‘Suami meninggal selepas tamat larian.’ Isteri dedah kisah, sejadah selit di pinggang ketika marathon. Rupanya ada kisah di sebalik gambar suaminya yang tular dan kisah ini menjentik hati warganet.
Malahan luahan seorang wanita iaitu isteri kepada pelari tersebut tentang pemergian suami tersayang usai menamatkan marathon Langkawi mengundang muhasabah diri.
Sebelum itu, media melaporkan Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Klinikal Veterinar, Fakulti Perubatan Veterinar, UPM, Dr Nik Mohd Faiz Nik Mohd Azmi, 37, meninggal dunia selepas selesai menamatkan larian Langkawi Half Marathon.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari memaklumkan ahli akademik itu tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri semasa menghampiri garisan penamat.
Selepas Tamat Larian
“Petugas perubatan dan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) telah beri bantuan awal dan Cardiopulmonary resuscitation (CPR) sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi.
“Ujian Covid-19 yang dibuat adalah negatif dan mayat akan dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk post mortem. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Ads
Isteri Dedah Kisah
Sudah tentu, isteri adalah insan yang terdekat bagi seorang suami. Hilang insan tersayang dalam sekelip mata, Dr Sheereen Zulkefly menitipkan luahan yang meruntun hati di laman sosial Facebook.
Memuat naik foto Allahyarham berlari sambil menyelitkan sehelai sejadah di bahagian pinggang, Sheereen menceritakan semula kebiasaan Dr Nik Mohd Faiz seperti mana dikongsikan rakan suaminya bernama Syahmi.
Sejadah Selit
Berikut perkongsiannya:
Kisah sejadah. Gambar Allahyarham suami berlari sambil membawa sejadah viral tatkala pengumuman berita kematiannya. Allahuakbar.
Sebenarnya, gambar itu dirakam sewaktu Allahyarham suami berlari dalam Standard Chartered KL Marathon pada bulan November lepas. Beliau berhenti sebentar untuk solat Subuh dan kemudian meneruskan lariannya.
Alhamdulillah, memang begitulah cara dia. Sangkutkan sejadah kecil tiap kali larian supaya dia boleh berhenti solat sebaik masuk waktu.
Ads
Di Pinggang Ketika Marathon
Di Langkawi International Half Marathon 2022, allahyarham suami saya menunaikan solat subuh terlebih dahulu sebelum memulakan larian.
‘Dia lihat ramai yang tunggu turn untuk menggunakan khemah untuk solat subuh. Setelah selesai solatnya, dia memberitahu sahabat lariannya, Syahmi, “Ko pakailah sejadah aku. Lepas ni aku nak wakafkan sejadah ni kepada pelari lain. Biar aku dapat pahala berterusan.”
Tulis Sheereen selesai rakan suaminya, Syahmi menunaikan solat subuh, Allahyarham memberikan sejadah digunakan kepada pelari lain.
“Abang, pakai sejadah saya dan serahkan untuk diguna oleh orang seterusnya ya”.
Wakafkan Sejadah
“Kisah ini diceritakan kepada saya oleh Syahmi, ketika kami dalam bot marin dalam perjalanan menuju ke Jeti Kuala Perlis bersama jenazah Allahyarham untuk dibedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
“Moga niat Allahyarham suami saya untuk mendapat pahala beterusan itu dimakbulkan oleh ALLAH SWT. Aamiin Allahumma Aamiin,” coretnya.
Bagi orang dewasa, kita mungkin memahami kenapa kita perlu sentiasa berdoa untuk kesejahteraan bumi Palestin dan apa itu Masjid Al-Asqa yang menjadi perebutan antara Zionis Yahudi dan warga Palestin. Menjadi kiblat pertama umat Islam, tidak hairanlah Masjid Al-Aqsa wajib dipertahankan oleh semua umat Islam dan bukannya warga Palestin sahaja.
Tapi bagaimana nak memberitahu anak-anak tentang sejarah bumi Palestin dari sudut yang paling mudah untuk anak-anak faham?
Pengacara Irma Hasmie dalam satu perkongsian di IGnya @irmahasmie berkongsi apa yang perlu ibu ayah ajarkan dan tanamkan dalam jiwa anak-anak kenapa kita harus memberi perhatian kepada isu Palestin dan selalu mengikuti isu semasa di Baitul Maqdis?
Ternyata ianya sangat baik untuk anak-anak memahami sejarah negara ini.
Apabila anak kita bertanya,
“Mengapa kita memberikan perhatian kepada PALESTIN dan selalu mengikuti isu semasa di Baitul Maqdis?”
Apa jawapan kita?
Ceritakan kepada anak kita:
Wahai anakku, sesungguhnya PALESTIN adalah tempat tinggal para Nabi.
Nabi kita Ibrahim عليه السلام hijrah ke PALESTIN.
Nabi Lut عليه السلام diselamatkan oleh Allah dari azab yang turun pada kaumnya menuju bumi yang diberkati, iaitu bumi PALESTIN.
Nabi Daud عليه السلام tinggal di PALESTIN dan membangun mihrabnya.
Dan Nabi Sulaiman عليه السلام memerintah seluruh dunia dari PALESTIN, kisahnya yang popular berkaitan semut yangg berkata, “Hai semut, masuklah ke tempat tinggal kalian.” Tempat yang disebut dengan wadi an-Naml (lembah semut) itu terletak di PALESTIN dekat (‘Athqalan).
Di PALESTIN juga, terdapat mihrab Zakaria عليه السلام, sebagaimana Musa عليه السلام meminta kaumnya memasuki Bumi Muqaddasah, beliau menamakan dengan al-Muqaddasah, iaitu (suci) dari syirik, dan dijadikan tempat tinggal para Nabi.
Demikian juga ketika Rasulullah ﷺ melakukan Isra’, baginda pergi ke Baitul Maqdis sebelum Mi’raj ke langit. Inilah terminal pertama baginda berhenti setelah berangkat dari Mekah sebelum menuju ke langit, dan baginda menjadi imam solat para Nabi.
Banyak mukjizat yang terjadi di dalamnya, di antaranya kelahiran Nabi ‘Isa عليه السلام dari ibunya Maryam, seorang gadis tanpa suami, dan Allah mengangkatnya ketika Bani Israil sepakat untuk membunuhnya.
Di PALESTIN, Maryam menggoyang batang pohon kurma setelah kelahirannya dalam keadaan paling lemahnya wanita.
Termasuk tanda-tanda akhir zaman di PALESTIN, Nabi ‘Isa عليه السلام akan turun di menara putih Syria, dan akan membunuh Dajjal di gerbang Lod PALESTIN, serta banyak cerita lain yang pernah terjadi di PALESTIN, di antaranya kisah Talut dan Jalut.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Tular baru-baru ini sejenis makanan berbentuk ular di Pantai Timur hingga mendatangkan pelbagai tanggapan pada masyarakat.
Hidangan berkenaan disediakan oleh seorang peniaga Che Harun Ali, 46 tahun yang sudah hampir 30 tahun menebar roti canai.
Biarpun sudah menghasilkan adunan berbentuk ular itu sejak setahun lalu tetapi jadi viral apabila video menghasilkan roti canai berkenaan tersebar di media sosial.
Walaupun hanya roti canai basa tetapi ramai mempersoalkan hüküm makan makanan menyerupai haiwan berbisa seperti itu.
Dalam pada itu Menteri Kelantan Datuk Mohamad Shuri Mohamad tampil menjelaskan hukum membeli dan memakan makanan berbentuk haiwan berbisa berkenaan.
Menurut beliau hukum membeli dan memakan makanan berbentuk haiwan berbisa seperti roti canai ular yang tular baru-baru ini adalah tidak haram, selagi bahan yang digunakan untuk membuat makanan itu adalah daripada sumber yang halal.
Katanya lagi ini kerana tujuan pembelian itu adalah semata-mata untuk dimakan dan bukan untuk diagungkan.
“Kita semua sedia maklum, bahawa kandungan roti canai itu hanyalah tepung gandum sahaja dan ia datang daripada sumber yang halal. Jadi tidak timbul sekalipun isu haram jika memakan roti canai berbentuk ular.
“Bagaimanapun, hukum memakan ular tetap haram kerana ia mengandungi bisa yang akan memudaratkan manusia namun roti canai ular ini cuma menyerupai bentuk sahaja, bukan kandungannya yang memudaratkan manusia,” katanya yang turut mengingatkan umat Islam agar tiada unsur mempersendakan agama ketika memakan roti canai ular berkenaan.
“Seperti contoh, jika kita minum air kosong namun kita menyamakan air itu dengan arak adalah tidak dibenarkan, sama juga jika memakan roti canai ular ini namun dibanggakan seperti memakan ular yang betul adalah tidak dibenarkan kerana seolah-olah mempermainkan hukum Islam.
“Malah, masyarakat juga diingatkan agar tidak menggembar-gemburkan dan cepat menghukum sesuatu perkara yang tidak pasti. Seboleh-bolehnya pandanglah sesuatu perkara daripada sudut yang lebih positif,” katanya kepada Harian Metro.
‘Mangsa gempa bumi ada yang patah kaki, pendarahan otak, tak bernyawa.’ Dedah doktor warga Malaysia di Turkiye yang kita sedang menetap di sana.
Tidak dapat bayangkan keadaan di sana, dalam bencana, hilang tempat tinggal membuatkan semuanya kacau bilau. Semoga Allah permudahkan urusan mereka di sana.
“Ramai mangsa yang datang ke hospital selepas dibawa keluar daripada timbunan bangunan dalam keadaan patah kaki, ada yang mengalami pendarahan otak dan ada juga yang sampai dalam keadaan tidak bernyawa.”
Itu situasi yang diceritakan seorang doktor warga Malaysia Syazwan Abu Bakar,34, yang bertugas di sebuah hospital di bandar Gaziantep, antara kawasan paling teruk terjejas akibat gempa bumi bermagnitud 7.8 yang melanda selatan Turkiye awal pagi Isnin.
Doktor am berkenaan memberitahu Bernama bahawa dia dan petugas lain terpaksa berlari keluar dari hospital untuk menyelamatkan diri setiap kali gempa susulan berlaku yang turut menyebabkan bangunan berkenaan mengalami keretakan.
Ada Yang Patah Kaki, Pendarahan Otak
“Ketika gempa pertama berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi saya on-call dan sedang berehat. Saya lari keluar dan kemudian saya naik semula untuk tengok pesakit.
Manakala ketika gempa kedua berlaku iaitu di waktu tengah hari, Dr Syazwan terpaksa lari keluar bangunan sekali lagi dan selepas itu kembali bertugas di unit kecemasan.
Di samping itu, kongsi Dr Syazwan, 34, dia mengenali lima lagi rakyat Malaysia yang menetap di Gaziantep dengan dua daripada mereka turut bertugas sebagai doktor.
Tak Bernyawa
Namun begitu, sehingga kini dirinya tidak mengetahui mengenai keadaan mereka berikutan kesibukan merawat mangsa gempa bumi yang cedera.
“Pagi tadi (Isnin) ada orang kedutaan telefon saya tetapi ketika itu saya agak sibuk, saya cuma beri nombor telefon dua lagi rakyat Malaysia di sini,” katanya.
Terang Dr Syazwan yang tinggal seorang diri di Gaziantep, dia tidak dapat pulang ke rumah berikutan bangunan berkenaan juga mengalami keretakan dan berkemungkinan akan dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat.
Dedah Doktor Warga Malaysia Di Turkiye
Manakala, keluarganya pula menetap di daerah lain sejauh tiga jam perjalanan dari Gaziantep.
“Rumah keluarga saya di sana juga retak jadi mereka akan berpindah ke kawasan di sebelah barat yang lebih selamat,” katanya.
Sekurang-kurangnya 2,379 orang terbunuh dan 14,483 lagi cedera selepas gempa bumi kuat menggegarkan selatan Turkiye pada awal pagi Isnin.
Gempa bumi berukuran 7.8 magnitud yang berpusat di daerah Pazarcik itu menggegarkan wilayah Kahramanmaras dan menjejaskan beberapa wilayah lain, termasuk Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakir, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay, dan Kilis.
Ia diikuti dengan gempa bumi bermagnitud 7.6 pada 13.24 tengah hari yang turut berpusat di Kahramanmaras.
Syawal berbaki lebih kurang dua minggu lagi dan masih ada peluang untuk kita melaksanakan puasa enam yang ganjarannya cukup besar.Disebutkan dalam hadis Nabi Muhammad...