ebitt

Siapa tidak mengenali pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew. Bukan saja kerana kemuliaan hatinya dalam membantu golongan susah yang memerlukan bantuan.

Tetapi juga dek sikap romantik dan penyayag ditunjukkan pada ahli keluarga, terutama isteri yang dianggap bidadari cintanya.

Artikel Berkaitan: Pesan Ebit Lew, Peganglah Tangan Isteri Setiap Kali Sedih Kerana Isteri Adalah ‘Harta’ Suami

Beliau dilihat sebagai seorang insan atau suami yang sangat menghargai isterinya. Malah mulutnya tidak putus-putus mengucapkan terima kasih buat bidadari yang sentiasa memberi cahaya dalam hidupnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Baru-baru ini Ustaz Ebit Lew berkongsi video di mana dia menyarungkan cincian di jari manis isteri sempena pembukaan pasar raya miliknya di Gombak.

Dalam catatan itu, Ustaz Ebit merasakan situasinya seperti pengantin baru apabila menyarung cincin di jari isteri tersayang.

Ads

Artikel Berkaitan: “Wahai Suami Kenanglah Saat Isteri Separuh Nyawa Melayang Lahirkan Anak – Ebit Lew Pesan Hargai Bidadari Kita Till Jannah

Bukan itu saja, seperti biasa, beliau tidak lupa menitipkan ucapan terima kasih kepada isteri yang sentiaaa ada ketika susah senang serta dan mendoakan untuk kejayaan serta menjaga anak-anak mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

“Rindu bidadari. Rindu sangat. Hadiahkan dan sarungkan cincin masa pembukaan @elewsmart sri gombak semalam. Terus hilang semua penat letih. Macam baru mula hari. Nikmatnya saat ada yang menemani hidup ini. Bidadari di dunia bidadari di syurga insyaAllah.

Ads

“Macam pengantin baru bila sarungkan cincin. I love you bidadari sayang. Terima kasih selalu ada dan mendoakan. Terima kasih tolong jaga anak-anak kita.

“Terima kasih prima sri gombak. Penuh semalam sampai dah nak tutup 10malam masih ramai orang. Doakan hari ini opening di kl traders square jalan gombak. Semoga menjadi asbab kebaikan-ebitlew

Artikel Berkaitan: “Hikmah Disebalik COVID-19, Rupanya Tolong Isteri Sediakan Makanan Dapat Pahala Besar” – Ebit Lew

Ternyata perkongsian ini mendapat komen positif dari warganet. rata-rata mendoakan pasangan ini kekal bahagia till jannah.

Ads

sitisarahraissuddin tahniah ustazz masyaallah.. cantoh yg baik ni ..dady sayang ibu nak ni jugak @shuibsepahtu nor.asiah.ramli7 semoga kekal hingga ke Jannah. Aamiin

sititumaiyahshaari Semoga berbahagia d dunia dan akhirat….aamiin

fazlina658 Alhamdulillah.Beruntung Bidadari Ustaz.Semoga berbahagia hungga ke Jannah.Aamiin.

mama_arpah Bidadari Ustaz penyejuk jiwa raga..till jannah.Aamiin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Cawangan Elewsmart yang dibuka di Gombak ini adalah antara sebahagian cawangan lain yang telah dibuka sebelum di Bangi, Shah Alam dan beberapa lagi tempat lain.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI