Ajal maut, jodoh pertemuan. Selepas melalui ujian demi ujian termasuk diuji kehilangan suami dan anak dikasihi, Allah memberikan sinar bahagia buat penyanyi Datuk Nora Ariffin apabila dirinya selamat mendirikan rumahtangga.
Selamat dinikahkan bersama Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya, Dr Rushdi Ramli, 55, baru-baru ini yang juga merupakan rakan baik kepada arwah suaminya, Johan Nawawi.
Berkongsi berita gembira ini di instagramnya, Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Ariffin berkata, perkahwinan adalah satu ibadah dan ianya terlalu peribadi untuk dirinya kongsikan, bukan ingin bermegah- megah, jauh sekali untuk mencari publisiti.
Ini berita gembira dikongsi di ignya semalam.
Bismilahirahmanirahim.
Wa Sallallahu ala Sayyidina Muhammad wa Baaraka wa Sallam,
حسبنا الله و نعم الوكيل
ولا قوة الا بالله
Dengan nama Allah yg Maha pemurah lagi Maha mengasihani.
Bersempena dengan mlm jumaat yg merupakan sayyidul ayyam, saya dengan rendah hati dan bersyukur ke hadrat Allah SWT ingin memaklumkan bahawa saya kini telah bertemu jodoh dgn seorang hamba Allah yg merupakan sahabat baik arwah Johan sejak dari kecil lagi.
Beliau adalah saudara Rushdi Ramli.
Saya ingin meminta maaf kerana dari awal lagi saya memang berniat untuk tidak menghebah-hebahkan ikatan ini. Cukuplah sekadar melaksanakan perkara wajib & mengikut hukum sahaja.
Saya berpegang pada prinsip bahawa perkahwinan adalah satu ibadah dan ianya terlalu peribadi untuk saya kongsikan, bukan ingin bermegah- megah, jauh sekali untuk mencari publisiti.
Jodoh, rezeki & ajal adalah rahsia Allah yang telah ditentukan. Saya menerimanya dengan penuh sabar, redha & syukur. Hanya kebaikan yang saya harapkan.
Saya juga memohon agar semua insan yang mengenali saya dan para peminat, sudi menitipkan doa buat saya mendapat keluarga sakinah mawaddah warahmah, dipermudahkan segala urusan, diberkati, diredhai Allah SWT dunia akhirat.
In Shaa Allah.
Jutaan terima kasih buat anak-anak & menantu mama yg amat disayangi, adik beradik tersayang, seluruh saudara mara, sahabat handai, JNSB team, FANORATIK, rakan- rakan media & semua yg telah banyak memberikan doa, semangat, sokongan & nasihat pada saya selama ini. Allah saja yang mampu membalas segala jasa baik kalian semua.
Salam sayang dari saya Nora Ariffin.
Sumber IG : Nora Ariffin & Gambar kahwin : BH
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI