Wanita dan kecantikan memang dari azalinya sukar dipisahkan. Suka kelihatan cantik dan sukakan kecantikan. Berbanding lelaki, kecenderungan wanita untuk berbelanja besar menjadi cantik memang sangat tinggi. Atas faktor keinginan ini, banyak produk kecantikan dan klinik rawatan kecantikan tumbuh bagaikan cendawan.
Soal selamat atau tidak menjadi persoalan akhir, yang penting dapat melihat hasilnya segera. Yang gempal mahu ramping, yang hitam mahu jadi putih, kulit berkedut mahu ditegangkan, hidung pesek mahu dimancungkan dan banyak lagi.
Adakalanya perbuatan yang dilakukan menyalahi syariat agama; merubah kekal kejadian Tuhan atas alasan kecantikan bukan atas faktor kesihatan menerusi pembedahan.
Usaha ini sebenarnya hanyalah untuk kelihatan cantik secara fizikal; tetapi untuk keperluan kecantikan kerohanian tidak pula dititikberatkan.
Ini sebenarnya (kerohanian) mampu menjadikan seseorang itu jadi cantik, manis dan tak jemu dipandang walaupun kulitnya gelap, hidungnya penyek, giginya jarang dan bertubuh pendek.
Sebagaimana doa yang selalu diucapkan oleh Rasulullah SAW setiap kali hendak bercermin:
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ ، اَللَّهُمَّ كَمَا حَسَّنْتَ خَلْقِي فَحَسِّنْ خُلُقِيْ “Segala puji bagi Allah, Ya Allah, sebagaimana Engkau telah memperindah rupaku maka perindahlah pula akhlakku.”
Mempercantik diri memang disunnahkan dalam Islam. Sebab Allah SWT itu Maha indah dan Dia mencintai keindahan. Namun dalam mempercantik diri ada batas-batas yang harus difahami oleh para muslimah. Berikut adalah amalan yang diamalkan Rasulullah dalam perihal kecantikan.
Ads
Rajin berwuduk
Sebelum solat kita ambil wuduk dan tahukah anda bahwa berwuduk mampu mencerahkan wajah! Ketika kita membasuh muka dengan air wuduk, noda dan kotoran akan dibersihkan dalam masa sama juga menggugurkan dosa-dosa kita. Maka itu pastikan kita sentiasa dalam berwuduk setiap masa.
Dikatakan oleh Abu Hurairah ra:
“Aku mendengar Rasululah Saw bersabda, “Sesungguhnya umatku dipanggil pada hari kiamat dalam keadaan ghurran muhajjilin (wajahnya bercahaya dan badannya bersinar) karena bekas berwuduk, maka barangsiapa mampu untuk memanjangkan ghurran hendaklah melakukannya.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim).
Solat tahajud
Solat di sepertiga malam! Solat Tahajud tidak hanya meningkatkan peluang doa kita dikabulkan, tetapu aura dari wajah kita juga akan terpancar dengan indah. Walaupun tak mengenakan krim pemutih pun, anda akan terlihat cerah dan bersih. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
“Barang siapa yang banyak menunaikan shalat malam, maka wajahnya akan terlihat tampan atau cantik di siang harinya.” (HR Ibnu Majah).
Rajin membaca al-Quran
Dengan rutin membaca Al-Quran, jiwa akan tenang dan wajah kita menjadi berseri seolah mendapatkan nur dari Ilahi. Maka itu, selalu sempatkanlah membaca al-Quran setiap hari. Lakukan dengan ikhlas dengan niat beribadah kepada Allah SWT maka nescaya inner beauty akan terlihat dan membuat kagum orang lain.
Murah senyum
Melihatkan wajah orang yang murung, berkerut, resah selalunya kita pun tak seronok pandang. Berbeza daripada orang-orang yang wajahnya sentiasa terukir senyuman, mereka selalu menghadirkan kesejukan di hati orang lain yang memandangnya. Menurut kajian, tersenyum mampu membuatkan wajah kita awet muda.
Tersenyum memancarkan kecantikan dalam hati (inner beauty). Dengan tersenyum, kita akan disayangi orang lain dan mudah memperoleh sahabat.
Ads
Jangan suka marah, sombong dan iri hati
Cantik tidak hanya dibentuk dari luar. Seindah apapun wajah seseorang, namun bila ia mempunyai penyakit di hatinya (seperti iri hati, sombong) maka pastilah ia tampak hodoh, wajah terlihat gelap sehingga hilanglah nur alami dalam diri kita.
Selain itu, elak lah dari nak marah-marah. Sebuah penelitian menyebutkan bahwa seseorang yang sering marah maka cenderung mengalami penuaan awal. Sebagaimana hadis Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya di dalam jasad ada segumpal daging. Jika ia baik, maka baik pula seluruh jasad tersebut. Jika ia buruk, maka buruk pula seluruh jasad itu. Ingatlah, bahawa ia adalah hati.” (HR. Bukhari)
Jauhkan maksiat
Perbuatan maksiat juga akan membuat wajah kusam. Seseorang gemar berbuat maksiat, maka hilanglah kecantikan dalam jiwa dan fizikalnya. Walaupun cuba menutup kekusaman wajah dengan kosmetik, namun ia tetap tidak mampu menaikkan seri wajahnya.
Berbeza dengan para ahli ibadah yang kecantikannya nampak natural dan wajahnya bercahaya.
Mengenakan tudung patuh syariat
Wanita yang mengenakan pakaian menutup aurat sebagaimana yang disarankan agama, merupakan muslimah ‘premium’. Wanita cantik hanya akan berikan hak eksklusif kepada suaminya sahaja. Pemaikaian tudung labuh menutup dada jelas dinyatakan dalam al-Quran.
“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan wanita-wanita (keluarga) orang-orang mukmin, agar mereka mengulurkan atas diri mereka (ke seluruh tubuh mereka) tudung mereka. Hal itu menjadikan mereka lebih mudah dikenali (sebagai para wanita muslimah yang terhormat dan merdeka) sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah senantiasa Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (QS. al-Ahzab ayat: 59)”
Ads
Mengenakan pakaian cantik secara bersederhana
Islam tidak pernah melarang wanita ataupun lelaki-lelaki untuk mengenakan pakaian yang cantik. Justeru Islam menganjurkan agar umatnya memakai pakaian yang sopan dan indah namun tidak boleh berlebihan. Sebab berlebihan dalam penampilan akan menimbulkan sifat sombong.
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW; “Sesungguhnya Allah indah dan suka keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia. (HR. Muslim)”
Melakukan perawatan tanpa mengubah bentuk diri
Menggunakan kosmetik dan melakukan perawatan diri dalam Islam juga tidak dilarang. Wanita boleh mengenakan bedak saat keluar rumah.
Mereka juga dianjurkan melakukan perawatan diri dengan bahan-bahan alami, seperti minyak zaitun, susu, atau madu agar kesihatan kulitnya terawat untuk suaminya.
Namun satu hal yang perlu diperhatikan, Islam melarang seseorang mengubah bentuk wajah dan tubuhnya tanpa alasan yang kuat.
Contohnya, ingin hidung mancung, lalu melakukan pembedahan plastik, mencukur alis mata, bertatu dan tindakan-tindakan lain yang merubah ciptaan Allah SWT.
“Dan pasti akan kusesatkan mereka, dan akan kubangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan akan kusuruh mereka memotong telinga-telinga binatang ternak, lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan kusuruh mereka mengubah ciptaan Allah (lalu mereka benar-benar mengubahnya). Barang siapa menjadikan setan sebagai pelindung selain Allah, maka sungguh dia menderita kerugian yang nyata.”(an-Nisa: 119)
Puasa sunat
Nak kelihatan cantik, rajin-rajinlah berpuasa sunat. Dengan berpuasa, risiko obesiti dapat dihindari, mengurangi risiko kanser dan menyihatkan jantung. Berpuasa sunat setiap Isnin dan Khamis pun sudah mencukupi. InsyaAllah kecantikan aura wajah menjadi semakin terpancar.
Jadual pemakanan sihat
Membuat jadual pemakanan juga amat digalakkan dalam Islam. Ikut jadual agar makan secara sederhana, makan dengan tangan kanan dan sambil duduk, mengucap basmallah serta jangan lupa hanya mengambil makanan halal.
Imbangi dengan memperbanyak meminum air putih (sekitar 2-2.5 liter perhari) untuk menjaga keanjalan kulit.
Demikian ungkapan dikongsi pengguna Facebook, Faiz Noor menerusi grup Facebook Grup Edit Apa Hari Ini yang meminta akan grup yang lain menyunting gambar asal agar beliau tampil seperti individu normal.
Faiz yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) berkongsi foto beliau bersama isteri dan dua orang anak memakai sepersalinan busana kuning.
UAI Tampil Bagi Sokongan
Bagaimanapun komen daripada warganet menyentuh hati. Paling menarik perhatian ialah komen daripada pendakwah, Ustaz Azhar Idrus.
Alhamdulillah saya lihat awak sudah sempurna..tidak perlu edit lagi.”- USTAZ AZHAR IDRUS
Awak Dah Sempurna
Grup Edit Apa Hari Ini yang mempunyai hampir 200,000 ahli yang saling menghormati, ‘sporting’ membantu menyunting foto rakan-rakan dan dalam masa sama menyerlahkan kreativiti masing-masing.
Menerusi tinjauan, ada dalam kalangan ahli grup berkenaan meminta bantuan rakan-rakan lain menyunting latar belakang, menaikkan seri gambar yang gelap dan membaik pulih foto rosak atau kabur.
Tak Perlu Edit Lagi
Susulan perkongsian Faiz, terdapat beberapa ahli yang tampil menunaikan permintaan Faiz Noor dengan berkongsi foto-foto yang telah disunting.
Warga maya meluahkan sebak dan tersentuh serta mendoakan kesihatan dan kesejahteraan lelaki itu.
Tidak ada istilah cacat. Semua ciptaan ALLAH menakjubkan dan manusia adalah makhluk ciptaan-NYA yang paling sempurna. Semoga lelaki ini dikurniakan kesihatan baik yang berterusan.
‘Aydan tidur dulu, nanti mama ayah tidurlah.’ Lukisan terakhir anak, petanda dia pergi buat selamanya.
Malahan telatah serta sikapnya di hari-hari terakhirnya juga membuatkan sang ibu tersedar bahawa anaknya seakan tahu akan pergi tak lama lagi.
Kisah anak kecil bernama Aydan ini menjadi perhatian ramai apabila lukisannya beberapa hari sebelum meninggal dunia menunjukkan seolah-olah dia tahu bakal dijemput
Ilahi.
Malah hantaran Facebook Nor Hazwani, 33 menerusi akaun Wunny Amir menjadi tular hingga menerima 13,000 reaksi dan 12,000 perkongsian.
Allahyarham Aydan Hadiff Muhammad Afiq, 7, maut dalam kemalangan ketika dalam perjalanan untuk menunaikan solat tarawih di Masjid Al-Umm, Seksyen 1, Bangi, Selangor.
Kemalangan terjadi apabila motosikal dinaiki mereka bertiga bertembung dengan sebuah lagi motosikal lain di Seksyen 2, Bangi.
Nanti Mama Ayah Tidurlah
Ternyata Allah lebih menyayangi, Aydan yang dikejarkan ke Hospital Serdang pergi jua pada kira-kira jam 7.20 pagi, 5 April lalu susulan pendarahan dalaman pada otak dan abdomen.
Melalui beberapa hantaran di Facebook, Hazwani berkongsi beberapa sikap Aydan yang seolah-olah dirinya tahu akan pergi buat selama-lamanya.
Menurut Hazwani, terdapat satu lagi lukisan yang mana anaknya berkopiah dan sangat mirip seperti kain kafan yang dipakai jenazah sebelum dikebumikan. Kongsinya,
Lukisan Terakhir Anak
“Mama, tengok ni Aydan lukis. Aydan lukis mama, ayah dengan Aydan. Ini Aydan tengah tidur ,” kata Aydan datang tunjuk lukisan dia dengan nada penuh keceriaan.
“Comelnya… kenapa Aydan tidur, mama dengan ayah tak tidur?
Aydan tidur dulu, nanti mama dengan ayah tidurlah.”
“Kenapa tidur jauh sangat, bukan Aydan tidur tengah ke? Aydan hanya ketawa kecil.
“Kenapa tak ada kaki tangan ni? Ish mama ni, ni yang macam baby pakai tulah mama. Aydan jadi baby balik, hehe. Oh pakai bedung ye,” titip si ibu.
“Allahuakbar, rupanya bukan kain bedung tetapi kain kafan.
Satu lagi gambar Aydan lukis lebih besar, sama seperti dengan pakaian terakhir Aydan siap berkopiah putih,” titip Hazwani.
Petanda Dia
Manakala dalam satu hantaran lain, si kecil itu meminta disolatkan. Kata Hazwani dialog itu dituturkan hampir setiap hari selama beberapa minggu sebelum Aydan meninggal dunia.
“Aydan, jom solat,”katanya.
“Mama solatkan,” kata Aydan.
“Ish mana ada orang boleh solatkan, kena solat sendiri la. Bila kita meninggal nanti baru orang mandikan, solatkan,” kata si ibu.
Pergi Selamanya
Jauh di sudut hati, ibu muda itu reda anak sulungnya itu tiada lagi dan pasrah dengan ketentuan-NYA.
“ALLAH, tak sangka anak mama memang nak disolatkan. Mama dan ayah minta maaf tak dapat solatkan Aydan. Tapi kami sudah wakilkan ramai yang solatkan dan doakan Aydan.
“Bermain dengan gembira ‘di sana’. Nanti jemput Mama Ayah sekali ya, kita main ‘di sana’ sama-sama,” titip Hazwani.
Hati ibu mana yang tidak sedih apabila anak yang selama ini membesar depan mana akhirnya pergi menemui Ilahi.
Belum sempat mencurahkan sepenuh kasih sayang, ternyata Tuhan lebih menyayangi dirinya.
Inilah yang dilalui oleh penyanyi era 80-an, Dayangku Intan apabila menerima berita anak perempuannya Wanku Intan Sfarafana Rosman, 23 tahun meninggal dunia akibat komplikasi selepas melakukan pembedahan hati.
Dalam artikel di Mstar Online pada 23 Januari lalu, Dayangku Intan memberitahu anaknya terkena jangkitan bakteria yang berkemungkinan daripada kucing peliharaannya.
“Anak saya lahir tanpa hempedu (biliary atresia baby) penyakit ini sesuatu yang kami sudah jangka dariapad dia kecil lagi.
“Tapi dia berjaya survive sampai umurnya 23 tahun..pemindahan hati itu dibuat selepas ada gangguan bakteria. Adik dia akan bertindak sebagai penderma hati,” katanya yang dulu popular dengan lagu Kita Insan Biasa.
Terdahulu, Dayangku Intan menerusi posting di laman Instagram miliknya menyatakan Wanku Intan Syarafana tenat sekitar 13 jam lalu.
Sebelum itu penyanyi ini juga sering memberitahu perkembangan anaknya sebelum dan selepas melakukan pembedahan hati berkenaan hinggalah akhirnya Allah lebih menyayangi anak ketiganya ini.
Dayangku Intan memaklumkan pemergian anaknya ini di media sosial dan minta segala urusan dipemermudakan.
Difahamkan jenazah Wanku Intan Syarafana akan disempurnakan di Masjid Wilayah di Jalan Duta dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara di ibu negara selepas solat Jumaat.