Jadi suami perlu memain peranan dalam membantu isteri memikul kerja rumah. Dan isteri juga kena sabar dengan kelemahan suami dan sentiasa bersyukur kerana masih mempunyai dia di sisi.
Inilah pesanan yang cuba disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dalam perkongsian di laman Instgramnya.
Memberi peringatan buat pasangan suami isteri supaya tahu tugas masing-masing. Tambahnya lagi supaya tegur secara baik, doa yang baik dan insya-Allah rezeki yang datang juga nanti akan baik-baik.
Ayuh ikuti perkongsiannya dan hadam kepada semua pasangan yang baru atau sudah lama berumahtangga.
“Abang-abang Nak jadi suami ni senang. Kahwin, terus dapat title suami. Tapi ada apa pada gelaran Kalau kita tidak benar-benar berfungsi Sebagai sebenar-benar suami
Ads
“Suami adalah pemimpin rumahtangga Bukan bos kepada isteri & anak-anak Perlu sama ambil tahu tentang isi rumah Bukan sekadar hulur duit lepas tekak
“Suami jangan ego bila ditegur Jangan pula ringan tangan bila marah Lelaki sejati dihormati bila merendah diri Disayang anak isteri bila menyayangi
“Suami, sama-samalah pikul kerja rumah Dulu raja sehari kenapa sekarang macam orang gaji Tak dapat buat semua, jangan tinggal semua Mulianya kalian bila bantu sama-sama
“Isteri, bersabarlah dengan kelemahan suami Bersyukur tatkala masih punya dia di sisi Tegur baik-baik, doa yang baik-baik Insya Allah rezeki yang datang juga baik-baik
“I Love You All my Beloved Brother di luaq sana… Brotherhood forever…
Terdahulu Ustaz Don yang sudah lapan tahun berkahwin dengan isteri tercinta Dr Husna Zahry Rafie dan dikurniakan 3 cahayamata (akan datang empat anak) turut berkongsi tip sepanjang perkahwinannya itu.
Tip Amalan Sepanjang Perkahwinan Buat Kaum Lelaki
“Tips Suami perkahwinan 8tahun yang saya amalkan (P/s: maksud 8 tahun ni, dh lalu fasa first 5/6 tahun ujian rumahtangga. Masuk fasa kedua. Kalau org tua tua kata, lepaih 5 tahun kawin, kalau still pegang tangan berjalan suami isteri, kira terer aaa… ni kata org tua tua… الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالمِين masih lagi jalan pegang tangan.. terima kasih org tua tua ataih nasihat… point di sini, bukan senang ya nak buat… haaaa)
“Petua yang saya amal dan amik dari orang2 lama…
Ads
1. Tanggungjawab Tanggungjawab ada 2 perkataan di situ. Satu ‘tanggung’ satu lagi ‘jawab’… Seolah-olah nak kata kat kita, “pandai-pandai tanggung, pandai-pandai jawab”. Point di sini ialah, PERASAAN TANGGUNGJAWAB inilah yang akan membuatkan seorang manusia menjadi manusia yang berjaya dalam semua bidang. Kita biasa buat salah, bertanggungjawablah. Kita biasa salah buat keputusan, bertanggungjawablah. Kita biasa tersilap langkah, bertanggungjawablah. Kita berani ‘buat’, bertanggungjawablah. Kita biasa main msg dengan perempuan lain, bertanggungjawablah. Kita biasa marah anak sampai nangis, bertanggungjawablah. Kita biasa guna duit ‘overspending’, bertanggungjawablah. Last but not least, kita pilih isteri kita, bertanggungjawablah.
2. Sembahyang Berjemaah Ini memang satu miracle laaa… Xtau nak kata mcm mn, tapi yang pasti, buatlah, akan selesai semua masalah. Percayalah!!! Allah kan Maha Mendengar, Maha Melihat, lagi Maha Mengetahui. Tambahan pulak, Allah kan Maha Bijaksana… Amalkan lah… jangan tinggai… Kalau lambat, qadha’. Kalau lupa, peringat. Kalau malas, bantu. Kalau tak reti, ajaq. Kalau tidoq kalu…bagi masa, agak2 lagi 1 jam atau 1/2 jam nak habis waktu, kejut n minta pi sembahyang.
3. Rumah Bagi rumah yang selesa… Sewa pun xpa. Kecik bukaan dia pun xpa. Beli pun xpa. Baguih. Studio style ka, banglow ka, teres ka, xpa. (Alamak, syempoiii… masa dok tulih post ni, keluaq lagi Creed- One Last Breath)
4. Kewangan Abang, please… jangan jadi mcm saya.. umuq 35 baru nak belajaq jaga duit n urus duit.. nnt menyesai tak sudah Abang.. mujuq la rasa tanggungjawab ada, pulun jugak la saya Abang… Abang, jangan lewat mcm saya Abang… maklumat sekarang dh banyak. Buka Youtube, dengaq. Bukak Pinterest, baca. Bukak Instagram, amik manfaat. Bukak Facebook, baca.
5. Kenderaan Mesti kena ada. Moto baguih, xsalah. Ada kereta walaupun kecik, selesa sikit. Saya ada Kancil. Warna biru. Tak kesah. Kadang2 kita buat moto, kira2 dh boleh beli satu Kancil. Saya x kata pun salah buat moto. Buat. Xdak masalah. Asalkan ingat point no 1 n 2 yang kat ataih nu… OK my Brothers…
Dari kecil suka tengok kereta porsche, influencer Aisyah Hijanah syukur allah makbulkan doa yang diulang-ulang sedari kecil. Syukur Alhamdulillah.
Setiap dari kita memiliki angan-angan dan impian sedari kecil. Ada di antaranya, bila dewasa kelak kita dapat menikmati apa yang diidamkan, namun ada jua yang tidak kesampaian.
Tapi tak salah kita memasang impian, apa lagi perkara tersebut membuatkan kita makin bersemangat untuk berjuang dalam mendapatkan apa yang diimpikan.
Tidak ketinggalan, begitu juga yang dilalui oleh pempengaruh atau influencer, Aisyah Hijanah, dirinya sejak kecil memang teringin untuk memiliki kereta Porsche dan hari ini Allah telah makbulkan doanya.
Aisyah melalui akaun Instagramnya meluahkan rasa syukur yang tak terhingga apabila apa yang diidamkan selama ini telah berada di depan mata. Ini perkongsiannya,
Alhamdulillah ala kulli hal, haza min fadhli Rabbi. Dari kecil suka tengok kereta ini. Selalu doa “Semoga one day nanti Aisyah ada kereta ni”.
Alhamdulillah, semoga segala nikmat hanya menjadikan Aisyah dan Alif sentiasa down to earth, lebih bersyukur dan tidak lupa diri. Terima kasih untuk semua yang ada dalam jalan cerita hidup Aisyah daripada dulu sampai sekarang.
Terima kasih juga untuk @anwarshah06 yang bantu dapatkan my dream car. Alhamdulillah another achievement before 2023.
Influencer Aisyah Hijanah
Dalam hantaran lain, Aisyah turut berkon gsi perjalanan jatuh, ban gunnya dalam bidan g bisnes. Apa yang dikecapi hari ini bukanlah semudah yang disangka.
Terlalu banyak ujian dan cabaran, namun Allah Maha Adil. Kini satu-persatu nikmat, Allah kurniakan buat Aisyah dan keluarga kecilnya.
Kalau korang (anda) yang follow Aisyah daripada dulu, mesti tahu jalan cerita Aisyah daripada 401production. Kadang itu Allah bagi banyak sangat cabaran dan ujian untuk kita supaya kita jadi orang yang lebih kental di masa depan.
Syukur Allah
Banyak sangat yang jadi dalam hidup. Orang fitnah, orang hentam semuanya daripada orang Islam. Aisyah bukan nak discriminate, tetapi kita sebagai Islam sepatutnya lebih tahu.
Masa Aisyah awal lagi buat buku, terus ada Niqabis label “kahwin awal sebab hendak buat buku…” Kadang itu Aisyah sendiri pun pelik, macam mana kita ada kekuatan nak cakap yang bukan-bukan pasal orang, apatah lagi kita tak kenal orang itu.
What I did was only “sabar”. And Alhamdulillah, memang Allah janjikan “dalam kesusahan, ada kesenangan”. Semua kesabaran, Allah balas dengan nikmat satu per satu.
Allah bagi ramai orang yang baik-baik untuk Aisyah, keluarga yang baik, anak-anak yang sempurna, suami yang MasyaAllah the best man in my world, perniagaan yang baik, team @hijanahofficial yang baik.
Terima kasih untuk semua yang selalu ada dengan Aisyah, mendoakan Aisyah. Walaupun kita tak kenal, tapi ramai yang datang booth dan support bisnes Aisyah. Kalian semua ada dalam doa Aisyah.
Kashoorga : Setiap kejayaan tak datang bergolek, perlu diiringi dengan usaha dan doa. Tahniah Aisyah Hijanah.
Mungkin ada yang belum tahu hukum pernikahan di bulan Syawal ini adalah sunnah jika diniatkan untuk mengambil keberkatan dari perkahwinan Nabi Muhammad SAW dengan Aisyah RA.
Namun jika seseorang itu tidak mampu untuk berkahwin pada bulan Syawal maka dia boleh memilih mana-mana bulan yang sesuai untuk dia berkahwin.
Dalam pada itu ada kisah mengapa pernikahan antara Rasulullah SAW dan Aisyah berlangsung di bulan Syawal ini sekali gus menjadi sunnah.
Mengikut tradisi bangsa arab bulan Syawal dianggap sebagai bulan yang membawa malapetaka kepada rumah tangga yang dibina pada bulan tersebut. Untuk meruntuhkan tradisi ini Rasulullah SAW berkahwin dengan Aisyah RA pada bulan Syawal.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Aisyah RA berkata:
Maksudnya: “Rasulullah SAW telah mengahwini ku pada bulan Syawal dan Rasulullah bersama dengan ku juga pada Syawal. Isteri Rasulullah mana yang lebih beruntung di sisi Rasulullah SAW dari pada ku?” (Riwayat Muslim)
Tujuan Aisyah RA menggambarkan keberuntungan dirinya yang berkahwin dengan Rasulullah SAW di bulan Syawal sebagai menandakan bahawa perkahwinan di bulan Syawal tidak membawa apa-apa kemudaratan seperti sial yang disangka oleh masyarakat jahiliah[1]. Ini menunjukkan kepercayaan bahawa bulan Syawal boleh membawa malapetaka kepada rumah tangga adalah dan tidak benar.
Daripada hadis ini dapat difahami bahawa disunatkan untuk berkahwin pada bulan Syawal. Imam al-Nawawi berkata:
Maksudnya: “Hadis ini menunjukkan bahawa berkahwin dan bersama pada bulan Syawal adalah sunat. Para Ashab Syafii telah menyebut dengan jelas mengenai kesunatannya[2].”
Dalam mazhab Syafii disebutkan bahawa antara perkara yang disunatkan dalam perkahwinan ialah melakukannya pada bulan Syawal. Imam al-Ramli berkata:
Maksudnya: “Disunatkan untuk berkahwin dan bersama pada bulan Syawal, diadakan di masjid, dalam khalayak ramai dan pada waktu siang[3].”
Alasan mengapa disunatkan untuk berkahwin pada bulan tersebut ialah kerana mengikut amalan Nabi SAW[4]. Oleh itu diriwayatkan juga bahawa Aisyah gemar supaya para wanita dari keluarganya juga berkahwin pada bulan Syawal sebagai mengambil keberkatan kepada perkahwinan beliau dengan Nabi SAW[5].
Meskipun tidak ada dalil yang jelas menyebut berkenaan sunat berkahwin ketika bulan Syawal namun ulama memahami kesunatannya daripada kenyataan Aisyah RA. Selain itu, perkahwinan di bulan Syawal disunatkan ketika dia boleh memilih sama ada ingin melakukannya pada bulan Syawal ataupun pada bulan-bulan yang lain.
Kesimpulannya, hukum perkahwinan di bulan Syawal adalah disunatkan jika diniatkan untuk mengikut dan mengambil keberkatan dari perkahwinan Nabi SAW dan Aisyah RA. Namun jika seseorang itu tidak mampu untuk berkahwin pada bulan Syawal maka dia boleh memilih mana-mana bulan yang sesuai untuk dia berkahwin.
Fokus utama sesebuah perkahwinan adalah untuk menghalalkan perhubungan antara seorang lelaki dan juga wanita.
Perkahwinan adalah ikatan gabungan kerjasama antara suami dan isteri. Banyak kelebihan mereka yang berkahwin berbanding mereka yang masih bujang.
Berikut enam kelebihan individu yang berkahwin:
MENYEMPURNAKAN AGAMA
Saat si pengantin lelaki berjabat erat tangan imam atau wali kepada si pengantin perempuan dengan bersaksikan sekalian saksi, saat dia melafazkan ijab dan kabul saat itu jugalah sebahagian daripada agamanya telah sempurna.
SUNNAH NABI-NABI TERDAHULU
Abu Ayyub berkata Rasulullah SAW bersabda: “Empat perkara daripada perlakuan sunnah Rasul ialah bersifat malu, sentiasa berwangi-wangian, bersugi dan bernikah.”
JAUHI LARANGAN AGAMA
Nabi Muhammad SAW menggalakkan kita berkahwin bukan hanya untuk membendung diri daripada melakukan maksiat, namun supaya hidup kita berteman sebagaimana hadis yang disabdakan Nabi Muhammad SAW yang bermaksud Baginda SAW melarang umatnya bujang.
Cuba bayangkan, betapa sunyinya hidup ini apabila berada berseorangan, makan seorang, tidur tiada berteman. Carilah jodoh itu. Insya-ALLAH akan ALLAH SWT hadirkan. Yang utama, jangan putus berdoa.
JADI UMMAT KEBANGGAAN NABI MUHAMMAD SAW
Apabila kita berkahwin pastilah akan ada cahaya mata bukan. Bukankah itu akan menambahkan dan meramaikan lagi umat Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Dan berkahwinlah, kerana aku akan berbangga dengan kamu sebagai umat yang ramai bilangannya. Dan barangsiapa berkeupayaan hendaklah dia bernikah dan barangsiapa yang tidak berkeupayaan hendaklah dia berpuasa kerana berpuasa itu dapat mencegahnya daripada melakukan maksiat.”
TERLAKSANANYA SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW
Perkahwinan itu adalah sunnah Nabi Muhammad SAW. Aisyah berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Nikah itu adalah daripada sunnah yakni perlakuanku. Maka barangsiapa tidak beramal dengan sunnahku dia bukanlah daripadaku.”
ELAK MAKSIAT
Akad nikah itu adalah suatu ijab dan kabul yang menghalalkan ‘perhubungan’ lelaki dan wanita. Ramai yang mengatakan, apabila berdua berasa seperti mahu melakukan sesuatu yang intim, Maksudnya ada syaitan yang ketiga. Jadi bernikahlah, dengan bernikah di mana sahaja, bila-bila masa anda boleh menyentuh pasangan anda.
Itulah sedikit sebanyak hikmah sesebuah ikatan perkahwinan. Teladanilah ia dengan sebaik mungkin. Jom tambahkan umat Nabi Muhammad SAW.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Selain melakukan perubatan moden untuk menyembuhkan sesuatu penyakit, terdapat juga pelbagai kaedah yang diamalkan sebagai alternatif dan ikhtiar untuk merawat penyakit.Antaranya adalah dengan perawatan...