Walaupun diasak dengan tugasan berat apabila berhadapan dengan penularan wabak COVID-19 yang semakin serius ini, namun petugas tidak sesekali melupakan Tuhannya.
Dalam keadaan kelam kabut, mereka ini yang dianggap hero ini tetap menjadikan tikar sejadah sebaga teman.
Mereka terus berdoa dan bersujud mengharapkan Allah untuk menurunkan keajaiban bagi membunuh virus ini.
Justeru menjadi tanggungjawab kita supaya tidak mementingkan diri sendiri dengan tidak pergi melancong. Sebaliknya duduk saja di rumah, menjaga kesihatan dan elakkan berada di tempat awam.
Sementara itu selain berdoa, kita juga boleh mengisi pengkongsian rohani dengan berzikir menyebut Ya Latiff 100X sebaik selepas solat.
Ads
Walaupun buat masa ini pintu masjid ditutup sementara, tetapi ketahuilah pintu taubat terbuka seluas-luasnya.
Justeru sebagai peringatan selagi matahari belum terbit dari barat, dajjal belum keluar dan Nabi Isa belum turun, maka diingatkan supaya kita kerap bertaubat.
Ayuh, ikuti perkongsian menarik dari PU Amin di laman sosial Instagramnya.
Ads
Dalam keadaan kelam kabut seperti ini , mereka adalah hero kita. Mereka adalah manusia di barisan hadapan ketika perang menentang virus jahat ini . Entah berapa lama masa mereka ada untuk bersama keluarga . Jasad mereka penat , letih , putus asa , habis duit dan harta . Namun mereka terus bekerja untuk menjamin keselamatan kita..
Tikar sejadah sebagai teman . Berdoa dan terus sujud . Mengharap agar Allah menurunkan keajaiban agar dibunuh covid 19 ini..
Pada semua , jangan pentingkan diri sendiri . Jangan melancong . Duduk di rumah , jaga kesihatan , jaga kebersihan , elak berada di tempat awam . Setiap hari kes terus bertambah. Mungkin kerja dan kerjaya kita terjejas , tapi tak apalah untuk sebulan dua , berbanding banyak lagi mudarat dan bahaya yang akan terdedah..
Ads
Teruskan berdoa pada Allah . Segala usaha telah dijalankan . Kini kusa Allah adalah segala galanya . Kuatkan iman , bangunlah solat malam . Buat 2 rakaat Qiyamu Lail , Allah akan turun rahmat mencurah curah..
Berzikir Ya Latif 100x setiap kali selepas habis solat fardhu. Inshaallah Allah Maha Lembut , Allah Maha Penyembuh ! Allah akan bantu kita . Sebut kalimah Allah Allah Allah banyak kali . Takut lah pda Allah..
Rindu majlis ilmu di surau masjid . Rindu nak tawaf nak saie di Kaabah . Rindu nak solat jemaah ramai ramai . Allah tarikh nikmat ibadah masa ini . Dikala semua pintu pintu masjid di tutup jangan kita lupa PINTU TAUBAT masih terbuka . Matahari belum terbit dari barat , dajjal belum keluar , Nabi Isa belum turun . Maka kerap lah bertaubat..
Semoga kawan kawan semua terpelihara , saya sayang anda semua . Sayang kalian kerana Allah swt
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Jika sebelum ini ahli keluarga serta orang ramai mengharapkan keajaiban terjadi di mana krew KRI Nanggala 402 ditemui hidup tetapi nampaknya ia berakhir dengan air mata. Ini kerana kesemua 53 orang krew kapal selam disahkan meningggal dunia di dasar laut.
Hal ini disahkan oleh Panglima Tentera Nasionak Indonesia, Hadi Tjahjanto yang mengesahkan kejadian ini dalam sidang media petang tadi.
“Dengan kesedihan yang mendalam,selaku Panglima TNI saya mengatakan 53 anak kapal KRI Nanggala 402 telah gugur. Malah beberapa barang bukti dari rakaman video mengesahkan ia milik anak kapal ini termasuk baju keselamatan.
“Semoga kami dapat meneruskan perjuangan wira-wira ini sebagai perajurit tentera terbaik Indonesia,” sambungnya.
Kapal selam KRI Nanggala -402 ini mulai dikesan hilang pada pagi Rabu jam 3.46 minit pagi kerana mereka sepatutnya menjalani latihan ketenteraan tetapi tiada respon dari anak kapal. Ramai menduga ia terputus bekalan eletrik dan apa yang menakutkan bekalan elektrik hanya mampu bertahan 72 jam sahaja sehingga semalam. Namun Allah lebih sayang kerana kesemuanya pergi di bulan Ramadhan yang mulia ini disaat sedang mempertahankan negara tercinta, Indonesia.
Kapal hanya mampu pergi kedalaman 250-500 meter sahaja tapi…
Mengikut spefikasi kapal selam buatan Jerman ini, ia hanya mampu pergi ke dalaman 250 ke 500 meter sahaja namun saat badan kapal selam ini ditemui, ia berada pada kedalaman 850 meter. Hal ini mengakibatkan tekanan demi tekanan lautan di dasar laut membawa kepada keretakan besar pada badan kapal ini. Tak hairan dalam usaha mencari banyak barangan ditemui termasuk pelancar terpedo termasuk sejadah dan barang lain.
Apa pun, sama-sama kita bacakan Al Fatihah buat kesemua perajurit yang terkorban ini. Moga Allah merahmati mereka dunia dan akhirat.
Sumber : Kompas.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Apabila berada di rumah saja sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini membuatkan kita teringin untuk menikmati pelbagai makanan menyelerakan.
Salah satunya adalah donut gebu dan lembut. Tidak perlu bersusah payah keluar, anda boleh membuatnya sendiri di rumah bersama anak-anak.
Donut gebu ini juga tidak perlukan uli sebaliknya resipi dikongsikan Liya Liyana di Facebook ini sangat mudah dan tidak perlukan bahan yang banyak. Malah lebihan boleh dibuat frozen untuk digoreng bila-bila masa saja.
RESEPI DONUT GEBU PALING SIMPLE TANPA ULI ( Nak uli pon boleh)
Macam yg dijanjikan semalam. Harini Yana share resepi donut yg senang giler. 1 adunan ni boleh buat donat dan jugak pau sambal a.k.a burger malaysia tu.
Boleh la korang buat petang nanti. First time buat pon konfirm jadi taw. Jom cekidaut.
Bahan A
– 1 peket yis
– 2 sudu gula kasar
– 2 sudu susu pekat
– 1 cawan air suam
Bahan B
– 4 cawan tepung gandum
– 2 sudu margerin
– 1 sudu teh soda bikarbonat
– 1 sudu teh garam ( Yana letak sikit je)
Ni Yis nye. Kene kembang yee. Bio besau mcm beruang.
Cara – cara
1. Campur kan kesemua bahan2 A (yis / gula / susu / air suam) . Biarkan sampai kembang. Sementara nk tunggu bahan A kembang tu boleh la buat bahan B.
2. Dalam bekas lain. Satukan semua bahan B (tepung / soda bikarbonat / garam / marjerin). Ramas- ramaskan sampai sebati.
Ni adunan bagi 2 kali ganda. Tu dah tertumbuk keluar angin. dh penyek sikit.
3. Lepas bahan A dah kembang satukan dengan bahan B. Gaul rata dan tutop kan. Nak pakai wrap boleh. Pkai kain pon boleh. Yana pkai kain jer. Senang.
4. Tunggu 1 jam. Nanti adunan tu naik dua kali ganda. Tumbuk2 bagi keluar angin. Lepas tu boleh la terap kan atau buat bentuk.
Ni kejadian dia. Herot berot sebab takde acuan. Pakai tangan ajer. Hahahaha. Tapi nanti dia dh kembang dia cantik.
5. Adunan ni tak payah uli pon tak pe. Kalau rajin boleh je uli. Lagi lembut taw. Lepas tu boleh la goreng dgn api sederhana.
6. Dah siap goreng boleh la salut kan dengan gula atau coklat atau sambal.
Goreng bagi kekuningan mcm gini. Tips dia jgn selalu balik2 kan. Dh goreng sebelah. Terbalik kan. Dh okey terus angkat. Tos minyak terus salut gula
7. SEDIA DI MASUK KAN DALAM PERUT COMEY.
Nampak macam panjang kan. Tp senang jer step dia. Tersangat lah mudah taw. Kalau dh buat share2 la sini. Hehehe. Nak share sgt2 dialukan. Yana halalkan. Sama2 kongsi kan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Pelbagai gelagat manusia dapat dilihat hari ini. Semua perkara hendak dikongsikan di media sosial tanpa menyedari hal itu banyak berkaitan dengan halal haram.
Terkini, unboxing isteri mula menjadi trend di kalangan pasangan pengantin baru untuk membuka pin tudung isteri satu persatu dan ia mula menjadi ikutan di media sosial.
Terpanggil dengan isu ini, Timbalan Pengarah (Akademik dan Pentadbiran), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Ahmad Sanusi Azmi yang juga seorang pendakwah
memberi penjelasan bahawa upacara sebegini bercanggah dengan prinsip Islam secara asasnya. Baca penerangannya dan apa yang paling ditakuti ialah jika kita menjadi pencetus perkara mungkar dan ia menjadi ikutan. Sabda Nabi Muhammad, setiap dosa pengikut-pengikut ini akan ditanggung oleh pencetusnya hingga ke hari akhirat. Nauzubillah.
Suami Jangan “Unboxing” Isteri
1. Telah menjadi trend terkini pula di TikTok, pasangan pengantin baru menjalankan upacara “unboxing isteri”. Akhbar Kosmo melaporkan: “Video yang dimuat naik itu memaparkan pengantin lelaki akan membantu membukakan tudung pengantin perempuan dengan menanggalkan setiap aksesori yang terdapat pada bahagian kepala pengantin terlebih dahulu.”
2. Upacara ini adalah bercanggah dengan prinsip Islam secara asasnya. Rasulullah memerintahkan para suami agar memelihara kehormatan dan penampilan para isteri sekalipun di hadapan seorang lelaki yang buta.
3. Perhatikan bagaimana Rasulullah memerintahkan isteri Baginda agar memakai hijab sekalipun di hadapan seorang yang buta. Saranan ini diucapkan kepada Saidatina Ummu Salamah dan Saidatina Maimunah apabila datang seorang buta ke rumah Baginda. Kata Rasulullah:-
“Hendaklah kamu berdua memakai hijab.” Lalu isteri Baginda berkata: “Bukankah dia seorang yang buta wahai Rasulullah? Dan dia tidak boleh melihat kami.” Lalu Rasulullah menjelaskan: Bukankah kamu berdua boleh melihat dia? (HR al-Tirmizi)
4. Apa yang lebih membimbangkan sekiranya video upacara sebegini menjadi perhatian kepada anak-anak muda yang masih bersekolah sehingga mereka terkeliru dalam merasakan perbuatan tersebut boleh dipraktikkan yang berpotensi menjadi budaya.
5. Atau perbuatan tersebut diikuti pula oleh pasangan suami isteri lain yang turut mendedahkan aksi mesra mereka. Bukankah kita tidak mahu menjadi pencetus kepada kemungkaran. Sabda Rasulullah:
وَمَن سَنَّ في الإسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً، كانَ عليه وِزْرُهَا وَوِزْرُ مَن عَمِلَ بهَا مِن بَعْدِهِ
“Dan barang siapa yang melakukan perlakuan jahat di dalam Islam, sehingga diikuti oleh orang lain, maka dia beroleh dosa dan menanggung dosa mereka yang melakukan perbuatan tersebut.” (HR Muslim).
7. Malah, istilah "unboxing" ini juga tidak layak untuk digunakan pada isteri yang bukan material atau barangan semata-mata. Nasihat ini hanyalah berpandukan kepada al-Quran dan Sunnah Rasulullah demi kebaikan sesama muslim.
Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...