Semalam media sosial digemparkan dengan berita pemergian Hasliza Alias yang menjadi mangsa kekejaman suami sendiri yang menembaknya menggunakan senapang angin. Awalnya arwah didakwa melarikan diri dari rumah akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemui secara tragis dalam tong air yang tertanam di sebuah ladang serai di Bandar Penawar. Lebih menyedihkan, suaminya yang berusia 43 tahun menjadi suspek utama yang dipercayai menembak mangsa berusia 38 tahun ketika wanita berkenaan sedang tidur di kediaman mereka di Taman Sri Saujana, Kota Tinggi.
Di sebalik pemergian secara tragis itu, di saat pengakhiran hidupnya, arwah sempat berdakwah dengan berkongsi tiga ceramah live Ustazah Asma’ Harun malah posting terakhirnya adalah berkaitan solat sebelum hilang.
Ternyata ia mendatangkan sebak di hati Ustazah Asma’ Harun sendiri yang mengakui mahu bertemu ahli keluarga arwah serta anak-anaknya dalam secepat mungkin. Berikut adalah catatan yang beliau kongsikan di fbnya.
SEMOGA HUSNUL KHATIMAH DAN BEROLEH JANNAH
إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُوْن
"Sesungguhnya kita semua daripada Allah dan kepadaNya jua kita semua akan kembali" Allahu Akbar, kita semua dikejutkan dengan kematian yang begitu tragis. Seorang wanita dan ibu kepada dua orang anak kecil. Wajah dan suara keibuannya sungguh menyayat hati. Hanya Allah yang tahu hakikat ujian yang dilalui arwah, beliau begitu menjaga rahsia dan aib, tidak dikongsikan di media.
SubhanAllah, secara peribadi sungguh saya merasa begitu sayu, apabila melihat antara posting terakhir FB arwah adalah 3 live ceramah saya .
Ads
Bermakna saat-saat akhir hidup Arwah adalah dalam keadaan beramal soleh, menyebarkan dakwah dan seruan Nahi Mungkar. Dan posting terakhir arwah pada hari yang dikatakan hilang adalah tentang SOLAT. Bagaimana pula posting kita yang terakhir kelak..
SubhanAllah, sungguh begitu indah pemergian Arwah. Dan tanda Husnul Khatimah ini disebutkan oleh Rasulullah SAW :
Maksudnya: Jika sekiranya Allah SWT menginginkan kebaikan terhadap hambaNya, maka Allah SWT menjadikannya sentiasa melakukan amal. Para sahabat RAnhum bertanya, “Bagaimana dia menjadikannya sentiasa melakukan amal?”. Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT akan memberikan taufiq padanya untuk melaksanakan amal soleh sebelum daripada kematiannya.
Ads
Hadith riwayat al-Tirmidzi: (2142)
SubhanAllah, sedikit catatan memori akhir Muka Buku Arwah :
1. 1 Mac 2021 – posting last arwah tentang solat. 2. 24 Feb 2021 – Arwah menukar profile picture kepada gambar 2 orang anaknya. 3. 23 Feb 2021 – Arwah share video live kuliyah saya bertajuk : Seruan Nahi Mungkar 4. 19 Feb 2021 – Arwah share video live kuliyah saya bertajuk : Tadabbur Surah alKahfi siri 11 5. 18 Feb 2021 – Arwah share video live kuliyah saya bertajuk : Punca dan Solusi Keretakan Rumahtangga 6. 14 Feb 2021 – Arwah share posting Saudara Firdaus Syakirin. 6. 10 Feb 2021 – Arwah muat naik video dan gambar² sambutan hari lahir anak pertama berumur 4 tahun.
Ads
Saat ini saya menangis tak tertahan kerana mendengar suara arwah melagukan hari lahir dan mendoakan "Allah selamatkan kamu.. Allah selamatkan Abang.. " dan meminta si anak sama-sama ikut..
Duhai Anak, mungkin itulah lagu yang kamu berdua akan ulang-ulang dengar saat kamu dah dewasa kelak, saat kamu rindukan bonda kamu..
Sungguh, saat ini saya masih terpaku dengan apa yang berlaku, doa demi doa dititipkan buat Arwah. SubhanAllah, pemergianmu dalam keadaan meninggalkan buat kami pesan-pesan yang sungguh indah.. Tiada lagi kesedihan dan kesakitan, semoga dirimu disisi Allah dalam RahmatNya dan pengampunanNya. Semoga Barzakhmu umpama Taman SyurgaNya, semoga anak-anakmu penyambung pahala jaariah buatmu..
"Ya Allah, ampunilah dia, berilah rahmat, sejahtera dan maafkanlah dia dan jadikanlah surga sebagai tempat istirahatanya"
آمين يارب العالمين
Semoga Allah maqbulkan hajat hati saya untuk ziarah bertemu dengan anakanda dan keluarga Arwah Hasliza Alias dalam waktu terdekat Selesai menuliskan dengan air mata jam 2.30pg Asma' binti Harun #UAHSahabatDuniaAkhirat
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Jodoh itu rahsia Allah dan hanya Dia yang tahu. Tetapi kita boleh berusaha untuk membuat pilihan terbaik. Ada macam-macam kriteria mencari bakal Imam dan salah satu mereka yang berwajah seiras.
Dikatakan jika mempunyai jodoh dengan mereka yang punya wajah seiras ini, rumah tangga lebih bahagia dan kekal hingga ke jannah.
Gambar sekadar hiasan.
Perkongsian dari Pakar Psikiatri Dr Ahmad Rostam Md Zain ini menjelaskan lebih mendalam berhubungan fakta menarik mengapa pasangan kelihatan seiras.
Dia yang membuat thread di laman sosial twitter mendapat perhatian warganet hingga mendapat retweets lebih 18 ribu serta 13 ribu butang like.
1. Kajian yg dikeluarkan pada 2011 mendapati bahawa kita cenderung untuk memilih pasangan yang ada iras muka kita @ iras dengan ibu ayah kita sendiri
2. Teori ‘assortative mating’ pula menyimpulkan kita cenderung memilih orang yg mempunyai ciri fizikal & strata sosial yg setara
3. Pasangan juga cenderung untuk mempunyai tabiat, bahasa badan & gaya yg sama yg menunjukkan ikatan emosi yang selesa & saling percaya
4. Sistem imun badan juga akan mula menjadi hampir sama setelah lama bersama jadi xhairanlah jika seorang sakit, yg 1 lagi juga bakal xsihat
5. Pengalaman hidup menyebabkan mereka melalui turun naik emosi & cabaran yg sama. Kedutan di muka juga boleh berlaku di tempat yg sama.
6. Kajian Robert Zanjonc menunjukkan, > tinggi tahap kegembiraan & kebahagian yg dialami oleh 1-1 pasangan, lebih iras mereka akan kelihatan
Sweet, kan?
Sungguh, bahagia boleh dilihat, dirasa dan dikongsi. Jadi anda mahu #pilihsihat? Pilihlah untuk bahagia #MedTweetMY
Siapalah yang mahukan sebuah perpisahan, lagi-lagi jika rumahtangga dibina sudah bertahun-tahun lamanya. Kalau boleh mahu perkahwinan itu kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Namun jika sudah ditakdirkan Tuhan jodoh kita tidak berpanjangan, tiada apa boleh dilakukan.
Dan dalam dunia digital hari ini, ada juga yang berpisah hanya dengan menghantar lafaz cerai melalui pesanan ringkas atau WhatsApp. Jadi apakah hukumnya dan adakah lafaz cerai berkenaan sah.
Cerai melalui pesanan WhatsApp.
Bagi menjawan persoalan ini, Pendakwah, Ustazah Shadiya Abbas menjelaskan apa hukum menceraikan isteri hanya melalui sistem pesanan WhatsApp ini.
Menurut Ustazah Shadiya, bercerai melalui pesanan WhatsApp ini terdapat keraguan pada lafaz cerai berkenaan.
“Jadi lafaz ini tidak boleh diterima oleh isteri sebagai lafaz cerai yang sah melainkan lafaz ini didengarkan oleh pihak qadi yang berada di pejabat qadi di mana-mana pejabat agama Islam negeri.
“Lafaz berkenaan mesti disahkan oleh pihak qadi. Dan biasanya lafaz seperti ini selain didengari oleh pihak qadi, akan disahkan sama ada jatuh talak atau tidak.
“Sebab kadang-kadang boleh berlaku lafaz syubhah kerana boleh jadi lafaz berkenaan dibuat oleh lelaki berkenaan dalam keadaan tidak sedar.
“Atau kemungkina lafaz berkenaan bukan ditaip oleh lelaki berkenaan. Dan kena sahkan dan pengesahan lafaz cerai ini adalah melalui pihak mahkamah. Ini adalah jalan terbaik,” ujarnya.
Ustazah Shadiya Abbas
Tambah Ustazah Shadiya lagi, pihak mahkamah juga berhak menyatakan lafaz cerai melalui WhatsApp ini tidak sah berdasarkan kepada keraguan yang timbul.
“Dan dalam situasi ini, apa yang boleh si isteri tuntut adalah tuntut suami minta maaf kerana lafaz dibuat di luar mahkamah dan melalui pesanan WhatsApp sahaja.
“Sekiranya lafaz ini sah, suami dikenakan akan denda oleh pihak mahkamah kerana membuat lafaz di luar mahkamah.
“Dan sekirah sah lafaz ini oleh mahkamah pihak isteri pula boleh menuntut harta sepencarian selama bersama suami terhadap harta-harta yang dihimpunkan sepanjang perkahwinan berlaku. Juga boleh tuntut hadanah serta nafkah iddah sepanjang dalam iddah bercerai,” jelasnya lagi.
Foto Kredit: Sinar Harian
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Drama Sweet Dreams arahan pengarah Michael Ang lakonan Mira Filzah dan Ben Amir cukup viral dan trending diperkatakan warga net. Ramai yang tidak sabar menunggu episod terakhir drama yang cukup meruntun jiwa anak muda ini.
Semua tertanya-tanya dan membuat andaian bagaimana kesudahan drama ini yang mengetengahkan jalan cerita di mana pasangan kekasih yang sanggup berkahwin dan mahu sehidup semati walaupun tahu salah seorang daripadanya akan meninggal dunia kerana sakit.
Itu adalah drama tetapi dalam dunia realitinya adakah ada pasangan yang sanggup bersusah payah dan bersedia untuk hidup bersama walaupun tahu hayatya tidak lama.
Apakah cinta sejati itu sudah cukup dan mengatasi segala-galanya tanpa memikirkan kehidupan selepas pasangannya kelak telah tiada.
Menjawab persoalan ini, menurut Pendakwah Bebas, Ustaz Riza Kamaruddin memberitahu berkahwin itu sunnah yang utama dilakukan. Dan sekiranya kedua-dua pasangan reda antara satu sama lain, Allah juga akan reda kepada mereka berdua.
“Berkahwin itu sunnah yang utama dilakukan” – Ustaz Riza Kamaruddin
“Kalau dua-duanya sudah reda, maka Allah juga akan reda dengan niat mereka. Malah itu juga merupakan amal soleh yang sangat tinggi nilainya di sisi Allah SWT.
“Apabila kedua-duanya ikhlas berkahwin kerana Allah, walaupun pasangannya itu sudah dalam keadaan uzur maka tiada balasan yang paling mahal di sisi Allah melainkan syurga,” ujar Ustaz Riza memberitahu.
Menurutnya lagi menziarahi orang sakit dan orang mati pun ada ganjaran pahala yang besar diberikan oleh Allah.
“Inikan pula yang berhajat mahu mendirikan rumahtangga bersama seseorang yang uzur dengan niat untuk menjaga, merawat dan menemaninya hingga akhir hayat.
“Sudah tentu ganjaran pahala yang juga besar menanti mereka. Berbahagialah mereka di akhirat kelak,” tambahnya sebelum mengakhiri perbualan.
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...