Isu wakaf Al-Quran sering mendapat perhatian dari masyarakat. Ini kerana kita sering berfikir, selagi ianya dibaca, baik oleh pembacanya mahupun kita yang bersedekah pahalanya akan sama mengalir.
Tidak hairanlah banyak pihak menganjurkan wakaf quran dan kita juga tidak pernah berfikir bahawa Al-Quran yang kita sedekah itu ke mana akhirnya. Adakah digunakan atau tersimpan kemas dalam almari.
Dalam satu perkongsian dari Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia, Ustaz Dr Muhammad Lukman Ibrahim yang juga ahli panel Tanyalah Ustaz TV9, beberapa hari lalu di fbnya mengupas isu projek wakaf Al-Quran ini dan ia wajar diperhalusi oleh kita semua. Dan apa yang perlu kita fahami mengenainya agar tidak dipergunakan oleh pihak yang berkepentingan.
Apa yang perlu kita faham sebelum bersedekah Al-Quran?
1. Saya pernah sebutkan beberapa bulan yang lepas tentang hal ini.
2. Pelajar tahfiz hakikatnya hanya perlukan (1) sebuah Al-Quran sahaja sepanjang usia tahfiznya. Itulah yang mereka gunakan selagi tidak rosak. Bahkan kekal satu mushaf itulah kaedah terbaik untuk kekuatan ingatannya.
3. Jadi memang tiada tuntutan untuk berwakaf mushaf melainkan dipastikan memang benar-benar perlu.
4. Bahkan TIADA KEPERLUAN untuk wakaf mushaf di masjid2 yang kebanyakkannya mempunyai ratusan mushaf yang tersimpan elok tanpa disentuh dibaca.
5. Saya beberapa kali memerhati di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi juga sama halnya. Rak Al-Quran(berwarna kuning emas), hanya sekitar 1/3 mushaf sahaja yang diambil baca. Yang lain masih tersimpan kemas ditempatnya. (Ada yang sebarkan wakaf Quran di Mekah Madinah).
6. Saya tidak nafikan bahawa wakaf mushaf mendapat pahala, namun harus dipastikan ia memang akan DIGUNAKAN dan ia termasuk amal jariah.
7. Jadi harus berhati-hati tentang wakaf Al-Quran. Semoga ia tidak digunakan oleh pihak yang berkepentingan.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Jangan Sesekali Ambil Alih Tugas Suami, Buat Bila Dia Betul-Betul Tak Mampu” – Ini Yang Perlu Isteri Ambil Tahu
Isi Kandungan
ToggleSebaik berkahwin, tugas dan tanggungjawab menguruskan rumahtangga bukanlah terletak di tangan isteri. Sebaliknya tugas ini perlu dipikul oleh suami yang berperanan sebagai ketua keluarga.
Jangan sesekali suami bebankan isteri dengan tanggungjawab berkenaan. Tugas isteri itu hanyalah perlu melayan kehendak zahir dan batin suami sahaja.
Para isteri juga boleh menolak sekiranya suami arahkan isteri melakukan kerja berkenaan. Seperti perkongsian di laman sosial Facebook oleh Farizal Radzali yang memberitahu dia pernah mendapat pesanan bermakna ini daripada seorang warga emas.
Katanya orang wanita tidak digalakkan mengambil alih tugas suami dalam rumahtangga atas sebab tertentu.
Walau bagaimanapun dia hanya memahami apa yang dimaksudkan oleh individu berkenaan setelah dirinya melalui sendiri alam perkahwinan.
Ayuh ikuti perkongsian yang sangat bermakna ini.
Ketika saya dlm tempoh pertunangan dulu, ada seorang makcik ni bagitahu, nanti bila dah jadi isteri, walau bagaimana pandai & hebatnya kita, JGN SESEKALI AMBIL ALIH TUGAS SUAMI, buat hanya bila suami betul² dah tak mampu.
Kejam bunyinya kan?
Lepas kahwin, saya faham. Betul apa yg makcik tu cakapkan.
Pada hari pertama kita berkahwin, kita dah meterai satu perjanjian utk sehidup semati, bersusah senang dgn pasangan kita, berkongsi segalanya bersama. Pada masa itu, kita bersedia berkorban segalanya utk pasangan kita.
Buat suami, tanggungjawabnya utk memberi nafkah kpd keluarganya. Bagaimana dan melalui apa, itu adalah tanggungjawabnya. Itu adalah amanahnya.
Buat isteri, tanggungjawabnya utk menjaga rumahtangga, memenuhi keperluan suaminya & melahirkan zuriat suaminya. Itulah tugasnya.
Kebanyakan isteri skrg, dari mula perkahwinan dah bertindak mengambil alih tugas suami. Kononnya atas dasar berdikari. Bangga menceritakan kpd semua org bahawa dia adalah isteri yg tak menyusahkan suami. Dan suami juga bangga mempunyai isteri yg berdikari, pandai itu ini, tak susahkan suami. Bagi isteri yg bekerja, taknak minta duit suami kerana ada duit sdiri.
Bangga bila boleh pergi ke mana² sendiri, boleh tukar tayar kereta sendiri, boleh berbelanja sendiri, boleh angkat tong gas sendiri, boleh panjat tangga tukar bateri jam sendiri, boleh kurangkan bebankan suami, boleh pergi check up mengandung sendiri. Malah ada yg hingga memperlekehkan isteri² lain yg tak berdikari hingga menyusahkan suami.
Suami adalah utk disusahkan. Apa maksudnya? Ada suami perlu dibiarkan utk susah kerana terpaksa menanggung keluarganya kerana itu amanahnya. Ada suami yg perlu diberitahu dia perlu buat itu dan ini. Seorang lelaki, bila dia bersedia utk bergelar suami, dia sepatutnya dah tahu amanahnya. Dia tahu tanggungjawabnya. Dia tahu kesusahan yg bakal dihadapinya. Kalau dia tak tahu, isteri kena ajar suami utk buat, bukan isteri yg buat.
Isteri zaman skrg, bila suami tak buat, dia akan buat sendiri. Atas alasan taknak menyusahkan suami. Malas nak bising² benda kecil je. Mula² memang semuanya masih manis. Usia pun masih muda, anak² belum ada.
Tapi lama kelamaan, perkara yg pada mulanya dibuat kerana taknak menyusahkan suami, akhirnya menjadi satu beban bila suami mula lepas tangan. Kerana lelaki ni dia akan bertindak mengikut kebiasaan.
Dan pada masa ini, sudah terlambat utk seorang isteri nak merungut atau nak betulkan keadaan yg dah jadi kebiasaan dlm rumahtangga.
Suami tu, bukan nak lepas tangan. Tapi padanya bila isterinya buat itu ini, maknanya dia tak perlu campur tangan. Padanya mungkin itu kebiasaan isterinya. Jadi dia taknak ganggu.
Maka, buat isteri, biarlah suami dgn tanggungannya. Ikut kemampuannya. Jangan isteri pula meminta yg suami tak mampu. Sbg isteri, jaga diri sendiri. Jaga diri utk masa depan, kerana suami itu hanya pinjaman.
Andai sampai satu ketika, kamu tahu suami kamu dah tak mampu, bantulah dia utk dia bangun semula. Setelah dia bangun semula, serahkan semula tanggungjawab tersebut kepada suami. Jangan terus ambil alih tugas itu. Ingat, kamu bantu ketika dia tak mampu sahaja, hanya sementara, bukan selamanya.
Biarlah org kata isteri tu tak bantu suami, isteri tu begitu begini, biarlah. Kerana tanggungjawab mencari nafkah dlm keluarga adalah dibahu suami. Andai dia taknak pikul tanggungjawab, jangan ambil anak org utk dijaga.
Andai isteri bekerja atas keizinan suami, ketahuilah bahawa duit isteri itu adalah milik isteri, duit suami adalah milik tanggungannya. Nampak kejam, tapi itulah hakikatnya. Yg perlu dimanjakan ialah isteri, bukan suami. Jangan ubah fitrah itu.
Farizal Radzali
Artikel Berkaitan: Jangan Sebab Cinta Je, Kena Tahu Tanggungjawab
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Berniqab Tidak Wajib, Digalakkan Pakai Sebagai Benteng Ancaman Fitnah
Muslimat berniqab bukan lah satu perkara yang pelik namun baru-baru ini ia menjadi tarikan dan perhatian masyarakat umum tanahair. Sesiapa yang mengikuti perkembangan semasa pasti sudah maklum akan tindakan selebriti wanita berpengaruh Malaysia yang mempunyai hampir 8 juta pengikut di Instagram, tampil dengan penampilan terbaharu dengan berniqab.
Tindakannya itu mendapat perhatian dan maklum balas positif malah ramai juga teruja untuk berniqab dan sudah tentu bakal menyuntik gelombang baharu di kalangan muslimat lain. Ia merupakan satu bentuk hijrah yang baik walaupun bukan lah sesuatu yang wajib pada wanita Islam.
Artikel berkaitan: Ya Allah Syukur Atas HidayahMu. Love U Bidadariku, Ibu Sebak Neelofa Kini Tampil Berniqab, Doakan Kekal Istiqamah
Artikel berkaitan: Baca 7 Doa Diajar Rasulullah Ini, Untuk Elak Diri Dari Bahaya Fitnah Akhir Zaman
Mengapa Neelofa, personaliti yang cantik, anggun lagi menawan ini berniqab, hanya dia sahaja yang boleh menjawab persoalan. Mungkin juga perkongsian Insyirah Solehah menerusi entri di blognya dapat berikan sedikit sebanyak gambaran tentang niqab berdasarkan pengalamannya dan mungkin juga atas sebab ini juga Neelofa berniqab.
Menerusi catatannya, hadis Ibnu Abbas menjelaskan bahawa wajah dan kedua tapak tangan bukan termasuk aurat, sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah di dalam Kitab Al-Mushannaf.
Wajah Bukan Aurat, Namun Menutupnya Adalah Utama
Pendapat ini bukanlah hal yang baru. Para ulama daripada kalangan Salafussoleh dan para ahli tafsir seperti Ibnu Jarir At-Thabari dan lain-lain mengatakan bahawa wajah bukan termasuk aurat tetapi menutupnya lebih utama.
Sebahagian daripada mereka berdalil tentang wajibnya menutup wajah bagi wanita dengan kaedah.
“Mencegah kerosakan didahulukan daripada mengambil kemanfaatan.”
Memang kaedah ini bukan bid’ah tetapi sesuatu yang berdasarkan syariat. Sedangkan orang yang pertama menerima syariat adalah Rasulullah ﷺ. Kemudian orang-orang yang menerima syariat ini daripada beliau adalah para sahabat. Para sahabat tentu sudah memahami kaedah ini, walaupun mereka belum menyusunnya dengan tingkatan ilmu usul feqh seperti di atas.
Di dalam kitab Hijaab Al-Mar’aatul Muslimah yang dikarang oleh Syeikh Nasiruddin Albani mengenai kisah seorang wanita Khats’amiyyah yang dipandang oleh Fadhl bin ‘Abbas ketika Fadhl sedang dibonceng oleh Nabi SAW, wanita itupun melihat Fadhl. Dia adalah seorang yang tampan dan wanita itupun seorang yang cantik.
Kecantikan wanita ini tidak mungkin boleh diketahui jika wanita itu menutup wajahnya dan Rasulullah ﷺ ketika itu memalingkan wajah Fadhl ke arah lain. Yang demikian ini menunjukkan bahawa wanita tadi membuka wajahnya.
Sebahagian mereka mengatakan bahawa wanita tadi di dalam keadaan berihram, boleh baginya membuka wajah sedangkan tidak ada tanda-tanda sedikitpun bahawa wanita tadi sedang berihram.
Syeikh telah mentarjih (menguatkan) dalam kitab tersebut bahawa wanita itu berada dalam keadaan setelah melempar jamrah, iaitu setelah tahallul awal.
“Dan seandainya wanita tadi memang benar sedang berihram, mengapa Rasulullah tidak menerapkan kaedah di atas, iaitu kaedah mencegah kerosakan?”
Lelaki Dan Wanita Perlu Jaga Pandangan
Syeikh berpandangan seorang lelaki terhadap wajah wanita tidak ada bezanya dengan pandangan seorang wanita terhadap wajah lelaki dari segi syariat dan dari segi tabiat manusia.
Oleh sebab itu Allah SWT berfirman,
“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman. “Hendaklah mereka menahan pandangannya,”[An-Nuur : 30]
Maksudnya daripada (memandang) wanita.
Dan Allah Subhanahu SWT berfirman,
“Dan katakanlah kepada wanita yang beriman. “Hendaklah mereka menahan pandangannya,”[An-Nuur : 31]
Maksudnya iaitu jangan memandang seorang lelaki.
Kedua ayat di atas mengandungi hukum yang sama. Ayat pertama memerintahkan menundukkan pandangan dari wajah wanita dan ayat kedua memerintahkan menundukkan pandangan dari wajah lelaki.
Sebagaimana kita tahu pada ayat kedua tidak memerintahkan seorang lelaki untuk menutup (wajahnya).
Demikian pula ayat pertama tidak memerintahkan seorang wanita untuk menutup wajah.
Kedua ayat di atas secara jelas menyatakan bahawa di zaman Rasulullah ﷺ ada sesuatu yang biasa terbuka dan boleh dilihat iaitu wajah. Maka Allah, yang mensyariat dan Yang Maha Bijaksana memerintahkan kepada kedua-duanya (lelaki dan perempuan) untuk menundukkan pandangan masing-masing.
Tidak Boleh Mewajibkan Sesuatu Yang Tidak Wajib
Syeikh di dalam kitabnya mengatakan beliau tidak pasti di kalangan sahabat ada yang mewajibkan wanita memakai niqab. Tetapi lebih utama dan lebih mulia bagi wanita untuk menutup wajah. Adapun mewajibkan sesuatu wajib berdasarkan hukum yang jelas di dalam syariat. Tidak boleh mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan Allah.
Pada pendapat Imam at-Tohawi dari mazhab Hanafi berkata:
“Ditegah wanita muda mendedahkan muka kerana ditakuti fitnah, bukan kerana ianya aurat.” Menutup muka kerana bimbang timbulnya fitnah
Para ulama empat mazhab bersepakat bahawa wajib wanita menutup mukanya kerana takut fitnah dan berlakunya keburukan.
Imam Kauthari r.a. berkata:
“Pendapat ulama yang mengharuskan menunjukkan muka adalah sekiranya tidak timbulnya fitnah.”
Tidak Timbul Istilah Istiqamah Dalam Berniqab
“Dalam menjalani rutin harian, sebenarnya apabila berniqab ada keadaan tertentu wanita perlu membuka niqabnya. Oleh itu, secara umumnya tidak timbul isu ‘istiqamah atau tidak’ dalam memakai niqab kerana permasalahan mengenai sesuatu hukum boleh berubah mengikut keadaan kepada wajib, sunat, harus, makruh dan haram.
Satu situasi, seorang muslimah boleh berubah menjadi wajib memakai niqab sekiranya memiliki rupa paras yang menarik perhatian lelaki dan boleh jadi situasi yang lain seorang wanita hanya sunat memakai niqab untuk mengikuti sunnah para isteri Rasulullah.
Kesimpulannya, ini adalah perkara yang khilaf dikalangan ulama. Kita hendaklah terbuka dalam masalah khilaf yang kuat di kalangan ulama.
Seorang kakak yang sangat saya hormati dalam pendapatnya menerangkan bahawa niqab bukan sekadar menghijab wajah dari pandangan lelaki tetapi niqab juga adalah sebagai benteng untuk menjauhkan diri dari maksiat.
Apabila menutup mulut ia adalah satu nasihat kepada diri sendiri untuk menghindari mengumpat, mencela dan menggunakan perkataan yang tidak sopan.
Seorang muslimat lainnya menjadikan niqab sebagai satu motivasi untuk sentiasa menjaga solat, tidak melewat-lewatkan solat lantaran imej muslimah yang dibawanya telah merubah peribadinya ke arah yang lebih baik”
Masya Allah
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Cara Buat Kopi Viral Musim COVID-19, Dalgona Coffee Guna 3 Bahan Mudah Je. Gerenti Sedap & Halal!
Dalam masa Perintah Kawalan Pergerakan sehingga hujung Mac ini pasti ramai yang mengisi masa senggang dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan selain fokus beribadah.
Salah satunya adalah menyediakan hidangan buat ahli keluarga dan paling viral ketika ini adalah menu kopi viral “Dalgona Coffee’ dek kerana COVID-19.
Dikatakan kopi dari aplikasi Tik Tok ini adalah berasal dari Korea Selatand dan menjadi trend terkini di media sosial kerana video cara membuatnya yang cukup popular.
Apa yang membuatkan kopi ini viral adalah kerana hanya menggunakan tiga bahan dapur yang memang ada di rumah, iaitu Nescafe, Gula dan Susu.
Dikatakan rasanya juga setanding kopi di restoran jenama antarabangsa terkenal dan sangat digemari terutama bagi penggemar kopi.
Malah cara membuatnya juga amat mudah dan anda boleh merasainya keenakannya kala berehat di rumah bersama keluarga.
Ia diberi nama ‘dalgona’ bersempena makanan jalanan Korea yang diperbuat daripada gula dan soda penaik (baking soda). Senang cerita Dalgona Coffe ini merupakan rasa kopi latte yang dicampur dengan rasa manis snek dalgona.
Ayuh ikuti caranya melalui perkongsian seorang pengguna akaun di twitter @ASH(Foodhunter) cara membuat Dolgona Coffee ini.
Hanya guna tiga bahan utama
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI