Setia itu mahal dan tidak boleh ditukar dengan wang ringgit. Hanya mereka yang berjiwa kental sahaja akan kekal setia dengan pasangan sehingga ke akhir hayat. Dan lebih beruntung jika bertemu kembali di syurga Jannah.
Ia sesuai dengan firman Allah SWT, yang bermaksud: “Dan orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Mereka beroleh dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang suci bersih, serta Kami masukkan mereka ke tempat yang teguh yang sentiasa dinaungi.” (Surah an-Nisa, ayat 57).
Dari satu perkongsian di Tik Tok @Leesa Ridzki212 dirinya berkongsi momen sebak selepas menghantar ayah dikasihi pergi menunaikan ibadah umrah.
Jika pemergian biasa mengambil masa dua minggu sebelum balik ke tanahair namun kata pemilik akaun, ayahnya akan terus menetap di sana buat selama-lamanya. Keputusan tu diambil untuk fokus kepada ibadah, mencari cinta redha Allah selain melupakan kesedihan selepas pemergian isteri tercinta.
Menjawap beberapa pertanyaan orang ramai yang mengatakan mereka empat beradik sangat kuat “melepaskan ayah pergi untuk selama-lamanya”, dirinya mengakui ia bukan satu keputusan mudah. Sudah puas memujuk ayahnya untuk melupakan hasrat (menetap di sana selama-lamanya, kira-kira dua tahun dan terhenti akibat pandemic Covid) namun akhirnya akur dengan impian ayahnya untuk fokus beribadah.
Dari satu perkongsiannya, Leesa memaklumkan, selepas mama mereka meninggal, hidup ayahnya terasa kosong.
“Ayah selalu termenung. Adik beradiknya suruh ayah berkahwin lain tapi ayah tak nak, bukan itu yang dicarinya kata ayah,” katanya memaklumkan di bumi baroqah itu, ayahnya akan tinggal di Madrasah orang Asia.
Masa yang sama, Leesa akui mereka empat beradik akui sukar menerima situasi namun mereka ikhlas melepaskan ayah tercinta pergi. “Hati rasa sayu dan rindu. Rumah pun rasa kosong bila mama dan ayah dah pergi,” katanya dan video sedih ini sudah ditonton oleh 2.2 juta orang yang mengakui sama-sama sebak melihat orang dikasihi pergi buat selamanya.
Melihat ayahnya berhijrah ke bumi Makkah, ramai yang turut bertanya bagaimana proses untuk tinggal di sana.
Dari satu perkongsian @zaedale, individu ini memaklumkan kita boleh memohon visa pelancong untuk duduk dalam tempoh setahun di Arab Saudi.
“Kos visa Sr500. Boleh mohon secara online di web page Arab Saudi atau mohon ketika ketibaan. Biasanya visa laku untuk tempoh 3 bulan. Jadi sebelum visa tamat, boleh balik ke Malaysia atau pergi ke Yemen untuk tempoh sehari. Esoknya masuk semula ke Arab Saudi. Biasanya untuk tempoh tiga bulan.
Dalam pada itu, Leesa akui ketibaan ayahnya di Makkah akan dibantu oleh ustaz yang menetap di Arab Saudi (bantuan awal dari Ustaz di sini yang mengenali individu di Arab Saudi) dan meminta doa dari semua agar bisnes diusahakannya berjaya untuk dirinya bertemu ayahnya kembali.
Benarlah setia itu mahal. Kekal setia hingga akhir hayat dengan pasangan dan menanti dijemput Illahi di bumi baroqah. Dan ramai berdoa agar meninggal di Makkah atau Madinah kerana keberkatannya. Moga anak-anak muda yang baru mendirikan rumahtangga dapat belajar dari sifat setia pakcik ini kerana pasangan yang pertama adalah yang terbaik hadir dalam hidup kita. Ia tiada galang gantinya atau boleh ditukar ganti sesuka hati.
https://www.tiktok.com/@leesaridzki212/video/7072493879089499418?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id6973624686812366338
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI