Assalamualaikum. Saya mempunyai soalan. Apakah hukum kita mengambil wudhu’ dalam keadaan tidak berpakaian?
Jawapan:
Waalaikumussalam wbt,
Alhamdulillah, segala puji dan syukur diucapkan kepada Allah SWT, selawat dan salam kami panjatkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kepada ahli keluarga Baginda, para sahabat, serta golongan yang mengikuti jejak langkah Baginda Rasulullah SAW sehingga hari kiamat.
Dari segi bahasa, wudhu’ ialah nama bagi sesuatu perbuatan menggunakan air pada anggota-anggota tertentu. Manakala dari segi syara‘ pula, wudhu’ bermaksud membersihkan sesuatu yang tertentu dengan beberapa perbuatan yang tertentu yang dimulakan dengan niat, iaitu membasuh muka, membasuh kedua-dua belah tangan, menyapu kepala dan akhirnya membasuh kedua belah kaki dengan syarat-syarat dan rukun-rukun yang tertentu (rujuk al-Budur al-Tali`ah Syarh Risalah al-Jami`ah, m/s 123).
Merujuk kepada soalan di atas, suruhan untuk menutup aurat ketika mengambil wudhu’ tidak ada dinyatakan sebagai satu perkara wajib atau sunat untuk dilakukan. Akan tetapi, di dalam bab mandi ada dinyatakan bahawa menutup aurat adalah satu daripada perkara sunat. (rujuk kitab al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah, m/s 120).
Namun begitu, ia berlainan pada keadaan mengambil wudhu’ atau mandi tanpa berpakaian di tempat awam, maka hukumnya jelas wajib untuk menutup aurat. Ini berdasarkan kepada Hadis Nabi SAW:
Maksudnya: Saya bertanya: “Wahai Nabi Allah, aurat kita manakah yang harus kita tutup dan manakah yang boleh kita nampakkan?” Nabi menjawab: “Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau hamba wanitamu.” Saya bertanya: “Jika lelaki bersama lelaki?” Nabi menjawab: “Jika engkau mampu agar auratmu tidak dilihat oleh sesiapa maka (usahakan) jangan sampai ada orang yang boleh melihatnya.” Saya bertanya: “Wahai Nabi Allah, jika berada dalam keadaan sendirian?” Nabi menjawab: “Allah lebih berhak baginya untuk malu terhadapNya daripada (malu) terhadap manusia”.
Hadis riwayat al-Tirmidzi (no. 2769)
Menurut mazhab Syafie, wajib kepada seseorang muslim yang berada di dalam keadaan bersendirian dan ditempat yang tertutup untuk menutup aurat. Pandangan ini juga disokong oleh ulama’ dari kalangan Hanafi dan Hanbali. Adapun begitu, dari kalangan Ulama’ mazhab Maliki mereka menyatakan sunat untuk menutup aurat ketika berada dalam keadaan bersendirian dan ditempat yang tertutup (rujuk kitab Mausuah Fiqhiyah Quwaitiyah, 24/176)
Ads
Namun begitu, dibenarkan seseorang itu untuk tidak menutup aurat ketika bersendirian dengan syarat ia perlu disertakan dengan hajat seperti mandi atau untuk menyejukkan badan (rujuk kitab Mughni Muhtaj, m/s 185).
Justeru, dalam keadaan tidak memakai pakaian ketika wudhu’ adalah sah tetapi tidaklah dilakukan di tempat terbuka atau dilihat oleh orang lain. Begitu juga sepatutnya seseorang Muslim hendaklah menjaga maruahnya dan tidak mendedahkan aib diri sendiri di hadapan orang lain.
Walaupun sah wudhu’nya tetapi dia berdosa kerana mendedahkan aurat kepada orang yang haram melihatnya.
Bahkan Rasulullah SAW bersabda:
الحَيَاءُ مِن الإِيمَان
Maksudnya: “Malu itu sebahagian daripada Iman.”
Ads
Hadis Riwayat Bukhari (no. 24)
فَاللَّهُ أَحَقُّ أَنْ يُسْتَحْيَا مِنْهُ
Maksudnya: “Allah lebih berhak baginya untuk malu terhadapNya daripada (malu) terhadap manusia”
Hadis riwayat al-Tirmidzi (no. 2769)
Walaupun tidak dinyatakan sebagai perkara sunat atau wajib menutup aurat ketika mengambil wudhu’, tetapi adalah lebih baik dan utama untuk menutup aurat sepertimana yang disunatkan ketika mandi.
Berketurunan cucu Rasulullah SAW, seorang ulama hadith ternama Mesir Al-Muhaddith Syeikh Mustafa Abu Sulayman al-Nadwisempat meluangkan masa bertemu sahabatnya, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri di sebalik kesibukan masanya semalam.
Hal gembira ini dikongsikan oleh bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ini di fbnya semalam dan meraih lebih 6.2 k tanda suka akan berita gembira ini.
Kongsinya :-
“Tengahari ini saya ke Nasyrul Quran Putrajaya bagi meraikan ketibaan Al-Muhaddith Syeikh Mustafa Abu Sulayman al-Nadwi, sahabat saya yang juga ulama’ besar hadith di Mesir.
Malaysia adalah umpama rumah kedua Syeikh kerana ramai anak muridnya berada di sini. Semoga Allah SWT memanjangkan umur Syeikh untuk terus menyumbang bakti kepada ummah,” tulis Datuk Dr Zulkifli semalam.
Dipetik dari perkongsian Utusan Online, dimaklumkan Al-Muhaddith Syeikh Mustafa Abu Sulayman al-Nadwi atau nama sebenarnya Abdul Karim as-Sayyid al-Badawi Ahmad Sulayman, dilahirkan di perkampungan Sanbakht Aga, wilayah Mansurah, Mesir pada 19 Mei 1955.
Bapa beliau merupakan ulama qiraat dan syeikh tarekat al-Qahwajiah al-Syazuliah dengan nasab keturunan yang bersambung terus kepada Husain Ali, iaitu cucu Nabi Muhammad SAW.
Syeikh Mustafa ialah anak bongsu daripada empat adik-beradik dan beliau pernah memasuki sebuah sekolah sains di Mesir dengan cemerlang dalam fizik, kimia, biologi dan matematik.
Meskipun asalnya mahu menjadi doktor perubatan, namun, beliau melanjutkan pengajiannya dalam bidang agama dan memperoleh ijazah doktor falsafah (PhD) di Darul Nadwah, Mesir.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Hari ini, Jumaat bersamaan 16 Syawal 1442 H tepat jam 5.16 minit petang, berlaku fenomena Istiwa A’dzam Istiwa A'dzam ialah kedudukan Matahari tepat berada di atas Kaabah (12:16 PM waktu Mekah). Fenomena ini berlaku dua kali dalam setahun. Oleh itu, seluruh umat islam di Malaysia berpeluang untuk menyemak ketepatan arah kiblat di premis atau kediaman masing-masing.
Kita boleh menyemak arah kiblat dengan menggunakan objek-objek tegak dan lurus sebagai alat pengukur bayang-bayang objek. Pastikan cuaca dalam keadaan baik (tidak mendung/hujan) supaya bayang-bayang objek jelas kelihatan dan mudah untuk ditanda. Kaedah semakan boleh merujuk kepada infografik yang disediakan dan pastikan waktu yang dirujuk diselaraskan dengan waktu sirim.
Selesai membuat penandaan arah kiblat, maka bolehlah menyemak semula arah kiblat yang sedia ada atau membuat semakan arah kiblat di aplikasi telefon pintar masing-masing. (tertakluk kepada keadaan fungsi sistem GPS di telefon dan gangguan magnet disekitarnya).
Bagaimana semakan arah kiblat boleh dilakukan?
Panduan Membuat Semakan Arah Kiblat
1. Dirikan satu objek lurus seperti tiang sebaik-baiknya di tanah lapang.
2. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakkannya boleh diletak tali yang diikat pemberat dihujung tiang berkenaan.
3. Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung dari sinar matahari.
4. Penyemakan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktunya. Sila rujuk waktu SIRIM
Video Cara Semak Arah Kiblat yang betul ketika Istiwa Azam @ https://youtu.be/iBfx44xtQ8Q Coordinate Kaabah – 21.4225° N, 39.8261° E
Bagi yang baru berpindah rumah,28 Mei dan 16 Julai adalah hari yang tepat untuk membuat semakan arah kiblat. Sumber :Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Pelbagai pengalaman diperolehi bagi penunggang atau rider makanan yang menjalankan perkhidmaatn penghantaran makanan kepada pelanggannya.
Viral baru-baru ini apabila seorang rider telah barkongsi satu gambar memaparkan nota ringkas dari pelanggannya yang telah membuatkan ramai tersentuh hati.
Menerusi perkongsian di laman twitter @IjamShahnon yang merupakan seorang rider menghantar makanan telah menunjukkan gambar upah berupa tip RM50 diterimanya dari seorang wanita.
Apa yang menyentuh hatt apabila ada selitan nota dari wanita ini yang memohon agar rider berkenaan mendoakan dirinya dikurniakan zuriat secepat mungkin.
Menurutnya dia telah menunggu hampir tiga tahun untuk mendapatkan anak.
Wanita itu juga turut memberi doa bat semua rider agar sentiasa selamat dan berada dalam lindungan Yang Maha Esa.
Sebaik di muat naik status berkenaan dengan mendapat like lebih 15K dan butang retweet lebih 11K, rata-rata warganet mengharapakan dia mendapat apa yang dihajati selama ini.
Malah mereka turut mendoakan agar doa dan hajat wanita ini dimakbulkan Allah untuk memperoleh zuriat yang soleh dan solehah.
Semoga dikurnia zuriat yang jadi pnyejuk mata
Moga impian dan doa termakbul
Sentiasa semua rider berada dalam lindungan Allah
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Download movie antara perkara yang biasa dilakukan oleh kebanyakan kita. Macam-macaam cara dilakukan asal dapat menonton movie terbaru secara percuma tanpa mempersoalkan tindakan yang...