Gangguan syaitan atau makhluk halus, jin dan sebagainya memang berlaku dalam hidupan harian kita. Ia juga makhluk Allah dan tidak dapat tidak kita perlu hidup bersama mereka. Namun, Allah telah menitipkan beberapa surah sebagai pelindung dengan izinNya kita akan terselamat.
Surah-surah ini dikenali sebagai doa Al-Mu’awwidzaat. Doa ini memang menjadi amalan Rasulullah SAW sebagai pelindung diri baginda, isteri, anak-anak dan cucu daripada gangguan syaitan atau makhluk halus.
Justeru, kita sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab sudah tentu kita mahukan anak-anak berada dalam perlindungan Allah Ta’ala sepanjnag masa daripada diganggu makhluk halus ini.
Untuk itu, amalkan doa pelindung sebagaimana yang dinukilkan dalam kitab ‘Fiqh Tarbiyatil Abnaa’ Wa Thaa-ifatun min Nashaa-ihil Athibbaa’ Mushtofa Al-‘Adawi menyebutkan disunnahkan bagi orang tua memperbanyak permohonan perlindungan kepada Allah untuk anak pada pagi dan petang hari semampunya atau dari waktu ke waktu.
Cara yang disarankan ialah dengan meniup (meludah nipis) di telapak tangan dan membacakan al-Mu’awwidzaat yang terdiri daripada tiga surah pendek:
Surat al-Ikhlas
Surah al-Falaq
Surah an-Nas
Setelah itu usap telapak tangan tadi kepada anak sebanyak tiga kali.
Inilah amalan harian Nabi SAW ketika Baginda mengeluh kerana merasakan ‘sesuatu’ yang tidak selesa, maka Baginda melakukannya dan mengusapkannya ke kepala dan seluruh badan. Dan Rasulullah SAW melakukan juga hal itu sebelum masuk tidur.
Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau menceritakan,
Ads
“Sesungguhnya Rasulullah SAW jika beliau sakit, beliau meludah sedikit untuk dirinya sendiri dengan membaca tiga surat al-mu’awwidzaat (al-Falaq, an-Nas, dan al-Ikhlas), Baginda usapkan untuk seluruh badannya dengan tangannya.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Rasulullah SAW turut mengajarkan doa tersebut agar anak-anaknya sentiasa mendapat perlindungan Allah Ta’ala dari setiap keburukan dan kejahatan makhluk lainnya.
Doa ini pun sering dipanjatkan Rasulullah SAW ketika mendoakan dua cucunya iaitu Hassan dan Husain.
Diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a, beliau menceritakan,
“Sesungguhnya Rasulullah SAW jika Baginda mengambil posisi di tempat tidur, Baginda akan meniup di kedua tangannya, kemudian membaca al-mua’wwidzaat kemudian beliau usap seluruh badannya dengan kedua tangannya.” (HR. Bukhari)
Doa Baginda untuk cucunya, iaitu Hassan dan Husain, sebagaimana yang diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas r.a,
“Nabi SAW memberikan doa perlindungan kepada Hassan dan Husain. Baginda SAW berkata, “Sesungguhnya bapa kalian berdua (iaitu Nabi Ibrahim) biasa memberikan doa perlindungan kepada anaknya, Ismail dan Ishak dengan berdoa,
“‘Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari semua gangguan setan, binatang yang mengganggu, dan pandangan mata yang jahat.” (HR. Bukhari)
Lebih baik kita ajarkan doa-doa seperti ini kepada anak-anak kita ketika mereka sudah mampu, sehingga mereka boleh berdoa untuk diri mereka sendiri.
Ads
Selain doa-doa di atas, hendaknya kita juga mengamalkan hadis ini agar anak-anak kita terhindar daripada gangguan syaitan. Dari Jabir bin ‘Abdullah r.a, Rasulullah SAW bersabda,
“Jika awal malam telah tiba (setelah matahari tenggelam), tahanlah anak-anak kecil kalian (di dalam rumah), kerana ketika itu syaitan sedang berkeliaran. Jika telah berlalu sesaat di waktu malam (misalnya setelah Isya’), lepaskanlah mereka (jika mereka mahu bermain di luar rumah, maka dipersilakan)
“(Di awal malam), tutuplah pintu-pintu rumah sambil menyebut nama Allah Ta’ala, karena syaitan tidak dapat membuka pintu yang dipagar (dengan membaca bismillah); tutuplah bilik air kalian dan sebutlah nama Allah Ta’ala (ketika menutupnya);
“Tutuplah wadah-wadah kalian (piring atau gelas) dan sebutlah nama Allah Ta’ala (ketika menutupnya), meskipun kalian tutup dengan tutup seadanya (yang tidak bisa menutup dengan sempurna dan matikanlah lampu-lampu kalian (yang memiliki potensi berbahaya kebakaran jika ditinggal tidur semacam lilin, obor, atau sejenisnya)” (HR. Bukhari dan Muslim)
Saya ada satu pertanyaan iaitu saya sering membaca Quran ketika duduk di rumah dan kadang-kadang saya tidak memakai tudung atau hanya memakai baju lengan pendek.
Dan kadang-kadang saya baca Quran itu dari skrin computer tanpa wuduk.
Apakah hukumnya saya baca Quran dalam keadaan tidak ada wuduk dan tidak menutup aurat seperti itu?
JAWAPAN :
Di antara perkara yang disunatkan ketika membaca Quran ialah menutup aurat. Hukum sunat ini adalah jika membacanya itu pada tempat yang tiada orang yang haram melihatnya.
Ada pun jika berada pada tempat yang ada orang yang haram melihatnya maka menutup aurat adalah wajib.
Begitu juga jika membaca Quran tanpa wuduk dan tidak menyentuhnya maka hukumnya adalah harus tetapi jika membacanya dalam keadan bersuci maka ia adalah afdhal.
Berkata Mufti Mesir Dr Ali Jum’ah :
تجوز قراءة القرآن دون وضوء, والحديث عن النبي ﷺ أنه كان يقرأ القرآن علي كل حال, إلا أن يكون جنبا[1], فهذا هو حال النبي ﷺ, ونحن نحاول أن نتبعه في أحواله, كان يذكر الله علي كل حال, سواء أكان جنبا, أم لم يكن جنبا, وكان يقرأ القرآن علي كل حال, متوضئا كان أو غير متوضئ إلا أن يكون جنبا, إذا فإن الجنابة فقط هي الني تمنع من تلاوة القرآن. ويجوز للسيدة أن تقرأ القرآن دون حجاب, ولا شيء عليها في ذلك .
Ertinya : “Harus membaca Quran tanpa wuduk dan hadith dari Nabi saw sungguhnya baginda membaca Quran pada setiap keadaan melainkan pada ketika junub (hadith riwayat Daruqutni & Abu Ya’la). Maka inilah kelakuan Nabi saw dan kita mengikutnya pada sekelian kelakuan. Dan adalah Nabi saw berzikir akan Allah atas tiap keadaan samada ketika junub atau tidak junub. Dan adalah Nabi saw membaca akan Quran atas setiap keadaan samada ketika ada wuduk atau tidak melainkan pada ketika junub. Oleh itu hanya pada ketika junub sahaja menghalang dari membaca Quran. Dan harus bagi perempuan bahawa membaca ia akan Quran dalam keadaan tidak berhijab dan tiada suatu (kesalahan) atas perempuan itu pada yang demikian itu.” (Darul Ifta Mesir)
KESIMPULAN
Sunat membaca Quran dalam keadaan berwuduk tetapi jika membacanya dalam keadaan tidak berwuduk maka hukumnya adalah harus asalkan tidak menyentuh akan mushaf.
Sunat membaca Quran dalam keadaan menutup aurat tetapi tidak menjadi kesalahan membacanya dalam keadaan tidak menutup aurat dan sungguhnya membacanya dalam keadaan menutup aurat adalah adab yang elok.
‘Akui cuai tinggal card debit, saya halalkan wang yang telah dibelanjakan.’ Mencuri harta orang wajib kembalikan, ini pesan UAI (Ustaz Azhar Idrus).
Mengambil hak orang lain tak kiralah duit, makanan, kad bank atau apa saja tanpa izinnya memang dilarang agama.
Malah jika kita bertaubat sekalipun, kita harus pulangkan barang yang kita ambil. Jika tidak taubat kita pun tak diterima kerana kita pernah mencuru harta orang lain.
Semalam tular di Facebook sebuah video yang memaparkan seorang wanita selamba menggunakan kad debit milik orang lain yang tertinggal di atas menu restoren tersebut. Ramai warganet menyelar tindakan wanita tersebut.
Ini posting pertama pemilik kad debit tersebut. Kongsinya:
Minta tolong carikan pasangan suami isteri dalam video (dalam ruangan komen) & gambar. Perempuan pakai tudung biru & lelaki pakai baju merah. Anak 3 orang.
Semalam saya makan di Woodfires di Stadium Sultan Ibrahim ketika perlawanan Persahabatan JDT dan Persis Solo. Saya baju putih. Debit card tertinggal di atas menu.
Pencuri (pakai tudung biru) selamba TAP pakai card debit saya untuk beli burger.
Kalau sesiapa kenal minta hubungi saya ya. Sebab kad itu dia ada pakai dekat tempat lain juga sebelum saya sempat blok.
Saya Halalkan
Tak lama kemudian, atas kuasa viral masalah ini dapat diselesaikan. Ini pula posting kedua apabila pemilik kad tersebut menemui pesalah.
Satu tindakan yang harus dipuji apabila pemilik kad yang dikenali dengan nama Arzaim Barimin mengakui kesilapannya yang cuai dan menghalalkan wang yang dibelanjakan setelah mendengar cerita sebenar.
Mencuri Harta Orang
Salam. Selamat semua
Saya owner card debit tersebut. Kes sudah selesai ya. Saya akui silap saya cuai. Selepas selesai bayar ambil gambar menu, cadang nak beli untuk sarapan dengan wife esoknya.
Boleh pulak kad debit itu sama warna dengan buku menu. Saya terima notifications dari Bank Islam untuk kesemua transaksi. Hanya transaksi ketiga saya trigger sebab amount besar.
Wajib Kembalikan
Pesalah ada call saya petang tadi selepas video tersebar. Kami sudah jumpa di Puteri Harbour tadi pukul 9 malam.
Dia mengaku salah ada “terguna” kad saya empat kali. Dua kali beli burger Woodfire dan la gi dua kali di KK Mart Gelang Patah. Sudah pukul 11 malam tak banyak kedai yang buka masa itu.
Katanya duit yang digunakan adalah untuk beli barang kegunaan harian keluarga. Selepas dengar penjelasan dia, jadi saya halalkanlah semua yang di belanjakan. Burger dia akan bayar semula di Woodfire sebab saya sudah terima refund dari Woodfire.
Terima kasih Woodfire & JDTFC bantu dari awal kes sampai selesai. Kes sudah selesai ya semua. Saya undur diri dulu. Minta jadikan pengajaran untuk semua.
Ini Pesan UAI
Menerusi perkongsian lain, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan hukum mengambil hak orang lain:
Dulu ketika kecil pernah mencuri barang milik orang. Jadi macam mana saya nak selesaikan sekarang. Adakah perlu saya anti dengan jumlah yang sama?
Ya benar, kalau baran itu ada lagi, wajib pulang barang. Sebagai contoh dahulu kita curi cincin kawan kita, kira-kira 10 tahun yan lalu dan cincin tersebut masih ada di rumah.
Maka taubat kita tak sah selagi kita tak pulangkan cincin tersebut pada tuannya. Wajib pulangkan balik kerana taubat dalam bab ambil harta orang ada empat syarat. Tambah syarat yang ke-empat ialah pulang balik harta haram tadi.
Ada segelintir orang sudah bertaubat, tapi cincin tersebut sayang nak pulangkan sebab sudah lama pakai. Jadi taubatnya tidak akan diterima.
Sebagai Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri bersedia menjawab pelbagai persoalan yang diajukan kepada beliau.
Persoalan yang ditanya melalui media sosial di laman Twitter dijawab juga melalui medium yang sama.
Dalam banyak-banyak soalan, tertarik dengan satu soalan dikemukakan warganet. Antaranya dia bertanya apabila berada di syurga nanti, bolehkah kita meminta makanan Korea yang disebut sebagai Ichiraku Ramen.
Walauapun soalan dikemukakan sedikit lucu, tetapi seperti biasa, Dr. Zulkifli menjelaskan persoalan yang ditanyakan kepada beliau. Ini adalah jawapan daripada mantan Mufti Wilayah Persekutuan ini.
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...