
Ramadhan bulan penuh keberkatan. Juga bulan penuh kerahmatan dan keampunan. Rugi jika beranggapan Ramadhan hanya untuk berehat kerana Allah memberikan ganjaran pahala bagi yang mengerti keindahan Ramadhan itu dan mengamalkannya.
Di sebalik perlu berbuat amal, sebenarnya para suami boleh meraih pahala besar dengan membantu isteri dengan membantu isteri menyediakan juadah berbuka atau sahur.
Dalam satu perkongsian di fbnya, Ustaz Ebit Lew turut menitipkan pesanan buat para suami bagi meraih pahala besar di bulan penuh keberkatan ini.
Baca perkongsiannya.
Terasa sejuk indahnya Ramadan. Selamat berpuasa Ramadan ya. Allah memang nak beri kita apa sahaja yang kita hajati.. Doa semuanya jadi pahala dan ibadah. Pintu syurga dibuka seluasnya.
Pintu neraka ditutup serapat-rapatnya. Doa makbul sangat. Doalah panjang-panjang. Beri masa menangis pada Allah. Doa sebelum buka puasa. Sejam sebelum buka puasa. Doa minta pada Allah. Setiap siang dan malam Ramadhan doa dikabulkan Allah. Doa hidayah dan keampunan untuk umat. Doa buat mak ayah kita dan orang yang kita sayang.
Beri makan orang berpuasa. Selalu tolong isteri atau bergilir dengan isteri menyiapkan sahur dan berbuka puasa. Supaya kita dapat pahala besar disisi Allah. Jangan menyusahkan pasangan atau keluarga. Bantu masak, bantu hidangkan, bantu basuh pinggan.
Kejut keluarga Sahur yang berkat. Sebelum Sahur boleh Tahajud dan baca Al-Quran.
Solat Subuh berjemaah dapat pahala ibadah sepanjang malam. Solat Fardhu awal waktu. Bawa keluarga solat sama-sama. Jangan kerana 1 Fardhu kita tinggalkan 5 waktu solat. Solat Tarawih setiap hari walau 8 rakaat.

Hidupkan amalan Ta'lim dalam rumahtangga.
Baca Al-Quran dan Hadis bersama keluarga. Selalu berdakwah kerana hati jadi lembut mudah cenderung kepada kebaikan.
Teruskan khidmat dan mencari orang susah dan memerlukan. Inilah bulan kita mencari orang kelaparan dan dalam kesusahan. Bulan simpati dan mengasihi orang miskin.
Bulan kasih sayang dan kesabaran. Jangan marah-marah. Bulan membentuk akhlak dan sifat yang mulia. Sumber : FB Ebit Lew
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
4 Pahala Besar Ini Boleh Isteri Dapatkan Di Malam Jumaat

Setiap dari kita harus berazam untuk meraih sebanyak-banyak pahala semasa hidup agar menjadi bekalan di akhirat kelak. Hidup bukan untuk tujuan keseronokan sahaja atau mencari duit sebanyak mungkin sebaliknya harus terus mencari ilmu.
Bagi seorang isteri, ternyata kita boleh mendapatkan banyak pahala di malam Jumaat. Bagaimana cara mendapatkannya, ikuti car aini.
- Mengajak suami membaca surah Al Khafi
Membaca surat Al Kahfi merupakan amalan sunnah di malam Jumat. Ia juga disarankan baca di hari Jumaat.
“Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada malam Jumat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya antara dirinya hingga baitul Atiq” (HR. Al-Hakim, Al-Baihaqi dan Ad-Darimi; shahih)
Dalam hadits yang lain diterangkan bahawa keutamaan membaca surat Al Kahfi di hari Jumat bertahan hingga Jumaat akan datang.
“Barangsiapa membaca Surat Al Kahfi pada hari Jumat, maka dia diterangi oleh cahaya antara dua Jumat” (HR. An Nasa’i, Baihaqi dan Al Hakim; shahih)
- Mengajak suami membaca selawat
Membaca selawat juga termasuk amalan sunnah di malam dan hari Jumaat. Rasulullah sendiri menganjurkan umatnya memperbanyak membaca selawat di waktu ini.
Di antara keutamaan membaca selawat adalah sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri bahawa orang yang paling banyak membaca selawat kelak akan menjadi orang yang paling dekat dengan Baginda di syurga.
“Perbanyaklah membaca selawat kepada atasku pada setiap hari Jumaat. Kerana selawat umatku akan diperlihatkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barangsiapa yang paling banyak berselawat kepadaku, dialah yang paling dekat denganku pada hari kiamat nanti.” (HR. Baihaqi; hasan lighairihi).
- Melayani suami dengan penuh rasa cinta
Dalam hadits sahih disebutkan bahawa hubungan intim antara suami dan isteri adalah sedekah. Ia memberikan pahala di atas hubungan halal dilakukan sebagaimana seseorang berdosa kalau melakukan hubungan zina.
“Hubungan badan antara kalian (dengan isteri) adalah sedekah”. Para sahabat lantas ada yang bertanya pada Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Wahai Rasulullah, apakah dengan kami mendatangi istri kami dengan syahwat itu mendapatkan pahala?” Baginda menjawab, ”Bukankah jika kalian bersetubuh pada yang haram, kalian mendapatkan dosa. Oleh kerana itu jika kalian bersetubuh pada yang halal, tentu kalian akan mendapatkan pahala.” (HR. Muslim)
Perkara berkaitan hubungan intim di malam atau hari Jumaat, hadits yang dapat dijadikan rujukan adalah seperti berikut:
“Barang siapa mandi pada hari Jumaaat, membersihkan badannya dan bersegera (pergi ke masjid) kemudian berdiam diri dengan penuh kusyhuk, mendengarkan (khutbah), maka setiap langkah yang diaturnya mendapatkan pahala seperti pahala setahun, iaitu pahala puasanya dan solat malamnya.” (HR. Tirmidzi, Ibnu Majah, An Nasa’i dan Ahmad)
Mandi dalam hadits itu menurut satu pendapat, adalah mandi jinabad. Pandangan itu diperkuat dengan tambahan pada riwayat Tirmidzi, setelah hadits tersebut:.
Mahmud (perawi) berkata, Waki’ berkata, dia sendiri mandi dan juga memandikan isterinya.

Namun, sebahagian besar ulama menolak pandangan tersebut dengan berhujah bahawa mandi pada hadits tersebut tidak selalu didahului dengan hubungan suami isteri. Kalaupun yang dimaksud adalah mandi jinabat, maka hubungan intim itu dilakukan pada Jumaat pagi, bukan Jumaat malam. Sebab mandi Jumaat disunnahkan sebelum mengerjakan solat. Dan orang pergi menunakan solat Jumaat kebiasaannya pagi.
- Membangunkan suami untuk solat tahajud
Amalan ini bukanlah amalan khusus malam Jumaat saja. Namun ia perlu menjadi amalan harian. Perlu dilakukan setiap malam. Sebagaimana boleh dilakukan di malam apa pun, ia juga boleh dilakukan di malam Jumaat.
Adalah sesuatu yang agak luar biasa jika isteri yang membangunkan suami dan mengajaknya melakukan qiyamul lail, maka isteri akan mendapat rahmat dari Allah. Bahkan keduanya akan mendapatkan rahmat dari Allah. Rahmat dari Allah ini merupakan kunci cinta dan kasih sayang (rahmah) suami isteri.
“Semoga Allah merahmati seorang laki-laki yang bangun di waktu malam lalu solat dan ia pun membangunkan isterinya lalu isterinya juga solat. Bila isteri tidak mahu bangun, ia percikkan air ke wajahnya. Semoga Allah juga merahmati seorang perempuan yang bangun di waktu malam lalu ia solat dan ia pun membangunkan suaminya. Bila suami enggan untuk bangun, ia pun memercikkan air ke wajahnya.” (HR. An Nasa’i. Hadits senada juga diriwayatkan Abu Dawud dan Tirmidzi). Sumber : Islampos
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
‘Bila Ada Anak Perempuan’ Soft Reminder Buat Ibu Ayah Moden

Saat dikurniakan anak pertama, lelaki atau perempuan, anugerah itu automatik menjadi amanah berat untuk dipikul sang ibu dan ayah. Zuriat yang perlu dijaga sehabis baik walau terpaksa bertarung nyawa.
Anak lelaki atau perempuan cabaran menjaga dan mendidik mungkin sama tapi tak serupa. Tanggungjawab dilihat berat tatkala yang lahir adalah sang puteri yang mampu menawan dunia. Buat ibu ayah tercinta, sajak nukilan Muallim ini sudah cukup terangkum cabaran yang harus ditempuhi. Semoga bermanfaat.
Artikel berkaitan: Untung Miliki Ramai Anak Perempuan, Kelebihannya Boleh Bawa Kita Ke Jalan Syurga
Artikel berkaitan: Abah Tak Selalu Ada, Tapi Allah Sentiasa Ada Abah Kena Jadi BFF Anak Perempuan Sebelum Hatinya Diambil Orang Lain
BILA ADA ANAK PEREMPUAN
Anak sulung saya Allah beri seorang perempuan…
Jujur..
Masa dia kecil-kecil dulu…
Tak rasa sangat cabarannya…
Tapi bila dah besar makin terasa cabarannya…
Mak sentiasa pesan…
Ada anak perempuan jangan ambil mudah…
Jangan buat tak endah…
Tanggungjawabnya berat…
Tugasnya amat besar…
Jaga anak perempuan tak sama dengan anak lelaki…
Bila ada anak perempuan…
Anak perempuan jangan dibeli pakaian seksi-seksi…
Biasakan pakaian menutup aurat..
Ajarkan anak anak berpakaian sopan…
Tidak terdedah sana sini…
Tidak ketat menonjol…
Ajarkan mereka erti malu…
Bersederhana menikmati zaman kanak-kanak…
Bila ada anak perempuan…
Tak boleh dibiar tidur sana sini…
Harus diajar tidur setempat di dalam bilik…
Bahayanya ada di mana mana…
Jangan percaya kepada sesiapa…
Bila ada anak perempuan…
Ajarkan mereka sentuhan selamat…
Ajarkan mereka sentuhan tidak selamat…
Jangan biarkan anak berseorangan…
Sentiasa temani mereka…
Biar kita susah hari ini…
Dari menangis di kemudian hari…
Bila ada anak perempuan…
Ajarkan mereka tentang harga diri…
Ajar mereka untuk sayang diri sendiri…
Kerana diri mereka sangat berharga…
Bila ada anak perempuan…
Terangkan kepada mereka tentang haid…
Dan kehamilan bila mereka sudah baligh…
Usah malu untuk memberi ilmu…
Bimbang mereka cari di tempat salah…
Bila ada anak perempuan…
Pilihlah rakan untuk mereka…
Kenali juga siapa kawan mereka…
Rakan yang baik menjadi penguat…
Rakan yang nakal menjadi pemusnah…
Bila ada anak perempuan…
Selalulah diperiksa handphone mereka…
Apa yang dikongsi…
Apa yang ditulis…
Ambil tahu…
Bila tiba saat kau lepaskan mereka…
Hidup berjauhan…
Sentiasa ingatkan mereka…
Jagalah diri baik-baik…
Jagalah maruah diri…
Jagalah maruah keluarga…
Biarlah orang kata kita kolot…
Biarlah orang kata kita syadid…
Bila ada anak perempuan…
Berdoalah…
Mohon dijaga kehormatan diri mereka…
Mohon dijaga keselamatan mereka…
Moga-moga Allah lindungi mereka…

Kashoorga : Indah sajak buat ayah ibu. Bukan mudah menjaga mereka. Maruah mereka terlalu berat dan besar untuk dijaga.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Agungnya Kasih Seorang Ayah. ‘Saya Berkebun Sebelah Kubur Kerana Mahu Dekat Dengan Arwah Anak.’

Isi Kandungan
ToggleAgungnya kasih seorang ayah. ‘Saya berkebun sebelah kubur kerana mahu dekat dengan arwah anak.’ Begitulah betapa kasihnya seorang ayah kepada anak bongsu yang telah pergi sebelumnya.
Biarpun sedih dengan pemergian dengan anak tercinta, namun apa yang dilakukan lelaki ini memberi impak dan manfaat kepada orang sekeliling.
Agungnya Kasih
“Saya berkebun setiap hari dari pagi hingga ke petang sejak enam tahun lalu kerana mahu sentiasa ‘dekat’ dengan anak yang kuburnya hanya di sebelah kebun ini saja.
Setakat ini, saya menanam 450 pokok buah-buahan yang hasilnya diberi kepada orang ramai khasnya sukarelawan yang membantu saya,” kata warga emas, Yen Maseri Idris, 67.
Memetik laporan Harian Metro, kebun bandar yang letaknya berdekatan Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur ini diusahakannya selepas setahun pemergian anak bongsu Yen Maseri, yang meninggal dunia di United Kingdom (UK) dan dikebumikan di tanah perkuburan itu.
Artikel Berkaitan:
Walau Anak Ramai, Mak Ayah Tak Pilih Kasih. Rahsia Jalinan Ukhwah Keluarga Amira Othman!
Seorang Ayah
Sebenarnya, mungkin disebabkan kepesatan kawasan itu, tiada siapa yang perasan kewujudan kebun bandar di atas tanah rizab terbiar milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sepanjang 600 meter itu, melainkan ia kelihatan seperti kawasan hutan kecil seperti kawasan lain di sekitar ibu kota.
Jelas Yen Maseri, kematian anaknya pada 2016 yang ketika itu pelajar di London, memberi kesan sangat mendalam sehingga beliau berhenti kerja selepas 32 tahun berkhidmat di Unit Sumber Manusia sebuah syarikat dengan menghabiskan masa melawat kubur anaknya.
“Semua rasa kegembiraan hilang selepas anak meninggal dunia. Setiap hari saya berkunjung ke kuburnya dan sanggup berkhidmat sebagai penggali kubur selama setahun di situ semata-mata mahu sentiasa dekat dengannya.

Saya Berkebun
“Selepas setahun, saya melihat ada kawasan tanah rizab terbiar di belakang tanah perkuburan itu yang penuh semak samun dan menjadi kawasan pembiakan nyamuk.
“Jadi timbul idea untuk membersihkan kawasan itu dan menanam pokok yang dapat memberi manfaat kepada setiap orang kerana saya faham ini tanah rizab, cuma saya ingin mentransformasi serta menjadikan kawasan itu tidak terbazir begitu saja.
“Pada masa sama, kegiatan saya ini masih membolehkan saya ‘dekat’ dengan arwah anak kerana setiap hari tetap datang melawat kuburnya,” katanya yang berulang alik sejauh 10 kilometer dari rumahnya di Sri Hartamas, Kuala Lumpur.
Betul Ke Haram Bunuh Semut:
Sebelah Kubur
Di samping itu, jelas Yen Maseri, dia tidak pernah terfikir menjadi seorang pekebun dan sejak mengusahakan kebun bandar itu selama enam tahun, hampir 450 batang pokok daripada 30 jenis pokok buah-buahan ditanamnya termasuk ciku hibrid, avacado, nangka, mangga harum manis, durian musang king dan rambutan.
“Banyak hasil sudah diperoleh dan ia tidak pernah dijual, sebaliknya berkongsi dengan kira-kira 150 ahli sukarela yang terbabit dalam projek kebun ini bagi memastikan usaha menghijaukan kawasan terbiar dengan sesuatu yang bermanfaat dapat diteruskan.
“Malah saya juga menjaga dan memberi makan ikan talapia bunga yang ada dalam longkang di sini yang dibersihkan sehingga jernih hingga boleh dilihat ikan berenang.
“Ikan talapia bunga ini sangat banyak dan seekor ikan dewasa dianggarkan seberat satu kilogram. Saya mengutip lebihan makanan di medan selera berdekatan dan memberikan daun pandan yang ditanam di sini kepada peniaga terbabit,” katanya yang setiap hari berada di kebun itu bermula 7.30 pagi hingga 7 petang.

Kerana Mahu Dekat
Tambah Yen Maseri, tidak dinafikan sejak mengusahakan tanah ini daripada semak samun kepada satu ‘permata’ bernilai yang boleh dinikmati orang ramai secara terbuka, banyak cabaran dihadapinya termasuk sering diadu mengenai aktiviti perkebunannya kepada pihak berkuasa, selain dicerobohi orang luar.
“Saya faham ini tanah rizab dan mengalu-alukan sukarelawan berganding bahu menjadikan kawasan terbiar ini satu lokasi bermanfaat dan berkongsi ilmu kerana saya tiada pengalaman bertani sebelum ini.
“Malah saya juga berhubung dan memaklumkan aktiviti perkebunan di tanah milik JPS ini melakukan tindakan susulan lain untuk memastikan ia sentiasa dikemaskini kepada pihak berwajib.

“Bagi saya, setiap tumbuhan ditanam ini, jika hasilnya dikongsi bersama, buahnya juga akan sentiasa lebat dan sentiasa memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya yang turut membaja pokok ini tiga bulan sekali dengan modal sendiri sekurang-kurangnya RM400.

Dengan Arwah Anak
Malah menurut bapa kepada empat cahaya mata ini, anaknya turut memberi sokongan terhadap usahanya, malah anak perempuannya turut membantu menyiapkan kandungan media sosial perkembangan terkini kebun bandar untuk tatapan orang ramai.
“Kebun bandar menerima sumbangan, contohnya jika memerlukan sesuatu seperti memasang pagar dan sebagainya. Jadi saya perlu sentiasa mengemaskini perkembangannya supaya penyumbang tahu walaupun mereka tidak turun padang.
“Saya berharap usaha ini memberikan satu nilai positif, malah saya sedang mengusahakan satu laluan khas sepanjang 250 meter untuk dijadikan denai bagi memudahkan orang ramai datang ke sini untuk menikmati suasana kebun dalam bandar,” katanya.
Baca Di Sini:
Kalau Ziarah Kubur, Jangan Lupa Siram Air Atas Pusara Insan Tersayang
Kashoorga: Siapa sangka daripada niat mengubati kesedihan akhirnya aktiviti berkebun ini memberi manfaat yang luar biasa.
Sumber: myMetro
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI