Nikah dulu baru bercinta menggambarkan bahawa hubungan yang ada ikatan sah adalah lebih afdal berbanding bercinta bertahun lamanya namun tidak berakhir di jenjang pelamin.
Mana-mana hubungan melibatkan lelaki dan wanita bukan mahram perlulah mempunyai batasan serta diikat dengan nikah jika ingin melangkaui batasan yang ditetapkan.
Pada zaman dahulu, mungkin terma nikah dahulu baru bercinta ini adalah perkara biasa, lebih-lebih lagi apabila ibu bapa mengurus dan menjodohkan anak mereka dengan pasangan yang dipilih, bukannya menerusi hubungan cinta.
Namun pada masa kini istilah bercinta selepas nikah ini lebih kepada hubungan yang dihalalkan dengan cepat tanpa melalui proses cinta yang panjang sebelum bernikah.
Da’i Hamidah atau nama penuhnya Hamidah Abdul Razak telah selamat diijabkabul dengan pilihan hatinya, Salman di kampung halamannya di Sik, Kedah pada 22 Jun 2018 lalu.
Tidak seperti pasangan lain yang mengambil masa lama untuk bercinta, Hamidah dan pasangannya mengambil pendekatan bercinta selepas nikah. Kini pasangan ini telah dikurniakan dengan seorang cahayamata.
Ads
Dalam kapsyen di Instagramnya, Hamidah sempat meluahkan isi hatinya.
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Ar-Rum:21)
Ads
Cinta selepas nikah bukan sahaja lebih indah tetapi juga menjadikan pasangan suami isteri bersama-sama menambah pahala. Jika sebelum ini hanya beribadat seorang tetapi apabila sudah berumah tangga, amal ibadat boleh dilakukan bersama.
Tatkala Hamidah kehilangan lelaki yang amat disayangi iaitu ayahnya, Allah hadirkan seorang lelaki yang kini menjadi imamnya. Kehadiran suami dalam hidup Hamidah menyempurnakan kehidupannya.
Da’i Hamidah telah dinobatkan menjadi juara Da’i Pendakwah Milenia musim ketiga, 2015.
Ads
Didoakan moga mahligai yang dibina kekal hingga ke Jannah.
Waktu itu Ustaz Salahuddin hendak berkawin. Tanya ustaz Salahuddin kepada saya, apa tujuan kita kahwin? Jawapan saya dan tentunya jawapan lazim yang kita akan jawab ialah sudah tentulah hendak ikut sunnah, hendak ada keluarga besar dan hendak bahagia.
Kemudian ustaz tanya lagi, apa pula tujuan kita solat dhuha? Jawab kita tentulah sebab nak tambah rezeki. Tapi bila kita buat sunat dhuha, sudahnya rezekinya tak juga bertambah, rasanya kita nak buat atau tidak solat sunat dhuha selepas itu? Maka sebab itulah kita kena betulkan balik mind set kita.
Solat dhuha adalah merupakan jalan untuk kita dekat dengan Allah. Jadinya Allah tambah rezeki ke, tak tambah rezeki ke yang penting buat solat dhuha maka kita akan dekat dengan Allah. Jadi nak tahu dia tu jodoh kita, tujuan kita nak kawin dengan siapa, apabila kita nak kawin itu membuatkan kita lebih dekat dengan Allah.
Maka teori ini sangat senang untuk kita praktikkan. Dalam hiburan contohnya, apa-apa kita nak buat, lagi dekat dengan Allah ke makin jauh. Itulah kayu ukur yang paling senang termasuklah kita main Instagram, Facebook atau apa-apa sahaja yang kita nak buat, contoh pakaian kita, apa kita nak pakai, ia lagi dekat dengan Allah ke, Allah marah ke Allah suka ke. Jadi ia lebih mudah untuk kita tengok kayu ukur.
Jadi bila ada media sosial kita akan lebih ‘melekat’. Jadinya saya selalu terfikir apakah post terakhir kalau tiba-tiba aku meninggal dunia, apakah post yang terakhir di Instagram. Jadi dari situ akan menyebabkan kita cuba sedaya upaya untuk post perkara yang mendatangkan manfaat.
Tip yang dikongsikan ini mungkin nampak remeh. Namun awas! Perkara yang remeh inilah yang selalu mendatangkan masalah yang ‘besar.’
Tak nafikan perkara seperti kad pengenalanlah dan duit mas kahwin. nampak ‘simple’ sahaja. Tetapi ‘perkara-perkara’ begini kalau tidak ada pada hari pernikahan, pasti majlis akad nikah itu akan bermasalah.
Ada lima perkara penting untuk anda ambil berat pada hari nikah berlangsung. Jangan sampai terlupa ya!
1) Kad Pengenalan Diri
Jangan lupa bawa kad pengenalan anda dan pasangan. Kad ini perlu diserahkan kepada jurunikah yang mengetuai majlis akad nikah anda nanti. Tanpa kad pengenalan, urusan akan jadi susah kerana dokumen itu sememangnya diperlukan. Walaupun ada yang fotokopi, kad pengenalan sebenar perlu ada. Jadi, elakkan daripada kehilangan kad pengenalan. Jika hilang, misalnya diragut, sila buat laporan polis dan dapatkan salinan laporan itu untuk ditunjukkan kepada jurunikah.
2) Mas Kahwin
Mas kahwin perlu ditunjukkan kepada jurunikah sebelum akad nikah dimulakan. Mas kahwin ialah pemberian wajib kepada pengantin perempuan dan termasuk dalam rukun nikah. Mak kahwin minimum telah ditetapkan oleh jabatan agama Islam negeri tertentu. Jika anda mahu beri mas kahwin lebih daripada yang ditetapkan dan jumlahnya beribu-ribu, sila buatkan cek untuk memudahkan urusan. Tak perlu bawa wang tunai kerana bimbang kejadian tidak diingini berlaku.
3) Kehadiran
Pastikan kehadiran individu yang penting dalam urusan akad nikah. Misalnya kehadiran pasangan pengantin, jurunikah, saksi dan wali. Telefon untuk mengingatkan mereka ini sehari sebelum majlis berlangsung. Ingatkan hal penting terutamanya mengenai waktu perlu berada di lokasi pernikahan.
4) Tepati Masa
Sila tepati masa yang telah diberikan oleh jurunikah. Ini kerana jurunikah bukan hanya mengetuai majlis akad nikah anda sahaja. Dia perlu ke lokasi lain untuk urusan akad nikah orang lain pula. Jadi, sila hadir ke lokasi anda bernikah pada masa yang telah ditetapkan supaya urusan lebih mudah.
5) Jangan Gugup
Pengantin lelaki dinasihatkan supaya banyak bertenang. Jangan kelam-kabut pada hari pernikahan. Minum air masak secukupnya. Bertenang dengan membaca ayat-ayat al-Quran yang dihafal. Jika tidak bertenang, akan mudah gugup apatah lagi ketika akad nikah nanti.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Mas kahwin termasuk dalam rukun nikah yang kelima iaitu ijab dan kabul (akad). Mas kahwin juga disebut dalam akad.
Justeru untuk mengukuhkan pengetahuan kepada seluruh bakal pengantin, jom kita tengok senarai mengenai mas kahwin yang perlu anda tahu.
1) Islam tidak menentukan jumlah minimum atau maksimum mas kahwin yang hendak diberikan oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan.
2) Namun Jabatan Agama Islam setiap negeri dalam negara kita sudah meletakkan jumlah minimum yang perlu dibayar. Jumlah ini tidak membebankan. Pengantin lelaki boleh memberikan lebih daripada nilai yang sudah ditetapkan.
3) Mas kahwin lebih penting berbanding wang hantaran dalam perkahwinan. Mas kahwin wajib diberikan manakala wang hantaran hanyalah adat. Kewajipan mas kahwin adalah berdasarkan al-Quran, hadis dan ijmak.
4) Mas kahwin ialah hak pengantin perempuan sepenuhnya. Suami dilarang menggunakan wang mas kahwin yang telah diberikan tanpa kerelaan isteri.
5) Mas kahwin yang disebut ‘tunai’ perlu diberikan sebelum pasangan suami isteri bernikah. Suami wajib membayarnya sebelum menyetubuhi isteri. Selagi mas kahwin belum dibayar, isteri berhak menghalang suami menyetubuhinya.
6) Jika mas kahwin sebut ‘hutang’ lalu isteri meninggal dunia sebelum sempat suami membayar, mas kahwin itu akan dijadikan harta pusaka yang perlu diwariskan mengikut ketetapan ALLAH.
7) Kalau suami hendak guna duit mas kahwin isteri selepas berkahwin, perlu minta izin isteri. Selepas guna, perlu ganti semula sebagai menghormati hak isteri itu sendiri.
8) Mas kahwin boleh juga diberikan dalam bentuk sesuatu yang bermanfaat selain daripada wang. Misalnya emas dan al-Quran.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...