SOALAN :

Ubat hati itu apa dia ustaz sebab saya selalu mengeluh dalam hidup dan mudah kecewa dan hati selalu tidak tenteram?

JAWAPAN :

Berkata Imam Nawawi :

وقال السيد الجليل ذو المواهب والمعارف إبراهيم الخواص رضي الله تعالى عنه دواء القلب خمسة أشياء
قراءة القرآن بالتدبر وخلاء البطن وقيام الليل والتضرع عند السحر ومجالسة الصالحين

Ads

Ertinya : “Dan telah berkata pemimpin yang agung yang mempunyai pelbagai anugerah Imam Ibrahim Al-Khawas r.a. bermula ubat bagi hati itu ada lima perkara yaitu membaca Quran dengan memerhatikan segala maknanya dan memelihara perut dari penuh dengan makanan dan bangun pada waktu malam melakukan ibadah dan merendah diri munajat dengan Allah pada hujung malam dan sentiasa duduk pada majlis orang-orang soleh.” (Kitab At-Tibyan fi Adabil Hamalatil Quran)

Maksudnya ialah lazimkan selalu membaca Quran dan melihat dengan mata hati akan pengertian ayat-ayatnya.

Ads

Rajin-Rajin Baca Quran, Ubat Hati Paling Mujarab Untuk Tenangkan Jiwa

Jangan makan minum terlalu banyak dan sebaiknya banyakkan lapar dengan berpuasa.

Ads

Bangun beribadah pada waktu malam dan munajat dengan Allah dekat waktu subuh dengan zikir dan doa.

Dan berkawanlah dengan orang soleh serta selalu hadir pada majlis para ulamak.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Artikel Berkaitan: Lepas Solat Jangan Terus Bangun, Amalkan Zikir ‘Astaghfirullah & Subhanallah’ 100 Kali, Kelebihannya Buat Hati & Jiwa Sentiasa Tenang

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI