Alangkah indah dan sempurnanya hidup seseorang itu jika dipertemukan jodoh dengan seorang suami yang mampu jadi pembimbing kita hingga ke jannah.
Dia bukan sahaja kita anggap suami, tetapi teman baik dan jadi dahan tempat bergantung dan satu anugerah terindah dalam hidup. Tiada kata dapat meluahkan rasa syukur ini dipertemukan dengan insan yang mampu bimbing kita hingga ke jannah.
Perkongsian Ustazah Asma Harun di laman Instagramnya menyatakan rasa kasih, cinta dan syukur tidak terhingga dikurniakan suami yang baik.
Dia juga menjadi tempat untuk dipinjam bahunya, telinga untuk meluah dan melakukan segala-galanya untuk dirinya.
View this post on Instagram
Artikel Berkaitan: Mula-Mula Kenal Tanya Bab Agama, Lama-Lama Hati Terpaut. Kisah Cinta Ustazah Asma Harun Ini Memang ‘Bersemut’!
Ternyata catatan cinta buat suaminya itu adalah sempena haru ulang tahun kelahiran insan yang sudi untuk susah senang bersama dalam membina keluarga bahagia.
Malah suaminya inilah yang memberi kekuatan padanya saat diri rebah dan mahu mengalah.
“SubhanAllah, saya pasti ada sesuatu dlm hidup kita yg akan menguatkan rasa syukur mengatasi rasa tersungkur, sehingga walau ujian sedih & pedih datang, kita boleh hadapi dgn tenang.
“Alhamdulillah, dalam hidup saya, Suami tercinta adalah satu anugerah terindah, tiada perkataan yg boleh disusun untuk menyatakan rasa syukur kepada ALLAH. Kerana itu saya malu, bila ingin mengeluhkan ujian, sy teringat pemberian.
“Jika manusia melihat saya kuat, Allah ya Qawiyy berikan kekuatan itu melalui dia. Saat sy rebah dan mahu mengalah, dialah yg mengangkat sekuat hatinya supaya sy terus gagah, meminjam bahu dan telinganya untuk meluah, dia buat tanpa lelah.
“Dialah, Setiap Subuh hari minyak kereta diisi, Makanan dan air mesti diberi, Diletakkan ditengah antara kerusi, Kerana dia tahu perangai si isteri, Culas sarapan pagi.
“Dialah bapa, kadang dia jualah ibu, ketika berhari² saya keluar 7 orang anak dialah yang menjaga. Katanya pernikahan adalah satu perkongsian tanggungjawab & amanah, dia bukan lakukan tugas sy & sy bukan buat tugas dia, tapi itu memang tugas bersama.
“Menitis air mata, saat dia menyatakan bahawa saya adalah pinjaman Allah yg sementara di Dunia, untuk kekal bersama di Akhirat sana, maka dia kembalikan saya kpd Allah, pergilah kepada ummah & dakwah, dia benar² membenarkan kata²nya, kerana itu dia selalu mengalah, tak apa.
“Allahu Akbar, hari ini hari lahirnya, tiada apa yang dimahunya, dan saya tahu tiada hadiah yg boleh menggambarkan rasa syukur ini, seorang ibu melahirkan seorang anak lelaki, dibesar dididik dengan penuh kasih cinta, lalu akhirnya dilepaskan utk menjadi suamiku, dialah ibu mulia, moga saat ini arwah dlm salah satu taman SyurgaNya.
“Ya Allah, bantu aku utk menjadikan diriku hadiah terindah buatnya, sebagai isteri solehah penyejuk hatinya, semoga hidup & matiku dalam redhaMu dan redha suamiku.
“Selamat hari kelahiran buat suami yg saya muliakan, Tengku Fazli Tengku Yahya, hanya semata² Allah yang berhak dan mampu membalas segalanya, semoga sepnjg hidupmu dlm rahmat & pengampunanNya, dilimpahkn rezeki yang barakah, kekuatan menjadi qudwah hasanah, diberikan Husnul Khatimah dan berakhir di Jannah.
Aameen ya Mujib
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI