Penyakit ain disebabkan oleh pandangan mata seseorang terhadap sesuatu atau seseorang dengan perasaan kagum, bercampur perasaan hasad. Pandangan tersebut menyebabkan terjadinya kemudaratan terhadap sesiapa yang dilihatnya.
Apabila seseorang melihat seorang lain hingga terdetik di hatinya sesuatu yang berunsurkan negatif, secara tidak langsung dia telah mengainkan orang yang dilihat Itu tanpa disedarinya.
Rawatan Penyakit ‘Ain
Sekiranya seseorang terkena penyakit ‘ain, berubatlah dengan rawatan secara syar’ie, iaitu:
DIBACAKAN RUQYAH ATAU DOA
Daripada Buraidah bin Al-Husyaib R.A, Rasulullah SAW bersabda:
لاَ رُقْيَةَ إِلاَّ مِنْ عَيْنٍ أَوْ حُمَة
Maksudnya: “Tidak ada ruqyah (yang lebih bermanfaat), kecuali untuk penyakit ‘ain, atau penyakit yang diakibatkan sengatan binatang berbisa..” Riwayat al-Bukhari (5705) dan Muslim (220)
DIMANDIKAN DENGAN AIR
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abi Umamah bin Sahl bin Hunaif, beliau berkata: Amir bin Rabi’ah melewati Sahl bin Hunaif ketika dia sedang mandi, lalu Amir berkata: “Aku tidak melihat seperti hari ini, kulit yang lebih mirip (keindahannya) dengan kulit wanita yang dipingit.” Tidak berapa lama kemudian Sahl terjatuh, lantas beliau dibawa kepada Nabi SAW, lalu dikatakan: “Selamatkanlah Sahl yang sedang terbaring sakit.” Baginda SAW bersabda: “Siapa yang kamu curigai telah menyebabkan ini?” Mereka berkata: “Amir bin Rabi’ah.”
Maksudnya: “Kenapakah salah seorang daripada kamu membunuh saudaranya? Seharusnya apabila salah seorang daripada kamu melihat sesuatu pada diri saudaranya yang menakjubkan, hendaklah dia mendoakan keberkatan untuknya.”
Kemudian Baginda SAW meminta air, lalu menyuruh Amir untuk berwuduk. Amir mencuci wajahnya, kedua tangannya sampai ke siku, dua lututnya dan bahagian dalam kainnya. Nabi SAW memerintahkannya untuk menyiramkan (bekas air wudhuknya) kepada Sahl. Sufyan menyebut, Ma’mar berkata, daripada al-Zuhri: “Baginda SAW memerintahkannya untuk menyiramkan air dari arah belakangnya.” Riwayat Ibn Majah (2828), al-Nasa’ie (10036)
“Cara pengubatan ini tidak akan dapat mengambil manfaatnya bagi orang yang mengingkarinya, orang yang mempersenda-sendakannya, orang yang meragukannya atau yang melakukannya sekadar cuba-cuba tanpa meyakini.” (Lihat Fath al-Bari, 10/205)
BERLINDUNG DARI TERKENA PENYAKIT AIN
Berusaha berlindung daripada penyakit ain adalah dibolehkan serta ia tidak menafikan konsep tawakkal. Ini kerana tawakkal adalah bergantung kepada Allah SWT disertai dengan melakukan asbab perkara yang diharuskan atau diperintahkan dengannya.
Berlindung kepada Allah SWT merupakan pencegahan terbaik daripada terkena penyakit ‘ain malah daripada segala mara bahaya. Nabi SAW memperlindungkan al-Hasan dan al-Husin R.Anhuma sepertimana dalam hadis Ibn Abbas R.Anhuma, Baginda SAW bersabda:
Maksudnya: Aku memperlindungkan kamu berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang maha sempurna daripada syaitan, binatang berbisa dan mata yang dengki.” Riwayat al-Nasa’ie (7679), Abu Daud (4737), Ibn Majah (3525), dan al-Tirmizi (2060)
Marilah kita mengamati dan tadabbur surah al-Falaq serta mengamalkannya supaya terhindar daripada penghasad dan pendengki.
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, (1) “Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; (2) “Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; (3) “Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); (4) “Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”
Sebagaimana lelaki tertarik kepada seorang wanita, demikian juga wanita tertarik dengan seorang lelaki. Bagi memastikan rumah tangga yang bakal dibina bahagia dan berkekalan sehingga ke syurga, wanita berhak untuk mencari dan memilih lelaki manakah yang bakal menjadi imam di hatinya.
Pernikahan bererti mengikat seseorang itu menjadi teman hidup. Bukan untuk sehari dua tetapi seumur hidup. Oleh yang demikian adalah wajar bagi setiap pasangan khususnya wanita supaya lebih berhati-hati dan selektif dalam memilih pasangan hidup. Keserasian dan kebahagiaan itu bukan hanya terletak pada sifat luaran semata-mata tetapi juga personaliti yang memenuhi syarat sebagai seorang suami yang soleh.
Walau bagaimanapun tidak ramai wanita memandang berat akan hal ini. Sebahagian mereka lebih tertarik kepada fizikal luaran tanpa memerhatikan akhlak dan agama pasangan. Akhirnya rumah tangga yang dibina mula retak di pertengahan jalan kerana naluri dan hati yang tidak serasi.
Justeru hargailah ikatan perkahwinan yang akan dibina. Pilihlah bakal suami yang mempunyai ciri-ciri seorang ‘suami yang bertakwa’.
1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
Ini adalah kriteria yang paling utama berbanding kriteria yang lainnya. Seperti mana firman Allah yang bermaksud, “Sesungguhnya yang paling mulia di antara kalian adalah yang paling bertakwa.”( Al Hujurat: 13)
Takwa adalah menjaga diri daripada azab Allah SWT dengan menjalankan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Maka seorang wanita itu perlulah berjuang untuk mendapatkan calon pasangan yang paling mulia di sisi Allah, iaitu seseorang yang taat kepada perintah agama.
2. Bersopan dan berakhlak
Al Bukhari dan Muslim ada meriwayatkan sabda Nabi s.a.w: “Mukmin yang sempurna imannya adalah mukmin yang paling baik akhlaknya dan yang berbudi bahasa terhadap isterinya.”
Selidiki budi bahasa dan sikapnya terlebih dahulu sebelum anda menyesal di kemudian hari. Penyesalan yang disebabkan oleh rasa tertipu dan terpedaya dengan sikap pasangan sebelum kahwin dan selepas kahwin tidak boleh mengubah apa-apa selain redha dan berdoa agar dia diberikan hidayah untuk berubah.
3. Al Kafa’ah (Sekufu)
Yang dimaksudkan dengan sekufu atau al kafa’ahadalah setaraf dalam hal kedudukan, agama, nasab, rumah dan selainnya (Lisaanul Arab, Ibnu Manzhur). Al Kafa’ah secara syariat menurut majoriti ulama adalah setaraf dalam agama, nasab (keturunan), kemerdekaan dan pekerjaan. Atau dengan kata lain kesetaraan dalam agama dan status sosial. Banyak dalil yang menunjukkan anjuran ini. Di antaranya firman Allah SWT,
“Wanita-wanita yang keji untuk laki-laki yang keji. Dan laki-laki yang keji untuk wanita-wanita yang keji pula. Wanita-wanita yang baik untuk laki-laki yang baik. Dan laki-laki yang baik untuk wanita-wanita yang baik pula.”(Surah An Nur: 26)
3. Menyenangkan jika dipandang
Tidak dinafikan, faktor fizikal juga merupakan salah satu kriteria dalam memilih calon pasangan. Wajah dan penampilan yang menarik juga adalah tunjang keharmonian dalam rumah tangga. Maka pertimbangkanlah hal ini untuk mewujudkan ketenteraman di dalam hati.
4. Kemampuan memberikan nafkah
Carilah seorang suami yang mampu memberi nafkah. Ini kerana memberi nafkah itu merupakan satu kewajipan bagi seorang suami. Usah jadikan masalah kewangan sebagai punca perpecahan dalam rumah tangga. Kelemahan suami mentadbir dan menyara keluarga hanya akan mengganggu perjalanan kehidupan dan kebahagiaan suami dan isteri.
Terimalah hakikat ini, alam perkahwinan amatlah berbeza daripada alam bercinta. Apabila sudah berkahwin semua aspek perlu difikirkan bersama. Soal tempat tinggal, kenderaan, makan pakai, anak-anak dan juga keperluan bagi seorang isteri. Bukanlah bertujuan untuk mengajar dan menambat isteri dengan wang ringgit dan harta benda tetapi cukuplah sekadar dapat menampung seisi keluarga.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Syurga seorang wanita yang belum berkahwin terletak di bawah tapak kaki ibunya. Bagi seorang wanita yang sudah bergelar isteri pula syurganya terletak di bawah kaki suami.
Walaupun tiada hadis sahih yang berkata sedemikian namun ianya boleh dianggap sebagai suatu metafora di mana untuk seorang isteri itu menjadi ahli syurga adalah dengan mentaati suaminya, yang demikian cukup banyak ayat Al-Quran dan hadis Baginda.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka. (an-Nisaa’: 34).
Walau bagaimanapun seorang wanita walaupun telah berkahwin masih tetap perlu mengingati dan menghargai jasa kedua ibu bapanya.
Perintah ini banyak dimuatkan dalam Al-Quran yang menunjukkan bahawa perkara ini teramatlah penting.
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Luqman, 31: 14).
“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa…”(al-Ahqaf, 46: 15).
Berikut perkongsian Hafiz Mustapha yang wajar dijadikan pedoman buat golongan isteri dan juga suami.
Kesian pula pada makcik ni selepas mendengar kisahnya. Ketiga-tiga anak perempuannya lepas berkahwin tidak bekerja. Anak-anaknya bukannya calang-calang kelulusan.
Anak pertama lulusan Master di Universiti Sains Malaysia (USM). Habis master bekerja sebagai research assistant tetapi berhenti selepas kahwin sebab jaga anak. Suami tak bagi kerja. Suami kata derhaka jika ingkar.
Anak kedua dapat degree Universiti Putra Malaysia (UPM) terus kahwin dengan coursemate. Sempat kerja kerajaan setahun tetapi kena transfer. Terus berhenti kerja dan beranak.
Anak ketiga Degree daripada UiTM dan dua tahun cari kerja. Akhirnya dapat panggilan guru, tapi tolak sebab tak minat. Sehingga sekarang umur dah 30 tahun dan tidak bekerja. Kahwin dan beranak.
Makcik dan arwah suaminya bersusah payah membesarkan anak-anak mereka bagi pelajaran. Makcik pencen kerani kerajaan dan arwah suami kerja kampung. Anak-anak minta macam-macam waktu belajar. Semuanya dipenuhi daripada laptop, handphone sehingga duit belanja sebab pinjaman yang diterima tidak cukup. Mak saudara pun banyak tolong bantu anak-anak perempuan.
BERKORBAN UNTUK ANAK-ANAK
Akibatnya, makcik dan arwah suami ketika itu selalu catu belanja. Nak beli makanan pun berjimat sebab waktu tu anak serentak sambung belajar. Orang lain tua-tua mampu pergi umrah atau haji tapi mereka tak berkesempatan kerana masalah kewangan. Simpanan pun habis untuk pembelajaran anak-anak.
Kini, makcik tinggal seorang diri. Dia bertuah sebab masih ada pencen. Boleh lah tanggung makan minum sendiri. Kata makcik seronok tengok anak-anak saudaranya berjaya dan tolong mak bapak. Kadang kala anak-anak saudara sedekah duit dan beli macam-macam tapi dia malu jugak nak terima. Anak-anak sendiri tak pernah bagi.
PINJAM DUIT
Tetapi menyebabkan saya lagi sedih juga geram ialah anak- anaknya masih lagi menyusahkan hidupnya. Kadang-kadang minta pinjam duit ye. PTPTN pun tak mampu bayar. Nak minta suami bayar?
Jangan harap…..
“Hafiz, tak yah kahwin lah. Kalau kahwin cari perempuan yang kerja tau”. Kata makcik pada saya sambil ketawa. Pertama kali mendengar pesanan macam itu daripada seorang wanita tua. Kejadian dan pengalaman hidup menyebabkan dia berkata begitu. Walaupun kami banyak bergelak ketawa ketika berbual, tetapi saya tahu makcik susah hati.
Kepada perempuan, jika ada kelayakan, bekerja lah bantu keluarga. Janganlah mengenepikan ibu bapa dengan alasan taat suami. Your parents raised you up kan? They will be with you forever. Suami tu esok pun dia boleh cerai dan cari perempuan lain.
KASHOORGA: Kesimpulannya, sama ada anak perempuan mahupun anak lelaki, tetap ada tanggungjawab pada ibu bapa.
Subhanallah! Pemuda ini meninggal dunia saat melaungkan azan kedua solat Jumaat! Apakah amalannya sehingga ramai alim ulama mendoakannya?
Disebutkan dalam hadis yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad dan lainnya[1], bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
إذا أراد الله بعبد خيرا استعمله قيل : ما يستعمله ؟ قال : يفتح له عملا صالحا بين يدي موته حتى يرضي عليه من حوله
“Apabila Allah menginginkan kebaikan kepada seorang hamba, Allah jadikan ia beramal.” Lalu para sahabat bertanya, “Apa yang dimaksud dijadikan dia beramal?” Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Dibukakan untuknya amalan shalih sebelum meninggalnya sehingga orang-orang yang berada di sekitarnya ridha kepadanya.”
Baru pulang dari menziarahi jenazah Sdra Amirul Najmie Asrul Leonard. Siswa sem 5 Diploma Pengajian Islam Pengkhususan Dakwah dan Pengurusan.
Budaknya sangat baik. Kerap juga datang ke bilik saya untuk bertanya perihal pengajiannya. Sering bertugas sebagai bilal pelatih di Masjid KUIPSAS. Kebanyakan pensyarah dan ahli jemaah Masjid KUIPSAS mengenali beliau. Perginya dalam keadaan yang sangat mulia, dalam bulan Ramadan yang mulia, pada hari Jumaat yang mulia di tempat yang mulia iaitu Masjid Sungai Panching Selatan selepas tidak sedarkan diri ketika sedang mengalunkan azan kedua Solat Jumaat tadi.
CORETAN RAKAN KARIB
Melalui coretan seorang pemuda menerusi akaun Facebook dikenali sebagai Muhammad Izzan, pemuda ini berkongsi mengenai sahabatnya yang meninggal dunia ketika melaungkan azan.
“Selamat pulang wahai teman. Rehatlah, sungguh kami cemburu dengan cara ALLAH mengambilmu”
Saya rasa tidak perlu saya perkenalkan siapa adinda Amirul ini pada saya. Ramai orang tahu yang dia kawan rapat saya.
Gambar kami yang beratus-ratus keping, selalu menjadi teman lepak saya, teman bercerita saya, kalau Ramadhan biasanya dia akan teman saya ke masjid-masjid tempat saya bertugas imam Tarawih.
Amirul yang saya kenali,
Dia seorang yang sangat meminati bacaan Al-Quran saya, sehinggakan bila saya mengaji dalam kereta pun, dia pasti akan rakam.
Dia seorang yang banyak membantu orang.
Dia seorang yang ceria. Mudah didekati.
Dia seorang yang sentiasa gigih dalam apa yang dia lakukan. Saya teringat dia selalu minta saya ajar cara mengeluarkan suara yang betul ketika azan. Sehingga dapat, dia usahakan.
Semalam hari yang saya rasa seolah mimpi.
Amirul, kau telah pergi selamanya. Bertemu Allah dalam keadaan kau sedang mengalunkan azan Jumaat. Jemaah melihat hal ini. Menjadi saksi mulianya kau menghadap Sang Pencipta.
Gelak tawa, susah senang dan memoriku bersama kau Mirul, tak kan sesekali dilupakan.
Aku yakin kau juga senang bersama aku. Allah pinjamkan 3 tahun untuk kita saling mengenali. Moga kita tergolong dalam apa yang dijanjikan Allah menerusi sebuah hadis,
إن الله يقول يوم القيامة : أين المتحابون بجلالي؟ اليوم أظلهم في ظلي يوم لا ظلَّ إلا ظلِّي.
Nabi saw berkata, sesungguhnya Allah akan berkata di hari akhirat kelak : Di mana mereka yang saling berkasih kerana keagunganKu? Hari ini Aku naungi mereka dengan naunganKu. Dan hari ini tidak ada naungan melainkan naunganKu sahaja.
Banyak lagi kalau saya hendak tulis tentang Amirul. Namun linangan air mata lebih pantas dari jari yang mencatit.
BERIKUT KOMEN-KOMEN DARIPADA RAKAN-RAKAN DAN NETIZEN YANG NYATA ‘CEMBURU’ DENGAN PEMERGIAN ALLAHYARHAM AMIRUL NAJMIE ASRUL LEONARD DI BULAN YANG MULIA INI.
Semoga roh Almarhum dirahmati Allah swt dan ditempatkan dalam kalangan para solihin.
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...