SOALAN:
Adakah tersenyum ketika mengerjakan solat itu boleh membatalkan solat?
JAWAPAN
Tersenyum ketika menunaikan solat itu tidak termasuk perkara yang membatalkan solat disisi jumhur ulamak.
Tersebut pada kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah:
Telah berkata Imam Ibnu Al-Munzir : Telah ijmak oleh ulamak selain Ibnu Sirrin atas bahwasanya tersenyum di dalam solat itu tidak membatalkan solat.
Dan telah berkata Imam Ibnu Qudamah : Dan majoriti ulamak berjalan atas bahawasanya tersenyum itu tidak membatalkan solat.
Dan berkata Imam Nawawi : Telah berkata jumhur ulamak tiada mengapa dengan tersenyum (dalam solat).”
Dan telah diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a. katanya :
Tersenyum itu tidak memutuskan solat.”
Kesimpulan
Tersenyum tidak membatalkan solat kerana sedikit perbuatannya bersalahan ketawa dari kerana ketawa itu perbuatan yang banyak maka ia membatalkan solat.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Di mana Jodohku”, Jangan Tergesa Buat Keputusan Sebab Takut Tak Kahwin
Nak kahwin dengan jodoh kita itu senang, yang susahnya memelihara usia perkahwinan yang berkualiti. Pengalaman hampir 20 tahun mengendalikan kes-kes perkahwinan bermasalah pasangan Islam, menyaksikan banyak juga kes perceraian yang berpunca dari perkara remeh.
Hal kecil yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan sangat mudah jika ada toleransi dan rasa tanggungjawab namun berakhir dengan kemelut berpanjangan. Bukan ini yang Allah inginkan.
Kita ikuti perkongsian ringkas puan Hajah Safura Haji Ahmad Sharkawi, Ketua Penolong Pengarah, Unit Kaunseling, Jabatan Agama Islam Sarawak melalui entrinya di facebook tentang tip mencari jodoh yang boleh diamalkan pasangan muda hari ini.
Banyak saranan dalam Islam tentang mencari jodoh boleh diaplikasikan menerusi rutin harian kita. Lihat, perhati, nilai dan amalkan yang baik; itu paling utama. Bukan lihat terus on! Banyak tapisannya dalam misi mencari jodoh.
Artikel berkaitan: Ini Tanda-tanda Jodoh Kita Dah Dekat, Teka-teki Mungkin Terjawab
Artikel berkaitan : Netizen Otai Balas Pertanyaan Gadis Tip Pasangan Lebih 5 Tahun Kahwin Kekal Bahagia
Banyak tip cari jodoh. Sebenarnya kita boleh lihat sahaja dari sikap dan amalan bakal pasangan kita. Untuk mempercepatkan tapisan, cuba cari di masjid atau surau, itu tandanya bakal jodoh mu mengutamakan tiang agama.
Carilah juga yang rajin mencuci sinki selepas cuci pinggan. Jodoh yang begini mementingkan kebersihan, lantaran menjaga kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman.
Cari yang jaga solat, kerana dia sedar, hidupnya di muka bumi ini adalah untuk menjaga hubungannya dengan Maha Pencipta.
Cari yang baik pada ibubapa, kerana dia tahu syurganya juga ada di situ.
Carilah yang hormatkan anda sebagai wanita atau lelaki kerana dia tahu, akibat hilang rasa hormat akan membawanya kepada gelaran isteri yang nusyuz atau suami yang dayus.
Boleh saja cari ikut tip ini, tetapi perlu ingat tip ini juga digunakan oleh mereka yang mahu membina first impression yang hebat atau dalam bahasa yang popular di kalangan muda mudi, sekarang ini yang ‘meletops’.
Bak kata orang, lepas kahwin nanti apa yang ditonjolkan itu sampai kita terpesona dan mahu sehidup semati dengannya rupa rupanya hanyalah fatamorgana.
Jangan tergesa-gesa buat keputusan untuk berkahwin. Berbincanglah dulu dengan keluarga, dengan ibubapa. Paling penting buat istikharah selalu. Bukan sebab nak tahu wajahnya muncul ke tidak dalam mimpi atau dalam igau, tapi mahu mendapat redha Allah, jika ia baik, permudahkan, jika ia tidak baik, tutuplah laluan itu dan gantikan dengan yang lebih baik atau jika ia memang ditakdirkan namun tetap penghujungnya tidak baik, percayalah ia tetap baik untuk anda.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetaui sedangkan anda tidak mengetahui.
Jangan kamu menyesali apa yang telah Allah takdirkan kepada kamu. Janganlah kamu berkata “kalaulah demikian, tentulah tidak jadi sedemikian” kerana ia adalah perangkap syaitan. Jangan tergesa-gesa mencari jodoh hanya semata tidak mahu digelar bujang terlajak atau anak dara tua.
Teruslah maju ke depan berbekal pengalaman yang Allah titipkan sebagai bekalan dan pengajaran, bina hidup baru, perbaiki diri, perbaiki amalan kerana atas segala apa yang tidak pasti di depan, ada satu yang pasti iaitu kematian.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Surah Al-Mulk Bakal Bergema Serentak Di Seluruh Negara Dalam Malaysia #QuranHour
Dalam kehidupan manusia, kita disarankan berpegang teguh pada Al-Quran dan sunnah Nabi yang ditinggalkan. Dalam satu hadis Nabi:
تَركْتُ فِيْكُمْ أَمْرَيْنِ، لَنْ تَضِلُّوْا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا: كِتَابَ اللَّهِ، وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ
Maksudnya: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selagimana kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah (al-Qur’an) dan sunnah Nabi-Nya (Sunnah Nabi SAW).” (Hadis Riwayat Imam Malik)
Begitu juga dinyatakan dalam surah An-Nisa ayat 136:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا آمِنُوا بِاللَّـهِ وَرَسُولِهِ وَالْكِتَابِ الَّذِي نَزَّلَ عَلَىٰ رَسُولِهِ وَالْكِتَابِ الَّذِي أَنزَلَ مِن قَبْلُ
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada kitab al-Qur’an yang telah diturunkan kepada Rasul-Nya (Muhammad, SAW) dan juga kepada kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu sebelum daripada itu.” [al-Nisa’:136]
Tidak hairanlah sempena hari kemerdekaan yang bakal disambut esok orang ramai diajak menghayati surah Al-Mulk yang akan bergema serentak di seluruh negara sebentar lagi menerusi Malaysia#Quran Hour.
Menjadi jenama terkenal yang berjaya mempromosikan budaya membaca al-Quran dalam umat Islam daripada pelbagai lapisan masyarakat, rentas budaya dan negara membudayakan al-Quran dilihat dapat menyatu padukan seluruh umat ummah.
Ketua Pegawai Eksekutif WUIF Marhaini Yusoff berkata Surah Al-Mulk yang bermaksud kerajaan, menjadi surah pilihan bagi #QuranHour pada tahun ini, dalam membina kerangka fikir dan karakter orang berjaya di dunia dan akhirat.
“Surah ini mengandungi tiga motivasi diri, enam pertanyaan dan enam jawapan, yang boleh dijadikan panduan untuk mewujudkan keharmonian sejagat di Malaysia dan peringkat global,” katanya.
Katanya lagi, Malaysia #QuranHour mengajak orang ramai untuk membaca dan mendalami tujuh formula kejayaan dari surah Musabbihat dan tiga motivasi dari surah Al-Mulk untuk difahami dan diamal bersama di lokasi masing-masing.
Insya-Allah bermula jam 12 tengah bersiaran langsung dari TV AlHijrah.
Saksikan juga di semua platform digital :
Quran Hour : https://www.facebook.com/WorldQuranHour
Sinar Harian : https://www.facebook.com/SinarHarian
TV Alhijrah: https://www.facebook.com/tvalhijrah
Malaysia #QuranHour
Formula Negara Malaysia Berbudi dan Penyayang. Doakan keluarga Malaysia.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Moga Allah Terima Taubat Saya” – Pelakon Bollywood , Sana Khan Tekad Berhijrah & Mohon Kekal Istiqamah
Hidayah itu miliK Allah. Hanya Dia berhak menentukan siapa insan terpilih untuk menerimanya.
Bagi pelakon popular Bollywood Sana Khan tekad dengan keputusannya bertaubat dan memberi fokus kepada Islam.
Artikel Berkaitan: “Saya Berhijrah Kerana Allah & Tuntutan Agama” – Rupanya Dah 3 Bulan Penyanyi Ezlynn Berhijab. Kini Aktif Buat Kerja Sukarelawan!
Bukan itu saja, dia juga dikatakan sudan membersihkan akaun Instagramnya dengan memadam semua kandungan yang selama ini menjadi kenangan terindah sebagai anak seni.
Dalam pada itu, Sana Khan memberiahu adakah kehadiran seorang hamba Allah di duina ini hanya untuk mengejar kekayaan dan nama.
Bertitik tolak pada kesedaran serta petunjuk yang diperoleh, Sana mengumumkan hasratnya meletakkan noktah pada kerjaya seni dan beralih untuk mengabdikan diri pada Yang Maha Esa.
Artikel Berkaitan: Simpan Niat Dah Lama, Hannah Delisha Akhirnya Tekad Berhijab. Akui Jiwa Makin Tenang!
“Hari ini saya membuat keputusan yang penting dalam hidup. Saya sudah melalui kehidupan dalam bidang seni bertahun-tahun lamanya dan sepanjang perjalanan itu, saya amat bersyukur kerana dikurniakan kemasyhuran, penghormatan dan kekayaan,” katanya.
Dalam membicarakan soal kehidupannya sebagai seorang pelakon, Sana berkata, dia sering melakukan pemerhatian dan mencari jawapan apakah yang akan terjadi padanya selepas dia dijemput Ilahi.
“Untuk sekian lama, saya mencari jawapan pada dua soalan terutamanya pada soalan apa yang akan terjadi pada saya selepas kematian saya?
“Apabila mencari jawapan itu dalam agama saya, saya menyedari bahawa kehidupan di dunia adalah persiapan untuk kehidupan yang lebih baik selepas kematian,”tulisnya lagi di laman Instagramnya hingga mendapat perhatian ramai.
Sana turut berkongsi pandangan bahawa matlamat sebenarnya seseorang manusia itu bukanlah semata-mata kerana kekayaan dan kemasyhuran, sebaliknya, harus menjauhkan diri daripada terjebak dalam kehidupan yang melalaikan dan mengundang dosa, berbakti kepada sesama manusia serta melakukan apa yang disuruh olehNya.
Sehubungan itu, Sana mengumumkan dia akan meninggalkan dunia hiburan buat selama-lamanya dan melakukan apa yang dituntut oleh Allah.
Artikel Berkaitan: Suami Terkedu Lihat Cik Manggis Berhijab, Tapi Momen Paling Menggembirakan Seumur Hidupnya. Mohon Doakan Terus Istiqamah!
Dalam masa sama, Sana meminta peminat-peminatnya agar sama-sama mendoakan dia dapat melakukan taubat dan usahanya itu diterima oleh Allah.
“Saya minta semua peminat berdoa semoga Allah menerima taubat saya dan memberi saya panduan untuk mampu meneruskan kehidupan mengikut apa yang disuruh oleh Pencipta,” katanya lagi.
Sepanjang bergelar pelakon, Sana pernah membintangi 14 buah filem dalam lima bahasa ikaitu Hindi, Malayalam, Tamil, Kannada dan Telugu.
Menurut bintang filem Big Boss 6 dan Jai Ho ini, dia juga memohon pengikut-pengikutnya mendoakan kesejahteraannya agar terus istiqomah.
“Kepada saudara-saudari di luar sana, saya mohon untuk berdoa supaya Allah menerima taubat saya dan memberi saya kekuatan untuk meneruskan kehidupan saya mengikut perintah-Nya.
“Pada masa sama, saya dapat curahkan bakti kepada masyarakat dan dapat melalui dugaan-dugannya,” tulisnya lagi.
View this post on Instagram
Take everyday as a chance to be a better momin ✌🏼 . . . . #sanakhan #thoughtoftheday
A post shared by Sana Khan (@sanakhaan21) on
Artikel Berkaitan: “Cantik Sangat Tya Bertudung, Moga Kekal Istiqamah” – Tya Arifin Berhijab Lepas Dapat ‘Hint’ Dari Suami
Sumber: Astro Awani & Harian Metro
Kredit Foto: Instagram Sana Khan
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI