Lazimnya usai akad nikah, pengantin lelaki akan menyempurnakan solat sunat dengan isteri menjadi makmum (jika isteri tidak uzur). Namun persoalannya adakah solat sunat ini perlu dilakukan usai akad nikah dilangsungkan?

Terdapat beberapa athar daripada perbuatan Sahabat yang menunjukkan kepada perbuatan solat sunat selepas akad nikah.

Walau bagaimanapun yang dimaksudkan di sini bukanlah dilakukan secara langsung selepas akad nikah namun ia dilakukan ketika mana mendatangi dan menemui si isteri di dalam bilik.

Perlu Atau Tak Lakukan Solat Sunat Dua Rakaat Lepas Akad Nikah, Ini Jawapannya Elak Keliru

Solat ini dilakukan bersama-sama yang mana si isteri menjadi makmumnya. Ini seperti mana yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah di dalam Musannafnya yang mana seorang lelaki telah datang berjumpa dengan Abdullah bin Mas’ud RA lalu berkata:

Ads

Maksudnya: Sesungguhnya aku telah berkahwin dengan seorang hamba perempuan yang masih dara dan aku takut dia akan membenciku. Berkata Abdullah bin Mas’ud: “Sesungguhnya rasa kasih sayang serta kelembutan itu daripada Allah, dan kebencian itu daripada syaitan. Dia (syaitan) mahu menyemai rasa kebencian kepada kalian apa yang telah Allah halalkan. Sekiranya kamu mendatangi isterimu, arahkan dia untuk solat di belakangmu dua rakaat”.

Riwayat Ibn Abi Syaibah di dalam Musannafnya (17156)

Ads

Dalam sebuah athar yang lain diriwayatkan daripada Abu Sa’id maula Abu Usaid al-Ansari telah berkata:

Maksudnya: “Aku telah berkahwin dan aku masih dalam keadaan seorang hamba yang dimiliki. Aku telah mengajak sebahagian sahabat Nabi SAW dan dikalangan yang hadir itu adalah Ibn Mas’ud, Abu Dzar dan Huzaifah R.Anhum. Mereka telah mengajarkanku dengan mengatakan: “Jika kamu masuk menemui isterimu, maka solatlah dua rakaat kemudian mintalah kepada Allah SWT kebaikan daripada isterimu dan mohonlah perlindungan daripada keburukan isterimu dan kemudian urusanmu dan juga isterimu”.

Ads

Riwayat Ibn Abi Syaibah di dalam Musannafnya (17153)

Berdasarkan dua athar di atas, sebahagian ulamak mengatakan bahawa hukum solat sunat selepas nikah itu dibolehkan berdasarkan perbuatan para salaf. Oleh itu, melihat kepada nas athar di atas, ianya solat yang dilakukan di dalam bilik ketika si suami memasuki untuk bertemu, mendatangi si isteri dan bukannya dilakukan secara terbuka sejurus selepas nikah. Sekiranya tidak dilakukan, ianya juga dibolehkan.

Sebahagian ulamak menggalakkan pelakuan solat sunat selepas nikah. Hal ini amat baik dalam memukadimahkan pembinaan rumah tangga agar menjadi ‘Baiti Jannati’ (rumahku syurgaku).

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI