
Solat adalah hubungan kita dengan Allah. Bahkan solat merupakan komunikasi spiritiual manusia dengan Allah SWT. Ibadah ini mempunyai kedudukan yang sangat penting dalam agama yang tidak boleh ditandingi oleh agama lain.
Solat adalah penanda aras amalan seseorang, kualiti amal seseorang ditentukan oleh solatnya. Hal ini disebut dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan Abu Daud dan at-Tirmidzi: “Hal pertama yang akan dihisab kelak pada hari pembalasan adalah solat. Apabila baik solatnya, maka akan baik pula amalan yang lain. Akan tetapi apabila solatnya rosak, maka akan rosak semua amalan yang lain.”
Bahkan solat juga disebut sebagai tiang agama. Dalam satu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Baihaqi: “Solat itu tiang agama (Islam), maka sesiapa mendirikannya maka ia telah mendirikan agama; dan sesiapa meninggalkannya, maka sungguh ia meruntuhkan agama.”
Sebagai hambaNya, bila kita menjaga solat maka insya Allah kita mampu menjaga hubungan lain termasuk tidak mudah terpesong pendirian.
Tindakan sekumpulan gadis yang mendahului solat sebelum berhibur ternyata mendapat pelbagai respon. Ada menyifatkan ianya baik kerana circle positif dan tak kurang juga yang mempersoalkan kebersihan pusat karaoke tersebut.
Menurut pemilik akaun @n4bbyy, dalam mencari keseronokan, hubungan dengan Allah perlu dijaga. Ia perlu menjadi keutamaan dan itulah dilakukan oleh mereka sebelum berkaraoke di studio tersebut.

Sememangnya ibadah ini boleh dilakukan di mana saja asal suci.
https://www.tiktok.com/@n4bbyy/video/7114137918305832193?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6973624686812366338
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Hati-Hati Sentuh Bab Jodoh Orang, Citarasa Manusia Berbeza”! Teguran Terbuka Dr Harlina Siraj Untuk Semua

Ternyata isu buat bodoh-bodoh untuk urusan jodoh menerima pandangan pelbagai pihak. Terkini, Pakar Runding Obstetriks dan Ginekologi (O&G), Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Hj Siraj mengulas isu ini dan seharusnya semua pihak lebih berhati-hati dalam memperkatakan urusan jodoh orang lain.
Bacalah dengan sudut pandangan mata hati kerana itu lebih baik dari menurut hawa nafsu.
BAB KEPIMPINAN LELAKI & URUSAN JODOH WANITA
Hari ini saya dihujani perkongsian beberapa rakan, mengenai kenyataan Bonda Prof Datuk Dr Muhaya dalam satu sedutan video berdurasi 56 saat yang menyentuh perihal kepimpinan lelaki dan urusan jodoh wanita.
Dalam video pendek itu ( https://youtu.be/iCrwdr6pkII) , Prof Muhaya membangkitkan beberapa perkara :
- Perlunya menghargai dan meraikan (celebrate) kepimpinan lelaki sebagai ketua, walau setinggi mana pun kedudukan dan berpangkat besarnya seorang wanita. Alasan yg diberikan : Lelaki tetap menjadi imam dalam solat berjamaah (walaupun pangkat rendah) dan semua Nabi2 juga adalah lelaki.
- Larangan kepada wanita supaya jangan sibuk2 nak bebaskan diri (liberate) dan mahu demand kedudukan supaya sama dan setaraf dengan lelaki.
- Pandangan mengenai naiknya tahap hormon testosteron bila wanita sibuk nak buat apa yg lelaki buat. Bila testosteron tinggi – wanita nak drive, nak achieve dan nak independent, akhirnya menyebabkan wanita itu lambat bertemu jodoh.
- Lelaki suka wanita yg lembut2, high estrogen, mengharapkan, perlu ditolong, biarlah macam bodoh2 sikit.
- Siapa yang lambat jodoh tu, kena tengok karakter masing2.
Reaksi spontan selepas selesai menonton video itu – Dr Har rasa kaget, terkejut besar dan kecewa bercampur-baur dengan apa yang dinyatakan. Dr Har memahami mengapa ramai warga netizen yg turut merasa terkilan.
Malahan pastinya ada yg tersinggung, terguris dan berkecil hati – khususnya bila aspek sensitif spt jodoh disentuh secara langsung, tanpa berlapik dan berselindung.
Terus Dr Har hubungi sendiri Prof Muhaya dan tim beliau untuk mendapatkan pengesahan sama ada video tersebut asli dan original. Tabayun atau clarification ini Dr Har anggap sangat penting sbgmn yg disarankan dalam Al Quran (Al Hujurat : ayat 6) untuk menyemak sumber berita, dan mengesahkannya sebelum membuat sebarang kesimpulan dan keputusan.
Dr Har difahamkan video itu merupakan sedutan dari sesi pengisian ilmu yang Prof Muhaya pernah sampaikan. Dr Har tiada maklumat mengenai tajuk besar sesi perkongsian ilmu tersebut, dan apa yg menjadi fokus perbincangan sebelum dan selepas segmen yg menyentuh bab kepimpinan lelaki dan urusan jodoh wanita tersebut.
Berikut adalah pendirian Dr Har berkaitan isu yang berbangkit :-
- Kepimpinan adalah amanah yg dipikul secara kolektif oleh semua lelaki & wanita. Rujukan hadis Rasulullah SAW yg diriwayatkan oleh Muslim : “Ketahuilah setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan diminta pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpin. Dlm beberapa urusan khusus yg telah digariskan di dalam AlQuran & Hadis – lelaki diberi tanggungjawab memimpin keluarga (qawama) – sbg suami dan bapa yang menjaga dan menyediakan keperluan ahli keluarganya, menjadi ketua pembangunan spiritual famili sebagi imam solat berjamaah ; kewajipan yg mesti dilaksana dan tanggungjawab yang akan dipersoalkan di akhirat. Qawama bukanlah keistimewaan & kelebihan utk disalah guna dan alasan untuk menindas atau menganiaya.
- Selepas tanggungjawab kepimpinan dan setiap peranan dilaksanakan dengan sebaiknya, setiap lelaki dan wanita berhak mendapatkan pengiktirafan terhadap sumbangan masing2. Hak2 ini mesti dipenuhi dan dihormati pula oleh orang lain. Kesetaraan dan kesaksamaan ini yang amat perlu digapai dalam keluarga sehingga lahir hubungan harmoni yang berdasarkan rasa percaya-mempercayai dan saling hormat yang tinggi terhadap potensi dan kebolehan setiap seorang – baik lelaki mahupun wanita. Kesetaraan, kesaksamaan dan keadilan ini yang mesti diperjuangkan oleh setiap individu.
- Bukannya secara bertanding dan bersaing dengan kaum yang berlainan jantina, yang dianggap jauh lebih baik, mulia dan hebat. Emansipasi, liberasi atau usaha pembebasan wanita seperti itu sudah lapuk ditelan zaman. Kaedah ini berasaskan tanggapan lelaki lebih baik dari wanita, sehingga formula utk wanita berjaya, mestilah bersifat dengan ciri-ciri kelelakian. Lelaki & wanita sepatutnya saling membantu, berkolaborasi dan memanfaatkan kekuatan masing2 untuk kebajikan semua.
- Pernyataan mengenai naiknya tahap hormon testosteron bila wanita sibuk nak buat apa yg lelaki buat – ini belum pernah Dr Har temui dalam pembacaan ilmu perubatan dan pengalaman klinikal Dr Har setakat ini.
- Jodoh pertemuan di tangan Allah SWT. Lambat & cepat jodoh seseorang itu juga dlm ketentuan-Nya. Faktor tarikan & penolakan jodoh juga sangat subjektif dan tidak konsisten.
Sememangnya masih ramai lelaki yg lebih suka kalau psgn isterinya mempunyai ciri2 yg lebih rendah & kurang dalam segala aspek berbanding dirinya. Kurang rasa tercabar dan dicabar. Lelaki begini mungkin lebih suka isteri yang kurang cerdik dan sentiasa bergantung dengannya.

Namun terdapat lelaki yg lebih suka wanita yg independent, tegas & cerdik. Tidak lembut2, tidak manja serta tidak lemah gemalai. Tidak bodoh -bodoh – biarpun sedikit, apatah lagi kalau jelas kebodohannya. Pernah terbaca : The most attractive part of a woman, is her intelligence & wisdom! ( Bahagian seorang wanita yang paling menarik adalah kepintaran dan kebijaksanaannya)
Begitu juga bila wanita memilih suami, masing2 punya cita rasa yg berbeza. Dan wanita tidak perlu menjadi orang lain dan menyekat potensi akal serta diri yang dianugerahkan Allah SWT semata-mata untuk mempercepatkan jodoh dan dikahwini oleh seorang lelaki.
Manusia hanya mampu merancang, Allah SWT yang menentukan segalanya.
Dr Har sangat berharap agar kita semua lebih berhati-hati apabila menyentuh aspek jodoh pertemuan dan tidak dengan mudah @ secara simplistik, menyalahkan faktor2 yang sangat variabel seperti karekter, personaliti dan jangkaan seseorang semata-mata.
Semoga Prof Muhaya dapat menerima maklum balas Dr Har ini dengan terbuka, sebagai tanda persahabatan yang selama ini terjalin. Yang baik itu datangnya dari Allah SWT. Sementara yg silap dan salah itu, adalah lambang kekurangan Dr Har sebagai makhluk biasa.
Wallahu a’lam
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
4 Tahun Tuan Guru Nik Aziz Dalam Kenangan, Bekas Pelajar Maahad Ini Kongsi Amalan Zuhudnya Ketika Hayat

Siapa tidak mengenal ketokohan Mantan Menteri Kelantan, Allahyarham Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sangat dikagumi ramai.
Personaliti arwah yang sangat bersederhana dalam semua hal menyebabkan dirinya antara alim ulama yang sangat disegani dan disayangi ramai termasuk bangsa lain.
Dalam satu perkongsian di twitter menggunakan akaun @HarizHaiyyan, yang juga merupakan pelajar di Maahad Tok Guru Nik Abdul Aziz memberitahu amalan yang beiiau lakukan ketika hidup.
Untuk pengetahuan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz meninggal dunia pada 12 Februari 2015 dan pemergiannya ditangisi setiap kawan dan lawan.
Assalamulaikum okey i should start the story sikit jaaa . First of all maahad aku duduk .dulu ada satu masjid yang dibina untuk kegunaan semua . Ni laa masjid tuh
Maaf kalau cerita aku ada salah serba sedikit ka sebab aku nak cerita pasal ulama ni . Okey tuan guru nii seorang yang senyap memang tak banyak bercakap . Penampilan dia ni macam orang biasa seorang yang zuhud tapi dia punya aura lain macam kau nampak dia dari jauh
Kau nampak dia dari jauh pon kau semdiri boleh tersenyum sorang2 tanpa pikir apa2 bila kau tengok dia . Kau akan rasa sejuk hati masalah pon hilang ini tak tipu .
Kalau sembahyang subuh . Dia memang akan ada dekat situ sebelum masuk waktu mengaji quran . Saiz quran dia besar sangat . Tak silap aku handwriting rasanya . Itulah amalan dia time subuh . Habis subuh dia akan bagi tazkirah pagi subuh .
Kalau dia punya kuliah subuh ka apa kaa dia tak suka orang interupt dia punya ceramah paling dia tak suka orang yang bercakap .
Ada sekali tuh dia marah budak dok bercakap . Terkejut aku garang jugak tok guru nii . Dahtu budak tuh pon satu hal . Dia dok paling depan masa ceramah dok main2 sekali kna marah ngn aku terdiam aura dia marah orang tua2 pon senyap terkejut sebab jarang tengok ulama kita ni marah
Kalau sembahyang zohor dia paling suka lepas sembahyang dia akan tidur mengiring . Macam nabi pesan selepas zohor tidur kejap . Dia akan tidur tempat imam . Ni laa tempat dia selalu tidur paling sedih aku terfikir takda dah orang ganti tempat dia lepas nii . Memang ternyata
Pastuh dia ada selalu pesan kuliah agama nii paling berharga antara kita umag islam . Kalau orang tengah ceramah tak payah masuk sembahyang sunat dengar dulu ceramah . Kalau orang tengah khutbah tinggal dlu masuk duduk dengar dlu khutbah nak disampakan tuh itu kna pegang sampai
Bila2 . Pastuh dia pon ada pesan kalau jadi imam kalau ada orang tua uzur jangn baca panjang2 cukup laa sekadar surah lazim .
Lepas ni aku taknak basuh tangan dah nak pakai plastik jaa rindu gila memori tuh .
Hujung pintu sebelah tepi dekat sini laa dia selalu sembahyang sunat . Kitorang akan jumpa dan bersalam dengan dia dekat sinilah terkadang . Kadang kitorang set . Tak payah salam kalau nampak dia penat kesian sangat.

Pastuh biasa kitorang tengok dia duduk kat tangga rumah dia yang kecik seberang sikit dengan masjid . Selalu nampak dia duduk dekat situh . Aku pulak yang termenung gaji mahal . Tapi dia potong gaji dia untuk fakir miskin . Rumah dia biasa ja . Langsung tak sama dengan menteri
Lain sorry disini bukan burukkan menteri lain cuma perbezaan dia langit bumi betapa zuhudnya seorang pejuang agama nii.
lepas sembahyang kadang dia akan berzikir lama . Btway paling aku pelik dan tak pernah aku tengok kadang mulut dia tak berhenti berzikir bibir sentiasa bergerak tak payah pakai alat macam orang sekarang macam nak menunjuk tuh . Dia kadang pakai jari jaaa kadang takpakai apa2 pon
Paling aku suka bila habis ja dia akan pergi makan nasi bungkus dekat kedai paling kurang pon kat kedai depan sekolah aku pon dia pernah pergi aku pernah nampak dok pilih kuih bestnya ingat dulu2 . Kadang dia bawak balik nasi bungkus .
Alfatihah untuk arwah Tuan guru dia meninggal dengan tenang . Kami rakyat masa tahu satu family menangis . Ibarat takda dah cahaya untuk negeri kami . Semua pergi sambut . Jasad arwah . Betapa ramainya sampai jam depan rumah aku nak cakap jauh gila orang berkumpul
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Lepas Cerai Suami Boleh Dapat Balik Mas Kahwin, Ini Penjelasannya!

SOALAN :
Saya ada mendengar seorang sahabat bagi tahu jika berlaku perceraian sebelum lagi suami isteri duduk bersama maka suami akan mendapat semula mas kahwin yang telah diberikan kepada isteri. Betul atau tidak?

JAWAPAN :
Jika pasangan suami isteri bercerai sebelum berlaku persetubuhan dalam pernikahan tersebut dan telah ditetapkan jumlah mas kahwinnya maka suami mendapat kembali separuh dari maskawin yang telah diberikan dan separuh lagi milik isterinya.
Allah Taala telah berfirman :
وَإِنْ طَلَّقْتُمُوهُنَّ مِنْ قَبْل أَنْ تَمَسُّوهُنَّ وَقَدْ فَرَضْتُمْ لَهُنَّ فَرِيضَةً فَنِصْفُ مَا فَرَضْتُمْ
Ertinya : “Dan jika kamu sekelian menceraikan isteri-isteri sebelum dari bahawa kamu menyentuh akan mereka dan kamu sekelian telah menetapkan maskawin bagi mereka maka hendaklah kamu bayar separuh dari maskawin yang telah kamu tetapkan itu.” (Al-Baqarah : 237)
Berkata Imam Ibnu Kathir :
عن ابن عباس أنه قال في الرجل يتزوج المرأة، فيخلو بها، ولا يمسها، ثم يطلقها ليس لها إلا نصف الصداق لأن الله يقول { وَإِن طَلَّقْتُمُوهُنَّ مِن قَبْلِ أَن تَمَسُّوهُنَّ وَقَدْ فَرَضْتُمْ لَهُنَّ فَرِيضَةً فَنِصْفُ مَا فَرَضْتُمْ } قال الشافعي بهذا أقول، وهو ظاهر الكتاب.
Ertinya : “Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. sungguhnya beliau telah berkata pada masalah seorang lelaki yang menikahi seorang wanita dan tidak duduk bersamanya dan tidak menyentuhnya kemudian dia menceraikannya maka tiada bagi wanita itu melainkan separuh dari maskawinnya dari kerana sungguhnya Allah telah berfirman : Dan jika kamu sekelian menceraikan isteri-isteri sebelum dari bahawa kamu menyentuh akan mereka dan kamu sekelian telah menetapkan maskawin bagi mereka maka hendaklah kamu bayar separuh dari maskawin yang telah kamu tetapkan itu.”
Berkata Imam Syafie : Dengan inilah aku berkata dan ialah yang zahir dari Al-Quran.” (Tafsir Ibnu Kathir)
Artikel Berkaitan: Untuk Bakal Pengantin, Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Ambil Tahu Soal Mas Kahwin
Dan berkata Imam Al-Baghawi :
والمراد بالمس المذكور في الآية : الجماع واختلف أهل العلم فيما لو خلا الرجل بامرأته ثم طلقها قبل أن يدخل بها فذهب قوم إلى أنه لا يجب لها إلا نصف الصداق ولا عدة عليها لأن الله تعالى أوجب بالطلاق قبل المسيس نصف المهر ولم يوجب العدة وهو قول ابن عباس رضي الله عنه وابن مسعود وبه قال الشافعي رحمه الله

Ertinya : “Dan yang dikehendaki dengan menyentuh pada ayat ini ialah bersetubuh. Dan bersalahan ulamak pada masalah jikalau suami tidak bersama dengan isterinya kemudian diceraikannya sebelum dari bersetubuh dengannya maka telah berjalan oleh satu golongan kepada bahawa tidak wajib bagi perempuan tersebut melainkan separuh sahaja dari maskawinnya dan tidak ada bagi perempuan itu eddah kerana sungguhnya Allah telah mewajibkan dengan talak sebelum bersetubuh itu separuh maskawin dan tidak mewajibkan eddah. Dan ialah pendapat Ibnu Abbas r.a. dan Ibnu Mas’ud r.a. dan dengannyalah berpendapat oleh Imam Syafie r.a.’ (Kitab Ma’alim At-Tanzil)
Kesimpulannya suami yang belum bersetubuh sekurangnya sekali dengan isteri yang dinikahinya apabila berlaku perceraiannya hanya wajib membayar separuh dari nilai mas kahwin yang telah ditetapkan.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Artikel Berkaitan: Pu Azman : Antara Hantaran Kahwin & Mas Kahwin, Utamakan Yang Wajib
Kashoorga: Untuk mendapatkan kelengkapan kahwin di sini
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI