Sedang negara berduka mendengar berita kematian dua orang akibat virus COVID-19, dunia seni tanah air juga terkejut dengan pemergian rakan selebriti penyanyi Maya Matahari.
Penyanyi yang juga peserta Gegar Vaganza musim kelima meninggal dunia jam empat petang tadi di Hospital Sg Buloh akibat kanser.
Maya atau nama sebenarnya Myanaliza Ruslee difahamkan menghidap kanser tisu sejak tahun lalu.
Walau bagaimanapun Maya yang berusia 44 tahun tidak mahu berita penderitaannya dihebahkan kepada peminat, media dan masyarakat.
Bercakap kepada Astro Awani, rakan baik Maya, penyanyi Ieda Moin berkata dia berkesempatan menziarahi sahabat baiknya dua minggu lalu di kediamannya.
Ads
Dalam pertemuan itu dikatakan Maya berbual rancak sekalipun menanggung sakit. Maya juga dikatakan pernah menjaqlani rawatan di China beberapa bulan lalu.
Sementara itu, selain berita kehilangan Maya, Chef Selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau dikenali dengan nama Chef Wan juga turut memaklumlah bekas isterinya, Wan Norhayate Ayub turut meninggal dunia di Hospital Ampang akibat komplikasi buah pinggang dan jantung hari ini.
Ads
Berita sedih itu turut dikongsi oleh Chef Wan di Instagramnya
Adakala waktu paling tepat berdoa adalah ketika hati paling berat untuk berdoa, di mana di saat hati kita sakit, kecewa dan merana seperti Allah tidak adil menurunkan satu-persatu ujian.
Sesungguhnya umat Islam sangat disarankan untuk berdoa kepada Allah SWT kerana doa inilah yang menjadi pengikat ikatan kita dengan Nya.
Tidak kiralah di waktu susah atau senang, mohonlah doa pada Allah. Namun begitu, dapat berdoa pada waktu doa mustajab adalah saat istimewa bagi setiap orang.
Sebenarnya, Allah mengurniakan waktu doa mustajab kepada semua hamba-hamba Nya agar dimanfaatkan dengan taat supaya segala permintaan dan kemahuan yang dijahati itu termakbul.
Antara contoh-contoh waktu doa mustajab adalah waktu antara azan dan iqamah, sewaktu turunnya hujan, doa di waktu hari jumaat, di waktu sepertiga malam, di hari Arafah di musim haji, ketika waktu sahur dan berbuka serta di waktu sujud.
Doa belum dimakbulkan tanda Allah tidak sayang?
Tidak semua doa yang kita pinta kepada Allah SWT itu akan termakbul dengan segera. Ada kalanya doa itu ditahan “nanti” untuk terkabul pada saat dan masa yang tepat.
Berdoa Adalah Ketika
Namun sebagai seorang manusia pasti kita kadang kala tertanya-tanya mengapa Allah tidak mengabulkan doa kita ini. Sehingga timbul rasa berputus asa dan merasakan diri tidak disayangi oleh Nya.
Menurut Ustaz Pahrol Mohamad Juoi, adakalanya waktu yang paling tepat untuk berdoa ialah pada ketika hati paling berat untuk berdoa.
Benar, ada masa kita terlalu ‘down’ hingga segala-galanya mati dan terhenti. Rasa dan fikir kita mati. Langkah dan upaya kita seakan terhenti.
Masjid tempat paling tenang itupun terasa berat untuk dijejaki. Solat seakan-akan terawang-awang hingga segalanya terasa berlalu begitu kontang… gersang.
Pada waktu itu, istighfar dan berselawatlah. Duduk, pejamkan mata, tarik, simpan dan hembuskan nafas dengan perlahan-lahan. Katakan pada diri, aku tidak punya apa-apa, segalanya milik Mu ya Allah.
Hati Paling Berat Untuk Berdoa
Jika segalanya berpunca daripada dirimu sendiri, istighfar… pasti itu daripada dosa. Manakala jika pada orang lain, lepaskan… biar Allah yang membalas.
Jika memaafkan terlalu sukar, jangan dipaksakan. Tetapi terimalah itu sebagai takdir yang tidak mungkin dapat ditangkis. Memaafkan itu satu rasa. Rasa tidak mungkin dapat dipaksa.
Hanya katakan pada diri, biarlah Allah yang membalas. Allah sentiasa berada di pihak hamba yang dizalimi. Biarkanlah sumber kesakitan itu tertawa semahu-mahunya, tetapi yakinlah air mata mu lebih berbisa.
Selagi kau tidak melakukan dosa, itulah modal mu untuk bahagia. Bersedia berperang bukan bererti tidak berani untuk berdamai. Jangan dihunus belati kemarahan, sebaliknya simpan, pendam dan tahan… itu petanda taqwa yang ada di dalam dada.
Jangan sekali-kali mengundang perang, namun jika diri mu telah diserang, lawanlah dan patahkan tengkuk kezaliman dan pengkhianatan itu habis-habisan!
Kashoorga: Susah atau senang hidup kita, mengadulah pada Allah Yang Maha Esa.
Kecanggihan teknologi hari ini membolehkan al-quran berada di dalam telefon bimbit kita. Ia sekali gus memberi kemudahan untuk umat Islam membacanya dengan mudah.
Namun begitu adakah kita dibolehkan membacanya bila-bila saja tanpa berwuduk. Seperti yang kita maklum sebahagian para ulama bersepakat bahawa menyentuh al-Quran atau mushaf adalah haram melainkan dalam keadaan seseorang itu suci daripada hadas kecil atau besar.
Ini bertepatan dengan Firman Allah SWT:
لَّا يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَهَّرُونَ
Maksudnya: Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;
(Surah al-Waqiah, 79)
Fahami kategori mushaf
Bagi menentukan apakah menyentuh al-Quran yang terdapat di dalam aplikasi telefon bimbit diwajibkan untuk berwuduk atau tidak, maka sebaiknya diperhalusi adakah ia juga dikategorikan sebagai Mushaf atau tidak.
Mushaf adalah sesuatu yang ditulis padanya daripada al Quran dengan tujuan pembelajaran
Oleh itu, dalam memahami maksud mushaf Syeikh Muhammad bin Umar Nawawi al-Jawi al-Bantani menyebut:
وَالْمرَاد بالمصحف كل مَا كتب فِيهِ شَيْء من الْقُرْآن بِقصد الدراسة كلوح أَو عَمُود أَو جِدَار
Maksudnya: Dan dimaksudkan dengan Mushaf adalah setiap benda yang ditulis padanya sesuatu daripada al-Quran dengan tujuan pembelajaran.
Bagi memahami apa yang dimaksudkan dengan tulisan, Syeikh Sulaiman bin Muhammad al-Bujairimi menyebut di dalam Hasyiahnya, bahawa tulisan (كِتَابَةً) bemaksud yang tertulis di atasnya, iaitu apa yang terdapat padanya tulisan, seperti lembaran dan kain sama ada ditulis padanya dengan menggunakan dakwat atau selainnya, dan begitu juga ukiran berbentuk huruf pada batu, kayu atau pada tanah dipermukaan bumi.
Jika sekiranya melukis bentuk huruf di udara atau air maka ia bukanlah sebagai tulisan mengikut pandangan mazhab seperti yang disebut al-Ziadi. (Lihat Hasyiah al-Bujairimi al-Khatib, 3/498)
Hukum baca al-quran melalui telefon bimbit
Justeru, dapat difahami bahawa al-Quran yang dibuka di dalam telefon pintar tidak termasuk di dalam kategori mushaf seperti mana yang ditakrifkan oleh ulama.
Oleh itu dapat disimpulkan bahawa harus membaca al-Quran melalui telefon bimbit tanpa berwuduk, ini kerana aplikasi al-Quran tidak boleh dihukum sebagai mushaf al-Quran kerana ianya hanya tulisan yang dipapar melalui skrin dan kemudiannya hilang, bahkan tidak kekal, berbeza seperti yang ditakrifkan oleh para ulama dengan mushaf al-Quran yang hakiki.
Namun, sebaiknya disunatkan untuk berwuduk ketika membaca al-Quran serta menjaga adab-adab ketika membaca al-Quran sepertimana yang digariskan oleh para ulama seperti menutup aurat, mengadap kiblat dan membersihkat mulut.
Kota Palu yang digegarkan dengan gempa berukuran 7.5 pada skala Richter dan tsunami yang melanda bandar itu, pada 28 September lalu telah mengakibatkan ribuan nyawa terkorban. Sebahagian Kota Palu memperlihatkan kesukaran hidup yang dihadapi penghuninya selepas kejadian berkenaan.
Kata pepatah, berpantang maut sebelum ajal. Inilah yang berlaku pada seorang bilal di Masjid Terapung Palu. Bilal di Masjid Terapung Palu ini menceritakan bagaimana dia terselamat daripada bencana tsunami yang melanda kota ini pada 28 September lalu.
BELUM SEMPAT LAUNGKAN AZAN
Bilal yang dikenali sebagai Mohd Rahman itu berkata, waktu kejadian itu berlaku dia baharu sahaja mahu laungkan azan Maghrib di masjid berkenaan.
Katanya, belum sempat beliau mahu laungkan azan secara tiba-tiba berlaku satu goncangan yang sangat dahsyat yang mana kesannya ia telah menggegarkan masjid berkenaan.
“Jadi pada saat itu sudah masuk jam 6 petang (waktu maghrib masa tempatan) saya ingin laungkan azan tiba-tiba berlakunya goncangan yang sangat kuat.
“Dan air laut mula naik ke dalam masjid, ” katanya ketika diwawancara oleh media tempatan di sini.
Tenang berhadapan situasi itu, katanya dia bermonolog kepada ALLAH bahawa sekiranya nyawanya mahu diambil ketika itu biarlah jasadnya tidak dibawa jauh dari masjid berkenaan.
“Waktu itu jemaah semua sudah lari, tinggal saya seorang dalam masjid, saya berdoa kepada ALLAH, baca ayat kursi dan saya akhiri dengan kalimat syahadah.
“Saya dihempas ombak, air mula masuk ke dalam masjid, saya terkena serpihan kaca, tapi saya tidak pengsan.
“Sepanjang dibawa air ‘ke sana ke sini’ itu saya amalkan kalimah syahadah tanpa henti…dan hempasan air laut itu membawa saya terkeluar daripada masjid… pakaian saya sudah tertanggal,” katanya.
Berkongsi lanjut, katanya tidak semena-mena ada pakaian yang hanyut dibawa air ‘hadir’ kepadanya.
“Saya ambil pakaian itu saya balutkan dibadan, bila air kembali tenang saya berjaya larikan diri ke daratan,” katanya.
Dia akhirnya terselamat dalam tsunami berkenaan dan berkongsi kisah bagaimana dia boleh terselamat meskipun kawasan berkenaan hancur dibadai tsunami.
Ini antara pesanan Mohd Rahman:
1.Allah tidak akan menurunkan sesuatu bala jika ia tidak ada hubungan dengan perbuatan manusia. Jadi marilah kita muhabah diri kita.
2.Jangan kita sia-siakan keselamatan yang Allah berikan. Kita harus memperbaiki diri kita menjadi lebih baik dari hari-hari sebelumnya.
3. Buat mangsa yang terkorban, kita kirimkan doa dan kita doakan agar mereka mati syahid.
4. Kita yang masih hidup ini memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada Allah dengan cara beribadah, bersedekah dan sebagainya.
Sumber: Sinar Harian
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?