Kehadiran zuriat memang sangat didambakan oleh setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga.
Ada yang dikurniakan anak sebaik berkahwin dan ada juga yang diberikan rezeki oleh Allah setelah bertahun-tahun menanti.
Begitu jugalah perkongsian Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah yang diuji oleh Tuhan ketika dalam usaha untuk mendapatkan cahayamata.
Tunku Azizah yang pernah mengalami keguguran sebanyak enam kali dan turut menjalani 16 kali rawatan kesuburan dalam usaha mendapatkan waris takhta negeri Pahang.
Baginda yang juga pengasas dan presiden seumur hidup TAFF mengakui bersyukur kerana tidak putus harapan selain tidak henti berdoa supaya dikurniakan zuriat yang ditunggu-tunggu.
Titah Baginda, tidak semua wanita bertuah dan ada yang diuji Allah SWT.
“Enam keguguran yang saya alami tapi kalau sudah rezeki, Allah tetap akan beri,” katanya sempena sambutan Hari Keluarga Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) 2019 di Seri Kembangan.
Dalam titahnya juga Baginda memahami bagaimana perasaan dirasai seorang ibu yang berusaha keras serta sanggup berkorban demi mendapatkan zuriat.
Dengan nada sebak, Tunku Azizah berkata, rawatan mendapatkan anak bukanlah murah dan Baginda bersyukur kerana Sultan Abdullah sentiasa ada bersamanya selain menanggung segala perbelanjaan rawatan termasuk persenyawaan tabung uji (IVF).
“Hanya Tuanku yang tahu berapa kali saya menangis dan saya bersyukur kerana Tuanku sentiasa ada bersama ketika menjalani rawatan di beberapa negara.
“Tuanku, terima kasih banyak-banyak atas semua sokongan selama ini,” titah Baginda lagi di majlis berkenaan.
Dalam pada itu, Baginda juga turut mendoakan TAFF supaya dapat terus menolong lebih banyak mereka yang senasib.
SUMBER: HARIAN METRO
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Ya Allah Syukur Atas HidayahMu. Love U Bidadariku, ” – Ibu Sebak Neelofa Kini Tampil Berniqab, Doakan Kekal Istiqamah
Jika sebelum ini dirinya pernah terpalit dengan pelbagai kontroversi termasuk penampilan yang dikatakan tidak memenuhi ciri-ciri wanita Muslimah.
Tetapi hidayah itu milik Allah. Siapa sangka Allah telah membuka pintu hatinya untuk berhijrah ke arah yang lebih baik.
Artikel Berkaitan: Air Mata Neelofa Tumpah Dengar Perkongsian Ilmu Prof Muhaya. Ini 3 Perkara Positif Yang Dikongsi!
Semalam pelakon, pengacara dan usahawan, Neelofa mengejutkan ramai apabila tampil berniqab.
Ternyata keputusannya untuk berniqab itu adalah sebagai salah satu untuk memperbaiki keperibadiannya dalam menghadapi hari-hari mendatang.
Malah dalam status di muat naik di laman twitternya turut memberitahu perkembangan terbaru dirinya itu.
Beliau memohon semua pihak mendoakan dia lebih istiqamah dalam memperbaiki diri.
“Doakan saya, insan yang penuh dengan kekhilafan ini agar sentiasa istiqamah dalam memperbaiki diri dan ampuh melalui datangnya hari.
“Kirimkan juga buat perjalanan baharu saya nanti agar sentiasa dalam rahmat dan reda Ilahi.
“Insya-Allah, semoga kita sentiasa dilindungi Allah dan selalu berada dalam rahmat dan ehsannya,” kata personaliti itu lagi.
Keputusan Neelofa berpurdah itu turut disambut dengan penuh kesyukuran oleh ibunya, Datin Noor Kartini.
Dalam hantaran di laman Instagram peribadinya, Noor Kartini berkata, dia terlalu bersyukur dengan perubahan personaliti anak yang dikasihi itu.
Artikel Berkaitan: “Ya Allah Ampunkan Dosa Kami Terhadap Kedua Ibu Bapa Kami..” – Neelofa Sebak Kala Doa Dibacakan Ustaz Ahmad Dusuki Di IG Live
“Masya-Allah. Ya Allah, tiada ungkapan untuk ku ucapkan syukur dengan kurniaan-Mu mengamanatkanku bidadari yang terindah untuk ku yang banyak mengajarku, yang menjadi inspirasiku.
“Ya Allah syukur atas hidayah untuknya yang kau kurniakan dan ku mohon kurniakan hidayah yang terbaik untukku. Seluruh keluargaku dan seluruh umat manusia. Love you bidadariku @neelofa,” tulis Noor Kartini.
Hantaran itu turut diringi video Noor Kartini memeluk erat Neelofa, 31. Kedua ibu dan anak itu juga kelihatan sebak dan bergenang air mata mereka.
Dalam pada itu, sebaik must naik status ini, ramai warrganet turut mendoakan ikon fesyen ini terus kekal istiqamah dengan keputusan yang dibuatnya.
Moga terus istiqamah & bermujahadah dalam agama
Trying her best to be the best for Allah
Sangat memberi inspiriasi
Doakan semua urusan dipermudahkan
Artikel Berkaitan: Patutlah Neelofa Sering ‘Dikejar’ Rezeki, Rupanya Ini Doa Yang Dia Sering Amalkan
Kredit Foto: Instagram Neelofa & Noorkartini
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Menantu Bukan Pilihan VS Mentua Perosak Rumah Tangga, Perlu Hadam Untuk Elak Sakit Hati
Benar sekali kata pepatah yang hidup kita ini memang penuh cabaran dan tidak bermakna hidup, andai tidak disertakan dengan dugaan.
Jika tidakpun dari orang luar, keluarga sendiri yang menjadi punca. Namun semua itu harus ditangani dengan baik, ibarat menarik rambut dari dalam tepung, rambut jangan putus, tepung pula tidak berselerak.
Kisah pergolakan antara menantu dan mentua sangat sulit untuk diselesaikan. Isu ibu mentua dengan menantu perempuan memang tidak akan habis sampai bila-bila pun. Jika tidak ditangani secara bijak maka akan rosaklah rumah tangga yang dibina.
Berikut perkongsian Akhtar Syamir
Menantu Bukan Pilihan dan Mentua Perosak Rumah Tangga
Aku cintakan kamu, kamu cintakan aku. Hari ini, kita bergelar suami isteri. Kita akan bersatu dan hidup bahagia hingga ke akhirnya.
Ringkas dan mudah bukan? Ini perkara yang berada di dalam kepala pasangan yang baru sahaja bernikah.
Tapi ianya sering tidak semudah itu. Kerana ada anasir luar (baca : dalam) yang mempengaruhi kehidupan suami isteri. Anasir luar yang dimaksudkan ialah ibu-bapa mentua. Ibu dan bapa pasangan itu sendiri.
Apabila anak sudah meningkat dewasa dan bersedia untuk berkahwin, sudah pastinya anak itu sudah cukup matang untuk membuat keputusan. Betul, ibu dan bapa mempunyai pendapat dan boleh memberi pendapat tentang pilihan hati anak. Ini dipanggil menjadi ibu-bapa. Pastinya ibu dan bapa mahukan yang terbaik untuk anaknya.
TERLEBIH MELINDUNGI
Tidak salah sebenarnya, kadang-kala kerana cinta, mata yang celik pun boleh menjadi buta. Ada yang jatuh cinta dengan penagih yang tidak berniat untuk berhenti. Ada juga yang jatuh cinta dengan wanita liar yang tidak mahu berubah. Di sini, ibu-bapa memang patut memainkan peranan membawa kembali pandangan mata anak kepada realiti dan akibatnya nanti.
Masalah tiba apabila bila ibu-bapa pula yang terlebih melindungi anak hanya kerana hatinya tidak berkenan dengan bakal menantunya. Di sini bermulalah segala jenis masalah yang dikaitkan dengan menantu bukan pilihan.
“Kalau kau aku tak suka, dengan keturunan kau pun aku tak suka”. Ya, memang ada yang sampai ke tahap itu. Benci, menyampah, buruk, huduh, tak layak, murahan dan macam-macam lagi perasaan yang bermain di minda mentua apabila anaknya berkahwin dengan yang bukan pilihan hatinya.
Bermacam alasan diberi, pilihan anak itu tak cantik, belajar tak pandai, kerja tak bagus atau tidak bekerja, keturunan tak kaya dan tak sama taraf. Kadang-kala sehingga kehabisan sebab, tetapi masih lagi tidak boleh terima. Di carinya lagi sebab lain yang boleh teruskan kebencian di hati.
Biasa dengar mentua yang tak suka negeri itu ini?
“Jangan kahwin dengan orang Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu dan Kuala Lumpur”
Habis semua negeri tak boleh kahwin, itu tak boleh, ini tak boleh.
Masakan menantu sentiasa tidak kena dengan selera. Asam pedas tak cukup masam, kari tak cukup pekat, masak lemak tak cukup pedas, ikan goreng tak garing, nasi lembik, sambal belacan tak pedas, rendang tak sedap, ayam goreng tak garing, masakan terlalu manis, masin, pahit, tawar sampai air kosong pun tak cukup sejuk.
Hidangan pula tak menarik, pinggan tak tersusun rapi, mangkuk tak guna yang sama tema, sumbing sikit tak boleh, pinggan basah pun kena lap bagi sempurna semua.
Pakaian menantu bukan pilihan sentiasa tidak kena. Terlalu singkat, terlalu labuh, tidak menarik, tak cantik, warna kelam, tudung senget dan macam-macam lagi.
Alasan untuk tidak menyukai dah habis. Walapun menantu dah ikut semuanya tetapi sangat susah mulut untuk memuji apa yang menantu buat. Seperti satu kesalahan yang besar jika mentua memuji menantu yang tidak disukainya itu.
JADI BAHAN UMPATAN
Menantu bukan pilihan juga sering jadi mangsa umpatan mentua dengan orang lain. Sama ada dengan ipar atau orang terdekat. Kadang-kala dengan sengaja membiarkan menantu itu dengar.
Antara yang menyakitkan hati, mentua sentiasa berkias-kias apabila bercakap dengan menantu bukan pilihannya. “Kedutnya baju anak aku, kenapa la tak bergosok?”, “Makin kurus anak aku ni sejak kahwin, tak cukup makan la tu”, “cucu aku semua putih, yang ini sahaja hitam legam”.
Menantu bukan pilihan juga akan sentiasa dipantau. Paling mentua tak suka apabila anaknya melebihkan isteri sendiri. Memang tak senang duduk dia. Sentiasa ingatkan anak yang Ibu lebih penting dari isteri. Tengok isteri berpakaian baru, diperli-perlinya, tengok isteri ada cincin baru, cepat sungguh kena tegur, membazir la, tak cantik la.
Ada juga yang membanding-bandingkan menantu. Yang disukai sentiasa disebut-sebut, diangkat tinggi, dipuji selalu. Menantu yang itu kerjanya bagus, bukan suri rumah. Menantu yang ini belajar sampai PhD, bukan takat SPM je. “Bodoh tu nanti berjangkit kat anak” katanya.
Bila ada menantu yang selalu beri duit, dicanangnya satu kampung. Saudara mara yang datang pun habis dicerita semua. Menantu ini bagi gelang, menantu itu bagi duit, menantu yang ini tak pernah bagi apa pun. Setakat bagi tudung, apalah sangat. Tak penting pun untuk diceritakan.
Yang menyedihkan, anak kepada menantu bukan pilihan menjadi mangsa diskriminasi. Cucu yang itu la yang selalu dimarahi. Cucu yang itu la yang tidak dilayan berbanding cucu menantu yang disukainya.
Tidak cukup dengan itu, anak akan dihasut dengan pelbagai perkara yang tak elok. Kadang-kala sehingga mereka-reka cerita, diburuk-burukkan dan difitnah. Tujuannya supaya anaknya itu membenci isteri sendiri.
Seperti tidak masuk akal juga apabila perkara yang di luar kawalan dan kemampuan disentuh. Menantu yang masih tidak mempunyai anak akan sering diperli dan diperlekehkan kononnya itu semua salah menantu.
Yang pastinya, menantu bukan pilihan ini jika mahu mengambil hati, perlulah patuh dan mengikut 100% seperti apa yang dimahukan, barulah hatinya puas.
Itulah serba sedikit apa yang dilalui menantu bukan pilihan dan perangai ibu mentua yang merosakkan. Memang sangat menyedihkan.
Kadang-kala orang tua ini memang tidak boleh berubah. Anak perlulah memainkan peranan yang teramat penting untuk seimbangkan kembali situasi yang sentiasa tegang ini.
DENGAR RAYUAN DAN ADUAN PASANGAN
Anak perlu sedar mengenai perangai ibu atau bapanya sendiri. Dengarlah rayuan dan aduan pasangan. Jika perlu bertegas, bertegaslah. Pasangan andalah yang akan bersama dengan anda, membesarkan anak anda dan melayan anda hingga ke akhirnya. Hati mereka amat penting untuk dijaga.
Janganlah menjadi anak emak yang membutakan mata serta memekakkan telinga apabila ada ketidakadilan berlaku dari ibu-bapa sendiri terhadap pasangan. Pasangan perlu dibela, pasangan perlu dipujuk. Mereka amat tertekan. Nak marah tak boleh, nak menangis pun tidak dilayan. Jadilah suami atau isteri yang bertanggungjawab. Jangan biarkan anasir luar mempengaruhi kegembiraan hidup berkeluarga.
Hargai pasangan anda, itu pilihan hati anda. Jangan biarkan mereka menghadapi semua ini seorang diri. Berdiri di hadapan mereka. Bela mereka bila diperlukan, jangan biarkan pasangan dilukai sewenang-wenangnya.
Ini adalah situasi yang benar. Terlalu ramai menantu bukan pilihan yang sedang menderita. Bukalah mata dan lihat serta dengar sendiri. Jangan abaikan masalah ini.
Kepada mentua, insaflah. Berhenti merosakkan keluarga anak anda sendiri. Buang ego itu ke tepi, pilihan anak perlu dihormati selagi ianya tidak memudharatkan. Berhenti cuba mengawal semua benda. Janganlah memaksa anak dan menantu menjadi seperti yang anda mahukan dan menjadi keluarga yang sama seperti keluarga anda. Setiap manusia itu unik dan ada keperluan dan minat masing-masing. Biarlah anak dan pasangan mereka menentukan arah tuju keluarga mereka. Itu hak mereka sendiri, bukan anda.
Kepada menantu bukan pilihan, bersabarlah. Jangan berhenti berkongsi masalah ini dengan pasangan. Mereka patut tahu apa yang ibu atau bapa mereka sendiri sedang buat. Teruskan tabah, dan buatlah sebaik mungkin. Fokus kepada keluarga sendiiri, jangan biarkan orang yang tidak menyukai kita menentukan kebahagiaan rumah tangga kita.
Sumber kredit: Akhtar Syamir
VIDEO KASHOORGA:
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Jangan Main-Main, Haram Hukumnya Minta Kembali Hadiah Pertunangan
SOALAN :
Andainya pasangan yang bertunang telah memutuskan pertunangan adakah boleh masing-masing kedua belah pihak meminta kembali hadiah pertunangan yang telah diberikan tempuh hari seperti gelang dan cincin dan kasut dan bag tangan dan kek atau seumpamanya?
JAWAPAN :
Jika berlaku putus tunang dan masa bertunang masing-masing saling memberikan hadiah nescaya tidak boleh lagi diminta kembali hadiah yang telah diberi itu dan hukum meminta kembali hadiah yang telah diberikan kepada orang itu adalah haram.
Ada pun harta yang diberi pinjam ketika dalam pertunangan maka yaitu wajib dikembalikan.
Ada pun pihak yang menerima hadiah tidak wajib mengembalikan hadiah tersebut kerana telah menjadi milik nya.
Berkata Dr Wahbah Zuhaili :
ورأى الشافعية والحنابلة: أنه ليس للخاطب الرجوع بما أهداه؛ سواء أكانت موجودة أم هالكة لأن للهدية حكم الهبة ولا يجوز عندهم للواهب أن يرجع في هبته بعد قبضها إلا الوالد فيما أعطى ولده
Ertinya : “Dan pendapat mazhab Syafie dan Hanbali sungguhnya tidak boleh bagi pihak yang melamar meminta kembali akan hadiah yang telah dia berikannya samada hadiah itu masih wujud atau telah rosak kerana sungguhnya hadiah itu sama hukumnya dengan hibah. Dan tiada harus disisi mereka orang yang telah memberi sesuatu meminta semula pemberiannya selepas dari diterima oleh pihak yang diberikan melainkan pada masalah bapa memberikan kepada anak.” (Kitab Al-Fiqh Al-Islami)
KESIMPULAN
Jika masa bertunang saling memberikan hadiah maka apabila putus tunang tidak harus meminta kembali hadiah yang telah diberi.
Pihak yang menerima hadiah itu tidak wajib mengembalikan hadiah yang telah diterimanya kerana telah menjadi miliknya.
Ada pun jika segala harta pemberian masa bertunang itu atas nama pinjam sahaja maka wajib dikembalikan semula kepada yang memberi pinjam.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI