
Dalam kita menyempurnakan solat, perlu ada 13 rukun tertib yang perlu dibuat. Dan jika tertinggal salah satu daripadanya solat kita boleh jadi tidak sah.
Namun begitu sebenarnya jika melakukan tertib iaitu sujud dalam rakaat terakhir jangan lupa untuk membacakan doa ini.
Ini kerana dikatakan manfaat membaca doa ini ketika sujud terakhir dalam solat amatlah luar biasa.

Dalam satu perkongsian ada memberitahu mengenai perkara ini.
Syeikh Abdul Aziz Bin Baaz (semoga Allah merahmatinya) berkata : Ini merupakan 3 doa yang janganlah kau lupakan dalam sujud
#1. Mintalah Diwafatkan Dalam Keadaan Khusnul Khotimah
اللهم إني أسألك حسن الخاتمة
Allahumma inni as’aluka husnal khotimah
Ertinya: “Ya Allah aku meminta kepada-MU husnul khotimah”
#2. Mintalah Agar Kita Diberikan Kesempatan Taubat Sebelum Wafat
اللهم ارزقني توبتا نصوحا قبل الموت
Allahummarzuqni taubatan nasuha qoblal maut
#3. Mintalah Agar Hati Kita Ditetapkan di Atas Agamanya
اللهم يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك

Allahumma yaa muqollibal quluub tsabbit qolbi ‘ala diinika
Ertinya: “Ya Allah wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah hatiku pada agama-MU”
Kemudian saya sampaikan, jika kau sebarkan perkataan ini, dan kau berniat baik denganya, maka semoga menjadikan mudah urusan urusanmu di dunia dan akhirat.
Lakukanlah kebaikan walau sekecil apapun itu, kerana tidaklah kau ketahui amal kebaikan apakah yang dapat menghantarkanmu ke Syurga Allah.
SUMBER: FACEBOOK
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Terselamat Banjir Di Shah Alam, Allah Uji Di Pahang”. Ustazah Kongsi Takdir Telah Tertulis Dalam Hidup Manusia, Tak Dapat Lari

Beriman dengan qadha’ dan qadar merupakan usul bagi kesempurnaan Iman. Ini sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Umar bin Khattab RA, Jibril AS bertanya kepada Nabi SAW, Beritahu akan aku berkenaan dengan Iman. Lalu Baginda SAW bersabda:
أَنْ تُؤْمِنَ بِاَللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ، وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ
Maksudnya: Beriman kepada Allah SWT, para MalaikatNya, Kitab-kitabNya, para RasulNya dan Hari Akhirat, serta beriman kepada takdir yang baik dan buruk (40 Hadis Nawawi (2)
Allah SWT telah menjelaskan di dalam al-Quran, setiap perkara yang berlaku di dalam kehidupan merupakan ketentuan Allah SWT, ini seperti firman Allah SWT:-
إِنَّا كُلَّ شَيْءٍ خَلَقْنَاهُ بِقَدَرٍ
Maksudnya: Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan). (Surah al-Qamar, 49)
Takdir sudah tertulis dalam kehidupan manusia dan sejauh mana kita berlari, ia akan terus mengejar. Dikongsikan oleh Ustazah Said Sahida di fbnya, Ustazah ini berkongsi kisah takdir sahabatnya. Awalnya kenderaannya terselamat di Shah Alam namun takdir itu berlaku berlaku ke Pahang. Dan benarlah, takdir itu sudah tertulis buat hamba-hamba-Nya.
Ini kisah TAQDIR yang tertulis.
Sehari sebelum banjir besar, yakni Jumaat. Sahabat saya yang tinggal di seksyen 23 Shah Alam telah ke Bentong Pahang kerana suaminya berkursus.
Maka ketika hujan mulai membanjiri kawasan perumahan nya, kami bersyukur dia terselamat daripada banjir.
Walaupun rumahnya separuh tenggelam tetapi kereta nya terselamat.Itu kata kami. SubhanAllah pada hari AHAD jam 2.30am, kami terima whatsapp, sahabat kami terperangkap di dalam hotel.
KUASA ALLAH.
Air hujan lebat telah memenuhi hingga ke tingkat dua hotel! Mereka semua terperangkap di tingkat 3 hotel dan memohon doa dan mengharap pertolongan pihak berwajib.
لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
TAQDIR ALLAH tetap sama cuma di berlainan tempat dan masa. Apakah TAQDIR untuk nya?
TAQDIR untuknya.
Tetap kena ujian banjir.
Rumah dimasuki banjir.
Dan hebatnya TAQDIR itu mengejarnya adalah KERETANYA TETAP TENGGELAM BANJIR TETAPI DI PARKING HOTEL JAUH BERATUS KILOMETER DARI RUMAHNYA.

Maka ketahuilah kita adalah hamba. Ada TAQDIR masing masing. Kita tak boleh lari dari TAQDIR namun boleh merayu meminta kelembutan TAQDIR.
Kelembutan TAQDIR ALLAH kepada sahabat saya. Walaupun rumah dan kereta tenggelam namun mereka selamat di hotel.
Alhamdulillah mereka tidak terkepung dek banjir, tidak mengalami trauma ketakutan melihat air memenuhi rumah dan perlu selamatkan diri dan keluarga.
Maka janganlah kita mengatakan #kalaulah…sesungguhnya TAQDIR itu telah tersurat.
Bersyukurlah dengan TAQDIR ALLAH TAALA. Dia pemilik sekalian alam. Dia telah lama meminjamkan pelbagai ni’mat. Dan Dia berhak untuk mengambil semua pinjamanNya.
Dialah zat Maka Berkuasa.
Dia lah zat maha pemurah lagi maha penyayang.
الحمد لله على كل حال
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Masya-Allah Selepas 45 Tahun Berkhidmat Dengan Gereja, Paderi Terkenal Australia Peluk Islam

Selepas 45 tahun berkhidmat dengan gereja di Australia, seorang paderi yang terkenal di negeri Kanggaru itu Gould David dikhabarkan memeluk Islam baru-baru ini.
Beliau yang sebelum ini selalu menjadi rujukan generasi baharu mendalami Kristian , menurut laporan portal Muslim Telegraph, kini menggunakan nama Islamnya Dave Abdur Rahman Gould. David memilih nama Abdur Rahman yang membawa maksud Hamba Allah Pemurah.
“Berita ini telah menarik perhatian dan mencetuskan perbualan meluas dalam kalangan agama kerana orang ramai tidak sabar-sabar untuk mengetahui motivasi di sebalik keputusannya (kembali kepada fitrah Islam),” memetik muslimtelegraph.com baru-baru ini.
Dalam pada itu berita pengislaman beliau juga membuatkan ramai tidak sabar untuk mendengar motivasi dan inspirasi yang membuatkan dirinya tertarik untuk memeluk Islam.
Difahamkan, sehingga ke hari ini, masih belum dikenal pasti tarikh sebenar Abdur Rahman memeluk agama suci Islam.

Pun begitu dalam catatan ringkasnya di laman sosial Facebook miliknya, Abdur Rahman mencoretkan: “Seumur hidup mencari kedamaian Tuhan dan al-Quran telah menunjukkan kepada saya bahawa keamanan dan kebenaran terletak dalam Islam.”
Sumber: Sinar Harian, Gempak
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Bukan Sombong, Tetapi Adik Perempuan Dilarang Bersentuhan Dengan Abang Iparnya

Isi Kandungan
ToggleAtas alasan supporting, batasan mahram antara adik perempuan dengan abang ipar yang baru bernikah dengan kakaknya diketepikan. Ini biasa kita saksikan di majlis perjumpaan keluarga masyarakat kita yang masih keliru dengan batasan yang dianjurkan Islam.
Situasi serupa turut terjadi semasa majlis perkahwinan, hari raya, majlis kenduri, family day dan banyak lagi.
Masih ramai yang tidak cakna dan keliru. Maka bagi mendapatkan penjelasan lanjut akan hal ini, kita baca penjelasan SS Mufti Wilayah Persekutuan tentang batasan mahram dalam keluarga.
Perhubungan di antara lelaki dan perempuan mestilah didasari dengan batas yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Mereka tidak boleh berhubungan secara mutlak dan mengenepikan adab-adab dan hukum-hakam yang telah jelas dinyatakan oleh Allah. Batasan ini lah yang menyebabkan muncul batasan mahram.
Artikel berkaitan: Berlakon Berpelukan: Menghalalkan Yang Haram Kerana Mencari Rezeki? Adakah Jatuh Kufur?
Artikel berkaitan: Bapa Mentua Tiri Dengan Menantu Perempuan Tiri, Adakah Mahram?
Islam sangat mementingkan batasan mahram. Dari sudut bahasa mahram membawa makna larangan.
Ibnu Manzur dalam karyanya menyebut bahawa mahram itu adalah individu-individu yang tidak boleh dinikahi. Inilah maksud mahram yang dikemukakan oleh para fuqaha.
Allah SWT telah menyebut di dalam Al-Quran individu-individu yang haram untuk dinikahi dan individu-individu yang halal dan boleh untuk dinikahi.
Firman Allah :
“Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri;
“Tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
“Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaya yang kamu miliki. (Haramnya segala yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan) atas kamu. Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina…” (Surah Al-Nisa : 23-24)
Di dalam ayat ini terdapat pelbagai jenis mahram. Ada yang menjadi mahram disebabkan nasab keturunan,ada yang menjadi mahram disebabkan penyusuan dan ada yang menjadi mahram disebabkan perkahwinan.

Imam Al-Qurtubi menyebut bahawa ayat ini adalah ayat yang muhkam[1] dan ini adalah ijmak yang tidak boleh disanggahi.
Berikut adalah senarai mahram bagi lelaki:
- Ibu dan ke atas. Termasuklah nenek sama ada sebelah ayah atau ibu
- Anak perempuan dan ke bawah. Termasuklah cucu perempuan
- Saudara perempuan iaitu kakak atau adik perempuan
- Ibu saudara sebelah ayah dan ibu
- Anak perempuan kepada anak saudara lelaki dan perempuan.
- Ibu tiri
- Menantu perempuan
- Bapa mertua
- Anak tiri perempuan
- Mahram disebabkan susuan termasuklah ibu susuan, adik beradik susuan dan lain-lain.
Bagi perempuan pula, mahramnya adalah seperti berikut :
- Ayah dan ke atas termasuklah datuk sama ada sebelah ayah atau ibu
- Anak lelaki dan ke bawah termasuklah cucu cicit lelaki dan seterusnya.
- Saudara lelaki iaitu abang atau adik lelaki
- Bapa saudara sebelah ayah dan ibu
- Ana lelaki kepada adik-beradik lelaki atau perempuan iaitu anak saudara
- Bapa tiri
- Menantu lelaki
- Ibu mertua
- Anak tiri lelaki
- Mahram disebabkan susuan termasuklah suami kepada ibu susuan, adik beradik lelaki sesusuan dan lain-lain.
Mahram-mahram ini disebut sebagai mahram muabbad iaitu haram untuk dinikahi selama-lamanya.
Selain daripada senarai ini maka mereka dianggap sebagai ajnabi iaitu orang asing yang bukan mahram yang halal untuk dinikahi.
Ada juga yang disebut sebagai mahram muaqqat. Implikasi daripada mahram muabbad ialah
- Tidak boleh dinikahi
- Boleh bersalaman dengannya
- Boleh bersendirian dengannya
Adapun selain daripada mahram muabbad maka ianya boleh dinikahi dan tidak boleh untuk bersentuhan mahupun bersendirian dengannya apatah lagi mendedahkan aurat.
Sebagai contoh dalam majlis perkahwinan, seorang adik tidak menjadi mahram dengan abang iparnya selepas berkahwin dengan kakaknya. Ini bermakna, apabila seorang lelaki berkahwin maka yang menjadi mahram adalah ibu mertua dan nenek isteri sahaja.
Ini berdasarkan firman Allah :
وَأُمَّهَـٰتُ نِسَآئِكُمْ
Maksudnya : “….Ibu-ibu isteri kamu…”
Adapun selain daripada itu, sama ada adik ipar atau kakak ipar tidak dikira sebagai mahram. Oleh itu, mereka tidak boleh bersalaman mahupun duduk bersendirian.
Adik ipar termasuk dalam kategori yang haram dinikahi secara muaqqat bukan muabbad. Dia hanya haram untuk dinikahi untuk sementara bukannya menjadi mahram seperti mana nasab, perkahwinan dan susuan. Ini berdasarkan firman Allah:

وَأَنْ تَجْمَعُوا بين الْأُخْتَيْنِ إلَّا ما قد سَلَفَ
Maksudnya : “Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu)…”(Surah Al-Nisa’ : 23)
Ayat ini menyebutkan tentang larangan untuk berkahwin dengan dua beradik sekaligus. Al-Khatib Al-Syarbini menyebut jika ini dilakukan maka akan menyebabkan kekeruhan di dalam hubungan adik beradik.
Ini bermakna apabila kakaknya meninggal dunia atau diceraikan, si lelaki tadi boleh mengahwini adiknya.
Imam Al-Nawawi menyebut :
“Jika seorang lelaki menceraikan isterinya dengan talak bain maka dia boleh menikahi adik iparnya dalam iddah adapun jika cerai dengan talak raj’I maka perlu tunggu habis iddah sebelum menikahi adik iparnya.”
Ianya berbeza dengan mahram muabbad yang haram untuk dinikahi selama-lamanya. Oleh kerana itu,adik ipar tidak boleh bersalaman dengan abang iparnya apatahnya lagi bersentuhan antara satu sama lain.
Artikel berkaitan: Bolehkah Ayah Mengahwini Adik Ipar Setelah Ibu Meninggal Dunia?
Kesimpulan:
Adik perempuan tidak boleh bersentuhan dengan abang iparnya selepas berkahwin dengan kakaknya. Ini jelas satu kesalahfahaman kerana adik perempuan kepada isteri dianggap sebagai ajnabi bukannya mahram. Mereka tidak boleh bersalaman, bersentuhan, berlaga pipi apatah lagi bercium.
Nasihat kami agar masyarakat dapat memahami dan mempelajari hukum hakam serta batas-batas yang telah ditetapkan oleh Allah. Begitu juga dengan kakak dan abang iparnya.
Jangan sesekali mengenepikan hukum yang telah dinyatakan oleh Allah SWT secara jelas. Jangan biarkan jati diri sebagai seorang muslim terhakis dek kerana hanyut dengan arus kemodenan
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI