Begitu juga dengan penyanyi Alyah yang memohon maaf secara terbuka di media sosialnya terhadap apa juga kesilapan yang dilakukannya. Sama ada yang mengenali atau tidak menyukai dirinya.
Menurutnya sebagai manusia biasa yang hari-hari membuat dosa. Jadi menjadi tanggungjawab untuk terus kekal berusaha menjadi terbaik di mata Allah SWT.
Alyah turut mengucapkan selamat hari raya aidladha dan mengingatkan orang ramai untuk terus bersilaturrahim dan menjaganya kerana Allah SWT.
Lama abang rancang, sambut ulang tahun ummi. ‘Akhirnya, hari lahir ummi diiringi dengan pemergian anak sulungnya.’ – Uyaina. Sebak sungguh hati Uyaina bila abangnya pergi buat selamanya secara mengejut.
Benarlah bila tiba ajalnya tidak akan terlambat walaupun sesaat. Salam takziah buat Uyaina dan seluruh keluarga allahyarham.
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad, 29, memaklumkan, dia baru sahaja kehilangan abangnya, Mohd Attaful Uzair yang meninggal dunia akibat serangan jantung.
Menurut Uyaina, arwah abangnya menghembuskan nafas terakhir ketika melakukan aktiviti berbasikal, malam tadi.
Sambut Ulang Tahun Ummi
“Rasa terlalu perit dan sakit untuk diungkapkan dengan kata-kata. Saya kehilangan seorang insan yang terlalu baik.
“Baru semalam kami berjumpa. Makan, bersembang dan ketawa bersama-sama . Macam-macam juga dia pesan. Dia risaukan adiknya yang akan bersalin. Rupa-rupanya, dia yang pergi dulu.
“Rasa tidak percaya dia sudah tiada. Terlalu awal dia pergi. Sama usia dengan arwah baba (bapa) ketika meninggal dunia,” katanya.
Akhirnya, Hari Lahir Ummi
Jelas Uyaina dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram, pagi tadi.
Tambah Uyaina, dia terkilan kerana hasrat arwah abangnya untuk meraikan hari ulang tahun kelahiran ibu mereka tidak kesampaian.
“Saya kehilangan darah daging yang terlalu kami sayang. Hari ini, 19 Ogos adalah hari jadi ummi.
“Lama dia rancang nak sambut ulang tahun ummi. Akhirnya, hari lahir ummi diiringi dengan pemergian anak sulungnya. Allahuakbar,” katanya.
Diiringi Dengan Pemergian Anak Sulungnya.’ – Uyaina
Tambah Uyaina lagi, arwah abangnya yang juga doktor di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, di sini, adalah insan berhati mulia dan selalu menjadi contoh terbaik buat mereka.
“Orang baik selalu pergi dulu. Dia sangat baik, terlalu baik. Anak yang baik. Abang yang baik. Suami yang baik. Ayah yang baik.
“Selepas arwah baba meninggal dunia, dia jadi ketua keluarga. Dari kecil lagi, dia sudah tunjukkan contoh yang baik untuk kami adik-beradik. Dia masuk asrama, kami semua pun nak masuk asrama.
“Abang berjaya dalam pelajaran, kami juga mahu berjaya dalam pelajaran. Dia sentiasa dahulukan ummi. Kami adik-beradik berebut nak berbakti kepada ummi. Dia juga pemurah dan penyayang.
“Abangku Uzair, semoga syurga menantimu. Minta kalian semua hadiahkan Al-Fatihah buat Mohd Attaful Uzair Arshad. Doakan juga kesejahteraan dan kekuatan buat isteri dan anak-anaknya,” katanya.
Kashoorga : Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosanya dan menempatkan arwak di kalangan orang beriman. Amin. Al-Fatihah.
Siapa yang tidak mengenali Pendakwah Bebas, Ustazah Asma Harun yang bukan sahaja bijak berbicara setiap kali berceramah menyebarkan ilmu, tetapi beliau juga mempunyai personaliti menarik serta kecantikan semulajadi pada wajahnya.
Melihat pada senyumannya, lontaran bait kata yang keluar dari suaranya menyerlahkan penampilan sebenar pendakwah yang cukup viral di media sosial.
Menerusi perkongsian seorang wanita, Amina Jasmine muat naik posting memuji sikap dan penampilan penceramah tersebut yang begitu menjaga kehormatan diri.
Tanpa mekap tebal sekadar wajah polos dengan hijab labuh dan jubah longgar yang menjadi pilihannya tetap menyerlah aura ibu kepada tujuh cahayamata ini.
Bila tgk wajah ustazah asma harun…tiada secalit make up diwajahnya….tp wajahnya berseri…senyuman nya indah….
Lihat pakaiannya…pakaiannya melindungi dia dr mata2 lelaki yg suka melihat bentuk tubuh wanita..dan akhirnya wanita dan lelaki tersebut bakal ahli neraka….krn masing2 tidak menjaga aurat dan pandangan…
Teringat kata2 nya…biarlah manusia tidak memandang kita…asalkan Allah pandang kecantikan akhlak kita dan syurga itu lebih indah dr pujian dan perhatian didunia ni….. saya sedang buang satu2 baju yg sy rasa2 x cukup longgar…seluar2 yg tampak bentuk kaki…tudung2 yg singkat2….
sy bukan remaja…saya hampir 40an….dan byk khilaf2 sy yg dulu,dlm menyelusuri hidup ni….tak terbilang….maka sy ingin cari redha Allah….bukan hanya dgn kata2…tp dengan amal dan melaksanakannya…
Sy nak ajak sahabat perempuan sy semua….jom kita tutup aurat kita….pakai tudung shj tp pakaian kita masih ketat here n there…lelaki bkn mahram lihat bentuk badan kita dan mereka terbygkan lain..nauzubillah….
Belajar la tutup aurat dgn sempurna…kecantikan seorg isteri adalah bila dia menjaga kehormatan diri nya hanya utk suaminya shj…bkn utk lelaki lain…
Wallahualam #ustazahasmaharun Nukilan dari hati sy yg paling dlm buat sahabat2 semua….semoga kalian kuat utk berubah demi redha Allah…
Hidup dan mati kita semua ditentukan Allah. Usia muda atau tua bukan faktor penentu kita menemui ajal.
Ada yang meninggal di usia muda kebetulan pula berharta dan malang lagi tidak sempat uruskan pembahagian harta terutama untuk isteri, suami dan anak-anak tercinta.
Di kalangan orang Melayu Islam kita, bab harta pusaka ini sememangnya menjadi agak sensitif untuk dibawa bincang ditambah pula pemilik harta baharu meninggal dunia. Tidak kiralah suami yang baru anda kahwini mahupun ayah atau ibu yang terlantar sakit meninggal dunia.
Tak pelik ada kes berebut harta di kawasan perkuburan, putus tangan disabit, maut ditetak, cedera disimbah asid dan petaka lain lagi dek kerana harta pusaka yang tidak diurus awal oleh si mati.
Bertambah malang jika kita baharu sahaja mendirikan rumahtangga, suami tak sempat uruskan hartanya akhirnya kita berputih mata.
Diriwayatkan dari Salim, dari Ibn ‘Umar r.a., bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah pantas seorang Muslim yang mempunyai sesuatu akan diwasiatkan lalu dia tinggal sampai tiga malam. Kecuali wasiatnya itu telah tertulis padanya. “ Abdullah bin ‘Umar r.a berkata,”Sejak saya mendengar Rasulullah SAW bersabda demikian, tidak ada satu malam pun berlalu, kecuali saya telah menulis wasiat saya,” (5:70-Shahih Muslim)
Untuk anak-anak muda atau sesiapa sahaja, pastikan anda ambil tahu hal ini, kerana hak anda pun ada pada harta pusaka itu.
Gambar sekadar hiasan.
Salah Tanggapan
Sebahagian dari masyarakat beranggapan bahawa adalah tidak wajar membahagikan harta pusaka terlalu awal, kononnya “tanah kubur masih merah”. Jika terdapat salah seorang waris yang menyarankan agar pembahagian dan penyelesaian harta itu dibuat dengan segera, biasanya dia akan dipandang serong oleh waris-waris yang lain, dituduh sebagai tidak beradab, tidak menghormati si mati dan sebagainya.
Untuk mengelakkan perkara ini, akhirnya semua waris mengambil sikap berdiam diri dan menanti-nanti bilakah perkara itu akan diselesaikan dan siapakah yang patut memulakannya.
Anak sulung yang selalunya menjadi tumpuan hanya berdiam diri. Penantian ini kadangkala memakan masa yang lama sehingga bertahun-tahun. Ini adalah satu tanggapan yang salah dan bertentangan dengan syarak kerana pembahagian pusaka perlu disegerakan supaya dapat ditentukan hak waris-waris.
Terlalu Bersopan
Masyarakat Melayu terkenal dengan sifat bersopan santun yang tinggi nilainya. Mereka amat berhati-hati agar tidak dikatakan orang sesuatu yang tidak baik terhadap mereka. Dalam kes penyelesaian harta pusaka ini umpamanya, masing-masing takut untuk bersuara, bertanyakan tentang harta pusaka nanti akan dituduh berkehendakkan harta, tamakkan harta.
Justeru itu masing-masing membiarkan harta pusaka tersebut sehingga sekian lama tanpa menyelesaikannya. Dengan bersifat demikian, mereka telah mengabaikan tanggungjawab mereka untuk membahagikan pusaka, sekaligus mereka juga telah mengabaikan tuntutan agama supaya menyegerakan pembahagian pusaka.
Dengan ini bermakna mereka telah mengenepikan agama semata-mata kerana adat bersopan santun yang bukan pada tempatnya.
Kekurangan pengetahuan dan maklumat ini boleh ditafsirkan kepada dua maksud. Pertama, waris-waris tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang proses pembahagian harta pusaka sama ada dari segi hukum atau undang-undang. Mereka tidak tahu apakah yang harus mereka lakukan, ke mana dan kepada siapa harus dikemukakan perkara tersebut.
Kedua, mereka tidak tahu tentang risiko dan implikasi dari tindakan mereka menangguh-nangguhkan pembahagian harta pusaka. Mereka menganggap tidak ada apa-apa kesan dari segi hukum mahupun undang-undang.
Sikap Tidak Apa atau Tidak Prihatin
Tanggapan bahawa tugas menyelesai harta pusaka ini merupakan satu tugas yang remeh temeh. Mereka mengambil sikap endah tak endah (adamant attitude) dan menganggap bahawa menangguhkan penyelesaian harta pusaka ini tidak mendatangkan sebarang kesan, baik dari segi hukum atau undang-undang. Mereka tidak prihatin terhadap tuntutan agama yang menuntut mereka agar menyegerakan pembahagian pusaka.
Sebab itulah kadangkala harta pusaka itu dibiarkan sehingga begitu lama tidak diselesaikan. Mereka hanya mahu menyelesaikannya apabila sesuatu yang menguntungkan bakal menemui mereka, misalnya apabila harta tersebut hendak dijual, digadai atau diambil balik oleh kerajaan dan mendapat wang pampasan.
Selalunya keadaan demikian berlaku ke atas hartanah. Mereka tidak mempunyai rasa tanggungjawab untuk menyelesaikannya, kerana tanah tidak ke mana. Selagi tidak terdesak selagi itulah tanah tersebut dibiarkan.
Pertelingkahan Di Kalangan Waris-waris
Pertelingkahan sesama waris juga merupakan salah satu sebab mengapa harta pusaka dibiarkan dan tidak diselesaikan dengan segera. Pertelingkahan mungkin wujud sebelum berlaku kematian dan berlarutan. Apabila berlaku kematian, waris-waris yang bertelingkah itu tidak dapat bersua muka di antara satu sama lain apatah lagi bertanya khabar tentang harta pusaka atau berbincang mengenainya.
Pertelingkahan mungkin juga wujud selepas kematian. Mungkin ada di antara waris-waris yang tidak puas hati di dalam sesuatu perkara semasa pengurusan jenazah misalnya atau ada yang sengaja untuk cuba menguasai atau membolot harta-harta simati untuk kepentingan dirinya sendiri. Ini berlaku akibat dari rasa tamak dan haloba dan kadangkala sayangkan harta itu supaya tidak jatuh ketangan orang lain. Akibatnya harta pusaka tidak dibahagi dan dibiarkan.
Gambar sekadar hiasan.
Tidak Puas Hati Dengan Sikap Simati
Ini salah satu sebab yang juga menyumbang kepada kelewatan penyelesaian harta pusaka tetapi kurang diberikan perhatian. Ada kes yang berlaku, di mana waris-waris tidak puas hati dengan sikap simati semasa hayatnya yang tidak berlaku adil terhadap anak-anaknya. Ada anak yang diberi layanan dan perhatian baik dan ada yang sebaliknya.
Ada juga anak yang telah diberi hibbah (pemberian semasa hidup) dan ada yang tidak diberi, atau diberi tetapi secara tidak adil dan berbagai perkara lagi. Hal-hal seumpama ini juga akan menyebabkan sebahagian waris merasa jauh hati dan tidak memberikan perhatian yang sewajarnya kepada penyelesaian harta pusaka itu.
Tidak Mahu Harta Berpindah Kepada Orang Lain
Mengikut satu kajian yang dilakukan oleh seorang Pegawai Pembahagian Pusaka yang membuat ijazah sarjana mendapati, 81% daripada waris-waris yang disoal siasat mempunyai hubungan yang baik dengan waris yang lain, dan tidak mempunyai apa-apa masalah yang boleh mengakibatkan berlakunya kelewatan permohonan untuk menuntut pusaka, tetapi apabila disoal siasat beliau mendapati sikap pemohon itu sendiri yang menyebabkan berlakunya kelewatan di mana ada di kalangan mereka yang tidak mahu menyusahkan diri, berasa selesa dengan keadaan semasa.
Mereka ini adalah di kalangan orang yang mendudukki tanah pusaka atas nama simati. Mereka menjadi berat hati dan takut untuk memohon pusaka kerana takut tanah yang didudukki mereka akan dituntut oleh waris-waris lain. Oleh yang demikian untuk mengelakkan wujudnya hubungan tidak mesra di antara waris, maka lebih elok tanah tersebut kekal dengan nama si mati.
Menaruh Harapan Kepada Anak Sulung
Kajian juga mendapati seramai 55% daripada waris yang disoal mengakui dan bersetuju bahawa mereka mengharapkan waris yang tertua (anak sulung) yang akan membuat tuntutan harta pusaka. Waris lain hanya tunggu dan lihat. Oleh kerana anak sulung tidak mengambil apa-apa tindakan, berlakulah kelewatan dalam permohonan pusaka.
Seronok beraya, pergi rumah terbuka bertemu saudara mara dan rakan taulan tapi tanpa sedar kita turut sama melakukan dosa.Dikongsi oleh Ustazah Asma' Harun, terdapat...