Memang sedih kehilangan insan tersayang sekelip mata. Belum puas bermanja, orang yang kita sayang pergi meninggakan dunia fana ini.
Namun mengenang segala amalan baiknya ketika hidup menjaadikan kita reda dengan apa yang berlaku.
Seperti perkongsian kisah kematian remaja berusia 21 tahun, arwah Muammar Ashraf Ahmad Faizul yang boleh dijadikan teladan untuk kita yang masih hidup.
Dikatakan majlis pengebumian arwah pada Jumaat lalu berjalan begitu lancar dengan diiringi ribuan orang dari dekat atau jauh termasuk guru yang mendidiknya, rakan pengajian, kenalan serta penduduk setempat.
Menurut bapanya, Datuk Ahmad Faizul Ghazali, berkata arwah yang merupakan anak ketiga daripada sembilan beradik itu memiliki sifat yang sangat istimewa.
Selain sering menjalankan tugas ibarat dirinya adalah anak sulong, bapanya berkata antara amalan yang sering dilakukan oleh Muammar ketika hayatnya adalah arwah sering bangun malam bagi menunaikan solat taubat dan hajat bagi keselamatan mereka sekeluarga.
Artikel Berkaitan: Tahfiz Muda Muzzamil Imamkan Solat Jenazah Puterinya Lepas Sehari Lahir, Menusuk Jiwa Alunan Bacaan Al-Quran
“Bukanlah tujuan saya berbangga mendedahkan sifat anak kepada khalayak bagi saya semua orang ada kebaikan masing-masing cuma ini lebih kepada inspirasi, dakwah dan teladan sekali gus menjawab pertanyaan (kebaikan Muammar) diajukan kepada kami sebelum ini.
“Muammar adalah seorang anak yang sangat penyayang kepada orang tua, ibu bapa dan adik-beradiknya, malah kasih sayangnya dan peranannya seperti anak sulung.
“Rutinnya, dia sering bangun malam menunaikan solat taubat dan hajat untuk keselamatan kami semua,” katanya.
Tambahnya bapanya lagi, Muaamar juga dilihat lebih suka berkawan dengan orang terbuang (yang tidak dipandang atau dijauhi orang lain) dan itu caranya memuliakan serta memberikan sokongan terhadap orang itu.
“Arwah juga amat penyayang dengan haiwan seperti ular, kucing dan burung seboleh mungkin dia akan cuba mencari jalan untuk membantu,” katanya lagi.
Menceritakan keadaan jenazah arwah anaknya itu, bapa berusia 44 tahun ini menyifatkan ia sebagai satu pengalaman yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata
Mana tidaknya, ketika ingin memandikan jenazah, kelihatan wajah Muammar yang juga merupakan penuntut Maahad Tahfiz Al-Quran Pandang Rengas, Kuala Kangsar sangat suci dan bersih malah seperti sedang tidur nyenyak.
“Keadaan jasad Muammar suci bersih. Wajahnya sangat tenang seperti tidur nyenyak.
“Urusan pengebumiannya sangat lancar dan cepat serta dipimpin seorang tokoh al-Quran dari Syria, Syeikh Mustofa Zaidan yang turut bersama sejak awal lagi.
“Kehilangannya memang tiada galang ganti dan suatu kehilangan besar buat kami, tetapi kami sangat terharu mengenangkan cara dia pergi dengan segala kurniaan Allah ini sedikit sebanyak membaluti segala kedukaan kami semua.
“Kami reda dan menganggap ada hikmahnya mudah-mudahan dapat menumpang syafaat darinya,” katanya yang sedar beberapa perubahan ketara sebulan sebelum pemergiannya.
Artikel Berkaitan: Hasrat Lihat Anak Bergelar Al-Hafiz Tak Kesampaian, Tapi Remaja 14 Tahun Ini Sempat Jadi Imam Solat Jenazah Bapanya
SUMBER: HARIAN METRO
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI