Suatu ketika nama penyanyi dan ahli perniagaan Rosma, 35, yang digilap bakat menerusi pertandingan Akademi Fantasia (AF1) musim pertama pernah menjadi siulan.
Lebih 17 tahun bergelumang dengan dunia seni, Rosma atau nama lengkapnya, Rosmayati Sidik, akur biarpun haluannya kini lebih kepada mengemudi perniagaan syarikat KR Successful Sdn Bhd bersama suami, Khai.
Perniagaan yang ditubuhkan sejak tahun 2014 itu kini memberi fokus kepada produk kesihatan dan pelangsingan badan termasuk minuman detoks, MS SenaRos
“Ada yang cakap dulu saya bersusah payah nak kurus sampai keluarkan produk pelangsingan sendiri. Tapi rezeki nyanyian tetap tak menyebelahi diri sampai sekarang biarpun sudah berjaya susutkan badan.
“Saya akur dengan suratan hidup. Tapi saya puas hati, Tuhan beri peluang merasa nikmat jadi penyanyi dengan menyertai AF1 biarpun seketika. Sejak kecil nak jadi penyanyi dan impian itu berjaya direalisasikan.
“Cuma kini saya sedar walaupun sebesar mana bakat yang dikurniakan kepada seseorang itu, jika Allah sudah katakan bukan rezeki… maka begitulah suratannya.
“Tapi Allah buka laluan untuk saya menceburi dunia perniagaan yang selama ini tak pernah langsung terlintas menjadi kerjaya tetap. Dunia nyanyian menjadi asbab atau platform untuk saya berniaga,” katanya.
Tambah Rosma lagi, sekalipun sudah rancak berniaga, dunia nyanyian tak dilupakan begitu saja.
Ads
“Kini nyanyian jatuh di tangga kedua. Perniagaan di tempat pertama. Tapi itu tak bererti saya tak mahu menyanyi lagi. Sebelum ini pun ada tawaran menyanyi secara tertutup, selain membuat persembahan di hotel ketika bulan Ramadan .
“Cuma ketika diuji dengan pandemik Covid 19, kerjaya nyanyian itu tak dapat diteruskan macam biasa. Saya tak kisah pun orang nak kata saya artis sendu atau apa sekalipun.
“Mungkin ada yang kata pintu rezeki nyanyian tak serancak dulu. Tapi Allah Maha Kuasa buka pintu rezeki dalam dunia niaga. Saya percaya rezeki itu ada di mana mana. Pokok pangkalnya niat dan usaha kita,” katanya.
Berkongsi mengenai perniagaannya, ibu kepada tiga cahaya mata ini semuanya berlaku secara kebetulan.
Malah paling utama, suami tersayang yang menjadi individu penting di sisi antara yang terus membakar semangat serta memberi motivasi.
Ads
“Ikutkan sejak zaman remaja, saya jenis yang comot dan tak fikirpun soal nak cantik. Orang nak cakap apa itu, lantaklah. Cuma saya mula terfikir nak jaga segala serbi fasal diri selepas keluar AF1.
“Masa itu kejutan budaya sebenarnya sebab jadi artis dan mula dikenali. Tapi antara masalah utama saya ketika itu ialah mendapat tajaan termasuk baju kerana berbadan tembam. Memang lepas masuk AF1, berat badan saya naik mendadak.
“Ketika zaman jadi artis itu, berat badan saya pernah mencecah 70 kilogram. Dalam hati pernah terdetik besar sangat ke badan aku ini? Ikutkan zaman solo sebelum kahwin pun berat saya sekitar 48 kilogram. Tapi sekarang selepas berkahwin dan ada anak, berat saya dalam 47 kilogram.
“Sebab nak kurus sangat, saya ketika itu juga pernah diet dengan cara silap. Sampai pernah jatuh pengsan dan dimasukkan ke hospital di Petaling Jaya. Biasalah tak ada ilmu, tapi berlagak pandai diet itu ini. Hinggalah saya berdiet dengan betul dan menjadi testimoni kepada formula produk sendiri.
“Khai sendiri antara yang mencetus idea kenapa saya tak buat produk pelangsingan sendiri jika boleh berjaya kurus,” katanya yang nekad mengeluarkan produk sendiri selepas melahirkan anak kedua.
Kata Rosma, fasa memulakan perniagaan sejak awal itu bukan mudah. Apatah lagi ramai persaingan di luar sana turut mengeluarkan produk yang hampir sama. Namun percaya dengan bakat anugerah Tuhan padanya.
Jika diimbas kembali, Rosma sebenarnya sudah kalis kecaman sejak dulu kerana memiliki badan tembam.
“Kalau ketika zaman dulu wira papan kekunci sehebat masa kini, mungkin lagi teruk saya dikecam kerana memiliki badan ‘plum’. Ikutkan hati memang terasa hati. Tapi saya tak larut dengan semua itu. Sebaliknya cuba lawan kecaman itu dengan membuktikan diri boleh kurus dan sihat.
“Pernah ketika terbabit dengan promosi di ruang sembang maya, ada yang beri komen pedas membabitkan fizikal diri. Antara komennya berbunyi…sudahlah gemuk, ada hati nak bercinta dengan artis kacak (Khai yang digosipkan sejak zaman AF1 hingga berkahwin).
“Komen lain siap cakap usia muda tapi lagak saya dengan berbadan tembam seperti sudah pangkat makcik makcik yang ada ramai anak. Begitu juga yang terang terangan cakap saya tak cantik, debab dan bulat. Selain tak layak berdampingan dengan Khai ketika itu,” katanya
Rosma dan Khai berkahwin sejak 26 April 2008. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Amzar Danish, 11, Nur Amani Damia, 6, dan Nur Alya Dhania, setahun 3 bulan.
Lagi lima enam hari sahaja sebelum kita bertemu Ramadan. Walaupun kita berada di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini tetapi tetap perlukan tenaga untuk membuat aktiviti berfaedah lain.
Dan pastinya buah kurma memang hidangan terbaik yang boleh memberi kita tenaga berkekalan untuk bekalan seharian berpuasa.
Kebiasaannya waktu sahur atau ketika berbuka kita akan menjamah buah kecil ini. Tetapi sebenarnya buah kurma juga boleh di pelbagai cara kegunaannya.
Antaranya adalah dengan merendamnya dengan air dan boleh diminum begitu sahaja. Cara ini dipanggil air nabeez yang bermaksud air rendaman.
Kurma atau kismis direndam dalam air masak semalaman (dalam bekas yang bertutup) dan kemudian diminum keesokan paginya ketika mahu bersahur.
Air nabeez juga dikatakan merupakan sajian kegemaran Rasulullah SAW. Nabi merendam beberapa butir kurma atau kismis (salah satu) di dalam air untuk semalaman (dalam bekas bertutup) dan meminum air rendaman tersebut di pagi hari esoknya.
Airnya Nabi minum dan buah kurma yang sudah lembut, Nabi langsung menelannya tanpa mengunyah terlebih dulu.
Ada beberapa hadis yang menyebutkan tentang cara membuat air nabeez ini, salah satunya riwayat dari Imam Muslim,
Aisyah pernah ditanya tentang nabeez, kemudian ia memanggil seorang wanita pelayan asal Habasyah. “Bertanyalah kepada wanita ini!”
Kata Aisyah. “Kerana ia dahulu pernah membuat nabeez untuk Rasulullah SAW,” tambahnya. Lalu wanita asal Habasyah itu berkata, “Aku pernah membuat nabeez untuk beliau dalam sebuah kantung kulit pada malam hari.
Kemudian aku mengikatnya dan menggantungnya. Lalu di pagi harinya beliau SAW meminumnya.
”Dari Aisyah dia berkata, “Kami biasa membuat perasan untuk Rasulullah SAW di dalam air minum yang bertali di atasnya, kami membuat rendaman di pagi hari dan meminumnya di malam hari, atau membuat rendaman di malam hari lalu meminumnya dipagi hari.” (HR Muslim).
Walau bagaimanapun diingatkan eloklah membuatnya sekali dan terus diminum. Bimbang ia menjadi masam pula nanti.
Bahan Diperlukan:
Kurma / kismis
Air suam
Cara Membuatnya:
1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil dan carikkan isi kurma berkenaan.
2. Rendam isi kurma dalam air masak sebelum tidur. Letak di luar tak perlu simpan dalam peti sejuk.
3. Bolehlah diminum esok untuk bersahur.
p/s: Jangan campurkan kurma dengan kismis. Kalau mahu buatlah air secara berasingan. Diingatkan juga eloklah membuatnya sekali dan terus diminum. Bimbang ia menjadi masam pula nanti.
Khasiat Air Nabeez:
1. Minuman yang mengandungi alkali yang dapat membantu proses pembuangan
2. Kelebihan asam pada perut dan memulihkan sistem pencernaaan tubuh. Juga membantu menyingkirkan toksin berbahaya dari tubuh. Ia juga sangat berguna sebagai detox.
SUMBER: TRIBUNNEW.COM
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Jaga maruah suami.’ Selepas berkahwin, Neelofa elak tampil berdua dengan selebriti lelaki di program TV (televisyen) kerana baginya adalah kurang manis buat wanita berkahwin sepertinya.
Jelas Neelofa, apa yang dilakukan atas kesedaran dan rasa tanggunjawabnya sebaai seoran isteri dan bukannya atas paksaan orang lain.
Malahan bagi figura ini, dia mengakui lebih selesa bekerjasama dengan selebriti wanita sahaja di program televisyen selepas bergelar isteri.
Tambah Neelofa, permintaan itu datang daripada diri sendiri bukanlah syarat yang diletakkan oleh suami, Haris Ismail yang juga merupakan pendakwah bebas.
Kata aktres berumur 33 tahun ini, dia ingin menjaga maruah dan nama baik suami.
Selepas Berkahwin
Secara logiknya apabila di depan TV penonton hanya nampak saya (berada) di sebelah seorang lelaki.
Tidak manis dan tidak sesuai, kiranya tak eloklah untuk sesiapa saja yang berstatuskan isteri. Ini semua adalah kehendak saya sendiri.
Apa yang saya lakukan sekarang lebih kepada tanggungjawab saya sebagai isteri selain mengutamakan maruah suami.
Tidak perlu pun jadikan ia sebagai syarat. Mana-mana wanita bergelar isteri pun akan berfikir perkara sama.
Bagaimanapun, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor masih boleh bekerja sekali dengan selebriti lelaki sekiranya ada tetamu undangan yang lain.
Dalam pada itu, ibu kepada Muhammad Bilal menyatakan dia langsung tidak memikirkan komen daripada netizen.
Kalau ada tetamu lelaki, mungkin bukan kami berdua (tetapi) ditemani beberapa orang lagi. Itu saya okay. Saya ambil kira apa yang dipaparkan dan dipertontonkan.
Dengan Selebriti Lelaki Di Program TV
Keutamaan saya bukan fasal netizen tetapi lebih kepada tanggungjawab saya sebagai isteri dan juga maruah suami. Itu yang lebih saya pentingkan sebab netizen baik ke buruk dia orang akan cakap juga.
Hakikatnya dengan tenang hati saya lakukan perkara sebegini sebab bagi saya itu benda yang baik.
Sebelum itu, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu. Pasangan itu selamat menimang cahaya mata yang pertama pada 29 Januari 2022.
Kashoorga : Masing-masing ada pendirian apabila sudah berkahwin, jadi hormatilah pendirian orang lain selayaknya.
Menyebut tentang produk Atomy, pastinya ramai pengguna dan peniaga telah merebut peluang menambah pendapatan melalui bentuk perniagaan yang diperkenalkan oleh syarikat gergasi multinasional dari Korea yang sudah bertapak di lapan buah negara dan sedang merangka ke 38 buah negara lain sebelum memperkembangkannya ke ratusan negara lain.
Berkonsepkan pasaraya online di mana pengguna boleh membeli pada harga lebih murah sebagai ahli, produk keperluan rumah dan penjagaan diri dari Korea ini mendapat sambutan hangat di negara ini sejak ia mula diperkenalkan di Malaysia. Dengan barangan yang dijual agak berkualiti selain pengguna boleh menjana pendapatan melalui pembelian produk Atomy ini, ramai pengguna memilih produk ini untuk kegunaan sendiri selain menjualnya kepada pengguna lain. Namun begitu, timbul beberapa isu termasuk dakwaan bahawa dana dari perniagaan syarikat ini digunakan untuk membiayai gerakan mubaligh Kristian berdasarkan video-video yang dipaparkan di laman web syarikat terlibat hingga menimbulkan kekeliruan di kalangan pengguna beragama Islam.
Dalam pada itu, seorang pengguna telah memuat naik soalan kepada Mufti Selangor berkaitan perniagaan syarikat ini. Malah di pihak Mufti sendiri menjawab berdasarkan soalan diberi sahaja.
Soalannya adalah seperti berikut:
Assalamualaikum, baru-baru ni saya telah diajak untuk menyertai kumpulan niaga Atomy. Namun setelah diselidik latar belakang perniagaan atomy ini, saya dapati ia mendirikan Yayasan "Dream Foundation" bagi menyalurkan dana kepada usaha-usaha penyebaran agama Kristian. Apakah hukum sekiranya saya menyertai kympulan ini? Apakah hukum duit yang dijana melalui perniagaan melalui kumpulan ini?
Berikut adalah jawapan dari Mufti Selangor berdasarkan soalan di atas.
Apa yang penting, sebagai umat Islam pilihan di tangan kita sendiri. Malah kita dituntut untuk tidak melakukan perkara-perkara dilarang agama.
Sumber : Pejabat Mufti Selangor
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...