
Setiap dari kita pastinya suka melihat sesuatu yang cantiK dan indah depan mata. Begitu juga dengan pasangan kita.
Pastinya suka melihat isteri tersayang sentiasa cantik dan sedap mata memandang. Tidak kisahlah bagi isteri yang bekerja atau hanya duduk rumah. Penampilan perlu cantik dan menyenangkan.
Namun begitu cantik itu sangatlah subjektif. Ada antara kita yang menggunakan bantuan mekap atau petua tradisional untuk memastikan wajah kekal cantik, sihat dan awet muda.
Walaupun begitu, kita juga sebenarnya turut diunjurkan untuk mengamalkan cara menurut Islam dengan mengamalkan bacáan zikir mulia. Amalkan selalu dan niatkan untuk menjaga kecantikan diri dan untuk kebahagian keluarga.
Artikel Berkaitan: Zikir Pendek & Mudah Amalkan Waktu Pagi, Lakukannya Sebelum Keluar Cari Rezeki
Kata orang biarlah cantik macam biadadari dan pastinya kasih sayang dan cintanya sentiasa hangat membara hingga ke jannah.
Rahsia ni tau. Tapi alang-alang kongsikan bagi semua cantik seperti bidadari ya.
Cara 1 lepas solat isyak ambil air segelas baca Al-Fatihah, ayatul Qursi, Al Waqiah ayat 35-38 7 kali na tiup dalam air dan minum. Niat nak menjaga kecantikan diri dan untuk kebahagian keluarga.
Cara kedua baca zikir ni
Ya Badiyah 1 x
Ya Nur 1x
Ya Hadi 1x
Ya Allah 3x
Baca dan tiup pada tapak tangan sapu muka. Buat setiap hari.
Cara ketiga amalkan membaca ayat ke 35 hingga ke 38 surah al-waqiah setiap kali lepas subuh. Selepas baca ayat ayat ini hembus pada air dan minum air tersebut. Kaedah ini diamalkan supaya anda kelihatan cantik, muda serta bertenaga luar dalam.

Amacam boleh follow ka tu?
In shaa Allah Ustazah Fatimah kongsikan tips ni. Share bagi lagi ramai dapat amalkan. Terima kasih si baik hatinya
Artikel Berkaitan: Kerap Amalkan Zikir Ya Latiff, Senjata Paling Mustajab Lenturkan Hati Pasangan & Redakan Ketegangan
SUMBER: FACEBOOK
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
‘Ingin Berubah Bukan Sekadar Menutup Aurat.’ Julia Farhana Cuba Jaga Pertuturan, Bersihkan Hati & Jaga Solat

Isi Kandungan
Toggle‘Ingin berubah bukan sekadar menutup aurat.’ Julia Farhana cuba jaga pertuturan, bersihkan hati dan jaga solat. Malahan tindakan selebriti ini memadam semua gambar tidak berhijab di akaun Instagramnya juga harus dipuji.
Benarlah bila sampai waktu dan ketika, manusia akan berubah menjadi lebih baik dengan izin Yang Maha Esa. Paling penting kita sentiasa berusaha menjadi manusia yang lebih baik.
Artikel Berkaitan:
Ingin Berubah
Memetik laporan Harian Metro, pelakon, Julia Farhana Marin, 28, mengakui hatinya berasa sangat tenang dan lebih dekat dengan Allah SWT sejak mula bertudung beberapa hari lalu.
Menurut pelakon berdarah kacukan Melayu-Itali ini, dia memutuskan untuk bertudung tanpa paksaan atau permintaan daripada sesiapa pun.
Bukan Sekadar Menutup Aurat
“Alhamdulillah, saya ikhlas bertudung kerana Allah. Pada mulanya, saya berniat untuk bertudung pada bulan Ramadan yang bakal tiba nanti.
‘Tetapi akhirnya saya putuskan untuk terus mengenakan tudung dari sekarang. Doakan saya untuk terus kekal istiqomah dengan penampilan baru ini,” katanya.

Julia Farhana Cuba Jaga Pertuturan
Dalam masaa yang sama, tambah pelakon filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang itu, suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 32, paling banyak memberi dorongan kepadanya untuk berubah dan mendalami agama Islam sebelum mereka berkahwin lagi.
“Suamilah orang yang paling gembira bila melihat penghijrahan saya ini. Saya bersyukur kerana suami sangat memahami dan dia tidak pernah letak syarat untuk bertudung bila sudah berkahwin. Semuanya berlaku secara berperingkat bermula dari pakaian.
“Suami banyak memberi bimbingan dari segi tanggungjawab sebagai wanita Islam dengan menutup aurat, menjaga solat lima waktu dan membaca al-Quran,” katanya.
Bersihkan Hati & Jaga Solat
Mengulas mengenai gambar lamanya ketika belum bertudung, Julia berkata, dia sudah memadam semuanya di Instagram.
“Saya putuskan untuk memadam semua gambar tidak bertudung kerana tidak mahu ia membawa kembali ke zaman silam.
“Saya mahu berubah bukan sekadar menutup aurat saja, tetapi dari pelbagai aspek lain seperti pertuturan, bersihkan hati, menjaga solat dan hubungan dengan orang sekeliling,” katanya.

Baca Di Sini:
Wanita Wajib Menutup Aurat, Inilah Surah-Surah Dalam Al-Quran Yang Menjelaskannya
Kashoorga: Tahniah Julia Farhana, semoga kekal istiqamah.
Sumber: Harian Metro, Instagram Julia Farhana
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Jangan Ambil Mudah Hukum Beri Susu Badan Walau Melimpah, Ini Sebabnya

Mereka yang dikurniakan susu badan banyak seharusnya bersyukur dengan rezeki diberikan kerana ia pemakanan terbaik untuk bayi membesar dengan sihat. Tidak semua direzekikan memiliki susu badan yang banyak hingga bayi perlu dibantu dengan susu formula.
Di saat kita direzekikan susu badan yang banyak hingga boleh memberinya pada orang lain, seharusnya ia diberi perhatian kerana perlu menjaga nasab di masa depan. Ini kerana apabila menjadi anak susuan, bukan saja belah ibu tapi keturunan belah bapa juga diharamkan berkahwin.
Dalam pada itu, media melaporkan usahawan juga pelakon Syatilla Melvin yang juga isteri kepada Sam menzahirkan rasa syukurnya kerana susu badannya direzekikan banyak. Bahkan dirinya berniat untuk mendermakan susu badannya buat bayi memerlukan. Namun mereka yang berhajat perlu DM kepadanya untuk dirinya mengetahui latar belakang dan maklumat lengkap bayi berkenaan.
Untuk kita sama-sama memahami peranan ibu susuan, berikut adalah penjelasan dari Mufti Terengganu mengenai kedudukan ibu kepada ibu susuan, adakah ia dianggap mahram kepada anak susuan?
Jawapan:-
Penyusuan dari segi bahasa ialah perbuatan menghisap susu seseorang perempuan. Manakala, dari segi istilah syarak ialah perbuatan yang dilakukan untuk mendapatkan susu seseorang perempuan atau susu yang masuk ke dalam perut seorang kanak-kanak.
Hukum seorang perempuan menyusukan bayi yang bukan anaknya adalah harus mengikut syarak. Ini kerana perbuatan tersebut telah diamalkan sebelum dan selepas kedatangan Islam dan Islam memperakuinya bahkan tidak mengharamkannya. Terdapat kebaikan ketika seseorang perempuan menyusukan seorang anak yang bukan anaknya, contoh seorang ibu meninggal dunia dan tidak dapat menyusu anaknya. Oleh itu, keadaan ini memerlukan perempuan lain menyusukan anak tersebut bagi membolehkan anak tersebut meneruskan hidupnya.
Haruslah diingat bahawa terdapat kesan daripada penyusuan terhadap hubungan kekeluargaan kerana apabila seseorang perempuan menyusukan seorang anak yang bukan anaknya, anak itu akan menjadi anak susuannya dan suami perempuan tersebut turut menjadi bapa susuan kepada anak itu.
Justeru, anak yang disusukan tersebut haram berkahwin dengan ibu susuannya. Dia juga haram berkahwin dengan beberapa golongan daripada keturunan ibu susuannya.
Golongan tersebut termasuklah:
1. Adik-beradik perempuan ibu susuan kerana mereka adalah ibu saudara susuan.
2. Anak perempuan ibu susuan kerana mereka adalah adik-beradik susuan.
3. Cucu perempuan kepada ibu susuan (anak perempuan kepada anak lelaki ibu susuan, atau anak perempuan kepada anak perempuan ibu susuan) kerana mereka adalah anak perempuan adik- beradik lelaki susuan atau anak perempuan adik-beradik perempuan susuan.
4. Ibu kepada ibu susuan (nenek susuan).
Begitu juga dengan beberapa keturunan dari sebelah bapa susuan yang haram dikahwini adalah sama seperti golongan keturunan ibu susuan. Golongan tersebut ialah:
1. Adik-beradik perempuan bapa susuan kerana mereka adalah ibu saudara susuan.
2. Anak perempuan bapa susuan walaupun dengan isteri yang lain kerana mereka adalah adik-beradik perempuan susuan.
3. Cucu perempuan kepada bapa susuan (anak perempuan kepada anak lelaki bapa susuan, atau anak perempuan kepada anak perempuan bapa susuan) kerana mereka adalah anak perempuan adik-beradik lelaki susuan atau anak perempuan adik-beradik perempuan susuan.
4. Ibu kepada bapa susuan (nenek susuan).

Pengharaman tersebut adalah berpandukan al-Quran dan hadis sebagaimana Allah S.W.T telah berfirman dalam Surah an-Nisa’, ayat 23:
وَأُمَّهَٰتُكُمُ ٱلَّٰتِى أَرْضَعْنَكُمْ وَأَخَوَٰتُكُم مِّنَ ٱلرَّضَٰعَةِ
Maksudnya: “Dan (diharamkan juga kamu mengahwini) ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu dan saudara-saudara susuan kamu.”
Rasulullah ﷺ juga telah bersabda:
إِنَّ الرَّضَاعَةَ تُحَرِّمُ مَا يَحْرُمُ مِنَ الْوِلاَدَةِ
Maksudnya: “Penyusuan mengharamkan apa yang diharamkan disebabkan kelahiran (keturunan).”
(Hadis Riwayat Muslim & Bukhari).
Oleh itu, kedudukan ibu kepada ibu susuan adalah nenek susuan kepada anak susuan. Justeru, ia merupakan mahram kepada anak susuan sebagaimana penjelasan di atas.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Lelaki Yang Baik Takkan Tanya Kisah Silam Wanita”, Peguam Syarie Dedahkan Penting Pasangan Tahu Demi Jaga Nasab

Seringkali kita mendengar, lelaki yang baik takkan bertanyakan kisah silam wanita. Bagi sesetengah perkara, jika dilihat dari sudut positif, ia baik demi menjaga kehormonian perhubungan dan kita bersedia menerima baik dan buruknya pasangan.
Namun dari sudut agama, ayat ini salah dari konsepnya kerana adalah wajar lelaki mengambil tahu khususnya demi menjaga nasab keturunan kerana ia melibatkan nasab keturunan keluarga yang penting dijaga.
Dikongsikan oleh seorang peguam syarie, Nur Fatihah Azzahra dari Tetuan Wali Azli & Associates di fbnya, peguam ini berkongsi betapa pentingnya pasangan mengetahui hal silam wanita demi nasab. Baca perkongsiannya.

Lelaki yang baik takkan tanya kisah silam wanita.
Salah.
Lelaki dan perempuan kedua-duanya perlu ambil tahu sejarah hidup kedua-dua belah pihak apabila wujud kisah-kisah hubungan terlanjur atau zina, terutamanya dalam kes calon isteri telah mengandung.
Isu nanti dia nak terima kita ataupun tidak,adalah isu selepas. Dia tak terima kita move on dan cari orang yang bersedia sama-sama hendak jadi lebih baik.
Banyak kes di Mahkamah Syariah melibatkan Pengesahan Nasab Anak berpunca daripada wanita merahsiakan janin / bayi yang sedang dia kandungkan ketika akad nikah dengan suami.
Antara senario yang selalu berlaku dalam kes-kes sebegini dalam masyarakat adalah:-
– Berzina dengan tunang sendiri kemudian mengandung, alasan tarikh nikah dah dekat.
– Berzina dengan orang lain kemudian mengandung; atau
– Diperkosa
Isu yang paling banyak timbul adalah selepas berkahwin, baru si suami diberitahu oleh isterinya bahawa anak sulung pihak-pihak bukan daripada air mani suami tetapi orang lain.
Isteri buat pengakuan ada melakukan hubungan kelamin (zina) dengan individu lain sebelum akad nikah. Kini atas sebab menyesal dan bertaubat, dia tidak mahu berterusan menipu suami sampai mati.
Dalam kes yang lain, sebab ingin bercerai ataupun sudah bercerai dengan suami, baru dia beritahu yang anak sulung adalah bukan hasil hubungan kelamin dengan suami tetapi orang lain. Dari segi prosedur undang-undang, isu ini melibatkan hak jagaan anak tidak sah taraf yang mana mereka diletakkan bawah jagaan si ibu dan pertikaiannya panjang.
Dalam kes yang lain pula, suami sendiri dapat tahu daripada pihak-pihak yang lain berkenaan hubungan isteri dengan lelaki-lelaki lain menyebabkan dia pula meragui nasab anak kandungnya sendiri. Daripada tidak bercerai jadi bercerai-berai apabila terjadi begini.
Menurut pandangan muktabar, nasab seorang individu adalah kepada pemilik air mani tetapi hanya melalui akad pernikahan yang sah. (الولد للفراش).
Secara undang-undang dan Hukum Syarak pula
Anak tidak sah taraf tidak boleh dinasab (bin/bintikan) kepada lelaki lain ataupun kepada lelaki yang menjadi punca ia dikandungkan oleh ibunya apabila usia kandungan kurang 6 bulan 2 lahzoh (qamariah).
Selain itu, anak tidak sah taraf juga tidak boleh mewarisi harta bapa biologinya tetapi mewarisi harta si ibu dalam isu faraid. Jika ia masih dipelihara dan dijaga oleh bapa biologinya, hibah ataupun wasiat boleh dilakukan oleh si bapa sebagai pemberian sebelum mati.
Paling utama, anak perempuan tidak sah taraf tidak boleh diwalikan oleh bapa biologinya, namun akan diwalikan oleh Sultan / Hakim. Boleh lakukan Permohonan Wali Hakim di Mahkamah Rendah Syariah.
Daripada Abi Bakrah dan Sa’d bin Abi Waqas, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنِ ادَّعَى إِلَى غَيْرِ أَبِيهِ، وَهُوَ يَعْلَمُ أَنَّهُ غَيْرُ أَبِيهِ، فَالْجَنَّةُ عَلَيْهِ حَرَامٌ

Maksudnya: Siapa yang mendakwa untuk menisbahkan kepada selain ayahnya, sedangkan dia mengetahui bahawa orang itu bukan ayahnya, maka haram ke atasnya untuk menghuni syurga. _ Muslim (63), Abu Daud (5113).
Rasulullah SAW juga bersabda:
مَن ادَّعى إلى غيرِ أبيهِ، أو انتَمَى إلى غيرِ مواليه، فعلَيه لعنَةُ اللهِ المتتابعةُ إلى يومِ القِيَامَةِ
Maksudnya: Siapa yang mendakwa untuk menisbahkan kepada selain ayahnya, atau menisbahkan kepada bukan maulanya, maka ke atasnya dilaknat oleh Allah secara berterusan hingga hari kiamat.”_ Riwayat Abu Daud (5155)
Perlu ambil tahu perkara yang berkaitan nasab
Pertikaian nanti orang mengambil kesempatan adalah isu kecil, wanita hendaklah menjaga maruah dan harga diri sendiri.
Bertahun hidup bersama, baru nak timbul isu sebegini sebab anak-anak hendak dirikan rumahtangga ataupun berlaku kematian si bapa, susah.
Perlu kepada suatu pengesahan daripada Mahkamah Tinggi Syariah bagi menentukan nasab anak-anak sendiri yang berkait dengan Sijil Kelahiran mereka. Wallahu’alam.
Peguam Syarie : Wali Azri & Associates
#Nasab
#MahkamahSyariah
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI