Tidak dinafikan banyak hikmah diperoleh dari wabak pandemik COVID-19 yang kini sedang melanda seluruh negara.
Dan yang paling mengejutkan apabila seorang petinju profesional seni bela diri campuran (MMA), Wilhelm Ott telah mengumumkan memeluk agama Islam sekitar April lalu. Malah berita pengislamannya juga jadi viral di media sosial.
Dan Ramadan kali ini menjadi yang pertama dia menjalani ibadah puasa. Bukan itu saja Ramadan lalu juga menyaksikan beliau telah memilih seorang wanita, Michele Birringe yang juga beregelar saudara baru untuk dijadikan isterinya.
Dalam perkongsiannya di laman Instagaram beliau muat naik dua posting berkongsi gambar majlis resepsi pernikahan yang berlangsung di sebuah organisasi Persekutuan Islam di Traiskirchen, Austria.
Dalam pada itu, Wilhelm atau nama Islamya Khalid turut meluahkan rasa syukur kerana turut menerima pakej menunaikan ibadah umrah daripada organisasi itu sebagai hadiah perkahwinan mereka.
Sebaik posting di muat naik di laman Insatgramya, beliau dan isteri turut menerima ucapan tahniah dariupada warganet dan masing-masing mendoakan pasangan ini kekal bahagia hingga ke jannah.
Artikel Berkaitan: Alhamdulillah, Peminat DS Siti Nurhaliza Peluk Islam Lepas Dengar Lagu ‘Aisyah Istri Rasulullah’ Di YouTube
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Istimewanya Doa “Allahumma Ajirni Minan-Nar”! Bacalah 7 Kali Lepas Solat Subuh & Maghrib, Terlepas Seksaan Neraka
Umat Islam wajib percaya pada syurga dan neraka. Ia perkara ghaib yang menjadi milik Allah. Namun ada beberapa doa yang harus umat Islam tahu untuk mengelak seska neraka selain mengerjakan amal kebaikan dan beramal soleh.
Salah satunya adalah berkaitan doa berbunyi “Allahumma ajirni minannar” yang perlu dibaca tujuh kali selepas solat Subuh dan Maghrib di mana sesiapa yang membacanya dan jika dia meninggal pada hari itu maka terlepas dari neraka.
Dalam satu soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus, beliau ditanya tentang doa tersebut oleh seorang pengguna adakah benar seorang akan terlepas seksa neraka jika meninggal pada hari tersebut.
Seorang penceramah menyebut siapa yang membaca ‘allahumma ajirni minannar’ 7 kali waktu Subuh dan Maghrib kalau dia mati hari itu dia terlepas dari neraka. Benarkah Ustaz? Adakah selepas selesai sembahyang lima waktu juga termasuk waktu mustajab doa dan boleh Ustaz terangkan apakah sebabnya?
Apakah hukumnya kalau seorang yang berdoa tidak mengadap kiblat? Adakah boleh kita minta seorang yang lain berdoa kepada kita kerana kawan saya bagi tahu hadith Nabi minta sahabat doakan untuk Nabi masa pergi umrah itu dhaif tidak boleh dipakai?
JAWAPAN :-
TERLEPAS DARI NERAKA
Memang benar apa yang telah diberitahu olih penceramah tersebut bahawa barangsiapa yang membaca اللَّهُمَّ أجِرْنِي مِنَ النَّارِ sebanyak tujuh kali selepas sembahyang maghrib dan sembahyang subuh akan terlepas dari api neraka. .
Telah diriwayatkan daripada Muslim bin Al-Harith At-Tamimi r.a. daripada Nabi saw memberitahu kepadanya dengan sabdanya :
إذَا انْصَرَفْتَ مِنْ صَلاةِ المَغْرِبِ فَقُلِ: اللَّهُمَّ أجِرْنِي مِنَ النَّارِ سَبْعَ مَرَّاتٍ، فإنَّكَ إذَا قُلْتَ ذلكَ ثُمَّ مُتَّ مِنْ لَيْلَتِكَ كُتِبَ لَكَ جِوَارٌ مِنْها، وإذَا صَلَّيْتَ الصُّبْحَ فَقُلْ كذَلِكَ، فإنَّكَ إنْ مُتَّ مِنْ يَوْمِكَ كُتِبَ لَكَ جِوَارٌ مِنْها
Artinya : “Apabila berpaling (selesai) kamu dari sembahyang maghrib maka kamu ucaplah : Ya Allah lepaskan aku dari neraka sebanyak tujuh kali. Maka sungguhnya kamu apabila kamu kamu mengucapkan yang demikian itu kemudian kamu mati pada malamnya akan ditulis bagi kamu kelepasan dari api neraka. Dan apabila kamu telah selesai dari sembahyang subuh maka ucaplah seperti demikian maka sungguhnya jika kamu mati pada siangnya nescaya ditulis bagi kamu kelepasan dari api neraka.”
Hadith ini diriwayatkan olih Abu Daud dan At-Tabarani dan Al-Munziri dan Al-Hafiz Ibnu Hajar.
WAKTU MUSTAJAB DOA
Memang benar antara waktu yang mustajab doa maksudnya waktu yang lebih diharapkan Allah memperkenankan doa ialah selepas selesai dari sembahyang lima waktu.
Telah diriwayatkan daripada Abu Umamah r.a. beliau berkata :
قيل لرسول الله -صلى الله عليه وسلم: أيّ الدعاء أسمعُ؟ قال: "جوفُ اللَّيْلِ الآخِر، ودبرُ الصلواتِ المَكْتوبات
Artinya : “Telah ditanya kepada Rasulullah saw : Manakah doa yang lebih didengari? Nabi saw bersabda : Pada waktu tengah malam dan pada setiap selesai dari sembahyang lima waktu.”
Hadith ini telah diriwayatkan olih Imam At-Tirmizi.
Berkata Syeikh Ibnu ‘Alan As-Syafie :
(ودبر) بضمتين أي: عقب (الصلوات المكتوبات) أي: الفرائض، وذلك لأن الصلاة مناجاة العبد لربه ومحل مسألته من فضله، وبعد تمام العمل يظهر الأمل
Artinya : “Maksud dibelakang sembahyang maktubah itu artinya sekelian sembahyang fardu. Bermula yang demikian itu dari kerana sungguhnya munajat seorang hamba akan Tuhannya dan tempat permintaannya daripada kurnia-Nya dan selepas sempurna amalan yang menzahirkan cita-cita.” (Kitab Dalil Al-Falihin)
Telah diriwayatkan daripada Ja’afar bin As-Sadiq beliau berkata :
الدُّعَاءُ بَعْدَ الْمَكْتُوبَةِ أَفْضَلُ مِنَ الدُّعَاءِ بَعْدَ النَّافِلَةِ كَفَضْلِ الْمَكْتُوبَةِ عَلَى النَّافِلَةِ
Artinya : “Bermula berdoa kemudian daripada sembahyang lima waktu itu lebih afdhal daripada berdoa selepas sembahyang sunat seperti kelebihan sembayang fardu atas sembahyang yang sunat.” (Riwayat At Tabarani)
Imam Al-Ghazali manaqalkan perkataan Imam Mujahid :
أنَّ السبب في استجابة الدعاء بعد الصلوات هو أنَّ الله -تعالى- جعل الصلاة في أحسن وأفضل الأوقات، لذا فالدعاء بعدها مستجابٌ
Artinya : “Sungguhnya sebab pada diperkenankan doa selepas sembahyang lima waktu itu bahawasnya Allah Taala telah menjadikan sembahyang itu pada seelok-elok dan sebaik-baik waktu dari segala waktu. Kerana itulah maka berdoa selepasnya diperkenankan.” (Ihya’ ulumiddin)
BERDOA TIDAK MENGADAP KIBLAT
Bermula antara adab yang dilakukan ketika berdoa ialah mengadap arah kiblat jika mampu kerana kiblat yang ada padanya Ka’abah adalah sebaik-baik arah di bumi ini.
Telah datang banyak hadith menceritakan Nabi saw mengadap arah kiblat ketika berdoa.
Antaranya hadith yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a. beliau berkata :
اسْتَقْبَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْكَعْبَةَ فَدَعَا عَلَى نَفَرٍ مِنْ قُرَيْشٍ عَلَى شَيْبَةَ بْنِ رَبِيعَةَ وَعُتْبَةَ بْنِ رَبِيعَةَ وَالْوَلِيدِ بْنِ عُتْبَةَ وَأَبِي جَهْلِ بْنِ هِشَامٍ
Artinya : “Nabi saw telah mengadap arah Ka’abah kemudian berdoa atas sekumpulan dari puak quraish yaitu ke atas Syaibah bin Rabi’ah dan ‘Utbah bin Rabi’ah dan Al-Walid bin ‘Utbah dan Abu Jahal bin Hisham.” (Hadith riwayat Bukhari)
Dan diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. :
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى الله عليه وسلم رَفَعَ يَدَيْهِ بَعْدَ مَا سَلَّمَ وَهُوَ مُسْتَقْبِلَ الْقِبْلَةِ فَقَالَ اللَّهُمَّ خَلِّصِ الْوَلِيدَ بْنَ الْوَلِيدِ وَعَيَّاشَ بْنَ أَبِي رَبِيعَةَ وَسَلَمَةَ بْنَ هِشَامٍ وَضَعَفَةَ الْمُسْلِمِينَ الَّذِينَ لَا يَسْتَطِيعُونَ حِيلَةً وَلَا يهتدون سبيلا من أيدي الكفار
Artinya : “Sungguhnya Rasulullah saw telah mengangkat akan dua tangannya selepas memberi salam dan baginda mengadap arah kiblat lalu berdoa …” (Riwayat Imam Ibnu Kathir di dalam Tafsirnya)
Dan pada riwayat Umar Al-Khattab r.a. pada persitiwa perang Badar :
فَاسْتَقْبَلَ نَبِيُّ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقِبْلَةَ، ثُمَّ مَدَّ يَدَيْهِ، فَجَعَلَ يَهْتِفُ بِرَبِّهِ
Artinya : “Maka Nabi saw telah mengadap akan kiblat kemudian menghulur dua tangannya dan berdoa bagi Tuhannya…” (Hadith riwayat Muslim)
Berkata Imam Nawawi :
فِيهِ اِسْتِحْبَاب اِسْتِقْبَال الْقِبْلَة فِي الدُّعَاء ، وَرَفْع الْيَدَيْنِ فِيهِ
Artinya : “Pada hadith ini dalil disunatkan mengadap akan kiblat pada ketika berdoa dan disunatkan mengankat akan dua tangan ketika berdoa.” (Kitab Syarah Muslim)
Dan bermula mengadap kiblat ketika berdoa itu ialah sunat hukumnya dan jika seorang tidak mengadap kiblat ketika berdoa maka tidaklah menjadi kesalahan cuma lebih afdhal dia mengadap akan kiblat dan tidaklah dikatakan tidak diperkenankan doa yang tidak mengadap kiblat.
MINTA ORANG DOAKAN KITA
Hukum meminta orang lain mendoakan untuk diri kita adalah harus dan jika minta dia mendoakan untuk kebaikan orang ramai seperti doa untuk sekelian orang Islam maka ia adalah sangat elok.
Akan tetapi disyaratkan hendaklah doa yang diminta orang lain mendoakan untuknya itu ialah doa yang baik bukan doa yang dilarang syarak.
Telah diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. :
أَنَّهُ اسْتَأْذَنَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْعُمْرَةِ فَقَالَ أَيْ أُخَيَّ أَشْرِكْنَا فِي دُعَائِكَ وَلَا تَنْسَنَا
Artinya : “Sungguhnya Ibnu Umar meminta izin kepada Nabi saw pada mengerjakan umrah. Lalu Nabi saw bersabda : Wahai saudaraku. Sertakan sama kami di dalam doamu dan jangan lupakan akan kami.” (Hadith riwayat Tirmizi)
Dan pada satu riwayat yang lain daripada Umar r.a. Nabi saw bersabda :
لا تنسنا يا أخي من دعائك
Artinya : “Jangan kamu lupakan berdoa untuk kami wahai saudaraku.”
Berkata Syeikh Muhammad Ahmad Husain Mufti Palestin :
ويمكن له أن يطلب ممن ترجى إجابته أن يدعو له، بشرط ألا يتضمن ذلك محذورا
Artinya : “Dan mungkin baginya bahawa meminta kepada orang yang diharapkan akan makbulnya berdoa bagi dirinya dengan syarat tiada dalam doa itu perkara yang dilarang.” (Majlis Fatwa Palestin)
Berkenaan perkataan kawan bagi penyoal bahawa hadith kisah Ibnu Umar riwayat Imam Tirmizi ini dhaif tidak bolih dipakai itu tidak betul.
Tercatat pada Kitab Sunan Tirmizi selepas periwayatan hadith tersebut :
قال أبو عيسى هذا حديث حسن صحيح
Artinya : “Telah berkata Imam Abu Isa yaitu Imam Tirmizi : Hadith ini hadith hasan sahih.”
Maka harus hukumnya umat Islam beramal dan berpegang dengan perkataan Imam Tirmizi itu kerana beliau adalah antara Imam-Imam terbesar dalam ilmu hadith.
Meninggalkan perkataan imam yang disepakati olih sekelian umat Islam dari zaman salaf hingga zaman khalaf sebagai imam besar hadith kerana berpegang dengan perkataan orang awam adalah satu kebodohan yang melampau batas fitrah seorang manusia.
wallahua’lam
ustaz azhar idrus
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Kebaikannya Dikenang Sepanjang Hayat…” – Sebak Baca Titipan Terakhir Datin Shahida Buat PA Yang Telah Dijemput Ilahi
Semalam diberitakan bekas pembantu peribadi kepada usahawan kosmetik, Datin Seri Shahida yang dikenali dengan nama Muhammad Ghazali bin Hj Mat Lawi atau Ghazi telah dijemput Ilahi.
Beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital akibat masalah apendiks yang telah pecah hingga merebak di bahagian paru-paru.
Ternyata kehilangannya memberi kesan kepada bekas majikannya Datin Shahida. Terkejut dengan pemergiannya itu, beliau sempat menitipkan kata-kata terakhir di laman Instagramnya.
Catatannya ini sangat menyentuh hati kerana beliau sudah menganggap Allahyarham sebagai adiknya sendiri.
Malah setiap kebaikan yang dilakukan ketika hayatnya akan dikenang sepanjang hayat. Beliau juga sangat beruntung dipertemukan dengan arwah yang disifatkan sangat ikhlas bersyukur ditemukan dengan insan seikhlasnya.
Datin Shahida juga memberitahu sempat berjumpa dengan arwah beberapa sebelum dirinya dijemput Ilahi. Beliau turut mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
“Selamat Jalan PA bangsawanku…kenangan terakhir saya abadikan..
“Kebaikan yang saya akan kenang hingga ke akhir hayat…tiada lagi org yg akan menghiburkan saya jika saya sedih….terima kasih kerana berbakti kepada saya dan keluarga dengan penuh ikhlas dan saya bersyukur dipertemukan dgn insan yg seikhlas beliau..
Sejak hujung2 PKP hari tu dia mmg x berapa sihat….jadi dia byk berehat di rumah….tapi saya selalu kerap berhubung bertanya khabar…. 2 hari sebelum dia masuk hospital,saya jumpa dia,saya nangis sebab tgk keadaan dia yg lemah…..bila tgk saya nangis dia terus buat ‘lawak’ mcm biasa supaya saya tak terus sedih…..bila saya tgk ig dia x ada gambar lagi kecuali 3 posting terakhir tu saya rasa x sedap hati…saya diamkan dan saya tak tanya dia langsung tentang tu….
“Saya terus berhubung di telefon bg semangat supaya dia sihat…..sehinggalah suatu hari whatsapp saya tidak lagi dibalas dan saya tahu dia telah berada di icu…..Rezeki saya dapat melihat dia semalam dan sempat menitipkan kata2 buatnya….masih tergiang2 kata2 mummy ( ibu gazi) …’Gazi sayang sangat kat datin’ kadang2 makcik saja usik dia pasal datin,marah dia,x boleh langsung cakap pasal datin)
“Dan akhirnya hari ni Muhammad Ghazali (ghazi) telah kembali kepada penciptanya..Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan dan berjalan lancar…..mudahan Allah ampunkan dosa2 nya….dilapangkan kan kuburnya,ditempatkan di kalangan mereka yg beramal soleh,saya yakin arwah cukup bersedia…..kerana saya sangat mengenali dirinya yg sebenar….saya juga bakal menyusul,cuma berbeza waktu…
“Mari sama2
Sedekahkan Al Fatihah (dibaca) buat Muhammad Ghazali B Mat Lawi
Sebelum itu juga arwah Ghazi turut muat naik perkongsian di laman Instagramnya memberitahu majikannya itu seorang yang sangat baik dan melayannya seperti ahli keluarga sendiri.
Memuji keperibadian Datin Shahida yang ytidak bersikap lepas tangan berkenaan semua tugasan terhadap pembantu peribadi semata-mata.
Malah jika keluarga Datin Shahida membeli belah, pasti akan ada bahagian pembantu juga serta makanan dinikmati oleh mereka sekeluarga dan pekerja juga sama sahaja.
Arwah juga pernah diajak untuk menunaikan umrah di Tanah Suci oleh Datin Shahida tetapi menolaknya kerana masih belum bersedia.
“Awalnya Dato dan Datin ada juga mengajak saya ke Makkah tp sy x bersedia lg. Bila melihat gambar ini rasa kesal pula menolak ke sana. Alhamdulilah semasa berkhidmat meski pun sebagai PA kita dilayan seperti sebahagian daripada keluarga.
“Ketika travel bersama keluarga ini pemilik bersama syarikat Datin Sri bukan la seperti wanita elite lain yg melepaskan 100% tugasan menjaga anak2, mengangkat bag, mengemas dan lain2 kepada PA semata mata. Jadi apabila ada yg berkata alaa pergi ke luar negara BEKERJA.
“Ya kita bekerja bersama dgn Datin menguruskan/memantau anak2 dan tugasan di atas dan dalam masa yg sama tipu ya kalau tidak menikmati percutian tersebut kerana kita makan makanan yg sama dan merasa semua treatment yg sama dihadapi oleh keluarga tersebut. Datin masak, PA yg sorang tolong jaga baby, yg sorang lg tolong memotong jd kita bekerjasama.
“Datin pun basuhkan pingggan juga ya lepas masak. Ketika keluarga tersebut sedang shopping pun bahagian kita PA pun ada ya. Terima kasih Uncle, Aunty dan Nenek yg melayan diri seperti sebahagian drpd keluarga. Alhamdulilah kelebihan apa lg yg kau dustai
Salam takziah untuk ahli keluarga arwah Ghazi dan marilah kita sama-sama doakan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Kredit Foto: Instagram Datin Shahida
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Selalu Hantar Mesej Ringkas, Salah Satu Cara Buat Suami Sentiasa Rindu & Sayang Till Jannah
Dalam setiap perhubungan mesti ada pasang surutnya. Tidak semua kejadian itu indah-indah kerana ada masanya berlakunya perselisihan faham.
Namun bagaimana sebagai orang perempuan yang sering merasa dirinya tidak disayangi suami. Ada caranya boleh dilakukan untuk memastikan diri kita dirindui orang yang kita sayang terutama apabila berjauhan.
Berikut adalah beberapa petua atau kaedah yang boleh dicuba untuk membuatkan lelaki merindui anda.
1. Buat lelaki sayang dengan layanan
Tidak dinafikan bagi wanita yang bekerja, mungkin sukar untuk memberi layanan yang mesra saat suami tiba di rumah selepas bekerja. Malahan sebenarnya, wanita yang menjadi suri rumah juga adakalanya kelam kabut dalam menguruskan anak.
Namun, cuba untuk luangkan sekurang-kurangnya 10 hingga 15 minit untuk menyambut kepulangan suami sebelum menyambung melakukan tugasan rumah anda. Berikan layanan mesra dan senyuman, sudah tentu perbuatan ini akan dapat membuatkan hati lelaki sejuk melihat anda.
2. Sentiasa kemas di hadapan suami
Seperti yang dinyatakan tadi, wanita yang bekerja atau suri rumah akan berasa penat. Namun tidak ada salahnya untuk anda bersiap, sekurang-kurangnya mandi dan berpakaikan kemas selain baju kelawar, ketika menyambut kepulangan lelaki yang anda cintai.
Lagi bagus kalau dikenakan sedikit wangian yang digemari pasangan anda. Ini sudah tentu dapat membuatkan lelaki merindui anda ketika berjauhan. Kalau anda rajin, oleskan sedikit lipstik untuk menampak anda lebih berseri.
3. Cara buat lelaki cair, buatkan dia air
Nampak remeh bukan? Tapi tidak bagi orang-orang lama. Orang dulu-dulu, akan tanya suami mahu minum apa. Isteri akan tuangkan dan letakkan di sebelah suami. Lelaki juga inginkan diri dimanja. Rasanya sebagai pasangan, anda pasti mengetahui mengenai makanan mahupun minuman kegemaran lelaki kesayangan anda, bukan? Jadi setiba kepulangan suami, sediakanlah air kegemaran mereka.
Kalau anda tidak pasti, anda boleh tanya sama ada mereka inginkan air sejuk atau air panas. Kalau rajin, hidangkan bersama kuih sama ada disediakan oleh anda, atau anda boleh beli sahaja di kedai.
4. Cara buat lelaki happy, berbual mesra dengan dia
Ketika berbual dengan lelaki, mungkin ia adalah sangat yang sesuai untuk anda bermanja dan mendapatkan perhatian mereka. Sesekali ketika berbual, mungkin anda boleh sandarkan kepala anda ke dada mereka.
Rahsianya, perbuatan meletakkan kepala ke dada adalah satu perbuatan yang disukai oleh lelaki. Ini membuatkan mereka berasa seperti lelaki sebenar yang dapat memberikan perlindungan kepada insan yang dicintai mereka. Kalau anda ingin membuatkan lelaki rindu kepada anda, rajin-rajinlah untuk menyandarkan kepala ke dada mereka.
Namun, pastikan terlebih dahulu lelaki kesayangan anda berada dalam mood yang baik.
5. Cara buat lelaki makin sayang, beri belaian manja
Seperti wanita, lelaki juga ingin dibelai manja. Apabila dalam kenderaan dan lelaki sedang memandu, mungkin anda boleh memberikan belaian mesra kepadanya. Usaplah tangan atau paha, belailah pipi mahupun rambut. Kalau nampak si dia keletihan, picitlah dengan lembut bahu mahupun lehernya.
Anda mungkin berasakan perbuatan ini tidak mungkin akan membuatkan lelaki merindui anda, tetapi apabila si dia sudah terbiasa dengan belaian anda, sudah pasti dia akan merindui belaian manja dari anda apabila berjauhan. Lebih-lebih lagi apabila si dia memandu sendirian, sudah tentu si dia akan merindui anda. Lagipun tidak ada ruginya untuk mencuba.
6. Cara buat lelaki rindu, dengar luahan dia
Walaupun hakikatnya lelaki jarang mahu berkongsi masalah dengan sesiapa, tetapi ada masanya kita semua memerlukan seseorang untuk sudi mendengar luahan dan masalah. Sekiranya, suami anda inginkan ruang untuk berbicara, maka berikanlah sepenuh perhatian kepadanya.
Anda mungkin tidak perlu untuk memberikan sebarang pandangan mahupun komen, kerana adakalanya, lelaki hanya ingin meluahkan bebanan yang ditanggung. Jadi selagi mereka tidak bertanyakan pandangan anda, pinjamkan sahaja telinga anda.
Lelaki pastinya akan berasa disayangi apabila anda tampak tidak jemu dan memberikan perhatian kepadanya. Sudah tentu, ini akan membuatkan si dia merindui anda, apabila berjauhan, bukan?
7. Selalu hantar mesej
Bila kita sayangkan seseorang, sudah pasti hati dan fikiran akan selalu memikirkan tentang si dia, apatah lagi jika berjauhan. Jadi mungkin anda boleh menghantar mesej kepada lelaki yang anda sayangi. Tanyakan keadaannya, ingatkan si dia untuk makan, atau mungkin sekadar bertanya tentang harinya.
Tiada salahnya kalau anda menyatakan bahawa anda merindui si dia, sudah tentu ia akan membuatkan si dia rasa disayangi. Malah peratusan yang tinggi bahawa si dia juga akan mengakui bahawa anda juga sedang dirindui.
Jika masa bercinta dahulu, boleh bermesej sehingga lewat tengah malam, kenapa tidak ketika sudah menjadi yang halal, anda meneruskan lagi untuk bermesej si dia. Ikatan perkahwinan bukan untuk menghenti kasih sayang yang terjalin dahulu ketika bercinta, tetapi untuk menguatkan lagi rasa cinta, jadi mulakan untuk menghantar mesej kepada si dia.
8. Tunjukkan yang kita juga rindu dia
Apa yang membuatkan kita merindui seseorang? Sudah tentu rasa rindu itu hadir kesan daripada cara seseorang menzahirkan rasa sayang kepada kita, bukan? Jadi sebagai isteri, jangan malu untuk pamerkan rasa cinta dan kasih kepada pasangan anda melalui perbuatan.
Pimpinlah tangan si dia ketika berjalan, suapkanlah makanan kepadanya atau lapkan mulutnya sewaktu makan. Atau anda boleh membuat kejutan seperti membuat pesanan makanan secara kejutan ke tempat kerja suami. Sudah tentu ia boleh membuatkan suami berasa bangga memiliki isteri yang prihatin seperti anda.
Pastinya, apabila sering dimanjakan dengan perbuatan sebegini, rasa rindu juga akan hadir apabila berjauhan.
9. Jaga suami elok-elok
Menjaga merupakan satu perspektif yang luas, anda boleh menjaga dengan mengambil berat aspek penampilan suami, segera menyahut panggilan daripada lelaki kesayangan anda dan berhiaslah untuk suami. Ini merupakan antara cara untuk membuatkan lelaki rindukan anda.
Sebelum tidur malam, anda mungkin boleh membelai dan memberikan ciuman pada dahinya serta lafazkan betapa anda bersyukur memiliki si dia sebagai lelaki yang bergelar suami. Ia sudah pasti membuatkan si dia lebih menyayangi anda.
SUMBER: THEROHANI.COM
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-jodoh-suami-kiriman-ilahi/
Untuk bimbingan awal secara PERCUMA dari Coach Zuhri pula, jom sertai sesi Live CurHat Jodoh bersama Coach jam 9.00 malam – 10.00 malam di:
https://www.instagram.com/kashoorga/ dan
https://www.facebook.com/Kashoorga
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI