Solat Istikharah cukup popular di alam para Muslim dan Muslimah kala bercinta. Perkara yang menggeletek jiwa kita adalah Istikharah ini hanya sibuk diperkatakan untuk perkahwinan sahaja.
Sedangkan Istikharah ini sebenarnya bukan satu perkara khusus untuk mereka yang mahu berkahwin semata-mata. Bukan ‘alat pencari jodoh’. Bukan juga alat ‘penentu’ siapa yang menjadi pasangan kita.
Istikharah ini adalah apa yang terdidik oleh Rasulullah kepada kita dalam membuat apa-apa sahaja keputusan.
Namun apabila sesetengah pihak mula mengganggap ia ‘alat pencari jodoh sebenar’ yang kononnya tepat 100 peratus, maka istikharah menjadi satu punca kekeliruan hati.
Istikharah bukan lagi membantu menenangkan jiwa dan men’thabat’kan (tetapkan) hati kita.
Mengapa di nyatakan demikian?
Ads
Dalam situasi pergerakan ke arah rumah tangga ini, Istikharah juga mampu manjadi satu fitnah jika disalah gunakan. Bagaimana?.
Beberapa situasi yang biasa berlaku.
Contoh 1
Fulan bin Fulan bertunang dengan Fulanah bin Fulan. Kemudian Fulan bin Fulan ini pergi beristikharah lagi selepas bertunang. Tiba-tiba dia ‘nampak’ wanita lain dalam mimpinya.
Ads
Terus dikatakan itu adalah ‘petunjuk Istikharah’ dan kemudian dia mahu memutuskan pertunangan dengan Fulanah binti Fulan, kerana dirasakan Allah menunjukkan pertunangan itu satu kesilapan.
Contoh 2
Fulan bin Fulan sedang mencari seseorang bagi dijadikan isteri. Akhirnya dia beristikharah. Dia nampak Fulanah binti Fulan. Terus dia menyatakan hasratnya kepada Fulanah binti Fulan itu. Namun Fulanah binti Fulan menolak. Bagaimanapun Fulan bin Fulan ini berkeras dan mengugut yang Allah memang sudah takdirkan mereka bersama berdalilkan Istikharahnya. Ini membuatkan Fulanah bin Fulan serba salah menolak ‘wahyu Ilahi’ ini.
Contoh 3
Ads
Fulanah binti Fulan beristikharah dan ‘nampak’ Fulan bin Fulan. Bagaimanapun Fulan bin Fulan tidak pula dikenalinya. Tidak pula mampu dicapainya. Pada masa yang sama datang pula Fulan bin Fulan yang lain melamarnya. Fulanah bin Fulan ini tangguh dahulu menerima Fulan bin Fulan kedua semata-mata kerana berasakan jodohnya dengan Fulan bin Fulan yang ‘dilihatnya’.
Kesimpulannya jawapan doa Istikharah itu tidal selalunya dalam bentuk mimpi. Kadang-kadamg ia berupa keyakinan dan kemudahan-kemudahan dalam melakukan sesuatu. Kita harus pandai-pandai memahami jawapan atas doa kita sendiri.
Bagi yang belum bertemu jodoh, jika mahu mencari pilihan hati biarlah yang serasi dan kena dengan hati.
Pastinya setiap dari kita memiliki personaliti dan kriteria berbeza mengikut bulan atau tarikh lahir tertentu.
Dan ini adalah hasil kajian dari Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah selama 25 tahun tentang sikap dan perwatakan seseorang mengikut bulan kelahiran mereka.
Namun kajian dibuat adalah untuk pengetahuan dan pembacaan sahaja. Jangan ambil perkara ini terlalu serius. Walau bagaimana pun melihat kriteria yang ada dalam diri seseorang adakah sama mengikut kajian ini.
Ini adalah kriteria bagi mereka yang dilahirkan dalam bulan Februari. Mereka ini dikatakan seorang yang berfikiran abstrak, sukakan benda realiti, intelligent, bijak dan juga genius.
Paling penting mudah menawan orang lain, tetapi pendiam, pemalu dan rasa rendah diri. Mereka ini juga dikatakan tidak suka dikongkong dan mudah memberontak apabila dikongkong.
Perlu diingatkan juga jangan sesekali melukai hati mereka kerana emosi mudah terluka dan sangat sensitif.
Namun mereka yang lahir di bulan ini dikatakan seorang yang bersikap romantik, bercita-cita tinggi dan seorang yang sukakan suatu bersifat seni.
Jadi bagi yang masih mencari calon isteri, boleh menjadikan wanita yang lahir di bulan Februari sebagai pilihan kerana sikap mereka ini yang seimbang ini akan memberi keceriaan dan kegembiraan dalam suatu hubungan rumah tangga.
Neelofa, salah seorang artis lahir pada bulan Februari.
FEBRUARI # berfikiran abstrak # sukakan benda yang reality dan abstrak # inteligent, bijak dan genius # berpesonality yg mudah berubah # mudah menawan org lain # agak pendiam. Pemalu dan rendah diri # jujur dan setia pd segalanya # keras hati untuk mencapai matlamat # tidak suka dikongkong # mudah memberontak apabila dikongkong # suka kegiatan yg lasak # emosinya mudah terluka dan sgt sensitif # mudah mempamirkan marahnya # tidak suka benda yg remeh-temeh # suka berkawan tapi kurang mempamerkannya # sangat berani dan suka memberontak # bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya # pemerhatian yg tajam # suka hiburan dan sukan # suka benda yg bersifat seni # sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran # berkecenderungan pd benda yg tahyul # amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros # belajar untuk mempamirkan emosi
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Perkahwinan adalah sunnah Nabi dan merupakan satu ibadah. Ia sepatutnya dilangsungkan dalam suasana meriah, gembira dan penuh kasih sayang kerana ia membuka jalan silaturahim antara dua keluarga.
Hari ini isu hantaran yang terlalu tinggi dan tabiat suka membanding-banding semakin menjadi-jadi. Peranan media dalam menggembar-gemburkan cerita majlis perkahwinan orang tertentu juga antara punca perkara ini berlaku sehingga sukar dikawal.
Hantaran kahwin tak sama dengan hantaran bola. Hantaran kahwin ialah sebuah pemberian yang berbentuk wang tunai kepada pihak perempuan yang muncul daripada budaya masyarakat. Biasanya, wang hantaran digunakan untuk menampung perbelanjaan perkahwinan. Ia tidak wajib dan ia juga tidak haram.
Jadi, kedua-dua belah pihak kena bincang elok-elok supaya tak berlaku pergaduhan atau perasaan tak puas hati.
MAS KAHWIN PEMBERIAN WAJIB
Yang wajib ialah mas kahwin atau mahar. Mas Kahwin ialah pemberian wajib daripada pihak suami untuk isteri. Walaupun wajib, tapi janganlah tinggi sangat. Pihak suami pula mesti besungguh-sungguh menyediakannya.
Sabda Nabi.
Mahar mestilah dengan sesuatu yang bernilai sama ada dalam bentuk material seperti duit atau kereta, dan juga bentuk maknawi seperti mengajarkan sesuatu ilmu kepada isteri.
Maka tetapkanlah nilai mahar dengan perbincangan atau dengan sistem yang telah ada di jabatan agama negeri masing-masing.
Jangan lah disebabkan hantaran, maka perancangan murni dan besar ini hancur ditengah jalan.
Majlis perkahwinan diadakan bertujuan untuk memberitahu umum mengenai ikatan pernikahan yang telah terjalin di antara pengantin lelaki dan perempuan. Ia juga bertujuan mengelakkan berlakunya syak wasangka apabila orang ramai melihat kemesraan yang timbul di antara kedua pasangan.
Sudah tentu jika menghadiri majlis seperti ini ia akan melibatkan aktiviti makan beramai-ramai. Bukan sahaja ia menyeronokkan malah boleh mengeratkan hubungan orang yang jauh dengan yang dekat. Namun, perlu diingat ketika anda bersuka ria bertemu rakan dan sanak saudara,anda perlu ikuti beberapa garis panduan dan adab yang ditetapkan dalam Islam.
1.Memenuhi Undangan
Jika merasakan tiada perkara yang penting untuk dilakukan maka anda diwajibkan untuk menerima undangan perkahwinan tersebut seperti mana sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud, “Apabila seorang daripada kamu diundang menghadiri kenduri kahwin maka hendaklah dia menghadirinya”. (Riwayat oleh Al-Bukhari dan Muslim)
2.Tidak Pilih Kasih
Jangan sesekali anda memilih dan membezakan undangan yang diterima antara orang kaya dengan orang miskin kerana di sisi Allah kita semua sama sahaja. Perkara ini juga tidak digalakkan di dalam Islam kerana ia menunjukkan diri kamu sebagai seorang yang mementingkan diri.
3.Pakaian Sopan
Pakaian yang jarang dan menjolok mata amat tidak sesuai untuk digayakan di majlis perkahwinan kerana pastinya tetamu lelaki yang bukan muhrim akan memandang kamu. Itu sudah mewujudkan suasana yang kurang manis.
4.Tolak Undangan
Jika anda tahu dan melihat dengan mata anda sendiri bahawa makanan yang disediakan pada majlis tersebut berpunca daripada sumber yang tidak halal atau pun dipenuhi dengan aktiviti mungkar maka janganlah anda menghadirinya kerana Allah sudah berfi rman di dalam Al-Quran, Surah Al-Baqarah ayat 172 yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadah kepada-Nya”.
5.Niat Ikhlas
Sebelum menjejakkan kaki ke majlis perkahwinan pastikan niat anda betul dan yang penting sekali bukan untuk memenuhkan perut yang lapar. Apabila niat anda sudah lari maka perbuatan yang dilakukan adalah sia-sia. Sebaliknya berniatlah untuk memuliakan tuan rumah serta menjaga hati dan perasaan sanak saudara.
6.Berdoa
Pasangan pengantin baru memerlukan doa restu daripada tetamu yang hadir untuk mendapatkan keberkatan di atas hubungan suci yang telah dibina dan itu juga merupakan sebab utama majlis perkahwinan diadakan. Maka seeloknya anda mendoakan kebahagiaan dan kedamaian ke atas rumah tangga mereka kerana Allah mendengar apa sahaja yang terdetik di hati anda.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...