Pelbagai cara untuk mengumpul harta sebagai bekalan masa depan dengan cara yang betul dan diredai di jalan Allah.
Buat masa sekarang ramai yang mula menyimpan emas berbanding duit. Ini kerana nilai emas yang sangat tinggi sekarang dan tidak mustahil nilainya akan jadi lebih berganda di masa akan datang.
Bagi yang baru berjinak-jinak untuk mengumpul harta melalui emas, bolehlah berkongsi cara lelaki ini Akhtar Syamir yang menyimpan duit di bank untuk membeli emas.
Dah lama nak simpan duit untuk beli emas kan? Cuma selalu tak disiplin dalam menyimpan atau selalu terlupa.
Apabila dah beberapa kali terlupa, motivasi pun hilang. Masa itulah ada keperluan lain dan sebagainya.
Untuk elakkan benda sebegitu terjadi, di sini saya tunjukkan salah satu cara untuk menyimpan secara automatik menggunakan maybank2u. Sasaran kita ialah RM550, lebih kurang 2 gram emas. Tempoh masa simpanan ialah selama 6 bulan.
Amaun, tempoh masa dan simpanan bulanan boleh anda ubah ikut sasaran dan kemampuan. Saya set untuk 2 gram emas supaya kita boleh nampak dengan jelas arah tuju kita.
Ads
Goal boleh mula pada bila-bila masa dan boleh ditamatkan pada bila-bila masa. Duit yang disimpan itu hanya diasingkan sahaja dan akan terus dikembalikan ke dalam akaun utama apabila sasaran sudah dicapai atau goal ditamatkan.
Jim kita mula sekarang. Biar maybank2u yang simpankan duit untuk emas kita atau isteri kita. Ikut sahaja langkah yang saya paparkan di bawah.
Kongsikan cara ini supaya lebih ramai orang dapat menyimpan untuk membeli emas.
STEP 1
Ads
STEP 2
STEP 3
STEP 4
STEP 5
STEP 5A
Ads
STEP 6
STEP 7
STEP 7A
MY GOALS
Cara ini juga boleh digunakan untuk beli benda lain, tak semestinya emas. Simpan untuk beli telefon ke, sports rim ke, balik raya ke, duit perbelanjaan sekolah bukak ke dan macam-macam lagi. Bagus kan?
Jemput follow saya Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.
Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Soal ajal maut, rezeki dan jodoh itu semuanya adalah ketentuan Tuhan. Kita hanya mampu berusaha dan salah satunya adalah dengan berdoa.
Bagi yang masih single, tidak salah terus berdoa agar dipertemukan dengan insan yang baik dan dapat membimbing dirimu hingga ke jannah.
Ini antara doa boleh diamalkan agar jodoh yang datang nanti dengan orang yang selayaknya dijadikan Imammu.
Ertinya: Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku isteri yang terbaik dari sisi-Mu, isteri yang aku lamar dan nikahi dan isteri yang menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.
Selain dengan mengamalkan doa diatas setiap hari, sebaiknya ditambah dengan ikhtiar lain kerana jika jodoh sudah datang, kita sudah dalam keadaan bersiap untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.
1. Memperbaiki Diri Jadi Lebih Baik
Banyak yang percaya bahwa lelaki ang baik untuk perempuan yang baik dan begitu sebaliknya. Jika anda sudah tahu akan hal itu, maka segeralah memperbaiki diri secara lahir dan batin. Secara lahir kita harus menjaga kebersihan dan kecantikan. Tidak salah untuk mengenakan mekap tetapi biarlah bersederhana dan mengikut tempat dan situasi.
2. Lebih Mendekatkan Diri Kepada Allah
Jangan sombong, apapun yang kita lakukan tak akan menjadi apa-apa jika Tuhan tidak merestuinya. Jangan lupa untuk berdoa dan beribadah, perbanyakkan sedekah juga boleh mendekatkan jodohmu. Tidak salah bersedekah kepada golongan yang lebih memerlukan. Ketahuilah tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima.
3. Jangan Menuntut Untuk Mendapatkan Jodoh Paling Sempurna
Mungkin ini alasan yang menjadikan jodoh anda tidak kunjung datang. Tidak ada yang membatasi keinginan kita untuk mendapatkan jodoh yang cantik atau tampan atau berasal dari keluarga berdarjat. Bukan melarang anda untuk mewujudkan mimpi-mimpi mendapatkan pasangan sesuai dengan kriteria yang diidamkan. Siapa yang tidak inginkan dengan jodoh orang begitu, tetapi perlulah ukur baju di badan sendiri.
Ini antara 3 perkara lain perlu anda titik beratkan agar jodoh senang mendekat dengan dirimu. Namun jangan lupa untuk mengerjakan solat dan teruskan berdoa dikurnia Imam yang dapat bimbing ke jannah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kepada Allah kita datang, dan kepada Allah kita kembali.
Tragedi menyayat hati melibatkan seorang ibu dan lapan anak-anak yang masih kecil maut dirempuh sebuah lori trelar di melibatkan empat kenderaan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam dalam kejadian hujan lebat malam tadi cukup meruntun jiwa rakyat Malaysia.
Ini kerana kesemua sembilan ahli keluarga ini maut dirempuh lori terbabit selepas kenderaan mereka rosak di tepi lebuhraya berkenaan termasuk seorang individu lain turut menjadi mangsa kejadian.
Dalam pada itu, seorang pengguna lebuhraya berkenaan yang dikenali sebagai Syed Mohamad Al Syahab yang melalui lebuhraya berkenaan sejurus selepas kemalangan ngeri itu berlaku berkongsi bagaimana menggigil tubuhnya menyaksikan banyak mayat terperesuk di bawah trelar berkenaan.
Kemalangan maut ini meragut nyawa 9 beranak sekaligus dan cukup menyayat hatiBomba menggunakan peralatan khas memotong kenderaan kerana kesemua mangsa terperangkap di bawah treler ini
Ini antara perkongsiannya.
Isteri bersama tujuh orang anak meninggal dalam kereta. Kalau kereta rosak, jangan duduk dalam kereta, bahaya. Kongsinya.
Jelas Syed Mohamad, kebetulan malam semalam dia melalui kawasan tragedi. Kemalangan baru berlaku dalam pukul 11.30 malam tadi. Kereta dirempuh lori pasir DI LALUAN KECEMASAN.
“Saya pun berhenti turun nak bantu. Nampak satu orang dah meninggal di bahu jalan. Lepas tu ada perempuan atas jalan, cedera ringan. Abang pergi dekat lori besar nie nampak ada kereta kat bawah dia. Abang tak nampak orang dalam kereta dah hancur. Datang seorang abang ini menangis.
“Abang, tolong abang. Anak dengan isteri 7 orang ada ada bawah kereta ini bang,” katanya.
“Langsung lembik lutut saya dengar. Saya peluk abang tu, saya cakap sabar bang, sabar bang. Sedih sangat-sangat. Saya pujuk abang tu dan perlahan-lahan minta dia duduk tepi. Tenang dan berselawat.
“Namun dirinya tetap bersedih. Dia asyik ulang-ulang cakap anak dan isteri saya abang. Anak dan isteri saya. Jujurnya saya memang tak kuat dah. Saya tanya budak-budak lain yang ada di sekeliling tu, kata mereka dah panggil ambulan, polis dan bomba dah,” kata Syed Mohamad yang terus menambah, selepas dirinya menutup satu dari jenazah yang berada di tepi pembahagian jalan itu, dirinya terus menuju kereta kerana tidak kuat menyaksikan peristiwa amat sedih ini.
“Perasaan saya ketika itu sedih campur marah. Bercampur baur sangat-sangat. Semoga Allah beri kekuatan buat abang yang diuji itu. Sungguh berat ujian di hadapinya.
Tambahnya lagi, pemandu trelar berkenaan ada membawa dua orang anak dan isteri dalam kenderaannya. Malah dia sendiri takut dengan kejadian yang baru menimpa itu.
“Saya suruh dia ambil anak-anaknya duduk di tepi jalan. Entahlah, rasa geram pun ada. Difahamkan ada seorang makenik yang meninggal dari dua orang yang datang baiki kenderaan rosak tu. Meninggal ketika membuat kerja kebajikan, insya Allah khusnul khotimah.
Ini antara kenderaan terlibat dan remuk selepas dirempuh treler berkenaanKemalangan ngeri ini melibatkan empat kenderaan lain di saat dalam keadaan negara dilanda hujan semalam semalamSebahagian kenderaan yang rosak
Semoga Allah tempatkan roh mereka di kalangan orang-orang beriman,” katanya yang mengakui kali ini kakinya lembik menyaksikan kemalangan ngeri ini. Pertamanya satu keluarga dengan anak-anak yang masih kecil meninggal dunia. Habis semuanya dalam sekelip mata.
Tulisnya lagi, jangan lupakan doa berangkat memulakan perjalanan. Mudah-mudahan Allah lindung kita semua. Aamiin humma aamiin.
Dalam pada itu, memetik laporan Harian Metro, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, kemalangan membabitkan dua Proton Wira, sebuah Perodua Axia dan sebuah treler.
Beliau berkata, sepasukan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dan BBP Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 11.42 malam untuk operasi menyelamat.
“Nahas membabitkan 17 mangsa, yang mana 10 daripadanya disahkan meninggal dunia.
“Mangsa yang maut adalah seorang lelaki dan seorang wanita, manakala lapan lagi membabitkan lima kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi bomba bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas.
“Sebuah kren digunakan untuk mengangkat treler terbabit. Semua mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis. Bagaimanapun, 10 mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.
Menurut Norazam, operasi ditamatkan pada 2.40 pagi.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Setiap hari jangan lupa selit doa ini, agar hati kita reda dengan ujian Allah. Hidup kita tidak lari daripada ujian, tapi percayalah setiap ujian yang mendatang pasti ada sebabnya.
Sama ada Allah ingin menghapuskan dosa-dosa atau Dia mahu mengangkat darjat kita. Tidak semestinya ujian yang datang adalah musibah, kerana kadang-kadang Allah datangkan pelangi selepas ujian.
Ikuti perkongsian Puan Nurlia Mohd Nor tentang doa ringkas yang mampu kita tenang dan reda dengan setiap Ketentuan Allah SWT. Jangan lupa amalkan.
Ada satu doa yang Abah pernah ajar agar kita reda dan terima apa juga yang Allah sudah atur untuk kita. Simple saja doanya,
“Jika itu yang terbaik untuk ku Engkau permudahkanlah, jika tidak Engkau tunjukkanlah jalan lain yang terbaik…”
Bila kita berpegang pada doa ini kita akan faham dan reda bahawa tak semua yang kita nak itu terbaik pada pandangan Allah. Baik untuk orang lain, tak semestinya baik untuk kita. Begitu juga sebaliknya.
Selit Doa Ini
Ada satu peristiwa yang saya yakin dalam hidup saya ada hikmahnya yang tersendiri. Saya pernah minta untuk menjadi guru melalui program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI).
Bayangkan 3 kali minta tak lepas. Semasa mengandungkan si kembar saya usung perut bawa mereka untuk ujian bertulis, selepas mereka sudah dilahirkan pun saya usaha lagi tapi ternyata peluang menjadi guru bukan rezeki saya.
Tapi…
Di sebalik itu sebenarnya ada hikmah yang tersembunyi. Tak dapat jadi guru saya memilih untuk menjadi surirumah dan menjadi guru kepada anak- anak. Saya sentiasa ada bersama mereka di waktu mereka memerlukan.
Agar Hati Kita Reda
Hidup dengan gaji suami seorang banyak mengajar saya untuk berjimat cermat. Taklah mewah tapi cukup. Ada tempat tinggal, ada makan minum dan pakaian itu sudah buat saya bersyukur.
Dan perkara paling mengembirakan saya adalah apabila saya dapat menjaga kedua orang tua sampailah sekarang walaupun yang tinggal hanyalah Abah seorang setelah Mak meninggal pada tahun 2019.
Dengan Ujian Allah
Kena yakin setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang kita tak nampak. Tak semesti yang kita nak itu terbaik untuk diri kita dan begitu juga sebaliknya. Sebab itu jangan lupa selitkan setiap hari dengan doa ini.
“ Jika itu yang terbaik untuk ku Engkau permudahkanlah, jika tidak Engkau tunjukkanlah jalan lain yang terbaik…”
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...