Menurut Wawa megakui rezeki mereka sekeluarga lebih terbuka luas selepas dirinya mengubah sikap dan menjaga hubungan dengan suami tersayang.
Ads
Malah Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin percaya mengutapakan pasangan dan keluarga merupakan kunci kebahagiaan mereka berdua.
“Saya selalu kongsi dalam seminar bahawa rezeki saya berubah 360 darjah selepas saya mengubah sikap. Sebelum ini saya suka bergaduh, sakitkan hati Aerin dan suka cari fasal.
“Kadang-kadang benda kecil pun nak diperbesarkan, Selepas saya ubah sikap, rezeki kami pun semakin baik.
“Apabila saya nilai semula, sekarang saya percaya kalau kita jaga hubungan dengan suami dan utamakan keluarga, Insya-Allah rezeki murah,” katanya.
Tidak menafikan, rumahtangga mereka pernah diduga ketika di awal mendirikan masjid, namun keduanya sentiasa bersabar dan berpegang pada prinsip sesebuah ikatan perkahwinan.
Aieril dan Wawa juga turut menyokong satu sama lain dan saling memaafkan satu sama lain.
Pasangan yang sering jadi perhatian masyarakat kerana sikap saling sayang menyayangi ini mendirikan rumahtangga pada 2013 dan kini bahagia dikurniakan tiga orang cahayamata.
Mengambil peluang boleh merentas negeri selepas diumumkan oleh pihak kerajaan, banyak pasangan pengantin mahu meraikan hari bahagia dengan keluarga tercinta dan sanak saudara yang tinggal jauh.
Sehingga kini, beberapa buah negeri sudah memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Antaranya Putrajaya, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor dan mulai hari ini, dua lagi negeri mengekori rapat iaitu Johor dan Terengganu.
Manakala negeri-negeri yang berada di Fasa 3 ialah Perlis, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Kedah, Sabah dan Sarawak sementara Fasa 1 dan 2 tiada yang tersenarai. Dalam pada itu, pasti ramai yang tertanya-tanya, berapa ramaikah tetamu yang boleh menghadiri majlis pernikahan memandangkan sudah boleh merentas negeri.
Dalam satu kenyataan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) masih mengekalkan SOP menghadkan enam orang tetamu termasuk bakal pengantin bagi majlis pernikahan yang sudah boleh dilakukan di masjid dan surau solat Jumaat berbanding dahulu hanya boleh diadakan di pejabat agama sahaja.
Menurut Bahagian Komunikasi Korporat JAIS, buat masa ini pengekalan SOP itu tidak berubah sekali pun negeri Selangor berada di Fasa 4 kala ini.
“Bagi pasangan yang ingin bernikah di pejabat agama islam, jumlah kehadiran dihadkan kepada tiga orang sahaja termasuk bakal pengantin dan wali.
“Sementara bagi masjid dan surau kehadiran tetamu ialah 6 orang sahaja (termasuk bakal pengantin dan wali) dan kehadiran jurugambar masih tidak dibenarkan sama sekali,” kata jurucakap JAIS ketika dihubungi.
JAIS sebelum ini melalui perkongsian dalam Facebook rasmi memaklumkan, majlis itu boleh dilangsungkan setiap hari tetapi kehadiran masih terhad kepada pasangan pengantin dan wali saja, manakala individu lain tidak dibenarkan hadir termasuk jurugambar.
“Bagi yang sudah lengkap vaksinasi berdasarkan kad atau sijil digital vaksinasi, mereka perlu memenuhi kriteria iaitu melepasi 14 hari dari tarikh suntikan kedua bagi vaksin Pfizer, AstraZeneca serta Sinovac, dan melepasi 28 hari bagi vaksin Johnson & Johnson serta CanSino.
“Bagi yang belum lengkap vaksinasi pula, ujian saringan Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) hanya wajib ke atas pengantin serta wali.
“Ujian saringan COVID-19 itu perlu dilakukan dalam tempoh 72 jam (tiga hari) dari waktu pelaksanaan majlis, dan keputusan ujian perlu dikemukakan kepada pendaftar sebelum majlis dilaksanakan,” menurut kenyataan itu.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Diciptakan dari rusuk Nabi Adam dan kemudian disatukan sebagai suami isteri, tentu ramai yang tertanya-tanya apakah mahar diberikan oleh Nabi Adam kepada Saidatina Hawa?
Mahar berasal dari perkataan Arab. Di dalam al-Quran istilah mahar disebut sebagai Al-Sadaq, Al-Saduqah, Al-Nihlah, Al-Ajr, Al-Faridah dan Al-‘Aqd.
Terdapat banyak dalil yang mewajibkan mahar kepada isteri antaranya firman Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 4:- “Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan (isteri) akan mas kahwin mereka itu sebagai pemberian ( yang wajib ). Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya, maka makanlah ( gunakanlah ) pemberian tersebut sebagai nikmat yang baik lagi lazat “.
Firman Allah Ta’ala dalam surah al-Nisa ayat 24: “Mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah dia menjadi isteri kamu) maka berikanlah mereka maharnya (ajr ) sebagai satu ketetpan yang difardhu (diwajibkan oleh Allah Taala )”.
Jadi apakah mahar manusia pertama Allah ciptakan iaitu Nabi Adam kepada Hawa yang dijadikan dari tulang rusuk lelaki?
Allah ciptakan Nabi Adam sebagai persiapan menjadi khalifah di bumi. Bahkan sebelum ini tinggal di syurga dan dididik secara langsung oleh Allah.
Nabi Adam diajarkan nama-nama benda sebagaimana diterangkan dalam Al-Qur’an:
“Dan Dia ajarkan kepada Adam nama-nama (benda) semuanya, kemudian Dia perlihatkan kepada para Malaikat, seraya berfirman, “Sebutkan kepada-Ku nama semua (benda) ini, jika kamu yang benar!” (QS. Al-Baqarah: 31)
Terkait mahar Nabi Adam diterangkan dalam Kitab Bada’i al-Zuhur Fi Waqa’i al-Duhur karya Syekh Muhammad bin Ahmad bin Iyas al-Hanafi sebagaimana dipetik dari Pustaka Ilmu Sunni Salafiyah. Dikisahkan, ketika Nabi Adam turun dari mimbar terus beliau duduk di antara para Malaikat. Kemudian Allah menidurkan Adam kerana tidur adalah istirehatnya badan.
Saat tidur, Nabi Adam bermimpi melihat Syaidatina Hawa sebelum diciptakan. Setelah melihatnya, Nabi Adam jatuh hati padanya. Kemudian Allah menciptakan Sayyidata Hawa dari tulang rusuk bahagian kiri Adam sama bentuknya dan mempercantik ciptaan-Nya melebihi 1.000 bidadari.
Bahkan Hawa dan keturunannya secantik-cantiknya perempuan sampai di hari Kiamat nanti. Allah memberi gelang dan perhiasan dari syurga yang mengilau melebihi cahaya matahari.
Setelah itu, Nabi Adam terbangun dan tiba-tiba Hawa sudah ada di sampingnya. Nabi Adam hairan, kagum dan jatuh cinta padanya. Lalu syahwat pun merasukinya terus dikatakan pada Nabi Adam: “Jangan engkau lakukan sehingga engkau mendatangkan maharnya”.
Nabi Adam bertanya: “Apa maharnya?” Allah berfirman: “Aku mencegah kalian dari pohon gandum, maka janganlah kalian makan dan itulah maharnya.”
Allah kemudian berfirman: “berikanlah dia mahar.” Adam bertanya, “apa maharnya?” Allah menjawab: “Bacakan SELAWAT pada Nabiku dan kekasihku MUHAMMAD shallallahu ‘alaihi wasallam.
Lalu Adam bertanya, siapakah Muhammad itu? Allah menjawab: “Dia adalah anak cucumu nanti dan dia adalah penutup paraNabi. Andai bukan kerana dia (Muhammad), Aku (Allah) tidak akan menciptakan makhluk.”
Kemudian Allah menikahkan Adam dengan Hawa dan ia bertepatan pada hari Jumat setelah tergelincirnya matahari. Kerana itulah pasangan pengantin disunatkan menikah pada hari Jumaat. Setelah Nabi Adam menikah, Allah memberi wahyu kepada Malaikat Ridwan, penjaga syurga surga untuk membuatkan perkemahan dan merias para wildan atau pelayan surga dan para bidadari.
Nabi Adam dan Hawa lalu berkeliling menaiki unta dan akhirnya sampai di pintu syurga dan mereka terdiam sebentar. Kemudian Allah memberi wahyu pada Adam, ini syurgaku dan istana kemuliaanku. Masuklah kalian dan makanlah apa yang ada sesuka hati kalian. Dan janganlah mendekat pada pohon ini nescaya kalian tergolong orang-orang zalim. Malaikat yang jadi saksi atas pernikahan mereka kemudian menghantar Adam dan Hawa masuk ke syurga sebelum keduanya dikeluarkan dari syurga kerana melanggar perintah Allah agar tidak makan buah khuldi.
Jadi mahar Nabi Adam kepada Saidatina Hawa adalah SELAWAT Nabi sahaja, bukan intan permata. Sumber : Kalam Sindownews. Gambar sekadar hiasan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Soalan: Apakah terdapat doa-doa yang thabit daripada Nabi SAW tentang doa kepada ibu bapa yang telah meninggal dunia?
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Setiap insan yang bernyawa pasti akan menemui ajal dan ajal itu tidak akan cepat atau lambat walau sesaat pun. Apabila terpisahnya roh daripada jasad maka ia juga sebenarnya telah terpisah daripada alam dunia.
Dengan itu, segala perkara atau amalannya ketika di dunia akan terputus daripadanya melainkan tiga perkara berdasarkan sebuah hadith yang sahih daripada Imam Muslim:
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Apabila matinya seseorang insan maka akan terputuslah amalannya melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan juga anak soleh (atau solehah) yang mendoakan kepada kedua ibubapanya.” [Riwayat Muslim (1631)]
Imam al-Nawawi mengatakan para ulama memahami hadith ini dengan mengatakan bahawa amalan si mati akan terputus dengan kematiannya dan terputus juga pembaharuan pahala baginya melainkan pada tiga perkara ini. [Lihat: al-Minhaj: 85/11]
Berdasarkan soalan di atas, memang terdapat beberapa doa yang boleh diamalkan oleh seseorang anak dalam mendoakan arwah ibu dan bapanya. Di sini, kami nukilkan beberapa doa yang diajar oleh Allah SWT sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran:
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman ketika berlakunya penghitungan amal serta pembalasan.”
Firman Allah SWT:
رَّبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ
Nuh:28
Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua ibu bapaku.”
Tambahan pula, di dalam berdoa terdapat keluasan selagimana doa atau makna doa itu adalah baik dan tidak bercanggah dengan agama maka ia dibenarkan di samping tidak menafikan bahawa doa yang terbaik adalah doa yang terdapat di dalam al-Quran dan juga hadith Nabi SAW yang sahih.
Di samping itu juga, doa yang terbaik juga adalah doa yang difahami dan tidak semestinya di dalam bahasa arab. Ini kerana, jika seseorang itu berdoa dengan apa yang difahami maka itu akan menghadirkan hatinya ketika berdoa.
Penutup
Kesimpulannya, seseorang itu boleh berdoa dengan apa jua doa sekalipun kepada ibu dan bapanya yang telah meninggal dunia dengan syarat doa tersebut tidak mengandungi perkara-perkara yang bertentangan dengan agama serta makna doa itu baik.
Selain itu juga, seseorang itu perlulah meraikan adab-adab ketika berdoa agar ia boleh mendatangkan kekhusyukan ketika berdoa. Semoga roh ibu dan bapa yang telah pergi ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman serta dimasukkan ke dalam syurga Firdaus. Amin.
Anak yang selalu beri duit dimanja dan disayangi, tapi anak yang jarang hulur duit kerana hidup susah dilayan kasar dan dimarah-marah. Bukan hanya dalam...