Sejak pandemik Covid beberapa tahun lalu banyak perniagaan yang mengalami kerugian malah ramai juga usahawan yang terpaksa gulung tikar. Malah keadaaan tersebut masih berlarutan hingga ke hari ini.
Dalam hal ini timbul persoalan kalangan ahli pernigaan kecil tentang keperluan membayar zakat sedangkan perniagaan mereka mengalami kerugian. Mufti Wilayah Persekutuan ada memberi penerangan tentang hal ini.
SOALAN Assalamualaikum wbt Tuan Mufti. Adakah masih perlu mengeluarkan zakat sekiranya perniagaan yang diusahakan tersebut telah mengalami kerugian?
JAWAPAN Perkara utama yang perlu difahami dalam menjawab persoalan ini ialah zakat yang dikeluarkan bukanlah bertujuan merugikan atau mengurangkan harta yang dimiliki. Malah sistem zakat ini akan lebih menyuburkan harta yang ada.
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa Nabi SAW telah bersabda: مَانَقَصَتْصَدَقَةٌمِنْمَالٍ Maksudnya: “Zakat itu tidak mengurangkan harta.”Riwayat Muslim (2588)
Imam al-Nawawi menjelaskan hadis di atas mengandungi dua penafsiran:
Ads
Harta yang dizakatkan tersebut akan diberkati dan dihilangkan daripadanya kemudaratan. Kekurangan harta tersebut akan ditutup dengan keberkatan. Hal ini dapat dirasai dengan pancaindera dan kebiasaan.
Sekalipun fizikal harta tersebut dilihat berkurang, namun kekurangan tersebut akan digantikan dengan pahala di sisi Allah SWT serta digandakan dengan gandaan yang banyak.
Kewajipan mengeluarkan zakat perniagaan ini adalah berdasarkan kepada nas-nas daripada al-Quran dan al-Sunnah. Firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.” (Surah al-Baqarah: 267)
Berdasarkan kepada persoalan di atas, kewajipan berzakat di atas harta perniagaan adalah sekiranya telah mencukupi syarat-syarat berikut:
Akad Tukar Ganti:
Pemilikan harta itu hendaklah dengan akad tukar ganti (jual beli, sewa-menyewa). Jika sekiranya pemilikan tersebut disebabkan oleh warisan, wasiat atau hibah, maka ianya tidak dikira sebagai barang perniagaan.
Ads
Niat Niagakan Harta
Pemilik hendaklah berniat untuk meniagakan harta tersebut ketika memiliki harta tersebut dan niat tersebut hendaklah berterusan. Jika tidak berbuat demikian, harta tersebut tidak dikatakan barang perniagaan walaupun dia berniat selepas itu.
Jika dia berniat untuk meniagakan barang tersebut semasa membelinya, kemudian berniat pula menyimpannya tanpa diniagakan, maka barang itu tidak dikira sebagai barang perniagaan dan tidak wajib zakat.
Menjawab kepada persoalan di atas, zakat perniagaan adalah wajib ditunaikan sekiranya telah memenuhi syarat-syarat zakat perniagaan serta telah mencukupi tempoh haul (tempoh setahun) dan nisab (nilai harta) yang mewajibkan zakat.
Kerugian yang dialami dalam perniagaan bukanlah satu penyebab atau ‘illah yang membolehkan meninggalkan kewajipan berzakat.
Ads
Adapun begitu zakat yang dikeluarkan akan lebih memberkati dan menyuburkan lagi perniagaan yang sedang diusahakan.
KESIMPULAN Sebagai kesimpulan, kami jelaskan bahawa hakikat pensyariatan zakat perniagaan itu sendiri adalah bertujuan untuk membersihkan harta yang diniagakan di samping menyuburkan lagi harta tersebut.
Kerugian serta kejatuhan dalam sesuatu perniagaan bukanlah penyebab kepada terangkatnya kewajipan berzakat selagimana harta tersebut masih memenuhi syarat-syarat wajib zakat yang ditetapkan.
Justeru, zakat perniagaan wajib dikeluarkan sekiranya memenuhi tempoh haul dan nilai nisab. Semoga penjelasan yang diberikan ini membuka minda dan fikiran kita semua dalam menunaikan kewajipan berzakat dalam kehidupan. Amin.
Bukan semua, namun sebahagian besar anak-anak muda millennial Malaysia hari ini sedang hadapi krisis kewangan sangat runcing kesan daripada gaya hidup mewah yang ingin ditonjolkan.
Jika anda lahir pada tahun 1981 hingga 1996, maka anda harus baca artikel ini. Hakikatnya, anda kini merupakan sebahagian besar rakyat Malaysia, oleh itu, tenaga kerja hari ini serta pilihan kehidupan dan tabiat kewangan mereka mempunyai impak yang besar terhadap ekonomi dan masyarakat.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Institut Kewangan Asia, golongan milenial di Malaysia menghadapi masalah hutang yang semakin besar walaupun pada usia yang muda.
Gambar sekadar hiasan
Sebahagian besar daripadanya disebabkan oleh pinjaman pelajar. Apabila golongan milenial tidak membayar balik pinjaman pelajar mereka, seperti pinjaman PTPTN, profil kredit mereka akan terjejas dengan teruk untuk tempoh bertahun-tahun.
Tinjauan Golongan Milenial iMoney mendedahkan bahawa rakyat Malaysia yang berumur antara 21 hingga 36 tahun mempunyai nisbah hutang kepada pendapatan melebihi 50% yang mungkin akan menjejaskan penarafan kredit mereka. Ini menjadikannya lebih sukar untuk memohon produk seperti kad kredit, pinjaman peribadi, gadai janji dan pinjaman kereta.
Jika anda kini berusia dalam lingkungan 20-an dan 30-an, apakah kesulitan kewangan yang perlu diberi perhatian. Beberapa tinjauan terkini mengenai kesihatan kewangan golongan milenial ini harus anda jadikan peringatan supaya lebih berhemah menguruskan wang.
”Sesiapa sahaja berhutang, lalu berniat tidak mahu melunaskannya, maka dia akan bertemu Allah (pada hari kiamat) dalam status sebagai pencuri” (HR.Ibnu Majah)
Arab Saudi sedia terima dua juta jemaah haji tahun ini. ‘Jumlah jemaah ini sama seperti sebelum pandemik Covid-19 menular. Alhamdulillah sudah tentu lebih ramai jemaah akan mendapat tempat untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima pada tahun ini.
Jika tahun lalu, hanya jemaah yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan saja layak menunaikan haji kerana tempat terlalu terhad, mudah-mudahan pada tahun ini ianya berbeza.
Menteri Haji dan Umrah, Dr. Tawfiq Al-Rabiah mengumumkan bahawa kerajaan Arab Saudi bersedia menerima seramai dua juta jemaah untuk musim haji tahun ini, lapor akhbar Saudi Gazette semalam.
Menurut beliau, angka tersebut menyamai bilangan jemaah haji yang diterima sebelum pandemik Covid-19.
Jemaah Haji Tahun Ini
Tambahnya, kementerian berkenaan dan semua agensi berkaitan haji dan umrah akan menyediakan perkhidmatan kesihatan dan logistik terbaik untuk semua jemaah dalam cara yang menjamin penjimatan masa dan usaha.
Beliau turut merujuk kepada kepelbagaian perkhidmatan disediakan oleh platform Nusuk dalam cara yang dapat menambah baik pengalaman jemaah ketika berada di Arab Saudi, terutamanya selepas mereka memanjangkan tempoh visa dari 30 kepada 90 hari.
Jumlah Sama Seperti Sebelum Pandemik
Ia sekali gus membolehkan umrah dilaksanakan menggunakan semua jenis visa dan mengurangkan kos insurans yang komprehensif. – Agensi.
Begitulah yang dilalui oleh penyampai radio Hot FM, Imran Aqil, mendedahkan dirinya mengamalkan doa Nabi Musa sebelum memikat hati tunangnya yang merupakan seorang pempengaruh, Dahlia Rizal.
Pendedahan tersebut telah dibuat oleh Imran ketika membuat live di TikTok, sekali gus membuatkan video perkongsian itu tular di platform tersebut.
10 Ke 15 Kali Imran Aqil
Menurut Imran, dia menyifatkan amalannya itu sangat menakjubkan selepas doanya terus dimakbulkan dan menjadi kenyataan.
“Saya nak cerita satu benda yang saya rasa macam, wow menakjubkan. Straight dapat. Saya baca satu doa Nabi Musa ni. Doa ni ada kisah dia tapi saya tahu sikit.
“Ketika itu Nabi Musa berada di bawah pokok. Baginda ada dua pilihan wanita untuk berkahwin dengan si kakak ataupun si adik. Kemudian baginda membaca doa tersebut,” katanya.
Hafal Doa Nabi Musa
Imran menjelaskan pengisian doa tersebut merupakan permintaan untuk mendapatkan kebaikan dan cuba menghafalnya demi mendapatkan Dahlia.
“Ya Allah, Aku perlukan kebaikan, Aku inginkan kebaikan. Kahwin tu kebaikan, sebab kahwin ni pahala 24jam ibadah.
Baru Hafal, Belum Amal
“Sebelum nak pikat Dahlia, saya baca dalam 10 ke 15 kali untuk hafal. Dan Ustaz Muhaizad kata sujud terakhir baca 16 kali dan saya pun buat.
“Tiba-tiba Dahlia mesej, mak dia kata ‘kalau ada sesiapa nak masuk minang bagitahu mak’. Pastu saya macam kenapa Dahlia cerita kata saya macam ni? Saya baru hafal doa tu belum amalkan lagi, terus Allah bagi cash,” kongsinya.
Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata peminat pasangan itu teruja dan kagum dengan perkongsian yang dibuat oleh Imran.
Kashoorga : Benarlah jodoh itu Ketentuan Allah, kita berusaha mencari pasangan yang terbaik buat kita. Selepas itu berserahlah pada Allah.
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...