Khasiat Baca Surah al-Ikhlas Buat Kita Terduduk Menangis Kesyukuran
Artikel berkaitan: Kehebatan Luar Biasa Surah al-Mulk, Nabi SAW Tidak Akan Tidur Sebelum Membacanya
Kesimpulan
Harus bagi seseorang untuk membaca surah tertentu selepas al-Fatihah pada rakaat yang pertama, kemudian dia membaca surah yang sama pada rakaat yang kedua.
Walaupun begitu, kami berpendapat adalah afdhal membaca surah yang berlainan atau ayat yang berlainan berdasarkan kebanyakan amalan Nabi SAW ketika membaca selepas Fatihah dalam solat.
Justeru, keharusan bukan bermakna menjadi adat yang diulang pada setiap kali solat, tetapi perbuatan yang ghalib hendaklah dilakukan oleh para imam ketika solat.
Semoga Allah SWT mengurniakan ilmu dan kefahaman yang tepat kepada kita dalam melaksanakan setiap titah perintah-Nya. Amin.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
‘Jaga Maruah Suami.’ Selepas Berkahwin, Neelofa Elak Tampil Berdua Dengan Selebriti Lelaki Di Program TV

Isi Kandungan
Toggle‘Jaga maruah suami.’ Selepas berkahwin, Neelofa elak tampil berdua dengan selebriti lelaki di program TV (televisyen) kerana baginya adalah kurang manis buat wanita berkahwin sepertinya.
Jelas Neelofa, apa yang dilakukan atas kesedaran dan rasa tanggunjawabnya sebaai seoran isteri dan bukannya atas paksaan orang lain.
Artikel Berkaitan: Bila Keluar Rumah, Kena Jaga Maruah Suami. ‘Bukan Permintaan Dia, Zizi Sendiri Rasa Bertanggungjawab Jaga Perilaku’

Jaga Maruah Suami
Malahan bagi figura ini, dia mengakui lebih selesa bekerjasama dengan selebriti wanita sahaja di program televisyen selepas bergelar isteri.
Tambah Neelofa, permintaan itu datang daripada diri sendiri bukanlah syarat yang diletakkan oleh suami, Haris Ismail yang juga merupakan pendakwah bebas.
Kata aktres berumur 33 tahun ini, dia ingin menjaga maruah dan nama baik suami.

Selepas Berkahwin
Secara logiknya apabila di depan TV penonton hanya nampak saya (berada) di sebelah seorang lelaki.
Tidak manis dan tidak sesuai, kiranya tak eloklah untuk sesiapa saja yang berstatuskan isteri. Ini semua adalah kehendak saya sendiri.
Apa yang saya lakukan sekarang lebih kepada tanggungjawab saya sebagai isteri selain mengutamakan maruah suami.
Tidak perlu pun jadikan ia sebagai syarat. Mana-mana wanita bergelar isteri pun akan berfikir perkara sama.
Baca Di Sini:
Neelofa Elak Tampil Berdua
Bagaimanapun, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor masih boleh bekerja sekali dengan selebriti lelaki sekiranya ada tetamu undangan yang lain.
Dalam pada itu, ibu kepada Muhammad Bilal menyatakan dia langsung tidak memikirkan komen daripada netizen.

Kalau ada tetamu lelaki, mungkin bukan kami berdua (tetapi) ditemani beberapa orang lagi. Itu saya okay. Saya ambil kira apa yang dipaparkan dan dipertontonkan.

Dengan Selebriti Lelaki Di Program TV
Keutamaan saya bukan fasal netizen tetapi lebih kepada tanggungjawab saya sebagai isteri dan juga maruah suami. Itu yang lebih saya pentingkan sebab netizen baik ke buruk dia orang akan cakap juga.
Hakikatnya dengan tenang hati saya lakukan perkara sebegini sebab bagi saya itu benda yang baik.
Sebelum itu, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu. Pasangan itu selamat menimang cahaya mata yang pertama pada 29 Januari 2022.
Kashoorga : Masing-masing ada pendirian apabila sudah berkahwin, jadi hormatilah pendirian orang lain selayaknya.
Sumber : Oh Bulan, Instagram Neelofa
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI