Sunat anjurkan majlis kahwin, tapi atur elok-elok. ‘Viral pengantin bertudung, menari beramai-ramai macam disko dalam majlis perkahwinan yang dianjurkan.’
Menjadi trend dalam masyarakat kita menganjurkan majlis perkahwinan selepas majlis nikah. Dalam dunia serba moden ini, pelbagai idea menarik dan lain dari yang lain ditonjolkan dalam tema majlis perkahwinan.
Namun begitu tak semua tema yang diangkat kena dan sesuai dengan ajaran Islam.
Majlis walimatul urus berlangsung meriah sama ada secara sederhana mahupun besar-besaran mengikut kemampuan dan tema pilihan masing-masing.
Bagaimanapun, baru-baru ini tular di laman sosial video yang memaparkan acara majlis yang sedikit luar biasa yang mana suasana dihias tidak ubah seperti kelab malam.
Tapi Atur Elok-Elok
Menerusi video yang tular, sepasang pengantin yang dipercayai dari negara jiran berarak masuk ke dalam dewan.
Ads
Pengantin perempuan kelihatan anggun dalam persalinan busana kebaya moden dan berhijab manakala pengantin lelaki pula segak menggayakan sut berona kelabu.
Kedua-dua mempelai yang berpegangan tangan kemudian dapat dilihat menari secara mengikut lagu rancak berentak disko yang dipasang.
Turut kelihatan seorang lelaki berperanan seperti DJ di kelab sedang memutar piring hitam tanpa henti.
Viral Pengantin Bertudung
Video berdurasi 33 saat yang meraih lebih satu juta tontonan itu turut memaparkan kepulan asap dan lampu berkelipan.
Majlis perkahwinan yang dipercayai diadakan di Kerawang, Jawa Barat, Indonesia itu menerima pelbagai reaksi warga maya.
Ads
Menari Beramai-ramai
Menurut Pejabat Mutfi Wilayah Persekutuan, mengadakan walimah atau majlis perkahwinan adalah dituntut selepas pernikahan dilangsungkan.
Al-Walimah bermaksud berhimpun atau berkumpul kedua pasangan suami isteri berkumpul padanya (majlis perkahwinan).
Majlis perkahwinan hukumnya ialah sunat muakkad dan disunatkan kepada pengantin untuk mengadakannya.
Macam Disko
Terdahulu, Ketua Penolong Pesuruhjaya (Bahagian Pengurusan Masjid) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (UHEAT), Aizi Saidi Abdul Aziz, menerusi Sinar Harian tampil menjelaskan tentang acara menari dalam majlis perkahwinan mengikut pandangan Islam.
Menurutnya, persembahan itu disifatkan sebagai haram di sisi agama dan tidak sepatutnya berlaku kerana ia bercanggah dengan syariat Islam.
Ads
Bak kata orang lama, melangsungkan perkahwinan itu seumpama mendirikan masjid. Justeru, kepada bakal pengantin atur acara perkahwinan sebaiknya ya.
Jika ingin mencipta kelainan sekalipun, elakkan perkara yang tidak manis dipandang masyarakat apatah lagi bertentangan dengan agama.
Menjelang hari bahagia pastinya kita mahu penampilan kelihatan cantik dan sempurna. Tetapi ada juga yang berdepan dengan masalah apabila mengalami pertambahan berat mendadak.
Ramai yang menolak untuk makan sedangkan kesihatan perlu dijaga supaya tidak ada masalah menjelang hari bahagia nanti.
Sebenarnya bagi yang mengalami masalah berat badan masih boleh mengamalkan diet yang sihat dan seimbang. Apa yang penting ia halal dan tidak memudharatkan.
Perkongsian wanita ini Ayu Zule di laman sosial Facebook yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 16 kg selama 7 bulan, setelah mengamalkan menu makanan diet yang bukan sahaja senang dibuat tetapi bahan mudah untuk didapati.
Fighting for my “anak dara” weight was achieved, 16kg lost From 66kg to 49-50kg Journey ni mengambil masa lebih kurang 7bulan sy start September 2017 (lepas raya) sehingga Mac 2018 Alhamdulillah.. Jaga pemakanan dgn eatclean menu dan exercise 80% jg pemakanan dan 20% dari exercise
Bila sebut diet je msti org ingt tahan lapar, kena berlapar, makan sikit je Diet bukan bermaksud berlapar cuma kn kawal portion dan pilih makanan yg diambil dengan betul dan melatih diri dan badan kita utk amalkan pemakanan yg sihat, Diet yg bgus yg menurunkan berat badan secara perlahan- lahan
Disini sy share sebahagian dari menu yg sy mkn sepanjang weight loss journey ni, tak semua menu sempat sy amik gambar, yg mana sempat saje..huhu 90% menu semua sy masak, g keje bawa bekal.. sy share serba sedikit pengalaman yg tdk seberapa ini Sesungguhnya yg baik itu dr Allah SWT dan yg kurang itu drpd kelemahan sy sendiri.. Yg baik blh amik ye utk kwn2 yg tgh fighting utk turunkan berat badan, yg ingin menukar corak pemakanan yg lebih sihat dan menukar gaya hidup kearah healthy lifestyle Lain org, lain cara, lain pendapat, dan lain pendirian kan so kita hormati setiap dr mereka…
1. CHICKEN GRILL WRAP
wholegrain wrap brand mission ayam grill (perap dgn garam kunyit ) vege
xperlu ape2 sos
gulung2 then blh mkn..
letak cheese pon sedap
Cheese blh guna beqa cheese super slim, skali skala blh bukan hr2 y
2. ROTI WHOLEMEAL TUNA CHUNKS
Roti wholemeal
tuna chunks in water
vege
Roti bakar dlu
tuna gaul dgn plain yogurt, then blh sapu dekat roti
siap blh mkn
xperlu mayonis pn,
cenggini pon dh sedapp
Biasa utk 2keping roti sy guna 1sb tuna, 1sk yogurt
1tin tuna blh bt byk kali ye
3. SUP AYAM VERSI CLLEAN RESIPI
Didihkan air dlm periuk
Tumbuk bwng merah, putih, halia
Masukkan bhn tumbuk bersama ayam, carrot & potato
Masak smpai empuk
Masukkan sup bunjut ( buka bunjut tu), black & white pepper, secubit garam, renehkan smbil ttp periuk
Dh masak tabur daun sup & bawang sedia utk mkn
4. CHICKEN MANGO
carikkan isi ayam yg digril, ltak mangga ,letak salad,tomato, hirisan cili api,bawang merah, perah asam limau nipis ckit, letak madu..
blh mkn, sedap ratah dan mkn dgn nasi
5. SNCKING – JAMBU BATU + FREE SUGAR PEANUT BUTTER
Biasa mkn jambu gitu je tp kdng2 kt bosan jgk tgk org lain mnyicah sedap je kan.
So kt cicah la jgk ape yg sesuai utk org berdiet ni kan..
Dah try buat bru uols thu langit tu tggi atau rendah ye
8. CHICKEN BROKOLI DAN CARROT GRILL MAKAN DENNGAN BROWN RICE
resepi org putih- mixherbs, cajun, madu, garam
resepi melayu – lengkuas, halia, bwng putih, merah, cili kering, daun limau purut,serai sy blend, letak garam, pastu blh perap ayam…
Klu nk buat stok perapan ni tumis dlu pakai olive oil klu xde pakai mnyk biasa pon blh je jgn byk ..tumis smpai pecah mnyk then perasakan dgn garam, letak madu ckit, simpan stok ni dlm peti ais..thn lama dan blh bakar ape2 je trmasuk ikan ayam sotong udang..nk bakar tu sapu atas bahan yg kt bakar tu..
Kata orang kalau sudah jodoh tidak ke mana. Siapa sangka perkenalan yang terjadi disebabkan hanya ingin disebabkan ingin menambah ilmu menjadikan satu titik permulaan kepada sebuah hubungan yang serius dan halal.
Kisah perkenalan Ustazah Asma Harun dan suaminya yang disifatkan sebagai posting bersemut di laman sosial Facebooknya.
Menurutnya, suaminya itu yang terlebih dahulu memulakan hantaran pesanan ringkas kepadanya untuk bertanyakan sesuatu berkaitan hukum agama.
Keluarga bahagia Ustazah Asma Nasa.
Namun begitu beliau memberikan syarat untuk berhubungan hanya atas urusan beberapa perkara sahaja.
Tetapi memang beliau dan suami sudah ditakdirkan untuk hidup bersama walaupun sebenarnya sebelum itu Ustazah Asma menyimpan hasrat mahu berkahwin dengan lelaki yang bergelar Ustaz.
Ayuh, ikuti perkongsiannya yang memang cukup ‘bersemut’ dan buat kita tersenyum sendiri ketika membacanya.
MAAF, POSTING BERSEMUT
~ KISAH KASIH ~
“Assalamualaikum, ni Intan ke?” satu SMS masuk.
“Waalaikumussalam, maaf saya bukan Intan, tapi PERMATA”. Spontan sahaja tanpa fikir, lagipun tak mahu dedahkan nama sendiri.
“ok, maaf saya salah no.”
Berhenti disitu sahaja. Tak ada balasan. Hingga beberapa minggu.
Satu SMS masuk, “Assalamualaikum wbt, saya akan telefon petang ni dalam jam 5 petang, harap bersedia”.
Tanpa minta kebenaran, ayat penyataan sahaja. Tak ada balasan, yang ada hanya debaran. Entah kenapa debaran itu sangat luar biasa. Kebetulan hujung minggu, pagi tersebut ada usrah. Tugas sebagai naqibah terasa berat sekali saat itu, kerana fikiran dan hati tertumpu kepada SMS pagi tadi.
Pulang ke hostel, hati terus bermonolog, siapa yang nak telefon petang ni, lelaki ke perempuan, atas urusan apa, kenapa kali ni seolahnya terkunci untuk berkata tidak, atau bertanya seperti kebiasaan. Debaran makin kuat, cuba diredakan dengan pelbagai zikir dan doa. Lain macam sungguh.
Memang benar, tepat jam 5 petang no. tel itu naik. Seram sejuk dan suasana menjadi sepi.
“Assalamualaikum wbt”, suara lelaki. Terus tiba-tiba menyirap darah rasa nak marah.
“Waalaikumussalam, awak ni pelajar kusza kan, awak ni termasuk geng yang nak permainkan saya tu ke?, apa masalah muslimin dengan saya sebenarnya? Bla..Bla.. Dengan nada marah berdesup² keluar isi hati. Terus teringat akan segelintir yang berniat tidak baik, mereka agak marah dengan sikap garang dan tegas tak bertempat katanya.
Senyap. Mungkin dia pun terkejut tiba² kena marah bertubi².
“Maaf, saya memang tak kenal awak ni siapa, tapi saya bukan pelajar KUSZA, awak ni pelajar kusza ke, pengajian Islam ke, boleh ke jika nak jadikan awak sebagai rujukan. Begini, saya pelajar UTM bidang Chemical Enggeneering. Kawan² non Muslim ramai yang suka bertanya soalan tentang Islam tapi saya tak mampu nak beri jawapan, boleh ke?”.
Dan kenapa, tiba² alasan dan permintaan itu seperti masuk di akal. Sedangkan banyak perkara yang boleh diragukan.
“Ok, baiklah. Iya saya pelajar Pengajian Islam. Saya terima permintaan ini dengan beberapa syarat. Pertama, dilarang berhubung melalui telefon, semua soal jawab hanya melalui email sahaja. Kedua, dilarang bertanya atau mencari maklumat tentang saya hatta nama sekalipun, dan saya pun tidak mahu tahu apa² pun maklumat awak hatta nama sekalipun. Dan yang ketiga, Ini yang paling penting, jika urusan ini lari daripada tujuan asal untuk soal jawab, maka urusan ini akan terus terbatal. Setuju?”
Ketika itu, benar² enggan terlibat dengan sebarang perkenalan dengan lelaki, lebih² lagi bukan pengajian Islam. Biasalah, pelajar pengajian islam biasanya pasang impian sesama pengajian. Ustaz dengan ustazah.
“Ok baik, saya setuju”. Ringkas pendek dan yakin sekali jawapannya.
Begitulah perbualan itu berakhir. Maka bermulalah soal jawab berlangsung menerusi email sahaja. Hanya soalan dan jawapan. Bukan mudah juga soalan yang diberi, banyak melibatkan Aqidah, maka hikmahnya selalu mencari pensyarah untuk dapatkan jawapan. Sekitar 6 bulan ia menjadi satu rutin migguan.
Sehinggalah satu ketika tiada lagi soalan. Benar² tiada. Sunyi sepi. Buat kali pertama, saya pula emailkan soalan, kenapa sudah tiada soalan?. Namun tetap tiada jawapan. Keadaan itu sangat mengujikan hati. Tidak semena air mata mengalir. Berhari² air mata mudah sekali tumpah. Kenapa dengan diriku ya Allah. Kenapa dia tidak lagi bertanya. Kenapa sangat menantikan soalan daripadanya.
Satu SMS masuk, “Assalamualaikum, maaf saya tak dapat teruskan lagi soal jawab antara kita, saya perlu berhenti, terima kasih atas jawapan² yang sangat baik selama ini. Mohon maaf salah silap”.
Digagahkan diri bertanya, dengan hati yang sangat kecewa, “boleh tahu kenapa?”
“Saya mungkin akan langgar syarat yang ketiga, kerana ia bukan lagi sekitar soal jawab agama, tapi soal jawab hati”.
Chia Chia Chia
SubhanAllah, Begitulah bermulanya kisah kami . Lalu bermulalah tempoh istikharah, siasatan latar belakang dan terbukalah kisah sebenar disebaliknya. Menerimanya tanpa pernah lihat siapakah ampunnya diri.
Ada babak kurang direstui kerana beliau bukan dari background pengajian islam. Panjang cerita, pendek cerita, beliau beranikan diri seorang diri bertemu dengan arwah ayah dan emak untuk menyatakan hasratnya. Sepanjang tempoh perkenalan dan pertunangan dilarang bertemu, kecuali di rumah di hadapan ibu ayah. Itu pun hanya dua kali. Pergi ke Mesir. Pulangnya terus nikah. Panggilan sepanjang perkenalan, ustaz dan ustazah, supaya ia menjadi satu batasan.
Benar, beliau bukan seorang dalam bidang agama islam, tetapi seorang yang kuat dalam amal islamnya. Banyak mendidik, membimbing dan menegur isteri dan anak²nya. Bab pakaian sangat tegas dan teliti. Allah berikan lebih daripada yang saya impikan dalam doa, moga Allah merahmati kita semua.
Dalam jalan dakwah ini, kami harungi susah payah bersama. Walau hanya saya seorang yang tampil, namun tanpa redha, keizinan, sokongan dan pengorbanan daripada beliau dan anak², mustahil saya boleh lakukannya.
06.11.2005 ~ 06.11.2019
Hari ini genap 14 tahun usia pernikahan kami.
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم واتوب إليه هذا من فضل ربنا
Ujian dan nikmat dirasakan hampir sama kerana dihadapi semuanya bersama². Pernikahan ini adalah adalah satu perjanjian dengan Allah, sebagai jalan menuju Allah. Didunia ini Allah menemukan kita, insyaAllah kita bersama pertahankannya hingga ke Syurga. Ampuni kami ya Allah .
Saya juga mendoakan kebahagiaan, ketenangan, kelapangan, kemudahan buat semua sahabat di dunia dan akhirat .
Moga ada manfaat.
Asma’ binti Harun
#UAHSahabatDuniaAkhirat
Ternyata perkongsiannya yang mendapat lebih 5K butang like dan mendapat komen yang positif. Rata-rata bersetuju dengan ‘posting bersemut’ kerana masing-masing membacanya sambil tersenyum sendiri. Mereka turut mendoakan pasangan ini kekal hingga ke jannah
Siti SafuraTersenyum baca kisah bersemut ni.. Masih Terbayang wajah akk saat sedih masa tu.. akhirnya.. Selamat ulangtahun kekanda Asma Harun. Semoga kekal hingga ke syurga bersama suami dan permata hati
Wan Nurhidayah Wan PauziAlah alaaahh.. comelnya. Kak Ida tak tahu ni. Kalau tahu awal, memang kena usik dah. Subhanallah, Kak Ida sangat bahagia membacanya. Asma Harun yang Kak Ida kenali dulu tidak pernah berubah. Sentiasa indah. Semoga Allah menjagamu di medan dakwah. Salam rindu cia cia jugak
Nur HazirahHihihi baru tahu.. Indahnya ‘pertemuan’ dan indahnya perasaan ‘cinta’ yg Allah cipta Dah tertulis jodohnya. Dan bukti wanita yg baik utk lelaki yg baik juga tersurat sudah depan mata saya ni kak Moga pasangan ini kekal bahagia hingga Jannah
Cik LiNiAllah suweetnya cara pengenalan ceritera cinta ustazah… happy anniversary buat ustazah dan suami…Didoakan semoga kekal hingga jannah dan dikurniakan zuriat soleh soleha…aamiin…
Siti Zubaidah MtsSaya tergelak sendiri bila ada perkataan cia-cia tu ustazah.. Ssmoga keluarga ustazah bertemu semula di jannah.. Aamiin..
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Anak, dambaan ibu ayah. Kelahiran yang sangat ditunggu-tunggu. Namun tidak semua anak-anak mampu membesar sihat, menjadi penyejuk jiwa raga ibu ayah kerana Allah sudah menulis takdirnya menjadi penghuni syurga di usia kecil.
Tiada yang mampu mengatasi takdir Allah namun sebagai hambaNya kita redha dengan ujian diberi, tanda keimanan hamba-Nya.
Satu perkongsian dari seorang ibu, Shafinamazani mengenai kisah anak sulung yang juga anak syurganya cukup meruntun hati.
Anaknya, Nur Afeeya Mikayla Muhammad Faisal dilahirkan tanggal 1 Januari lalu (sama tarikh lahir dengan ayahnya) dikesan mengidap Total Intestinal Aganglionosis, iaitu ketiadaan saraf pada usus kecil, usus besar dan perutnya ketika dilahirkan. Kes begini agak luar biasa dan jarang terjadi. Malah ia pertama kali ditemukan dalam kes anaknya dengan 1 peratus kejadian berlaku dalam setiap kelahiran.
Sejak dilahirkan, hingga usianya tiga bulan lebih, anaknya itu duduk di hospital untuk menjalani pelbagai rawatan berikutan tidak mampu minum dan akan kembali memuntahkannya kembali berikutan ketiadaan saraf.
Jelas Shafinamazani, sebagai ibu jiwanya meronta setiap kali mendengar tangisan kelaparan anaknya namun dirinya tidak mampu beri dan tak mampu nak kenyangkan anaknya berikut masalah usus itu.
“Sangat sebak mendengar tangisannya tapi tak mampu beri. Malah dari lahir, anak tidak mampu membuang air besar sebaliknya hanya kecil sahaja. Afeeya pun sudah dua kali menjalani pembedahan di bahagian perutnya. Doktor pakar sahkan seluruh usus kecil, besar dan perut Afeeya tak ada saraf. Anak juga menjalani pelbagai ujian dan rawatan dilakukan oleh sekumpulan pakar sehinggalah minggu lalu doktor memaklumkan sudah tiada harapan lagi.
“Doktor kata jangka hayat anak boleh bertahan sekitar 7 hari sahaja dan minta kami bawa pulang ke rumah. Benar telahannya, 14 hb lalu, sekitar 12 Ramadan, anak ke syurga indahnya”katanya mengakui agak berat melalui ujian hidup ini namun redha kerana tahu anaknya sedang bergembira di taman-taman syurga.