‘Ramai tak pandai mengaji, orang macam saya perlu diselamatkan’. My #QuranTime 2.0 bakal tampil pengisian lebih mendalam agar lebih ramai orang di luar sana dapat belajar dan memahami Al-Quran dengan lebih baik.
Penubuhan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) lapan tahun lalu bertujuan untuk membantu umat Islam lebih mendalami dan menghayati isi kandungan al-Quran.
Ramai Tak Pandai Mengaji
Jelas pengasasnya, Datuk Hussamuddin Yaacub, pendekatan menggabungkan konsep bacaan dan tadabbur al-Quran menerusi program My #QuranTime itu memudahkan orang ramai mempelajari kitab suci tersebut.
“Gerakan ini bermula kerana apa yang saya mahukan untuk diri sendiri, kerana dahulunya saya tidak pandai sangat membaca al-Quran.
“Sebelum ini saya ingat itu masalah saya sahaja, rupanya masih ramai lagi di luar sana yang tidak boleh membaca al-Quran dengan betul.
Orang Macam Saya
“Ramai orang macam saya yang perlu diselamatkan, sebab itu timbulnya satu gerakan untuk menyelamatkan ummah.
“Pada awalnya, kita nak buat orang cinta dan meminati untuk membaca al-Quran dan Alhamdulillah, mungkin melalui pendekatan yang disampaikan oleh qari dan pentadabbur menyebabkan orang ramai ingin tahu dengan lebih mendalam tentang kalam suci ALLAH SWT,” katanya.
Perlu Diselamatkan
Mengulas pula mengenai My #QuranTime 2.0, jelas Hussamuddin, program itu akan menyediakan bentuk pengisian yang lebih terperinci dan mendalam berbanding sebelumnya.
“Dalam My #QuranTime 1.0, kita tadabbur satu halaman setiap hari, kita harap dalam musim kedua ini, kita nak ke arah lebih mendalam lagi.
“Kita akan perkenalkan elemen baharu iaitu hafalan dan amalan (untuk menghafal al-Quran) dengan cara yang terbaik melalui solat.
“Sekiranya mereka boleh hafal, sekurang-kurangnya tiga atau empat ayat tersebut boleh digunakan dalam solat sepanjang hari,” ujarnya.
Bina Studio Khas
Dalam masa yang sama, pihaknya sedang dalam proses untuk membina satu studio di Kompleks Kumpulan Karangkraf yang lengkap dengan peralatan khusus untuk program My #QuranTime 2.0 kali ini.
Ads
“Kapasiti studio tersebut dijangka dapat menampung 40 hingga 50 peserta bagi setiap episod.
“Sepanjang kita buat My #QuranTime, kita terima banyak dana infaq, jadi sudah tiba masa kita gunakan wang tersebut untuk manfaat peserta,” jelas beliau.
My #QuranTime 2.0
My #QuranTime 2.0 dijangka bersiaran sebanyak 1,800 episod bermula pada 1 Disember depan. Selain itu, pihak WUIF juga sedang mempersiapkan studio di Kompleks Kumpulan Karangkraf di Shah Alam untuk program edisi kedua itu.
“Program ini nanti akan membuka peluang kepada peserta untuk belajar secara langsung di lokasi penggambaran tersebut. Ini akan menjadikan program tersebut berinteraktif dalam sesi tadabbur dan belajar tajwid.
“My #QuranTime 2.0 juga menekankan kepada kefahaman dan elemen hafalan al-Quran supaya orang ramai dapat membaca dan menghafal surah dengan betul.
Tambahnya, My #QuranTime 2.0 juga dijangka turut disiarkan secara langsung melalui TV Alhijrah.
Bakal Tampil Pengisian Lebih Mendalam
Dalam pada itu, Hussamuddin yang juga Pengerusi Kumpulan Karangkraf turut menyatakan perhargaan kepada 15 juta pengikut My #QuranTime 1.0 yang menyumbang dalam agenda membentuk Keystone Habit ummah iaitu Quran, Solat dan Infak (QSI).
Ads
Agenda itu membawa misi Baca, Faham dan Amal, 1 jam berinteraksi dengan al-Quran setiap hari, 365 hari dari halaman 1 hingga 604.
Impak My #Quran Time yang menguar-uarkan Tabung Gerakan Al-Quran di TV Alhijrah telah mengumpulkan sebanyak RM6,820.362 (sehingga 7 Oktober 2022) hasil sumbangan orang ramai.
“Ia merupakan wakaf fasa empat yang diperkenalkan sejak 16 Oktober 2020,” katanya.
Sementara itu, kira-kira 8,000 peserta diraikan dalam Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime yang julung kali diadakan itu.
Majlis penuh sejarah itu diketuai lima pentadabbur dan 16 qari.
My #QuranTime Plus
Enam episod Program My #QuranTime Plus yang bermula pada Rabu (semalam) menjadi platform pengenalan menjelang Program My #QuranTime 2.0 pada 1 Disember depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff berkata, Program #QuranTime Plus akan bersiaran selama enam minggu.
Ads
Menurutnya, para peserta boleh mengikutinya sama ada menerusi dalam talian iaitu siaran langsung di platform digital Facebook My#QuranTimeOfficial atau secara fizikal di Auditorium Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd.
Platform Pengenalan My #QuranTime 2.0
“My #QuranTime Plus sebagai makmal bagi pengenalan My #QuranTime 2.0. Program My #QuranTime Plus bersiaran setiap hari Rabu bermula jam 11 pagi hingga 12 tengah hari,” katanya.
Seramai 50 peserta menghadiri My #QuranTime Plus bagi episod pertama.
Peserta Dapat Baca Dengan Lebih Bagus
Sementara itu, Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan WUIF, Fazrul Ismail berkata, My #QuranTime Plus sebagai satu anjakan daripada My #QuranTime 1.0 lalu.
“Kita sasarkan peserta boleh baca dengan bagus, kita hafal dalam solat kita agar kita dapat ulang.
“Bila kita ulang, nilai itu bukan sekadar dalam solat bila kita tadabbur secara ringkas, tapi kita hafal juga di luar solat,” katanya.
Kashoorga : Penyertaan orang ramai yang berminat menjadi penonton studio bagi siaran langsung My #QuranTime Plus adalah dialu-alukan.
Hari ini dilaporkan sebanyak 3631 kes positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan mereka dijangkiti di negara ini adalah seramai 165, 371 kes secara keseluruhan. Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi seramai 1199 orang dari keseluruhan kes dilaporkan hari ini. Malah sebanyak 14 kematian dilaporkan termasuk 2 bukan warganegara hari ini menjadikan jumlah kematian COVID-19 di Malaysia kini seramai 619 orang.
COVID-19 yang sudah hidup dalam komuniti masyarakat sejak kebelakangan ini sudah tidak mengenal mangsa. Malah kita sentiasa disarankan mengamalkan penjarakan fizikal, basuh tangan, memakai pelitup muka selain menggunakan hand sanitizer.
Terkini, BERNAMA melaporkan Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS) di sini yang qari terkenal, Abdul Karim Omar disahkan positif COVID-19 dan kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.
Menurutnya, ahli keluarga beliau yang turut positif virus terbabit dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
Dalam perkongsian menerusi sesi siaran langsung Instagram bersama selebriti dan aktivis kemanusiaan, Nur Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah semalam, imam itu berkata, beliau menjalani ujian saringan selepas seorang rakan yang ditemuinya disahkan positif jangkitan terbabit.
Katanya, antara gejala yang dialaminya sebelum disahkan positif COVID-19 ialah sukar bernafas selain batuk yang kering.
Sehubungan itu, beliau menasihati umat Islam agar tidak mengambil mudah penularan pandemik berkenaan serta sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) selain mengingati Allah SWT dengan berzikir.
Perkongsian beliau mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (HAL EHWAL AGAMA), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang mendoakan Abdul Karim segera sembuh dan sihat daripada COVID-19, melalui video yang dimuat naik menerusi Instagram beliau hari ini. – Sumber gambar : IG AbdulKarimalmakki
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Hari kiamat itu pasti. Malah dikatakan pada kali pertama tiupan sangkakala itu semua yang ada di dunia ini akan musnah. Tiupan sangkakala ini telah dinyatakan di dalam al-Quran melalui firman Allah SWT:
Maksudnya: Dan (ingatkanlah) hari di tiup sangkakala, lalu terkejutlah – gerun gementar – makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali mereka yang dikehendaki Allah; dan kesemuanya akan datang kepadaNya dengan keadaan tunduk patuh. Surah al-Naml (87)
Al-Maraghi berkata: “Wahai Rasul, ingatkanlah kepada mereka keadaan yang amat mengerikan ketika sangkakala ditiup. Saat itu, semua makhluk yang ada di langit dan di bumi berada dalam ketakutan melihat hari kebangkitan dan hari dikumpulkan seluruh makhluk kecuali orang yang mempunyai hati yang teguh terhadap Allah SWT.” (Lihat Tafsir al-Maraghi, 4/5085).
Masa yang sama, sebelum tibanya hari kiamat beberapa petanda utama akan muncul. Ini termasuklah Sungai Eufrat yang akan mengering yang disebut oleh Rasulullah sebagai salah satu petanda akhir zaman.
Sungai ini telah disebut oleh Rasulullah sebagai salah satu tanda akhir zaman. Sungai ini dikenal dengan nama Al-Furat dalam bahasa arab, yang membawa erti air paling segar. Menurut Dr Syauqi Abu Khalil dalam Athlas Al-Hadith Al-Nabawi, Eufrat adalah sungai yang mengalir dari timur laut Turki.
Rasulullah shalallahu alaihi wasallam bersabda, ‘’Hari Kiamat tak akan terjadi sebelum Sungai Eufrat mengering dan menyingkapkan ‘Gunung Emas’ yang mendorong manusia berperang. 99 dari 100 orang akan tewas (dalam pertempuran), dan setiap dari mereka berkata, ‘Mungkin aku satu-satunya yang akan tetap hidup’.’’ (HR Bukhari).
Namun Nabi shallallahu alaihi wasallam juga melarang siapa saja yang melihat kemunculan gunung emas tersebut untuk mengambilnya walau sedikit pun. Hal yang sama, juga diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Sebaik sahaja Sungai Efrat mengering maka akan nampaklah gunung emas. Barangsiapa yang menjumpainya, jangan diambil sedikit pun.” (HR. Muslim no. 2894).
Dalam hadits itu, Rasulullah pernah bersabda, bahawa sungai yang mengalir di tiga negara besar, Turki, Syria dan Iraq ini pada suatu masa akan memperlihatkan harta karun terbesar iaitu gunung emas. Selain itu, dalam kitab Al-Burhan fi `Alamat al-Mahdi Akhir az-Zaman, pula menyatakan, sebaik kerinya sungat Eufrat, ia merupakan petanda datangnya Imam Mahdi, saat akhir zaman itu sudah tiba.
‘’Sungai itu melalui Pengunungan Toros, lalu melewati Syria di kota Jarablus, melalui Iraq di kota al-Bukmal, dan bertemu Sungai Tigris di Al-Qurnah yang bermuara di Teluk Arab,’’ ujar Dr Syauqi. Panjang sungai itu mencapai 2.375 kilometer. Dua anak sungainya iaitu Al-Balikh dan Al-Khabur sudah pun mengering.
Pada saat Nabi Muhammad shalallahu alaihi wasallam meramalkan masa depan Sungai Eufrat dalam sabdanya, wilayah Subur yang terletak di daerah Mediterranean ini masih dikuasai oleh oleh dua kuasa besar pada zaman dahulu iaitu Parsi dan Byzantine yang mana Sungai Eufrat menjadi garis sempadan dua kerajaan ini dahulunya.
Semoga Allah mengampuni semua dosa-dosa kita dan memasukikan kita ke dalam syurga Allah. Sumber : Republika
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sebagai Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri bersedia menjawab pelbagai persoalan yang diajukan kepada beliau.
Persoalan yang ditanya melalui media sosial di laman Twitter dijawab juga melalui medium yang sama.
Dalam banyak-banyak soalan, tertarik dengan satu soalan dikemukakan warganet. Antaranya dia bertanya apabila berada di syurga nanti, bolehkah kita meminta makanan Korea yang disebut sebagai Ichiraku Ramen.
Walauapun soalan dikemukakan sedikit lucu, tetapi seperti biasa, Dr. Zulkifli menjelaskan persoalan yang ditanyakan kepada beliau. Ini adalah jawapan daripada mantan Mufti Wilayah Persekutuan ini.